|
|
| Saturday, 31-Dec-2011 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Flag counter posted on 16th March 2010
UNTUK ENTRY TERBARU SCROLL KE BAWAH YA....
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 10-Nov-2011 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Assalamualaikum semua.
Jadual Kelas untuk bulan November dan Disember telah pun keluar. Maaf atas kelewatan. Ada sedikit perubahan dalam bentuk kelas. Kali ini Damira Bakery mengadakan kelas secara demo, hands on dan personal class.
Kelas secara demo bermakna kelas akan mempunyai peserta maksimum seramai 6 orang dan minimum 3 atau 4 orang peserta bergantung pada kelas apa yang diikuti. Hasil kelas akan dibahagi sama rata dengan peserta yang hadir.
Kelas hands on ialah kelas yang dilakukan sendiri oleh peserta. Kelas hands on boleh terdiri daripada minimum 1 orang peserta dan maksimum 3 orang peserta. Semua kek yang dibuat sendiri boleh dibawa balik dan tidak akan berkongsi kek.
Kelas personal ialah one to one basis. Hanya peserta dan pengajar sahaja. Semua kek boleh dibawa balik oleh peserta.
Untuk jadual kelas bulan Nov dan Disember, sila check di sebelah kanan blog ini dalam ruangan jadual kelas.
Sempena cuti sekolah ini beberapa kelas promosi untuk adik-adik , guru -guru dan suri rumah akan diadakan pada hari bekerja. Schedule belum dikeluarkan. Sila semak selalu blog ini supaya anda tidak terlepas peluang .
Terima kasih.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 21-Oct-2011 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
DAMIRA BAKERY TERPAKSA BERHIJRAH.
|
|
Assalamualaikum,
Sedih rasanya bila terpaksa berhijrah. Disinilah segalanya bermula dan disinilah segalanya kuabadikan untuk dijadikan kenangan. Tapi apakan daya sejak seminggu dua ini fotopages ini asyik meragam aje. Gambar tak mahu muncul2. Tak tahu apa yang silap. Buka fotopages orang lain pun gitu juga. Kalau nak katakan komputer saya bermasalah, customer pun feedback perkara yang sama. Siapa tahu apa sebenarnya yang terjadi dan bagaimana nak perbaiki masalah ini. Nak tunggu masalah ni settle tak tahulah bila. Mahu tak mahu terpaksalah saya berhijrah dulu. Saya tak larat nak bawa sekali kenangan-kenangan yang saya abadikan kat sini untuk berhijrah sama sebab saya pun masih terkial2 belajar buat blog. Ini pun kawan yang tolong createkan. Pelan2 ya , nanti saya updatekan entry terbaru. Dengan ini secara rasminya saya umumkan perpindahan saya ke blogspot. Alamat blog saya ialah http://www.damirabakery68.blogspot.com
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 4-Oct-2011 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
GAMBAR-GAMBAR TEMPAHAN SEPANJANG RAMADHAN DAN SYAWAL
|
|
Assalamualaikum semua. Lama dah tak update gambar2tempahan. Jom layan gambar2 tempahan sepanjang Ramadhan dan Syawal 2011.
Cheese tart ditempah oleh Cikgu Rosni untuk majlis di sekolahnya. Sebenarnya saya macam dah malas nak ambik gambar cheese tart ni sebab gambarnya sama aje. Hampir setiap hari ada tempahan cheese tart. Memang banyak gambar cheesetart yang saya tak rakamkan.
Carrot walnut cake sebanyak 10 biji ditempah oleh Hamidah sebagai buah tangan untuk balik kampung semasa pertengahan Ramadhan. Hamidah ini pemurah orangnya, semoga Allah melngurniakan rezeki yang melimpah ruah.
Cup cake Ben 10 sebanyak 50pcs ditempah oleh cikgu Rosni bagi pihak kawannya. Sebenarnya kawan cikgu Rosni dah banyak kali tempah dengan Yati.
Suji Badam ni memang dah bertahun2 jual. Ada penggemarnya yang tersendiri. Tahun ni Alhamdulillah hampir 100 bekas ditempah orang.
Suji Badam dan tart nenas. Kuih wajib setiap tahun.
Nestum delight baru start jual tahun ni.
Siap pack untuk delivery.
Sebahagian dari tart nenas yang ditempah.
Tahun ini tempahan tart juga meningkat, 96 bekas ditempah. Itupun ada yang ditolak tempahan kerana takut tak sempat.
Siap pack untuk delivery kat agen
Cheesetart untuk Mr. Sidi dari Seremban
Blueberry Marble Cheese brownies juga ditempah oleh Mr. Sidi untuk Birthday anaknya.
Cheese tart, kek marble dan kek buah kukus sedia untuk diambil oleh pelanggan. Maaf dah lupa siapa yang menempahnya.
kek buah kukus yang moist dan sedap ni ditempah oleh En. Ramlay my ex bos. Dah tiga tahun berturut turut beliau tempah. Katanya sedap!
Kek buah kukus ini pula ditempah oleh Miza dan Lia. Sesiapa yang teringin nak rasa kek buah ini jangan malu2 order ngan saya...heheh. 1.3++ kg setiap biji. Size 8" x8".
Kek buah kukus dan cheese tart ditempah oleh Lydia
Tak ingat dah siapa yang tempah.
Kek buah kukus, dua biji marble cheese brownies dan dua biji carrot walnut cake dengan cream cheese topping ditempah oleh Pn. Hamidah untuk buah tangan balik kampung berhari raya.
Cheese tart ditempah oleh sue meditop
Chocolate marble cheese brownies ditempah oleh suraya untuk jamuan hari raya sekolah agama anaknya.
2 kotak apple pie ditempah oleh Ros dari Seksyen 3 untuk majlis baca Yasin di rumahnya.
Baked Oreo Cheesecake ditempah oleh Che Yah untuk harijadi anak2nya yang diraikan serentak.
Carrot Walnut Cake dengan cream cheese frosting seberat 2.00++kg ditempah oleh Rohaya untuk birthday anaknya.
Gambar yang diminta gambar princess tapi ke tiga2 kedai bakeri kat seksyen 9 tu tak ada gambar princess. Terpaksalah gambar ini.
Kek buah kukus, apple pie dan fruit tartlet ditempah oleh Wati Zali untuk open house dirumahnya.
Brownies ini ditempah oleh Suraya untuk anak2 muridnya yang telah memenangi pertandingan.
Chocolate Oreo Brownies ditempah oleh Yati dari UKM.
Chocolate Oreo Brownies ditempah oleh An-Nur untuk majlis sambutan Hari raya
Brownies ini ditempah oleh suraya untuk majlis makan2 kat sekolahnya.
Kek buah kukus ditempah oleh Fathiah dari UKM
Cheese tart ditempah oleh Aliza dari An-Nur. Dah boring ngan corak biasa,cuba pula bentuk dot.
Choc. Moist Cake dengan edible image ditempah oleh Che Ma dari Sg. Besi.
Carrot Walnut Cake dengan cream cheese topping ditempah oleh mak andak Alisa.
Strawbery swiss roll ditempah oleh Miza. Actually Miza nak sebelum raya tapi lepas raya baru dapat. Tak sampai lima minit lepas Miza ambik swiss roll tu dapat sms dari Miza." Kak sedapnya swiss roll tu. Tak sempat sampai rumah dah habis separuh. Kena belajar dengan akak nih...."
Apple pie ditempah ole Ros lagi. Ros ni memang penggemar apple pie Yati.
Tak ingat dah siapa yang tempah.
Ini pun dah tak ingat siapa yang tempah.
Chocolate Oreo Brownies ditempah oleh Yati dari UKM. Yati ni pula penggemar choc oreo brownies. Dah tiga kali dah Yati tempah dengan saya. Tks ya
17biji carrot walnut cake dan 2 biji choc moidt cake ditempah oleh Suraya untuk kawan2 disekolahnya.Tks Su kerana tolong edarkan produk2 saya .
Choc Oreo Brownies ditemph oleh Munirah dari An-Nur. Oreo brownies ni memang sedap. Sekali makan pasti nak lagi. Tu yang selalu repeat orderkan Munirah.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 27-Sep-2011 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
JADUAL KELAS BULAN OKTOBER 2011
|
|
Assalamualaikum semua. Maaf lama sangat Yati tak bersiaran. Ok hari ini Yati nak update jadual bulan Oktober dulu baru update tentang tempahan dari bulan Ramadhan hingga Syawal ya.Dah ramai yang tanya jadual Oktober.
JADUAL BULAN OCTOBER 2011
1hb - Kelas Brownies (RM180.00 seorang ). Kelas dari pukul 9.30 pagi hingga 2.30 petang. Hanya 4 orang dalam 1 kelas.
Kelas telah ditempah oleh:
- Ayu dari Pantai Dalam
- (3 kekosongan lagi)
2hb - Kelas Swiss Roll dan Triffle (RM130.00 seorang) Kelas dari 9.30 pagi hingga 1.30 petang. Hanya 2 orang dalam 1 kelas.
Kelas telah ditempah oleh:
- Liana Roslan
- ( 1 kekosongan lagi)
3hb -7hb OPEN CLASS ( KELAS BERMULA 2.00 PTG)
5hb- OPEN CLASS - Kek Continental (Tiramisu dan Kek Ice Cream) telah ditempah oleh Eiza
]9hb - Kelas Chocolate homemade (RM250.00 seorang). Kelas dari 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Hanya 4 orang dalam 1 kelas. Diajar menggunakan coklat compound dan couverture. 13 perkara akan diajar dalam kelas. Peralatan membuat chocolate diberikan secara percuma seperti food warmer, chocolate mould, stainless steel bowl, spatula, piping bag dan chocolate box.
Kelas telah ditempah oleh:
- Miza
- ( 3 kekosongan lagi)
10hb -12hb [/b]OPEN CLASS (kELAS BERMULA 2.00 PTG)
15hb - Kelas Cheese Cake (RM250.00) Setiap peserta akan membawa pulang 3 jenis cake. Kelas dari 9.30 pagi hingga 5 petang. Hanya 2 orang dalam 1 kelas.
Kek yang akan dipelajari ialah:
1. Baked Oreo Cheesecake
2. Chilled Strawbery Cheesecake
3. Japanese Shouffle Cheesecake.
16hb Kelas Kek Kontinental 1 (RM250.00) Setiap peserta akan membawa pulang 3 jenis cake. Kelas bermula dari 9.30 pagi hingga 5.00 petang. Hanya 3 orang dalam 1 kelas.
Kek yang akan dipelajari ialah:
1. Kek Tiramisu
2. Kek Ice Cream ( ice cream yang dibuat sendiri)
3. Kek blueberry
Kelas telah ditempah oleh:
- Nor dari Putrajaya
-(2 kekosongan lagi)
17hb, 20hb dan 21hb OPEN CLASS (KELAS BERMULA 2.00 PTG)
23hb Kelas Aneka Tart dan Pie (RM180.00 seorang) Kelas bermula 10.00 pagi hingga 5 petang. Maximum 6 orang dalam 1 kelas.
Tart dan pie yang akan dipelajari ialah:
1. Cheesetart
2. Fruit tartlet
3. Tart Coklat Badam
4. Tart telur
5. Apple pie.
26hb - Kelas anika muffin ( RM160.00 seorang) Kelas bermula 9.30 pagi hingga 3 petang. Maximum 4 orang dalam satu kelas.
Muffin yang akan dipelajari ialah:
1. Orange poppy seed muffin
2. Apple Crumble Muffin
3. Chochoalte cheese orange muffin
4. Chocolate chip muffin.
24hb -25hb OPEN CLASS (KELAS BERMULA 2.00 PTG)
25hb- OPEN CLASS - Kelas Kek Kontinental (Red velvet, tiramisu dan blackforest cake)
telah ditempah oleh :
- Zue
29hb - Kelas kek Kontinental 2 (RM250.00 SEORANG) . Peserta akan membawa pulang 3 biji kek seorang. Kelas bermula dari 10.00 pagi hingga 5 petang.Maximum 3 orang dalam satu kelas.
Kek yang akan dipelajari ialah:
1. Red velvet cake
2. Blackforest cake
3. Chocolate mousse cake
30hb - Kelas cup cake door gift (RM120.00) Kelas dari 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Hanya 3 orang dalam 1 kelas.
Cup cake yang akan dipelajari ialah:
1. Chocolate moist cup cake
2. Vanila cup cake
3. Orange cup cake.
Nota: Sekiranya kelas yang dijadualkan tidak mendapat sambutan, pihak penganjur berhak menukar/menggantikan kepada kelas yang lebih mendapat permintaan ramai.
Definasi:
OPEN class bermakna peserta boleh memilih apa-apa modul yang hendak dipelajari samada satu modul atau gabungan dari beberapa modul. Modul-modul yang boleh dipilih adalah seperti dibawah:
A. Kelas Kek Coklat Mousse Dengan Hiasan Dari Coklat Ganache dan Teknik-teknik Hiasan Creative Dari Coklat (RM250 )
B. KELAS HOMEMADE CHOCHOLATE (RM250 )
C. KELAS CUP CAKE DAN HIASAN (RM180)
D. KELAS CUP CAKE UNTUK DOOR GIFT TANPA HIASAN (RM120)
E. KELAS ANEKA MUFFIN (RM160)
F. KELAS ANEKA TART DAN PIE (RM180)
Untuk kelas tart, kelas hanya akan diadakan sekiranya terdapat sekurang2nya 2 orang dalam satu kelas.
G. KELAS SWISS ROLL DAN TRIFFLE (RM130)
H. KELAS ASAS MEMBUAT CAKE (RM200)
I. KELAS CHEESE CAKE (RM250)
J. KELAS KEK CONTINENTAL 1 (RM250)
K. KELAS KEK CONTINENTAL 2 (RM250)
L. KELAS BISKUT RAYA (RM130)
Untuk maklumat lanjut tentang kandungan modul, sila rujuk SINI
Sesiapa yang berminat untuk menghadiri kelas di atas sila daftar dahulu melalui sms atau email untuk booking tempat. Seminggu sebelum kelas anda perlu sahkan kehadiran anda dengan membayar deposit ke:
Akaun maybank : 112026647589
Akaun Penerima: Nor Hayati Ibrahim
Deposit untuk kelas coklat homemade dan kelas cheese cake dan cake comtinental ialah RM100.00. Lain2 kelas depositnya RM50.00.
Kelas akan diadakan di No 14, Jalan 5C/9, Seksyen 5, Bandar Baru Bangi
Sekiranya ada sesiapa berminat untuk belajar selain dari perkara di atas bolehlah hubungi Yati. Jadual boleh diatur semula.
Sebarang pertanyaan tentang class atau tempahan sila hubungi Damira Bakery
Yati hp: 0122733214
E-mail: damira.bakery@yahoo.com
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 9-Aug-2011 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
GAMBAR-GAMBAR TEMPAHAN BULAN YANG TERDAHULU
|
|
Assalamualaikum semoga semua sihat dan ceria selalu dan juga Selamat meneruskan ibadah puasa.
Kali ni nak tunjuk gambar2 tempahan yang yati dok himpun sampai ada yang tak ingat dah siap yang tempah. Jom tengok!
Maaf tak sempat nak beri penerangan untuk setiap gambar. Kalau ada masa Yati update kemudian.
Untuk tempahan atau pertanyaan tentang kelas sila hubungi
DAMIRA BAKERY,
Yati: 0122733214
email: damira.bakery@yahoo.com
|
|
|
|
|
|
| Friday, 5-Aug-2011 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
GAMBAR KELAS BULAN JUN-JULAI 2011
|
|
Assalamualaikum teman-teman semua. Salam Ramadhan semoga Ramadhan tahun ini disempurnakan lebih baik dari tahun2 terdahulu.
Lama sungguh Yati tak update. Ramai dah yang bertanya kenapa tak update. Hehe selalu janji tak nak tangguh2 untuk update. Tapi nak buek camano, tak do maso. Lain kali tak nak janji. Kalau ada masa pasti update dgn pantas. Dah lama dah himpun gambar2 ni. Tarikh pun dah tak ingat dan malas nak refer to jadual. So layan ajelah gambar2 ni ya
Tak ingat bulan berapa cikgu Rosni belajar. Gambarnya rosak ketika memory card camera Yati rosak dulu tu. Gambar2 dalam memory card tu dapat recover balik. Alhamdulillah. Cikgu Rosni belajar dua modul pada hari itu iaitu kelas brownies dan kelas swiss roll+ trifle.
Rohani ambik kelas swiss roll dan triffle. Sebenarnya Rohani belajar swiss roll dengan seorang lagi peserta iaitu Mimi tapi Mimi tambah lagi satu subject iaitu cheese tart dan pie epal jadi Rohani bergambar seorang ajelah dulu.
Inilah Mimi dari Kajang yang sama belajar ngan Rohani tu. Mimi ambil kelas swiss roll + triffle, apple pie dan cheese tart.
Nora dari Kajang ambil kelas swiss roll + triffle pada 30hb Jun 2011.
Wati dari Kota Kinabalu , Sabah yang bercuti di KL telah menghadiri kelas cup cake door gift + cheese tart + blueberry marble cheese brownies pada 4hb Julai 2011. Wati kata, kalau bercuti lagi di KL dia nak datang belajar lagi dengan Yati. Kecil tapak tangan, nyiru akak tadahkan. Sudi2kanlah datang lagi.
Aizurah atau lebih mesra disapa sebagai Ain dari Seksyen 3 BBB telah mengambil kelas Brownies. Ini adalah kelas kedua Ain dengan Yati. Dapat message dari Ain, Thanks akak. Semua brownies dan kek tu sedap! Alhamdulillah.
Tujuh orang telah menghadiri kelas biskut raya pada 10hb Julai 2011. Dalam gambar ni hanya 6 orang sahaja kerana kak Hamidah dari Putrajaya telah balik awal kerana ada hal.Peserta yang lain ialah Kak Sarah dari Kelang, Kak Mariam dari Sungai Buluh, As dari Kelang, Kak Za tak ingat dari mana, Kak Bibi dari Shah Alam dan Sri dari Putrajaya.
Sepuluh jenis biskut yang dipelajari dan 3 resepi bonus diberikan percuma.
Maaflah nak update sepenuhnya pun ambik masa berhari-hari. Kita sambung semula ya. Sorry sesangat.
Kak Mariam dari Sungai Buloh ambil OPEN CLASS dan memilih kelas Kek Kontinental pada 14hb Julai 2011.
Kek yang dipelajari ialah ice cream cake, Tiramisu dan Opera.
Gambar kek dari dekat.
Mimi dari Kajang menghadiri kelas cheesecake pada 17hb Julai 2011. Ini merupakan kelas kedua Mimi dengan Yati.
Kek yang dipelajari ialah Strawberry Chilled Cheesecake, Baked Oreo Cheesecake dan Japanese Souffle Cheesecake.
Beginilah rupa strawberry yang disusun dalam strawberry cheesecake.
OPEN CLASS pada 19hb Julai telah dihadiri oleh Aini dari Seksyen 3 BBB. Kelas Swiss Roll + triffle. Pada mulanya Aini order triffle untuk makan2 sekeluarga. Anak2nya suka sangat dengan triffle tu lantas Aini pun datanglah belajar buat swiss roll dan triffle demi anak2.
OPEN CLASS pada 21hb Julai 2011 telah dihadiri oleh Suhaila dari Seksyen 7 BBB kalau tak silaplah. Su dah banyak kali belajar ngan Yati. Ini kelas ke berapa Yati tak ingat. Semangat betul Su nak belajar walaupun masa tu dia dalam cuti bersalin tapi dah lepas pantanglah.
Kelas kek kontinental pada 23hb Julai 2011 telah dihadiri oleh Kak Hamidah dari Putrajaya dan Farra dari Melaka. Dalam gambar ni Farra seorang aje bergambar kerana pukul 4 petang kak Hamidah terpaksa meninggalkan kelas kerana ada hal.
Kek - kek yang dibuat oleh Farra. Kek Ice cream, Tiramisu dan opera.Ice cream yang digunakan dalam kek ice cream ialah ice cream yang dibuat sendiri, bukannya yang beli tau! Kek ice creamnya selamat sampai ke Melaka, tak cair pun. Keluarganya suka dengan kek-kek ini. Kata mereka sedap! , SR dah tak secret lagi! Itulah yang disampaikan oleh Farra bila saya call dia seminggu lepas kelas. Alhamdulillah kalau mereka rasa kek-kek itu sedap dan menepati citarasa mereka.
Ini pula kek2 yang dibuat oleh kak Hamidah.
Kelas Brownies pada 24hb Julai 2011 telah dihadiri oleh Kak Norizan, Zati dan Man dar Putrajaya.
OPEN CLASS pada 25hb Julai 2011 dihadiri oleh Marsuhaila dari Kelang. Sue belajar Swiss Roll +triffle, kek ice cream dan biskut raya nestum delight. Sue pun dah banyak kali belajar dengan Yati. Terima kasih ya Sue.
OPEN CLASS pada 27hb dihadiri oleh Aizurah atau Ain dari Seksyen 3 BBB. Kelas yang dipilih ialah swiss roll + triffle.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 28-Jun-2011 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
JADUAL KELAS BULAN JULAI 2011
|
|
Assalamualaikum semua. Hari ini Yati nak update jadual bulan Julai . Sudah dua tiga orang yang bertanya.
JADUAL BULAN JULAI 2011
4hb - 8hb - OPEN CLASS
4hb- OPEN CLASS - kelas cup cake door gift + blueberry marble cheese brownies + Blueberry cheesetart
Kelas telah ditempah oleh Wati ( 9.45 pagi -2.30 ptg)
5hb- OPEN CLASS -kelas brownies ditempah oleh Aizurah(ain) (2.30 ptg - 6 ptg)
9hb -Kelas Homemade Chocolate(RM250). Kelas dari 9.30 pagi hingga 5.00 petang
10hb- Kelas Biskut Raya (RM130). Hanya 6 orang dalam 1 kelas. Kelas bermula dari 9.30 pagi hingga selesai.Kelas demo + hands on.
10 jenis biskut raya baru dan lama yang sedap-sedap belaka yang akan dipelajari iaitu:
1. Tart Nenas Gulung
2. Nestum Delight.
3. Cornflakes Almond Cookies
4. Cheezy Melody
5. Orange Date Cookies
6. Golden Coconut
7. Biskut Bintang Hati
8. Cornflakes Cranbery Cookies
9. Chocolate Almond Cookies
10. Cereal Crunchy Cookies
PERCUMA 3 RESEPI BONUS
Kelas telah ditempah oleh:
- Sarah
- As
- Kak Bibi
- Kak Hamidah
- Kak Mariam
- Zawiyah
- Seri
- (full)
11hb -15hb - OPEN CLASS
14hb -OPEN CLASS - Kelas kek continental telah ditempah oleh kak Mariam
17hb - Kelas Cheese cake (RM250). Dua orang dalam satu kelas. Kelas dari 9.30 pagi hingga 5 petang
Kek yang akan dipelajari ialah:
1. Baked Oreo Cheesecake
2. Chilled Strawbery Cheesecake
3. Japanese Shouffle Cheesecake.
Kelas ditempah oleh ;
- Mimi dari Kajang
- 1 kekosongan
16hb- Kelas Biskut Raya (RM130). Jenis biskut sama seperti di atas.
18hb-22hb -OPEN CLASS
19hb -OPEN CLASS- Kelas Swissroll dan Triffle telah ditempah oleh Aini dari Seksyen 3 BBB
21hb - OPEN CLASS - Kelas Swiss Roll dan Triffle telah ditempah oleh Suhaila
23hb - Kelas Kek Continental (RM250). Dua orang dalam satu kelas. Kelas dari 9.30 pagi hingga selesai.
Kek yang akan dipelajari ialah:
1. Kek Ice Cream Cofee
2. Tiramisu
3. Opera
Kelas telah ditempah oleh:
-Farra dari Melaka
-Kak Hamidah Putrajaya
-(full)
24hb - Kelas Brownies (RM180)
Kelas telah ditempah oleh
- kak Noorizan
- 2 orang keluarga kak Noorizan
25hb - 29hb - OPEN CLASS
25hb - OPEN CLASS - Kelas Swiss Roll + Triffle, 3 jenis biskut raya, Ice cream Cake ditempah oleh Marsuhaila dari Kelang.
27hb - OPEN CLASS -Kelas Swiss Roll + Triffle telah ditempah oleh Aizurah dari BBB.
Definasi:
OPEN class bermakna peserta boleh memilih apa-apa modul yang hendak dipelajari samada satu modul atau gabungan dari beberapa modul. Modul-modul yang boleh dipilih adalah seperti dibawah:
A. Kelas Kek Coklat Mousse Dengan Hiasan Dari Coklat Ganache dan Teknik-teknik Hiasan Creative Dari Coklat (RM250 )
B. KELAS HOMEMADE CHOCHOLATE(RM250 )
C. KELAS CUP CAKE DAN HIASAN (RM180)
D. KELAS CUP CAKE UNTUK DOOR GIFT TANPA HIASAN (RM120)
E. KELAS ANEKA MUFFIN (RM150)
F. KELAS ANEKA TART DAN PIE (RM150)
Untuk kelas tart, kelas hanya akan diadakan sekiranya terdapat sekurang2nya 2 orang dalam satu kelas.
G. KELAS SWISS ROLL DAN TRIFFLE (RM130)
H. KELAS ASAS MEMBUAT CAKE (RM200)
I. KELAS CHEESE CAKE (RM250)
J. KELAS CAKE CONTINENTAL (RM250) start bulan Julai 2011
K. KELAS BISKUT RAYA start bulan Julai 2011
Untuk maklumat lanjut tentang kandungan modul, sila rujuk SINI
Sesiapa yang berminat untuk menghadiri kelas di atas sila daftar dahulu melalui sms atau email untuk booking tempat. Seminggu sebelum kelas anda perlu sahkan kehadiran anda dengan membayar deposit ke:
Akaun maybank : 112026647589
Akaun Penerima: Nor Hayati Ibrahim
Deposit untuk kelas coklat homemade dan kelas cheese cake dan cake comtinental ialah RM100.00. Lain2 kelas depositnya RM50.00.
Kelas akan diadakan di No 14, Jalan 5C/9, Seksyen 5, Bandar Baru Bangi
Sekiranya ada sesiapa berminat untuk belajar selain dari perkara di atas bolehlah hubungi Yati. Jadual boleh diatur semula.
Sebarang pertanyaan tentang class atau tempahan sila hubungi Damira Bakery
Yati hp: 0122733214
E-mail: damira.bakery@yahoo.com
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 22-Jun-2011 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
BELAJAR MEROTI DAN MENDONUT PULA
|
|
Alhamdulillah, baru-baru ini berpeluang pergi menambahkan ilmu lagi. Berkesempatan pergi belajar membuat roti, donut dan sebenarnya bermacam jenis cake dan cookies. Inilah hasil-hasil yang sifu buat dalam kelas. Kelas yang Yati hadiri ini semuanya berbentuk demo sahaja.
Sebelum roti naik
Selepas roti naik. Kami ditunjuk ajar membuat aneka sweet buns dimana dough untuk sweet buns itu menggunakan sponge method.
Suka sangat dapat belajar buat bentuk bun seperti di atas iaitu bun kacang merah dan bun kelapa.
Inilah hasilnya selepas dibakar.
Mini pizza dan sausage bun
Mexican Bun (roti boy), polo bun dan bun with chicken floss. Yang bestnya bun with chicken floss ini diajar juga membuat salad jam yang sebenarnya untuk disapu pada bun tersebut sebelum diletakkan chicken floss. Kadang2 tu orang jual chicken floss bun sapu ngan mayonais aje bukannya salad jam. Rasanya berbeza!
Ini pula nak buat roti sandwich atau roti loaf. Yang ini pula menggunakan teknik boiled dough.
Roti dah naik, sedia untuk dibakar.
Inilah roti sandwich dan roti loaf yang baru siap dibakar
Roti burger pun boleh buat sendiri! Roti burger ini menngunakan dough dari teknik boiled dough. Untuk dapatkan bijan yang disalut cantik macam tu ialah dengan mencelupkan dough yang telah dibulat-bulatkan ke dalam air dan kemudian celupkan pula ke dalam mangkuk yang penuh berisi bijan. Dapatlah bijan yang penuh atas bun. Kemudian tunggu bun naik barulah dibakar.
Ini pula potato bread.
Pada hari yang lain belajar buat donut pula. Adunan donut lain dari adunan roti.
Donut yang sudah di goreng. Makan panas2 best sangat! Tekstur doughnya halus dan lembut.
Donut yang siap dideco
Kek Roti pun diajar juga.
Tunggulah Yati memahirkan diri dalam pembuatan roti dan donut. Lepas dah mahir barulah boleh buka kelas roti pula! Tuungguuuu..... !
Ini ialah kek ice cream perasa kopi. Sedap sangat. Ice creamnya pun buat sendiri.
Ini pula kek Opera
Kek opera juga
Kek Tiramisu
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 18-Jun-2011 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
GAMBAR KELAS BULAN JUN
|
|
Assalamualaikum semua teman-teman yang sudi berkunjung ke sini.
Lama sungguh Yati tak bersiaran...eh macam radiolah pula. Bukannya apa, tak ada mood sungguh bila gambar kelas dan tempahan selama 3 minggu iaitu dari pertengahan mei hingga awal jun habis hilang bila memory card camera buat hal. Sedih sungguh bila gambar2 wedding cake, cake fondant dan lain2 tu rosak. Still cuba hantar memory card tu kat kedai gambar untuk cuba dapatkan gambar2 tersebut. Kalau ada rezeki Yati tayangkan kemudian. Tengoklah dulu gambar ihsan dari Ija. Jadilah daripada tak ada langsung, untuk Yati buat kenangan.
3 tier wedding cake dikelilingi dengan 50 biji cup cake Yati buat untuk perkahwinan adik sepupu di Masjid Tanah Melaka pada 29hb Mei 2011. Sebab keluarga sendiri yang nak makan kek itu dan mereka sendiri request kek yang sedap dimakan bukan sekadar hanya cantik dimata maka tingkat bawah sekali yati buatkan chocolate mousse cake dengan lebihkan sedikit aroma coffeenya. Tingkat kedua dan ketiga pula Yati buatkan German Blackforest Cake . Cup cakenya pula Yati buatkan red velvet cake. Semua kata sedap! Sekejap aje licin.
Ini ialah pandangan dari atas untuk 3 tier wedding cake tersebut. Mejanya kecil sangat jadi cup cake tu terpaksa disusun rapat-rapat.
Kelas cheese cake buat pertama kali Yati adakan pada 6hb Jun 2011 dihadiri oleh Kak Sarah dan As dari Kelang
Sepatutnya hanya 3 cheese cake aje untuk kelas cheese cake ini iaitu baked oreo cheese cake, chilled strawberry cheese cake dan japanese shouffle cheese cake. Atas permintaan mereka Tiramisu juga turut dibuat pada hari yang sama dan sudah tentu bayarannya lebih sikit.
Gambar dekat untuk baked oreo cheese cake dan chilled strawberry cheese cake
Chilled Strawberry Cheese Cake dan Tiramisu
Inilah rupa Tiramisu bila dipotong, tapi ini bukannya Tiramisu yang dibuat dalam kelas tapi tiramisu yang dibuat masa birthday anak buah Yati tak lama dulu.
Ini pula kelas swiass roll dan triffle dan juga cheese tart yang diadakan pada 9hb Jun 2011 dihadiri oleh kak Elina Abu Bakar dari BBB.
Inilah step nak buat triffle.
Kelas Swiss Roll dan Triffle pada 12hb Jun dihadiri oleh Nani dari Shah Alam dan Zaini dari Damansara
Hasil yang mereka buat dari sisi yang berlainan
Kelas Brownies pada 14hb Jun dihadiri oleh Wanny dari BBB dan Roslina dari Bukit Kerinchi
Kelas cup cake decoration pada 17hb Jun dihadiri oleh cikgu Salwani dari Putrajaya.
Inilah hasil yang dibuat oleh cikgu Salwani. Rajin-rajin praktis guna nozzle ya.
Sebarang pertanyaan tentang class atau tempahan sila hubungi Damira Bakery
Yati hp: 0122733214
E-mail: damira.bakery@yahoo.com
|
|
|
|