|
|
| Monday, 30-Mar-2009 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Wedding Door Gift
|
|
Salam buat semua rakan-rakan. Nampaknya Yati bukanlah tergolong dalam orang yang aktif mengupdate fp... Dah sebulan lebih baru nak update semula. Apa nak buat, buzy.buzy,buzy... Seperti biasa akan Yati download gambar2 yang lepas. Jom layan....!
Inilah project terbesar setakat ini yang Yati pernah terima. Pn. Hjh. Maimunah dan Tn. Hj. Muhammad Naini dari Bukit Mahkota menempah 1200 keping kek buah bersize 4" x 3" untuk perkahwinan anak tunggalnya Nur Aimi Liana dengan Zulfadzli pada 15hb Mac yang lepas. Terima kasih pada keluarga pengantin kerana memberi kepercayaan kepada Yati untuk menyediakan door gift bagi Majlis Perkahwinan anaknya yang penuh gemilang itu. Pada mulanya Yati merasa sedikit gentar untuk menerima tempahan yang banyak itu. Yati perlu membakar kek buah sebanyak 100 loyang bersize 12" x 12" .
Alhamdulillah semuanya dapat dilaksanakan dengan lancar dengan pertolongan, suami, emak ,ayah dan adik tercinta. Lebih lega lagi bila ramai yang memuji kek itu sedap. Telefonku asyik berdering aje sehari dua selepas majlis tu kerana mereka nak bertanyakan pasal kek tersebut. Sesiapa yang ada plan nak bagi door gift seumpama ini bolehlah hubungi Yati di h/p: 0122733214 atau e-mail : yadami68@yahoo.com . Harganya boleh dirundingkan...
Sorrylah gambar ini tak clear sangat. Ini ialah orange cup cake dalam bekas plastik yang diorder oleh Azuerina untuk dihadiahkan pada kawannya. Azue juga dah buat tempahan chocolate cake dan orange cake sebagai cenderahati untuk tetamu yang hadir dimajlis perkahwinan adiknya pada hujung April dan awal Mei nanti. Tempahan itu untuk pengantin lelaki dan perempuan sekali. Harga yang Yati tawarkan memang sangat berpatutan . Nak rasa sample pun boleh...
Untuk door gift seumpama ini kena tempah awal2 sekurang2nya dua minggu dari majlis perkahwinan. Untuk mengelakkan kekecewaan tempahlah lebih awal...
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 26-Feb-2009 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Birthday Cake Untuk Bella
|
|
Salam untuk semua pengunjung semoga anda semua sihat dan ceria selalu.
Entry kali ini masih memaparkan kisah kek. Last week kak Mariani menempah kek harijadi untuk anaknya Bella. Entah kenapa tempahan kek yang kuterima semuanya nakkan jenis coklat ganache/coating. Tak adakah yang teringin nak tempah kek buttercream.... Bilalah nak kuasah bakatku menggunakan buttercream
Buttercream ni untuk hiasan memang cantik, bila makan ramai yang kuis ketepi creamnya tapi kalau kek dengan hiasan coklat memang tak membazir langsung, saki baki di board, pisau atau piring pun ada yang menjilatnya... .
Jom tengok gambar kek harijadi Bella...
Kak Ani nak kek seperti chocolate banana cake tapi dia tak makan pisang. Katanya letaklah apa2 buah asalkan jangan pisang. Teringat Meen letak buah peach maka yati pun menggantikan pisang dengan buah peach. Atas feedback yang diterima sebelum ini mengatakan kek ini lebih sedap jika keknya moist maka yati pun mencubalah resepi sponge cake dari buku Y3K Amy Heng. Sponge cake tu memang lembut dan moist tapi yati tak pasti mengapa kek tu mengecut lepas sejuk walau pun loyang tu dah ditelangkupkan masa baru keluar dari oven. Sebabkan kek tu jadi nipis sikit bila dah sejuk, tak bolehlah nak potong jadi 3 layer. Dapat jadikan dua layer aje.. Rasa kek tu memang sedap. Yati dah translatekan resepi tu. Siapa nak cuba bolehlah mencuba. Kalau kek you all tak mengecut inform yati ya apa sebabnya...
CHOCOLATE SPONGE CAKE
Sumber: Amy Heng
Bahan A
250 gm telur
125 gm gula kastor
110 gm tepung kek ( saya guna tepung gandum biasa)
15 gm serbuk koko
50 ml susu UHT ( saya guna susu Dutch Lady dalam kotak)
15 gm ovalette
65 gm minyak jagung ( saya guna minyak biasa aje)
Bahan B
1 tsp vanilla essence
65 gm minyak jagung ( minyak ini adalah yang lain dari di atas)
Cara2nya.
Dalam mangkuk pemutar, masukkan kesemua bahan A dan putar pada kelajuan tinggi selama 5 minit sehingga adunan menjadi pekat dan gebu.
Perlahankan putaran mixer dan masukkan bahan B. Kacau perlahan hingga semuanya bercampur sahaja.
Tuangkan adunan kek ke dalam bekas pembakar dan bakarlah sehingga masak antara 40 min ke 45 min. Saya gunakan loyang bulat 9 inchi.
Resepi untuk coklat mousse dan chocolate ganache masih guna resepi aunty yochana. Boleh lihat di link sebelah kiri ya.
Masa tengah buat kek untuk Bella, anakku Amirah pula merengek2 nak birthday cake juga. Takkan nak potong yang orang tempah. Terpaksalah kubuatkan juga sebiji untuknya. Dia nak letak buah strawberry dan yati pula nak rasa buah peach. Jadi yati gabungkan buah peach dan strawberry bukan saja untuk deko tetapi didalam kek juga. Untuk makan sendiri bolehlah letak buah lebih2.... . Masih menggunakan resepi sponge cake Amy Heng walaupun mengecut skit tapi rasanya sedap sebab dia moist dan lembut.
Macam kek Meen juga, buah peach Yati berlumba2 nak menggelongsor... Tak sempat tunggu chocolate ganache tu mengeras sikit dan buah peach tu pun tak berapa tos airnya. Amirah asik gesa cepatlah ibu, tak sabar nak makan kek ni... Bila dah dipotong segigit aje yang dimakan Amirah. Geramnya.. Untuk tidak membiarkan diriku ini terus gebu, maka kuagih2kanlah kek tu pada jiran dan offismate. Ada yang kata lebih sedap dari kedai kek yang terkenal tu...
Inilah dia rupa kek yang telah dipotong tu. Kalau ada yang terliur tu bolehlah call yati 012-2733214 untuk order....
Untuk chocolate banana cake atau chocolate peach cake yati jual RM 60 untuk 1.4kg -1.5kg.
Kalau guna strawberry tu harga lainlah sebab sekotak kecil strawberry aje dah RM 12.00 di Billion.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 16-Feb-2009 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
ENTRY TERTUNDA, KELAS ROLL LAPIS DAN KEK LAPIS SERAWAK
|
|
Sudah sebulan rupanya yati tak update FP. Tak tahulah kenapa malas sangat. Selain malas, sekarang ni tengah sibuk dengan aktiviti kerja. Sebab tulah tak sempat nak berkunjung dan berborak kat rumah kawan2. Maklumlah kat rumah tak ada internet..
Sepanjang sebulan ni, yati ada terima tempahan kek, muffins dan cheese tarts. Jom kita layan gambar2 tempahan.
Ini tempahan kak Adib untuk birthday anaknya. Dia mahukan kek yang simple aje. Hanya deko ngan chocolate ganache aje.
Ini pula tempahan dari Salina untuk birthday anak bujangnya. Saja nak makan sekeluarga katanya. Maaflah Lina tangan akak ni keras sikit bila menulis atas kek. Nanti akak praktis lagi ya. Terimakasihlah kerana order dengan akak. Kalau sudi lain kali orderlah lagi...
Chocolate Banana Kek ini untuk Kak Fazidah. Suaminya kata sponge kek tu kering skit. Dia suggest guna chocolate moist cake. Selera orang lain2. Nanti yati cuba...
Sebenarnya yati suka kalau orang bagi feedback. Yati akan ambil semua feedback itu membina. Dari situlah kita baiki kelemahan dan improvekan hasil kerja kita sampai orang puas hati.
Laily pula tempah chocolate banana cake, cheese tart dan chocolate chip almond muffin untuk sambutan birthday di rumah keluarganya. Sebenarnya ada insiden yang berlaku pada chocolate banana cake tu. Biarlah Yati dan Laily aje yang tahu. Pengajarannya, bila hantar kek jgn bawa laju2 dan main langgar bumper aje...
Untuk gathering pada awal bulan Mac nanti, awal2 lagi Laily dah tempah 100 pcs muffin dan 100 pcs cheese tart. Thank you very much Laily for your support.
Ini pula muffin lagi untuk Pak Tam. Muffin pandan dan chocolate chip almond muffin.
Pada sesiapa yang nak order muffin,harganya RM1.30 sebiji. Muffin ini saiznya besar. Lebih kurang size muffin kat Roti Boy yang berharga RM 2.00 tu. Kalau order dalam kuantiti yang besar umpamanya untuk door gift, harganya boleh dirundingkan.
Untuk cheese tart pula harganya RM1.50 sebiji.
Kalau berminat nak order, sila sms/call yati di talian 012-2733214....
Habis cerita pasal tempahan, yati nak cerita pula pasal kek lapis serawak. Gara2 kek lapis yang dibuat sendiri menggunakan resepi dari internet tak menjadi, yati terus mendaftarkan diri dengan sifu Nomie dari Kelang. Masa tu yati rasakan ada teknik tertentu yang yati tak tahu. Normie ajar roll lapis sedangkan yati nak buat kek lapis serawak yang biasa2 tu. Dua minggu sebelum attend kelas Normie yati ada bertanyakan pada tokey kek lapis di Penang, Ina Sally samada teknik roll lapis boleh digunakan untuk buat kek lapis biasa. Cuba juga bertanya pada Ina kalau dia sudi nak ajar yati tentang kek lapis ini. Alhamdulillah Ina sanggup nak ajar yati. Kebetulan hujung bulan Jan yang lepas Ina balik bercuti ke Nilai, sempatlah dia datang rumah Yati untuk mengajar. Sifu datang rumah lagi bukan student gi rumah sifu....
Sempatlah Ina tunjukkan cara buat roll lapis, lapis bercorak dan lapis biasa. Barulah clear macamana nak buat lapis Serawak ni. Buat roll lapis ni ada matematik sikit..
Masa gi kelas sifu Nomie 1 Februari hari tu, tersesat jalanlah pula. Tak biasa dengan area Kelang. Kelas start pukul 10.00 pagi Yati sampai pukul 10.30pagi. Nasib baik dah faham masa attend kelas Ina hari tu. Kalau tak terkial2 juga nak memahamkannya.
Jom layan gambar2 kek lapis dan roll lapis semasa kelas Ina dan Normie.
Nama2 roll lapis ini tak ingat. Ina suruh cuba buat corak sendiri. Yang pentingnya tahu macamana nak gunakan cutter, nak susun corak dan nak roll. Masa Ina balik kek-kek ini belum berpotong lagi. Simpan dalam peti sejuk dulu. Keesokannya baru potong. Yati potong tak betul cara sebab tulah kulit roll tu nampak tak cantik. Pisau yang nak digunakan mestilah nipis baru cantik. Sekarang dah tahu cara dan tekniknya.
Ini pula kek lapis chocolate chip. Basic dah tahu bolehlah apply pada kek lapis yang lain2 tu. Yati bakar gunakan oven Milux. Belum ada lagi oven kek lapis. Walaupun gunakan oven Milux, keknya tetap lembap dan menjadi.
Ini kek lapis Samarinda. Ada beberapa kesilapan pada susunan corak. Maklumlah baru belajar... Kalau tak silap tak tahu mana nak improve..
Kek ini bakar guna oven Zanussi. Resultnya agak kering sedikit. Kena pandai adjust temperaturenya kot baru ok.
Ini pula roll lapis yang belajar ngan Sifu Nomie. Untuk intinya sifu dah sediakan. Nomie ada juga tunjukkan cara nak adun inti , kulit roll dan bakar. Student kena potong inti2 tu menggunakan cutter yang sesuai saiznya dan cantumkan mengikut corak dikehendaki.
Tak sabarnya nak tunggu pewarna yang di tempah dari Serawak tu sampai. Lepas ni kenalah rajin2 melapis untuk memahirkan diri.
Terima kasih banyak2 pada Sifu Ina dan Sifu Nomie kerana sudi berkongsi ilmu dan tidak lokek berkongsi tips dan resepi. Insya Allah ilmu itu akan dimanfaatkan tak lama lagi..
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 15-Jan-2009 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Chocolate Chip Almond Muffin And Blueberry Cheese Tart
|
 |
|
Chocolate chip almond muffins
|
|
 |
|
blueberry cheese tart
|
|
 |
|
blueberry cheese tart
|
|
|
Dua hari yang lepas dapat order untuk delivery hari ini. Pak Tam order Muffin dan Tart untuk makan2 dikedainya. Disebabkan Pak Tam tak kisah apa2 jenis muffin dan tart maka yati pun buatlah chocolate chip almond muffin dan blueberry cheese tart. Sebenarnya muffin dan tart tu dah lama nak try buat tapi tak terbuat2. Asyik dok pikir sapa nak makan kalau buat benda2 tu sebab anak dan hubby yati tak suka makan benda2 macam tu. Kalau yati aje yang makan, tambah membulatlah badan ni.... . Oleh kerana order tersebut maka yati pun mengambil kesempatanlah mencuba resepi2 yang dok que dalam list tu...
Jom layan gambarnya.....
Pak Tam tersenyum lebar tengok muffins yang tembam2 tu.. Memang sedap dan terasa coklatnya. Kalau makan panas2 tak payah ceritalah......
Thanks to kak Rinn for sharing this recipe. Yati letak juga resepi tu di sini untuk rujukan di masa akan datang.
CHOC.CHIP ALMOND MUFFIN
Sumber : rinchan
BahanA (diayak)
2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan serbuk koko
1/2 camca teh garam
BahanB (Dipukul hingga kembang)
2/3 cawan majerin
1 1/3 cawan gula castor
2 biji telur gred A
1 cawan susu segar
Bahan C ( Digaul dengan sedikit tepung)
1/2 cawan choc chips
1/2 cawan kismis
1/2 cawan almond cincang (mklang tak letak)
* Sedikit choc chips dan almond slices utk ditabur atas muffin
Cara-cara :
1. Satukan A dan B. Kacau sebati. Masukkan C, Kacau guna spatula setakat sebati sahaja.
2. Masuk adunan ke acuan muffin 3/4 penuh. Tabur sedikit choc chips dan almond slices.
3. Bakar pada suhu 190 darj cel selama 25min -30min, bergantung kepada oven masing-masing
Bagi penggemar2 cheese, tart ini memang sedap. Pastrynya yang rangup tu membuatkan cheese tart ni bertambah sedap. Yati ambil resepi ni dari maklang azie. Yati cut and paste aje ya..
Blueberry Cheese Tat
Sumber : kak mas
Pastry (as basis for all tart pastry)
250g butter
125g icing sugar
1 'B' egg
440g plain flour (maklang campur skit ngan susu tepung, garam skit, esen vanila)
Filling
250g Philadelphia cream cheese
60g gula caster
20g butter
1 'B' egg
Blueberry/stroberi filling
Cara:
1. Pukul butter dgn icing sugar sampai kembang.
2. Masukkan telur, pukul sampai sebati (well mixed).
3. Masuk tepung, gaul hingga rata.
4. Cubit sikit dan tekan dalam tart mould yang telah digris. Tekan dalam mould dengan fork.
5. Bakar 180C untuk 10-12 minit (3/4 masak). Keluar dan ketepikan
Untuk filling, pukul cream cheese, gula dan butter sampai kembang, masuk telur dan pukul hingga rata.Masukkan dalam piping beg. Picitkan cream cheese di dlm tat shell & kemudian bubuhkan 1/2 sudu kecil blueberry keatasnya.
Nota:
Pastry tu biar nipis pasal bila bakar ia kembang (tebal), tak sedap pasal tak crunchy.
Utk decoration bubuh sikit filling atas cheese dan swirlkan dengan lidi sebelum bakar.
Selalunya I buat banyak dan simpan dalam air tight container, tahan 1 bulan.
Banyak mana blueberry tu actually ikut citarasa masing2.Blueberry boleh diganti dengan strawberry atau kiwi filling.
Nota mklang : bila dah masuk filling, guna api bawah jer, baru nampak smooth jer chis tu, jangan lama sangat nanti chis tu berkerepot jer..
Resepi di atas dapat banyak, maklang buat setengah adunan dapat <> 40 ketui.
Kalau teringin nak makan tapi tak sempat nak buat, order ajelah. Untuk order bolehlah call yati di talian 0122733214 ...
|
|
|
|
|
|
| Monday, 12-Jan-2009 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Chocolate Banana Cake Lagi
|
 |
|
Chocolate Banana Cake
|
|
 |
|
Chocolate Banana Cake untuk Intan
|
|
 |
|
Sponge Cake
|
|
|
Lama juga tak update fp. Rasanya macam tak da cerita nak kongsi bersama. Hari2 buat kek biasa yang tak di make up. Takkan nak tunjuk gambar yang sama juga. Alhamdulillah walaupun yati buat jualan harian kek tanpa make up tapi tetap ada permintaan. Kek tanpa cream ni senang sikit nak diuruskan. Makan bila2 masa pun tak kisah. Kalau ada yang minta kek yang berdeko untuk majlis2 tertentu yati terima juga tempahan.
Baru2 ini Pn.Siti tempah Chocolate Banana Cake yang famous tu. Yati gunakan resepi yang biasa yati buat. Kalau nak resepinya dan lihat gambar kek yang telah dipotong boleh lihat disini .
Kek ini seberat 1.4 kg. Pn Siti kata sedap dan rasanya pun tak manis sangat.
Harganya sungguh berpatutan. Yati ni kalau nak letak harga selalu serba salah
. Takut orang kata mahal sangat! Sebab tu Zati kata " ko ni jual kek murah betul, untung ke?"....
Bagi sapa2 rasa teringin nak makan chocolate banana cake tapi tak ada masa nak buat sendiri bolehlah order dari Yati. Call aje no 0122733214....
Yang ini pula chocolate banana cake untuk Intan. Saja bagi intan dan keluarganya tanda terima kasih kerana dah menjaga Amirah anakku dari baby hingga berusia lima tahun lebih. Tahun ini Amirah masuk tadika dan day care dari pagi hingga petang kerana di situ ada ajar mengaji.
Chocolate Banana Cake untuk Intan ini sengaja yati deco ngan bunga ros. Kononnya nak praktis buat bunga ros tapi dah tersalah guna coklat. Sebab tu bunga dan daunnya tak menjadi. Ampun Sifu Zati......
Untuk sponge cakenya yati cuba guna resepi yang selalu Amal buat. Keknya naik gebu dan sedap tapi yati tak pasti kenapa bahagian atasnya terkopek seperti dipotong pula seperti dalam gambar yang ditunjukkan. Mungkin Amal boleh bagi tips untuk buat sponge kek ini. Untuk coklat mousse dan ganachenya yati masih menggunakan resepi yang biasa dibuat.
Yati sertakan juga basic sponge cake untuk rujukan di masa akan datang. Yati c&p dari Amal. Izinkan ya dan terima kasih kerana sudi berkongsi resepi.
Kek Span Asas
Dipetik dari buku "Romancing With Cakes"
10 biji telur Gred B
180 gm gula castor
180 gm tepung gandum**
20 gm serbuk koko**
2 sudu besar minyak jagung
1 sudu besar ovalette**
Putar telur dengan kelajuan tinggi bersama ovalette selama 8 minit atau sehingga ia menjadi kembang 2x ganda. Masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil adunan diputar laju. Putar hingga adunan menjadi putih dan pekat. Perlahankan mixer dan masukkan tepung yg telah diayak, kemudian masukkan minyak jagung dan kacau hingga sebati. Jangan terlalu lama. Kemudian masukkan ke dalam acuan yang telah dialas bersaiz 10" dan bakar selama 45 minit atau sehingga kek masak.
Intan dan keluarganya memang suka sangat ngan kek tu. Katanya coklatnya begitu terasa.....
Sesiapa yang nak order apa2 kek bolehlah menghubungi Damira Bakery.
H/P: 0122733214
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 23-Dec-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
KELAS DEKO ZATIDHATI
|
|
Baru hari ini dapat menghadap PC dek kesibukan bertugas untuk KL MESRA sempena Hari OKU Sedunia di Tasik Titiwangsa dari 19hb hingga 21hb Disember 2008. Semalam sibuk mengemas dan menghantar semula peralatan yang digunakan. Sepanjang tempoh tersebut sampai rumah pun pukul 9.30 malam. Kasihan suamiku, dahlah tak berapa sihat ditinggalkan pula seharian. Alhamdulillah dia mengerti tugas isterinya
Pada 16hb hingga 17hb Disember yang lepas berkesempatan menghadiri kelas deko Zatidhati di Pekan, Pahang. Itulah kelas deko yang paling jauh kuhadiri... Sebenarnya lama sungguh kumemendam keinginan untuk belajar deko dengan Zati. Pada asalnya kuberhasrat untuk belajar dengan Zati pada 23hb November bersama2 Ina Saly. Dua bulan sebelum tarikh tersebut dah kutempah kelas dengan Zati. Kita hanya mampu merancang, Allah yang mengaturkan semuanya. Suamiku sakit, kelas terpaksa ditunda. Ina pula ikut kelas Zati pada awal Disember. Menurut Ina, Zati dah nak tutup kelas Januari ini sebab dia dijangka bersalin bulan Feb. Mendengarkan itu kucepat2 menghubungi Zati untuk hadir kelas pada 16 dan 17 Disember. Bagi sesiapa yang nak attend kelas deko Zati, cepat2lah call dia supaya lambatkan tarikh tutup kelas tu. Pujuk2 sikit sebab dia tu aktif lagi walau pun dah sarat!!....
Rasa puas hati sungguh dapat belajar ngan Zati. Tak lokek ilmu, banyak tips dan tunjuk ajar yang diberikan. Azzaharah dan Takiyudin, anak2 Zati begitu ramah. Hari2 disajikan pula sajian yang enak2 masakan Cikgu Azlee. Untung Zati dapat husband pandai memasak. Layanan mesra keluarganya membuatkan ku tak rasa kekok disitu. Aku membawa balik 4 biji kek dan sebiji kek lagi diberikan kepada adikku di Kuantan. Kek kek tersebut dimasukkan dalam kotak kek dan kotak-kotak kek itu dimasukkan dalam kotak besar pula. Walaupun dengan menaiki bas hingga ke Puduraya, kek -kek tersebut selamat sampai ke Bangi tanpa cacat cela. Jom jamu mata hasil tangan kerasku ini. Layaaann.....!!
Amirah anakku begitu gembira dapat kek ini. Bertupang siku buat deko sebab tanganku menggigil
Mencabar juga buat deko cartoon ni. Perlukan ketelitian yang tinggi...!!
Inilah first time tangan kerasku ini buat bunga ros. Walaupun tak secantik orang yang dah pro nampaklah juga bentuk bunga ros tu... Nak kena banyak praktis lagi baru cantik macam orang pro buat. Kek inilah yang kuberikan pada adikku di Kuantan
Chocolate deko pun mencabar juga. Tapi seronok!
Chocolate banana cake. Tak payah ceritalah, semua dah tahu... sedaaap!
Sekali lagi nak ucapkan terima kasih pada Zati atas tunjuk ajar dan layanan mesra keluarganya.
Rasanya lebih confident untuk terima tempahan lepas berguru ni.
Untuk tempahan sila hubungi Yati: 012 2733214.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 18-Dec-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
DUGAAN DEMI DUGAAN
|
|
Lama sungguh tak ku update FP ni, melebihi dua bulan ! Bukannya pergi bercuti tetapi tak ada perasaan yang tenang untuk duduk depan PC bercerita tentang aktiviti harian. Sebenarnya Allah telah mendugaku sekali lagi. Bila direnung kehidupanku yang lampau banyak sebenarnya dugaan yang telah kulalui. Hanya yang betul2 mengenaliku sahaja yang memahaminya. Alhamdulillah semua dugaan yang Allah beri itu dapat kulalui dengan tabah. Itulah doaku setiap kali solat, supaya setiap dugaan Allah itu biarlah dugaan yang mampu kutanggung dengan hati yang tabah. Setiap dugaan dari Allah itu mempunyai hikmah disebaliknya samada disedari atau tidak.
Sebenarnya pada hari raya aidil fitri yang lepas suamiku sakit dimana tak terfikir langsung yang suami ku akan sakit seperti itu. Bipolar Mood Disorder, fikirannya bercelaru dan emosi tidak stabil mungkin akibat pelbagai tekanan hidup yang dihadapi. Setelah dua bulan lebih dirawat di HUKM, suamiku semakin sembuh. Telah pun discharge dari ward dan masih dalam MC. Doaku dia akan pulih seperti sediakala dan boleh diterima bekerja semula. Sepanjang suamiku sakit berbagai ikhtiar yang kucuba untuk merawatnya dari cara moden, Islamik dan alternatif iaitu cara CVT (color vibration therapy). Semua itu memerlukan duit yang banyak! Tidak kunafikan keluarga banyak membantu tetapi sampai bila nak menyusahkan orang.
Bertitik tolak dari situlah kumenebalkan muka bertanya sana sini siapa nak beli kek yang kubuat. Alhamdulillah ada yang sukakan kek hasil tanganku. Peringkat permulaan tu, ada juga komen dari customer tapi kuambil komen tersebut secara positif untuk kuperbaiki hasil tanganku. Itulah antara hikmah yang kunampak apabila suamiku sakit. Kalau tak terdesak pasti aku masih bergoyang kaki dan leka dengan duniaku. Bila dah terdesak barulah aku terhegeh hegeh nak buat bisness yang sememangnya aku minati. Panjang pula aku mengimbau kenangan dan pengalaman yang lepas. Apa kata kalau kita tengok kek yang dijual dan ditempah orang....!
Ini adalah antara kek yang terlaris dan ditempah lebih2 lagi pada perayaan aidil adha yang lepas. Antara kek yang dijual setiap hari dan ditempah orang ialah kek gula hangus, kek oren, kek coklat rice, kek marble, kek pandan, kek strawbery dan kek coklat moist. Setiap kek beratnya lebih kurang 500gm dan sesuai bila2 masa. Untuk dijadikan buah tangan kalau ada kenduri kendara dirumah jiran atau saudara mara. Untuk minum pagi/petang dan boleh dibekalkan kepada anak sekolah dan untuk pot luck kalau rasa-rasa malas nak masak sendiri...
Ini pula tempahan kek buah bakar dari makcikku
Orange Mocha Brownies ditempah oleh kak Ida untuk makan2 sekeluarga. Katanya sedap!.. Tks kak Ida
Ini pula permintaan dari Pn. Ruslina untuk Anniversary mertuanya. Dia nak chocolate banana cake yang simple2 aje. Sebenarnya Pn Ruslina pernah rasa chocolate banana kek yang ku buat dulu dan pernahku masukkan dalam entry yang lepas2.
Bagi yang tinggal di Bandar Baru Bangi dan kawasan sekitarnya, kalau berminat nak order bolehlah hubungi Yati.
HP: 012-2733214
E-mail: yadami68@yahoo.com
Untuk entry yang akan datang, akan kumasukkan hasil tanganku di kelas deko Zatidhati.
Tungguuuu......!
| Quote: |
Terima kasih atas doa dan kata2 semangat dari kawan2 semua. Insya Allah yati akan jadi lebih tabah lagi mengharungi kehidupan. |
|
|
|
|
|
|
| Monday, 6-Oct-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Entry Khas Buat Cik Wan
|
|
Tidak terlewat kiranya bagi akak mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin buat Cik Wan sekeluarga di Terengganu. Sebenarnya akak ada membalas ucapan Wan melalui SMS tetapi tak tahulah terima ke tidak kerana berpuluh2 ucapan yang dihantar kepada handai taulan melalui sms tak sampai kepada mereka. Tak tahu dimana silapnya
Terima kasih kerana sudi membeli hamper dari akak walaupun order tersebut dibuat dua hari sebelum kebanyakan orang mula bercuti. Alhamdulillah 4 buah hamper dapat disiapkan pada pagi Jumaat iaitu hari penghantaran. Diharapkan penerima2 hamper di Putrajaya tu berpuashati dengan hamper2 tersebut. Memang akak janji nak masukkan gambar2 hamper tu dalam FP sebelum raya tapi tak sempatlah pula. Untuk tidak menghampakan, silalah jamu mata dengan gambar2 hamper tu. Hamper yang Wan suruh upgradekan tu ialah yang diikat dengan reben organza kuning cair. Bakulnya sedikit besar dan bunganya berbeza dari 3 bakul yang lain. Isi dalamnya juga lebih banyak dan ada perbezaan dari 3 yang lain2 tu. Harap Wan berpuashati dan tak serik untuk order lagi... Insya Allah di masa2 akan datang akak akan improvekan lagi presentation hamper2 tu dan pelbagaikan lagi kadar harga hamper.
Hamper ini bukan terhenti setakat hari raya sahaja malah ianya adalah berterusan untuk semua jenis perayaan termasuklah juga hamper untuk Ucapan Tahniah, Ucapan Semoga Cepat Sembuh dan sebagainya.
Jom layan gambar2 hamper tu....
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 24-Sep-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Demam Kuih Raya
|
 |
|
Chocolate Oats Crist
|
|
 |
|
Suji Badam
|
|
|
Sekarang ni ramai yang sibuk mengirim kad raya. Thanks Zira kerana sudi nak bagi kad pada akak. Sorrylah terlambat ambil kad tu.
Sana sini orang dok tayang kuih raya. Saya ni tak sempat nak bereksperiment dengan resepi2 kuih raya. Sibuk dengan tempahan kuih raya dan hamper. Adalah sejenis dua yang saya sempat cuba. Saya ambil dari fp maklang azie. Biskutnya simple tapi sedap. Terima kasih maklang dan izinkan saya copy paste aje resepi kat sini ya.
Chocolate Oats Crisp Cookies
Chocolate Oats Crisp
Sumber : Koleksi resipi oats
Bahan
130g tepung gandum }
30g tepung jagung }
20g serbuk koko } ayak
½ sk serbuk penaik }
¼ sk serbuk kulit kayu manis } (saya tak letak pun)
¼ sk garam
90g Quaker Oat Segera
200g mentega
120g brown sugar
½ sk esen vanilla
Cara
Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas. Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata.
Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Uli hingga kental.( Saya terpaksa tambah sedikit tepung kerana adunan saya lembik)
Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung. Potong atau terap dan letak atas dulang. Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit atau sehingga rangup.
(saya hanya ambil sedikit doh dan bulat2kan lalu dileperkan dengan garpu.
Nota
Maklang bakar dengan suhu 170 selama 15’.( saya bakar pada suhu 160'C selama 15 min)
Sebaik2nya, biarkan biskut betul2 sejuk baru makan dan rasa sendiri kerangupan biskut rangup coklat oat yang pasti makan sekali nak lagi.
Suji Badam
Biskut Suji Badam
Sumber : kak intan/diana
Bahan-bahannya
1 kg tepong gandum
350 gm badam, dikisar
400 gm gula halus ( gula tepong) (saya gunakan gula ising)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate soda
secubit garam saya letak 1 sudu teh garam)
Minyak makan secukup nya ( saya gunakan 3 cawan minyak )
Cara-caranya
1. Masukkan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali minyak. Gaul rata.
2. Masukkan minyak sedikit sedikit hingga menjadi satu dough yg boleh diterap.
3. Bakar dalam oven pada suhu 170’C sehingga biskut masak ( saya bakar pada suhu 160' C selama 14 min)
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 11-Sep-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tag dari cek de sam
|
 |
|
Asam Rebus Keladi Tumis Darat
|
|
|
Ada homework dari cek de sam. Nasib baik sempoi aje. Suka tengok bear tu. Cute betul!
1. Nama timangan
- adik beradik dan keluarga panggil kaklong.
- kawan2 masa kat U panggil Oshin.
- yang lain2 tu panggil yati.
2. Saya seorang yang
- pemaaf. Tak suka nak bermasam muka dengan sesiapa pun.
- tak kedekut ilmu. Insya Allah boleh dikongsi bersama apa yang saya tahu.
- agak peramah jugalah orangnya tapi kadang2 tu kena tengok jugalah tempatnya
cukuplah setakat tu...kalau nak ditulis semua tak larat
3. Insan teristimewa
-Suami dan anakku Amirah, ibu bapa dan adik beradik
4. Makanan
- tak cerewet bab makan asalkan halal....
5. Favourite colour
- warna-warna yang gelap sebab nak kasi nampak kurus sikit...
6. Favourite Song
- Semua lagu yang mendamaikan fikiran, tak suka lagu yang terjerit2 tu.
7. Benda yang buat anda stress
- janji yang tak ditepati.
- memandu dalam keadaan yang sesak, tambah lagi kalau hari tu panas terik.
- berkawan dengan orang yang talam dua muka.
8. 3 benda dalam wallet
- Kad pengenalan
- Lesen memandu
- Kad ATM
9.Kali terakhir menangis beriya-iya.
- alamak tak ingatlah. Saya ni penyedih juga orangnya. Kalau tengok drama yang sedih2 tu boleh nangis tersedu sedan...
10. Tag rakan anda
saya tak tahu nak tag siapa sebab rasanya semua dah kena tag....
Jom tengok menu kali ini pula.
Sebenarnya menu ni dah lama buat cuma tak update aje. Manalah tahu boleh bagi idea pada ibu2 yang dah tak tahu nak masak apa di bulan Ramadhan ni....
Ini resepi dari bondaku.
ASAM REBUS KELADI TUMIS DARAT
Bahan2nya:
Batang keladi secukupnya. Disiang dan dicelur sekejap. Toskan batang keladi tu dan ketepikan.
5 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah
1/2 cm kunyit hidup
Sedikit belacan
Sedikit ikan bilis dibasuh dan diramas
Sedikit air asam jawa.
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya.
Bahan untuk menumis.
5 ulas bawang merah dihiris-hiris
2 sudu minyak masak.
Cara2nya.
1. Tumbuk/ kisar cili kering, bawang merah ,kunyit dan belacan.
2. Tuang ke dalam periuk bahan kisar tersebut.Campurkan sekali ikan bilis yang telah diramas tadi.
3. Tambahkan air dan jerangkan atas api hingga mendidih.
4. Masukkan batang keladi yang telah dicelur tadi.
5. Masukkan air asam, garam dan gula.
6. Rasakan masam dan masin secukupnya...[i]masa bulan posa ni jgnlah rasa tau... [i]
7. Lepas lauk mendidih sekali lagi tutupkan api.
8. Goreng bahan tumis iaitu bawang merah yang dihiris dengan minyak .
9. Goreng bawang tersebut hingga kekuningan seperti bawang goreng.
10. Setelah kuning tuangkan sekali minyak dan bawang yang dah kuning tu ke dalam periuk lauk asam rebus tadi. Baunya akan jadi semerbak.
Nota: Lauk dah masak baru dimasukkan bahan tumis. Sebab tu namanya tumis darat..
SELAMAT MENCUBA...!
Esok saya akan berehat buat seketika sehingga 22 Sept. Tak dapatlah saya nak mengupdate dan menjenguk dapur kawan2. Selamat meneruskan ibadah puasa.
|
|
|
|