Welcome To DAMIRA FotoPage

By: Hayati Ibrahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Thursday, 8-Jul-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
UPDATE TENTANG CLASS

Salam buat semua,

Hari ini saya nak update tentang class:

10/7 - kelas homemade cocholate(RM250) - full
- Kak Rozi
- Aisyah
- Farahana

11/7 - kelas homemade cocholate(RM250) - full
- Ila
- Ac
- kawan Ac

17/7 - kelas cup cake decoration(RM150) - ada kekosongan
- Shaza
- Siti Rozana
- Kak Rozi
- Fatimah
Ada dua orang lagi student yang belum confirmkan kehadiran, Harap anda tolong confirmkan kehadiran secepat mungkin.

18/7 - kelas tart dan pie(RM150) - full
- Kak Rozi
-Yati Nilai
-Aini
-Hafis
-Nadia Azura

1/8 - Kelas Coklat Homemade(RM 250) - 3 kekosongan
7/8 - Kelas Coc. Mousse cake dgn hiasan coklat creative(RM250) -2 Kekosongan
8/8 - Kelas cup cake decoration(RM 150) - 6 kekosongan

Kelas diadakan di 14, Jalan 5C/9, Seksyen 5, Bandar Baru Bangi.

Sebarang pertanyaan tentang class atau tempahan sila hubungi Damira Bakery:
Yati hp: 0122733214
Email: damira.bakery@yahoo.com


Monday, 5-Jul-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
KELAS CUP CAKE UNTUK DOOR GIFT DAN MENU HUJUNG MINGGU

 
 
 
Salam buat semua semoga kita semua didalam peliharaan Allah.

Minggu lepas Aisyah dari Jalan Kelang Lama belajar kelas cup cake tanpa hiasan untuk door gift. Beberapa tips diberikab pada Aisyah bagaimana mendapatkan kek yang lembab, gebu dan sedap. Yati suruh Aisyah makan setiap satu flavor iaitu oren, vanila dan chocolate. Beliau gembira dan berpuashati dengan hasilnya.



Cup cake oren, vanila dan chocolate moist yang dihasilkan oleh Aisyah


Yang kat bawah ni pula menu hari Sabtu dan Ahad lepas.



Kepala ikan siakap masak asam pedas. Jenuh jugalah nak membuang sisik kat kepala ikan tu. Yati memang tak suka tengah2 syok makan tiba2 terkunyah pula sisik ikan. Sebab tu sedaya upaya buang semua sisik kat kepala ikan tu. Yati rencahkan daun kesum dan sayur bendi. Berselera sungguh makan tengahari tu berulamkan pula ulam daun tenggek burung dan peria katak. Rasanya semua orang dah tahu masak asam pedaskan. Resepinya yati malas nak taip. Kemudian kalau rajin Yati taip ya.



Malam semalam pula dinner dengan mee bandung aje. Tengahari tu ada class. Biasalah kalau ada class menu makan tengahari ialah nasi ayam dari kedai Mak Siti di West Country tu. Bila malam Yati buat mee bandung aje. Resepi ni main campak2 aje. Kalau rajin nanti yati tulis resepi ya.


Friday, 2-Jul-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
KERABU SOTONG BUNGA DURIAN

 
Salam buat semua, semoga semuanya sihat dan ceria selalu.

Hari ini saja nak update gambar yang dok terperam lama. Pernah tak makan kerabu bunga durian?. Yati buat ni masa musim bunga durian bulan Mac yang lepas kalau tak silap. Sekarang pokok tu pun dah nak habis buahnya. Punyalah lama Yati perap. Tiap2 tahun Yati pasti menunggu musim bunga durian. Suka sangat makan masakan yang letak bunga durian ni. Masakan lain dari bunga durian ada Yati tepek kat link sebelah. Jom layan!



KERABU SOTONG BUNGA DURIAN

Bahan-bahannya

Bunga durian yang telah dibersihkan dan dicelur sekejap.
Sotong yang telah dibersihkan, dipotong bulat, letak sedikit garam dan dikukus selama 5 minit.
1 biji bawang besar dihiris bulat
5 tangkai cili padi dihiris bulat (nak pedas tambah lagi cili padi)
1 biji buah tomata dipotong dadu
1 biji limau nipis diperah jusnya
daun bawang dan daun sup dihiris
gula dan garam secukupnya.

Caranya

Campurkan kesemua bahan2 di atas dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Kerabu ini sedap dimakan bersama nasi panas atau diratah begitu saja.

Selamat Mencuba! Tapi kena tunggu tahun depanlah pula. Mungkin ada negeri2 lain durian baru nak berbunga. Sekarang ni dah tak kira musim. Kalau kat KL ni durian boleh dikatakan ada sepanjang tahun...


Monday, 28-Jun-2010 08:13 Email | Share | | Bookmark
KELAS HOMEMADE CHOCOLATE DAN CUP CAKE DECORATION 27/6/10

 
 
 
View all 10 photos...
Salam buat semua!

Tak sempat nak berceloteh, jom layan gambar2 kelas coklat dan kelas cup cake minggu lepas.



Kelas coklat homemade minggu lepas dihadiri oleh Zura dan Nana dari Cheras. Mereka berdua ini ipar duai tapi bila tengok rupa macam adik beradik pula. Tengoklah tu happy mereka dengan coklat2 yang mereka hasilkan.



Coklat box yang zura hasilkan yang beriben manakala nana punya yang bunga ros. Nana punya chocolate box tak sempat lagi beku dan tak boleh keluar lagi dari mould sebab coklatnya tebal berbanding Zura. Suami dah tunggu sudahnya dengan mould sekali Nana bawa balik.


Close up sikit chocolate Oreo. Terang sungguh warna yang dipilih. Upin ipin memang cute.



Berani sahut cabaran! Nana pilih lolly choc bunga yang sebelum ni peserta malas nak pilih sebab nak buatnya leceh sikit. Lihatlah hasilnya, cantikkan!



Eh pop cake ke ni! Ini truffle sebenarnya. Zura buat truffle rasa strawbery dan nana buat ruffle rasa oren. Yati bagi kebenasan pada mereka untuk menghias. Lihatlah hasilnya yang creative.

Jom layan pula kelas cup cake decoration yang diadakan pada 27.6.10.


Kelas kali ini sungguh menarik kerana dihadiri oleh seorang jejaka bernama Kamal dari Kajang. Isterinya yang daftarkan untuk suaminya kerana suaminya minat sangat katanya.
Peserta yang lain tu ialah Yati dari nilai, Anisah dari Bandar Baru Bangi dan Salmiza dari Putrajaya. Kesemua peserta ini declare yang mereka zero knowledge dalam bab baking. Seboleh yang mungkin Yati cuba terangkan apa yang mereka musykilkan. Keramahan Kamal buat kelas itu hidup dan Yati tak segan nak mengajar. Harap mereka mendapat ilmu yang boleh dimanfaatkan selepas ini.


Inilah hasil tangan kamal. Walaupun first time buat tapi hasilnya memuaskan. Dalam bekas bertutup dome tu tak berapa jelas. Patutnya ambil gambar sebelum letak penutup baru jelas sikit. Di Yummie tak jual bekas yang berlubang 16. Stok dah habis kat rumah , terpaksalah guna kotak biasa. Deko yang tinggi skit kena guna bekas tutup dome.


Ini pula hasil tangan Salmiza. Tak cuba tak tahu yang diri tu sebenarnya berbakatkan Miza.



Ini pula hasil deko Anisah. Bila dah selalu buat hasil tangan kita lebih cantik dan faham dengan ragam2 butterecream.



Ini hasil tangan Yati. Lepas ni bolehlah buat birthday cake sendiri untuk anak dan nak buat niaga pun dah boleh. Buat praktis selalu hasil akan lebih mantap.

Harap semua peserta berpuas hati dengan apa yang diajar. Selepas ni kalau ada kemusykilan call/sms/email je. Kalau akak boleh bantu akak bantu.


Nak update tentang kelas untuk bulan Julai.

4/7 - Kelas cup cake door gift tanpa hiasan (RM 120)- 2 kekosongan
10/7 - kelas homemade cocholate(RM250) - 1 kekosongan
11/7 - kelas homemade cocholate(RM250) - full
17/7 - kelas cup cake decoration(RM150) - full
18/7 - kelas tart dan pie(RM150) - full

Kelas diadakan di 14, Jalan 5C/9, Seksyen 5, Bandar Baru Bangi.

Sebarang pertanyaan tentang class atau tempahan sila hubungi Damira Bakery:
Yati hp: 0122733214
Email: damira.bakery@yahoo.com


Friday, 25-Jun-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
ORDER DAN NASI GORENG TOMYAM

 
 
 
Salam semua semoga semuanya sihat dan ceria selalu.

Semalam Sue dari Meditop order 90 pcs blueberry cheese tart. Ini order yang entah ke berapa kali, my regular customerlah ni. Thank you sue for your support.




Pagi tadi pula menyiapkan order untuk kak Wasilah. Hari tu kak Wasilah dah order untuk birthday anaknya. Kali ini order 50 biji choc moist cuppies lagi untuk anak2 muridnya di Sek. Men. Jalan 3 , BBB yang dah banyak menolong beliau. Simple deco aje yang sempat sebab last minute order.




Yang ini pula Nasi Goreng Tom Yam yang dibuat minggu lepas. Baru dapat update. Hari tu jenguk dapur maklang dan dapur kak Zai ada menu ni. Tu yang teringin sangat rasanya. Resepi asal dari kak Hanieliza. Thanks kak for the recipe. Saya copy paste aje ya. Tapi saya ada modify sikit. Sorry ya kak.



NASI GORENG TOMYAM

Bahan
2 mangkuk nasi [peroikan]
100 gm udang [buangkan kulit]
100 gm sotong [potong kecil]
100 gm isi ayam [hiriskan nipis]
100 gm carrot [potong dadu]
100 gm kobis bulat [potong kecil]
1 bij telur
daun ketumbar [racik]
ciliapi tumbuk [kalau nak lebih pedas]
minyak
garam
1/2 kiub tom yam knorr* (* ini saya memandai tambah sendiri)

Bahan Sos Tomyam [mesinkan]
10 tangkai cili kering
1 batang serai
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 s/b udang kering

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan sos tomyam sehingga wangi dan masukkan kiub tomyam
2. Masukkan ayam dan carrot. kacau rata sehingga masak.
3. Masukkan udang, sotong, kobis dan garam. Kacau rata.
4. Masukkan nasi dan kacau rata.
5. Pecahkan telur dan kacau rata bersama semua bahan.
6. Rasakan garam dan tutup api.
7. Taburkan daun ketumbar dan gaulkan sekali algi.
8. Hidangkan.


[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net