Welcome To DAMIRA FotoPage

By: Hayati Ibrahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 23-Jun-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
KELAS HOMEMADE COKLAT, 20 JUN 2010

 
 
 
View all 6 photos...
Kelas homemade coklat kali ini dihadiri oleh Siti Rozana dari Puchong. Bersungguh2 benar dia nak belajar buat coklat. Tapi sayangnya tak boleh makan coklat lebih2, pening kepala pula. Nasib baik suaminya suka sangat ngan coklat.

Untuk kelas coklat di Damira Bakery, Yati suka nak guna coklat couverture dan compound dari pelbagai brand supaya lepas class peserta tahu rasa brand2 yang berlainan. Brand yang digunakan untuk coklat couverture ialah Sicao dan Koko Malaysia. Brand yang digunakan untuk compound pula ialah Selborne, Beryl's dan Van Houten.
Jom layan gambar2 coklat yang Siti buat.



Chocolate oreo dengan edible image, teknik transfer sheet, corak tema bunga dan sports.
Lollychoc, chocholate bear, shell dan teknik marbelling.



Close up sikit edible image upin dan ipin dan transfer sheet. Suka tengok upin dan ipin tu, cute betul.



Coklat paraline dengan raspbery ganache dan hazelnut serta coklat truffle perasa strawberry



Coklat dengan kepingan waffer (paillete feuletene), coklat bar dengan bubble rice dan coklat bar dengan almond dan kismis.



Siti suka sangat dapat buat chocolat box. Sayang nak makan box tu.



Siti ditemani anak yati,Amirah bergambar dengan coklat yang dihasilakan.


UPDATE TENTANG CLASS TERKINI

26hb Jun - Kelas homemade chocolate (RM 250) - 1 kekosongan
27hb Jun - Kelas cup cake dan decoration(RM150) - full (4 orang)
4 hb Jul - Kelas cup cake tanpa hiasan untuk door gift (RM 120)- 2 kekosongan
17hb Jul - Kelas cup cake decoration (RM150) - full (3 orang)
18hb Jul - Kelas tart dan pie(RM150) - full (4 orang)

Kelas akan diadakan di No 14, Jalan 5C/9, Seksyen 5, Bandar Baru Bangi.

Sebarang pertanyaan tentang class dan tempahan sila hubungi Damira Bakery:
Yati hp: 0122733214
Email: damira.bakery@yahoo.com


Tuesday, 22-Jun-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
ORDER

 
 
 
View all 6 photos...
Salam buat semua teman2 pengunjung semoga sihat dan ceria selalu.

Hari ini nak update gambar tempahan sepanjang 2 minggu lepas. Tak payah cerita panjanglah ya. Jom layan!



Tempahan dari kak Wasilah untuk birthday anak daranya. Kek chocolate moist dengan coklat ganache.



Vanila cup cake dengan fondant dan bunga gumpaste ditempah oleh Pn. Rokiah untuk dihadiahkan sebagai hantaran untuk cucu saudaranya Hamidah.



Campuran coklat paraline juga dari Pn Rokiah untuk Hamidah. Dapat feedback yang baik dari pihak pengantin lelaki,"coklat dan kek tu semuanya sedap" gitulah yang disampaikan oleh pn Rokiah pada Yati. Alhamdulillah, lain kali bolehlah order lagi ya!



Kek Lapis Haw Flakes ini ditempah oleh Zil dari Balakong untuk majlis pertunangannya. Zil hias sendiri kotaknya. Kek lapis ni memang sedap kerana campuran biskut marie, holicks, sekaya dan pure butter mengadunkan satu rasa yang begitu sedap. Bila bakar satu rumah berbau lemak manis kek ini. Selamat bertunang Zil semoga sampai ke jinjang pelamin.



Orange dan vanila cup cake



Chocolate moist cup cake. Tempahan orange, vanila dan chocolate moist cup cake ini adalah dari kak Mimi dari Sepang untuk majlis perkahwinan anak terunnya pada 19hb Jun. Mulanya kak Mimi order 1200pcs dgn pecahan 400pcs setiap flavor. Dah dekat nak majlis Kak Mimi tambah lagi 300pcs. Nak pitam jugalah menyiapkan tempahan ini kerana orange dan vanila cc agak renyah kerjanya berbanding chocolate moist cc. Yati suka kalau orang order chocolate moist cc. Tapi kalau dah customer nak kek orange dan vanila Yati buatkan juga....

Untuk tempahan, sila hubungi Damira Bakery
Yati hp: 012-2733214
Email: damira.bakery@yahoo.com


Monday, 21-Jun-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
GAMBAR KELAS COKLAT HOMEMADE DI MASJID TANAH MELAKA

 
 
 
View all 6 photos...
Hari ini sekadar nak update gambar masa buat kelas coklat di Masjid Tanah Melaka pada 13 Jun yang lepas. Kelas ini dihadiri oleh saudara maraku saja. Semua gila coklat. Dengar cerita masing2 dah mula jual coklat kat anak jiran2 dan kawan anak2.
Jom layan!





Coklat2 ini dihasilkan oleh Liza. Malu nak tunjukkan mukanya. Masing2 tak bawa bekas banyak. Bertindih2 coklat tu disimpannya. Liza tak berapa dapat concentrate dalam kelas kerana ada anak kecik . Walaupun suaminya menjaga tapi bila tiba masa menyusu kena berhenti jap sebab anaknya susu badan.





Ini coklat yang dihasilkan oleh Nor. Dia happy sangat dapat belajar buat coklat dan telah mula menjual. Saja seronok2 katanya.




Hamizah suka sangat dengan coklat box yang dihasilkannya. Dia hanya buat coklat box aje.



Ini pula coklat yang dihasilkan oleh sepupuku. Dia pun malu nak tunjukkan mukanya.
Anyway, Yati gembira mengajar mereka semua. Semoga apa yang diajar dapat dimanfaatkan.


Wednesday, 16-Jun-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
PENGUMUMAN

Salam buat semua teman2 semoga sihat dan ceria selalu.

Minggu ini Yati tak dapat nak update FP walaupun ada banyak benda yang nak dikongsikan. Tunggu minggu depan ajelah ya. Sebenarnya Yati nak buat pengumuman yang Yati akan bercuti mulai esok iaitu 17hb Jun hingga 20hb Jun bagi menyiapkan tempahan cup cakes. Bagi yang ingin bertanya tentang tempahan atau class sila hubungi/sms yati : 0122733214. Segala email atau comments akan dijawab pada minggu hadapan. Harap maklum. Terima kasih.


Wednesday, 9-Jun-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
UPDATE TENTANG CLASS DAN KEK BUAH KUKUS

 
 
Salam buat semua.

Yati sekadar nak update jadual class untuk bulan Jun dan Julai

13/6 - Kelas Chocolate Homemade di Masjid Tanah Melaka (RM250)- Full
19/6 - Kelas Chocolate Homemade di Bangi (RM250) - 3 kekosongan
20/6 - Kelas Chocolate Mousse dengan Hiasan Creative Dari Coklat (RM250)- 2
kekosongan
27/6 - Kelas cup cake decoration (RM 150) - 2 kekosongan.
- Yati dari Nilai
18/7- Kelas aneka tart dan pie(RM150) - 2 kekosongan
- Nadia Azura

Untuk bulan Julai Yati belum lagi menetapkan jadual. Tarikh 3, 4, 11 dan 17July masih free. Sesiapa yang berminat nak ikuti apa2 kursus pada tarikh yang dinyatakan untuk bulan July bolehlah hubungi Yati.

Kelas akan diadakan di No 14, Jalan 5C/9, Seksyen 5, Bandar Baru Bangi



Ok, Yati nak kongsi pula resepi kek buah kukus yang Yati ambil dari myresipi.com hasil sumbangan encik Mat Gebu kita. Halalkan akak copy paste resipinya ya Mat. Kek ni sedap, buahnya pun tak mendap. Tak rugi kalau mencuba.




KEK BUAH KUKUS

Bahan-bahan
• 375 g buah2an campuran (mix fruit, dalam kotak)
• 250 g mentega (golden churn, pilihan terbaik)
• 3 biji telur Gred A
• 300 g tepung gandum*
• 1 camca teh soda bikarbonate*
• 1 camca teh cream of tartar*(*digaul dan diayak)
• 150 g gula perang (gula halus pun ok)
• 150 g gula pasir ( untuk gula hangus)
• 1 biji pala, diparut
• 30 g badam keping
• Ceri merah/hijau untuk hiasan (jika suka)

Cara-cara
1. Satukan buah2an campuran (mix fruit), badam keping dan parutan biji pala. Masukkan tepung yg telah diayak dan gaul hingga buah2an tadi bersalut dgn tepung. Ini penting utk mengelakkan buah dari mendak ke bawah. Dan masa ini juga jerang air hingga mendidih utk proses mengukus. Isi air hingga hampir penuh.

2. Pukul mentega dgn gula perang (atau gula halus) hingga berkrim.

3. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga adunan putih, jgn terlalu kembang.

4. Perlahankan speed dan masukkan buah2an yg telah digaul dgn tepung tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul hingga rata dan matikan mesin sebentar sementara menunggu gula hangus.

5. Sementara itu masak gula pasir hingga bertukar menjadi gula hangus. Jangan berhenti mengacau. Biarkan gula hangus menjadi agak gelap sedikit. Awas!! berhati2 semasa memasak gula hangus....

6. Hidupkan mesin kek. Dengan speed perlahan tuang gula hangus perlahan ke dalam adunan kek sambil terus mengacau hingga sebati. Proses ini mesti dilakukan dgn cermat dan cepat kerana gula hangus cepat membeku bila sejuk.

7. Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x 3 )inci dgn mentega dan alas dasar tin dgn kertas minyak.

8. Tuang adunan kek ke dalam tin tadi dan hias dgn ceri merah atau hijau. ( mat cuma ada ceri kaler hijau je hehehe.....)

9. Tutup tin kek dgn aluminium foil dan ikat sekelilingnya dgn tali rafia. Tujuannya utk mengelakkan wap terlepas masuk ke dalam adunan kek.

10. Kukus di atas air mendidih selama 4 jam. Perlu diingatkan, lepas 1 jam perhatikan jika air berkurangan tambah air panas mendidih. JANGAN gunakan air sejuk kerana boleh membantutkan proses mengukus kek. Apabila masak keluarkan kek dari acuan dan sejukkan di atas redai kek. Biar betul2 sejuk sebelum dipotong utk mengelakkan kek pecah.




Kalau rasa2 malas nak buat sendiri jomlah order. Tak payah susah2 nak tenggek kukus..hehe. Sebarang pertanyaan tentang class atau tempahan sila hubungi Damira Bakery
Yati hp: 0122733214
E-mail: damira.bakery@yahoo.com


[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net