Welcome To DAMIRA FotoPage

By: Hayati Ibrahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Monday, 7-Jun-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
TEMPAHAN DOOR GIFT DAN MENU HUJUNG MINGGU.

 
 
 
View all 4 photos...
Salam buat semua semoga semuanya sihat dan ceria selalu.

Minggu lepas minggu yang sungguh memenatkan kerana tempahan chocolate moist cup cake untuk wedding pada 6hb Jun 2010. Sebanyak 1800pcs cup cake yang perlu disiapkan pada 4hb Jun. 200pcs adalah tempahan dari jiran setaman dengan Yati dan 1600pcs lagi adalah tempahan dari Yan di Pandan Indah(betul ke Pandan Indah, area2 situlah.... )



Ini hanyalah gambar untuk 1600pcs yang diorder oleh Yan. Tempahan yang 200pcs tak sempat nak ambil gambar.

Minggu terakhir cuti sekolah nanti ada lagi tempahan. Kuantitinya pun boleh tahan banyaknya, 1200pcs tetapi 3 perasa cup cake iaitu vanila,orange dan chocolate moist cup cake.

Lepas siapkan semua tempahan yang lepas, badan dah terasa sakit2 dan seram sejuk nak demam. Mujurlah Sabtu dan Ahad lepas tak ada class. Sakit2 badan tu berlanjutan hingga hari Ahad. Walaupun tak berapa sihat, gagahkan diri juga memasak. Tekak tu teringin nak makan bubur nasi. Tengok kat dapur Madiha savory rice porridge dia macam sedap aje tu yang mencuba tu. Resepinya Yati copy paste aje dari Madiha. Thanks ya Madiha.



Bubur ni memang sedap walaupun yati tak letak santan. Hari Sabtu tu dari lunch sampai dinner ngan bubur ni. Masak 2 pot aje tapi dapat seperiuk.

SAVORY RICE PORRIDGE

Bahan2
2 pot beras ~ cuci bersih & rebus dengan air secukupnya hingga kembang.
1 biji bawang besar ~ hiris memanjang
1 cawan isi ayam ~ dipotong kiub
1 batang carrot ~ dipotong kiub
1 inci halia ~ hiris nipis & memanjang halus
1 1/2 sudu besar serbuk rempah sup
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 inci kayu manis
2 cawan santan
1 s/k lada hitam ~ ditumbuk halus
1 s/k halba
1 kiub ayam
garam secukup rasa
sedikit gula
sikit minyak zaitun

Bahan2 Tambahan
daun bawang ~ dihiris
bawang goreng secukupnya
ikan bilis goreng secukupnya

Cara2:
1. Sementara beras kembang. Dalam periuk yang lain tuang sikit minyak zaitun dalam periuk.
2. Tumis bahan2 rempah spt kayu manis, bunga lawang, cengkih & halba sebentar.
3. Kemudian masukkan bawang & halia. Tumis hingga bawang layu.
4. Tambahkan rempah sup yang telah dibancuh dengan sikit air. Masukkan lada hitam tumbuk. Tambahkan sedikit sahaja air.
5. Masukkan ayam, lobak merah & kiub ayam. Renihkan hingga ayam masak. Bila ayam nampak dah masak segera tuangkan ke dalam periuk berisi beras yang dah kembang tadi. Tambahkan santan, garam & gula secukup rasa.
6. Biarkan mendidih. Jika bubur nampak pekat boleh tambahkan air & biar merenih. Rasakan apa yang kurang bolehlah ditambah biar secukup rasa.
7. Waktu menghidang taburkan dengan ikan bilis goreng, daun bawang & bawang goreng.


Untuk dinner hari Ahad teringin pula nak makan macaroni gratin. Asyik tengok kak Noriz tayang gratin kita pun teringin nak rasa. Nak order jauh sangatlah pula. Kesian my hubby, tak berapa suka dengan makanan macam ni. Yati dan anak laju aje makan. Makan pula masa panas2, memang sedap. Resepinya yati ambil dari Amal dan kalau tak silap Amal ambil dari Zanaz. Thanks both of you for the recipe. Copy paste ya.



Sengaja bagi cheese tu jadi brown gitu. Yati letak udang dan crab stick dan tabur dengan mozarella cheese.

Guratan Makaroni ( Gratin)

Bahan2:
makaroni - tak penah sukat kira ikut sedap tangan je , rebus sampai lembut dulu yek
500 ml susu
2-3 sudu tpg gandum ( 3 sudu keras dan boleh potong letak pinggan tapi lebih yummy klu lembik so guna dlm 1 atau 2 sdb je tpg gandum utk 500 ml susu)
bwn besar 1 labu
serbuk lada hitam
garam gula sesedap rasa
udang or any other sea food kalau mau
ayam pun boleh juga
karot or any other vege yang suka
cheese - cheddar/mozarella

Cara2nya:
cairkan butter dlm pan then tumis bwg besar hingga naik bau...then masuk ayam/minced beef or seafood, kacau rata seketika then masukkan susu dan kacau rata. bancuh tpg gandum dgn skit air dan tuang ke dlm pan. perasakan dgn lada itam, garam, gula or any perisa yang nak letak. lastly masukkan macaroni dan kacau rata. tuang ke dlm loyang then tabur parutan keju samada mozarella or cheddar, klu malas amik je cheese slice tu taruk atas . bakar/grill dlm preheated oven at 180 for 10-20 minit.

ini recipe campak2 je.buat le camna suka hehehe



Ini pula salad udang buah-buahan. Ini suami Yati yang buat. Sesekali kalau dia ke dapur berselera juga dibuatnya.

SALAD UDANG BUAH-BUAHAN

Bahan2nya

Buah tembikai susu dipotong dadu
Nenas dipotong dadu
Timun dipotong dadu
Udang dibuang kulit ,dibersihkan dan dilumur sedikit garam lalu dikukus selama 5 minit.
Thousand Island ikut suka banyak mana
Mayonais ikut suka banyak mana.

Kesemua bahan diatas disatukan dalam satu mangkuk dan digaul rata. Hidangkan dan sedia di makan.


Tuesday, 1-Jun-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
PROMOSI KELAS DITERUSKAN UNTUK BULAN JUN DAN JULAI

Syukur Alhamdulillah kerana Allah telah memberiku rezeki dalam dunia baking ini sehingga kesempitan yang melanda dapat diatasi sedikit demi sedikit. Sesungguhnya Allah pasti menolong hambanya yang kesusahan sekiranya kita tidak lupa tanggungjawab kita pada Allah, rajin berusaha serta ikhlas dan jujur dalam apa jua yang kita usahakan. Kepada di luar sana, jangan hanya mengeluh dan menyesali nasib. Ayuh marilah kita terus berusaha untuk merubah masa depan keluarga kita. Kenapa pula bermukadimah begini?
Tak tahulah kenapa tapi ku bersyukur padaNya dan ingin sama2 membantu rakan2 yang lain.

Yati mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada sokongan yang diberikan kepada kelas-kelas yang dianjurkan oleh Damira Bakery. Sebagai menghargai sokongan yang diberikan, Damira Bakery akan meneruskan harga promosi untuk kelas sehingga bulan Julai 2010.

Kelas-kelas yang diadakan di Damira Bakery adalah:

A. Kelas Kek Coklat Mousse Dengan Hiasan Dari Coklat Ganache dan Teknik-teknik Hiasan Creative Dari Coklat.

Yuran :RM250.00
Bilangan peserta: 2 orang sahaja dalam 1 kelas
Untuk kelas ini, para peserta akan di tunjuk ajar:

1. Cara-cara membuat sponge cake. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri sponge cake (hands on).
2. Cara-cara membelah kek kepada 2 atau 3 lapisan
3. Cara-cara membuat chocolate mousse
4. Cara-cara membuat coklat ganache dan menghias kek dari chocolate ganache.
5. Membuat bunga ros dari coklat ganache.
6. Cara-cara membuat border dari coklat ganache .
7. Teknik-teknik menghias kek dengan coklat rice
8. Teknik - teknik membuat decoration menggunakan transfer sheet
9. Teknik-teknik lain membuat hiasan dari kepingan coklat.

Resepi-resepi yang berkaitan dan beberapa resepi bonus akan diberikan semasa menghadiri kelas.

B. KELAS HOMEMADE CHOCHOLATE.

Yuran: RM250
Peralatan yang diberikan pada peserta untuk dibawa balik ialah food warmer, stainless still bowl, spatula, choc mould, choc box and piping bag.

Bilangan Peserta:4 orang dalam 1 kelas

Di dalam kelas peserta akan di ajar :

1. Membuat plain dan paraline chocolate menggunakan coklat couverture dan compound
2. Membuat chocolate dengan hiasan edible image dan transfer sheet
3. Membuat paraline chocolate dengan pelbagai rasa ganache dan kekacang
4. Membuat chocolate dengan teknik marbelling
5. Membuat oreo chocolate
6. Membuat chocolate bar
7. Membuat chocolate box
8. Membuat lolly choc
9. Membuat chocolate truffle
10. Membuat chocolate cluster
11. Membuat chocolate bubble rice
12. Membuat chocolate wafer dengan hiasan transfer sheet
13. Membuat Chocodate.

C. KELAS CUP CAKE DAN HIASAN

Yuran : RM180
Bilangan Peserta: 5 orang dalam 1 kelas

Untuk kelas ini, para peserta akan di tunjuk ajar:

1. Cara-cara mengadun dan membakar cup cake

2. Cara-cara menyediakan buttercream dan coklat ganache

3. Cara-cara mewarnakan buttercream

4. Cara-cara menguli dan menerap fondant dan gumpaste.

5. Menghias 16 biji cup cake menggunakan buttercream, coklat ganache, fondant dan gumpaste, piping gel, edible image dan lain2.

Semua resepi akan diberikan semasa menghadiri kelas.


D. KELAS CUP CAKE UNTUK DOOR GIFT TANPA HIASAN

Yuran : RM120.00
Bilangan Peserta: 3 orang dalam 1 kelas

Tiga jenis cup cake akan diajar:

a. Vanila cup cake
b. Orange cup cake
c. Chocolate moist cup cake.

E. KELAS ANEKA MUFFIN

Yuran: RM 150.00
Bilangan Peserta: 4 orang dalam 1 kelas

Untuk kelas ini, para peserta akan di tunjuk ajar:

1. Cara-cara mengadun dan membakar muffin

2. Suhu yang sesuai untuk membakar muffin

3. Muffin-muffin yang diajar ialah:

a. Chocolate cheese orange muffin
b. Almond coklat chip muffin
c. Apple Crumble muffin
d. Orange poppy seed muffin

Resepi muffins akan diberikan semasa menghadiri kelas


F. KELAS ANEKA TART DAN PIE

Yuran: RM150.00
Bilangan Peserta: 6 orang dalam 1 kelas

Untuk kelas ini, para peserta akan di tunjuk ajar:

1. Cara-cara mengadun dan membakar pastry

2. Cara-cara menyediakan inti/filling untuk :

a. Blueberry Cheese Tart
b. Fruit tartlet
c. Tart coklat badam
d. Tart telur
e. Apple pie.

Resepi pastry dan inti setiap jenis tart/pie akan diberikan semasa menghadiri kelas.

G. KELAS SWISS ROLL DAN TRIFFLE

Yuran: RM130
Bilangan Peserta: 2 orang dalam 1 kelas

Perkara-perkara yang diajar ialah:

1. Membuat Orange Swiss Roll
2. Membuat Marble Swiss Roll.
3. Langkah demi langkah membuat triffle.



H. KELAS ASAS MEMBUAT KEK

Yuran: RM200
Bilangan Peserta: 2 orang dalam 1 kelas

Kek-kek yang diajar ialah:

1. Kek Butter
2. Kek Chiffon
3. Kek Sponge menggunakan sponge mix
4. Kek Sponge cara biasa.

I. KELAS CHEESE CAKE

Yuran: RM250

Bilangan Peserta: 2 orang dalam 1 kelas

Kek-kek yang diajar ialah:

1. Japanese Souffle Cheese Cake
2. Baked Oreo Cheese Cake
3. Chilled Strawbery Cheese Cake


Resepi setiap jenis kek akan diberikan semasa menghadiri kelas.

Kelas akan diadakan di No 14, Jalan 5C/9, Seksyen 5, Bandar Baru Bangi

Sekiranya ada sesiapa berminat untuk belajar selain dari perkara di atas bolehlah hubungi Yati. Jadual boleh diatur semula.

Sebarang pertanyaan tentang class atau tempahan sila hubungi Damira Bakery
Yati hp: 0122733214
E-mail: damira.bakery@yahoo.com



Monday, 31-May-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
Cup Cake Decoration Class 30 Mei 2010

 
 
 
View all 4 photos...
Salam buat semua teman pengunjung semoga semuanya ceria selalu.

Alhamdulillah sekali lagi cup cake decoration class telah diadakan pada 30hb Mei 2010.
Kali ini dua orang peserta adik beradik iaitu Illa dan Adibah dari Seremban yang mengikuti kelas ini. Mereka manfaatkan cuti semester untuk menambah ilmu membuat kek dan cookies.

Di dalam kelas ini mereka dapat melihat cara2 menyediakan buttercream dan ganache serta menguli dan menerap fondant dan gumpaste. Jom kita lihat hasil tangan dua beradik ini.


Hasil kerja Adibah.Begitu teliti dia menghias kek. Lihatlah hasilnya walaupun pertama kali menghias cup cake


Ini pula hasil kerja Illa iaitu kakak Adibah. Kotak 16 lubang dah kehabisan. Illa terpaksa menggunakan kotak 25 lubang.


Close up skit bunga ros yang dihasilkan oleh Illa. Suka tengok hasilnya walaupun pada mulanya mengeluh susah nak buat bunga ros.


Inilah dia Illa dan Adibah yang rajin nak belar mendeko cup cake. Semoga terus sukses dalam dunia baking.

Maklumat terkini tentang jadual kelas:

5/6 - Kelas Cup Cake tanpa hiasan (RM120) - 3 kekosongan
6/6 - Kelas Swiss Roll dan Triffle(RM120) - 3 kekosongan
13/6 - Kelas Chocolate Homemade di Masjid Tanah Melaka (RM250)
19/6 - Kelas Chocolate Homemade (RM250) - 3 kekosongan
20/6 - Kelas Chocolate Mousse dengan Hiasan Creative Dari Coklat (RM250)- 2
kekosongan
27/6 - Kelas cup cake decoration (RM 150) - 3 kekosongan.

Kelas akan diadakan di No 14, Jalan 5C/9, Seksyen 5, Bandar Baru Bangi

Sekiranya ada sesiapa berminat untuk belajar selain dari perkara di atas bolehlah hubungi Yati. Jadual boleh diatur semula.

Sebarang pertanyaan tentang class atau tempahan sila hubungi Damira Bakery
Yati hp: 0122733214
E-mail: damira.bakery@yahoo.com


Tuesday, 25-May-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
KELAS CUP CAKE UNTUK DOOR GIFT DAN KELAS CHOCOLATE MOUSSE

 
 
 
View all 8 photos...
Salam buat semua.

Kali ini terlebih rajin. Semalam dah update hari ni nak update lagi. Seperti yang dijanjikan kali ini nak update tentang class Sabtu dan Ahad yang lepas.

Sabtu 22 Mei 2010 kelas cup cake untuk door gift telah diadakan. Hanya seorang yang hadir untuk class ini iaitu Naja dari Gombak. Kelas ini tak lama, start pukul 10.00 pagi dan pukul 2.00 dah siap. Kelas ini ialah kelas hands on. Tiga jenis kek telah dibuat dalam kelas ini iaitu orange, vanila dan chocolate moist cup cake. Terima kasih pada suami Naja kerana sanggup hantar dan tunggu Naja habis class.



Naja dengan kek yang dibuatnya.



Close up sikit. Semua kek ini dibawa balik. Naja dah ada customer untuk wedding 6 Jun ini.


Kelas chocolate mousse dengan hiasan creative dari coklat.

Kelas ini dihadiri oleh dua orang peserta iaitu kak Raja Halida dari Ampang dan Nora dari Kajang. Nora pernah belajar kelas coklat homemade sebelum ini.

Kelas ini agak memakan masa sikit. Start hampir pukul 10 dan habis hampir pukul 7ptg. Yati rasa untuk kelas chocolate mouse akan datang, hanya chocolate mousse yang akan dibuat dari A to Z iaitu dari membancuh kek hingga menghias kek. Sebenarnya ramai yang nak belajar buat chocolate mousse cake dan hiasan bunga ros dari chocolate ganache.
Oleh itu Yati akan gabungkan hiasan bunga ros itu kedalam hiasan untuk chocolate mousse bagi memendekkan masa. Resepi yang diberi untuk kelas akan datang adalah sama dengan kelas-kelas chocolate mousse yang lepas walaupun hanya hias sebiji kek. Maka Yati tak akan menaikkan yuran untuk kelas ini walaupun promosi tamat 31 Mei ini. Yuran kelas ini kekal dengan harga RM250.

OKlah jom kita tengok hasil kerja kak Raja Halida dan Nora.



Nora dan kak Raja Halida memang tak pernah buat bunga ros. Bab inilah yang paling susah bagi orang baru. Habiskan masa agak lama juga untuk buat bunga ros tu hingga mereka rasa kejang tangan. Tapi akhirnya menjadi juga. Sudah pasti kena praktis selalu untuk hasil yang lebih cantik. Nora memilih untuk letak bunga ditengah2 kek.



Chocolate mousse cake dengan hiasan potongan coklat dengan corak transfer sheet.



Anak Nora mengikut ayahnya menjemput Nora, lalu diajak bergambar bersama kek-kek yang telah ibunya hasilkan.



Kak Raja banyak juga buat bunga ros . Hampir penuh bunga Ros atas keknya.Yati pula memberi kebebasan kepada peserta untuk mendeko kek masing2 setelah ditunjuk ajar beberapa corak border untuk kek.



Kak Raja nak belajar buat deko jenis juraian coklat. Coklat curls dan potongan coklat dengan hiasan transfer sheet hanya untuk hiasan atas.



Lepas ni kak Raja buat sendiri ajelah kek Birthday untuk Taskanya.


Maklumat terkini tentang jadual kelas:

30/5 -Kelas cup cake decoration (RM 150) - 1 kekosongan
- Adibah
- Illa

6/6 - Kelas Swiss Roll dan Triffle(RM150) - 3 kekosongan
19/6 - Kelas Chocolate Homemade (RM250) - 3 kekosongan
20/6 - Kelas Chocolate Mousse dengan Hiasan Creative Dari Coklat (RM250)- 2
kekosongan
27/6 - Kelas cup cake decoration (RM 180) - 3 kekosongan.

Kelas akan diadakan di No 14, Jalan 5C/9, Seksyen 5, Bandar Baru Bangi

Sekiranya ada sesiapa berminat untuk belajar selain dari perkara di atas bolehlah hubungi Yati. Jadual boleh diatur semula.

Sebarang pertanyaan tentang class atau tempahan sila hubungi Damira Bakery
Yati hp: 0122733214
E-mail: damira.bakery@yahoo.com


Monday, 24-May-2010 03:15 Email | Share | | Bookmark
ORDER

 
 
 
View all 8 photos...
Salam buat semua teman-teman pengunjung.

Entry kali ini Yati nak memberi laluan kepada tempahan2 sepanjang minggu lepas dan minggu sebelumya. Asyik entry class aje, bagilah laluan pada tempahan pula. Lepas ni baru yati updatekan untuk class 22 dan 23 Mei. Jom layan!



Cheese cake tempahan dari Suraya untuk makan2 sekeluarga.

Resepinya Yati ambil dari Rinchan. Thanks kak Rinn untuk kek yang sedap ini. Yati c&p aje ya.

JAPANESE SOUFFLE CHEESE CAKE

Ingredients
200gm cream cheese (Room temperature)
50ml fresh milk
3 eggs (Seperated)
100gm castor sugar
30gm cornstarch
2 tablespoon lemon juice
1/2 teaspn cream of tartar

Instruction
1. Preheat oven at 175 deg cel. Line 18cm cake tin with grease proof paper.
2. Soften cream cheese in large bowl. Add milk and continue mixing with med speed.
3. Add 1/2 of the castor sugar, egg yolks, cornstarch, lemon juice and cream of tartar, combined together.
4. whisk egg whites in seperate large bowl until stiff peak formed. Add the remaining sugar little by little until mixture stands in stiff peak. ( Petuanya kalau diterbalikkan bowl pun putih telur yg cukup kembang tu takkan tertumpah..cubalah..tapi kalau terkeluar jugak..heh heh heh....kena buat lain la jawabnya..)
5. Fold half of egg whites mixture into cream cheese as gently as possible. Fold the remaining eggs gently but thoroughly.
6. Water bath bake for 45 mins on the lower shelf.
( Pasal masa baking ni mungkin terpulang kepada oven masing2.. )
7. Leave in the tin until cool enough to handle.

For topping, I used my favourite, LEMON CHEESE FROSTING.

Ingredients
125gm cream cheese
30gm castor sugar
50gm fresh cream
2 tablespoon lemon juice.

Beat till creamy and ready to garnish the cake. Chill the cake before serving.






Tempahan dari Faizah untuk sambutan hari ibu di Agencynya di Kajang. Faizah juga ada menempah 25pcs orange cup cake tapi lupa nak ambil gambar.






Tempahan dari seorang guru untuk sambutan hari guru di sekolah anaknya.
Choclate moist cup cake dalam solo cup size M deco dengan buttercream harganya RM 1.50/pc. Jika diisi ke dalam bekas bertutup dome tambah RM0.20, harganya jadi RM1.70/pc





120pcs cup cake ini ditempah oleh cikgu Rosni dari Sekolah Menengah Teknik Kajang untuk Majlis Khatam Al-Quran dan sambutan Hari Guru. Kek dan deco seperti di atas harganya RM1.20/pc, bekas dengan tutup dome tambah RM0.20, jadinya RM1.40/pc




Ini pula tempahan dari Rozi Shah Alam, 80pcs combination orange dan vanila cup cake.


Untuk tempahan sila hubungi Damira Bakery,
Yati: 012-2733214
E-mail: damira.bakery@yahoo.com


[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net