Welcome To DAMIRA FotoPage

By: Hayati Ibrahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]
Thursday, 20-May-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
KELAS HOMEMADE COKLAT, 15 MEI 2010

 
 
 
View all 7 photos...
Salam buat semua teman-teman semoga sihat dan ceria selalu.

Tiap-tiap minggu ada aje perkara yang menghalang Yati dari mengupdate N3 pada awal minggu. Minggu ni disebabkan computer diserang virus. Jumaat lepas service company ambil CPU, Selasa ptg baru hantar balik ke ofis. Hari rabu nak transfer gambar ke komputer tak boleh sebab software camera tu dah hilang selepas reformat CPU. Download software tu dari internet pun tak boleh gak. Jadinya hari ini baru install software guna cd yang disimpan kat rumah.

Last week Yati adakan kelas homemade chocolate. Tiga orang yang datang belajar. Asalnya 2 orang aje. Pagi Jumaat tu iaitu 14 Mei, pagi2 Maznah call nak attend class coklat. Yati tawarkan tarikh lain padanya tapi dia beria benar nak tarikh sebelum 28hb Mei kerana nak buat surprise birthday untuk anaknya nanti. Alhamdulillah 3 orang pun boleh handle. Cuma terkejar2 masa sebab kelas start lambat, hampir pukul 11 baru start kerana student Yati ni duduk jauh2 dan naik komuter pula. Maznah dari Batu Caves, Roslina dari Kerinchi dan Nora dari Kajang.

Untuk kelas ini para peserta diajar menggunakan coklat couverture dan compound. Setiap peserta dikehendaki membuat ganache mengikut perisa pilihan iaitu strawberry, raspberry dan passion fruit. Setiap peserta membuat 10 biji coklat untuk setiap perisa ganache. Walaupun perisa yang peserta tu buat sendiri ialah perisa strawberry tapi perisa ganache raspberry dan passion fruit yang dibuat oleh peserta2 lain tetap dapat dirasa. Balance ganache mereka boleh bawa balik ke rumah.

Dalam kelas ni mereka di ajar membuat :
1. Plain coklat,
2.Coklat paraline berinti ganache dan kekacang
3. Coklat oreo dengan tema bunga, love dan sport serta edible image dan transfer sheet
4. Lolli Choc
5. Chocolate Bear
6. Chocolate Bar dengan almond dan raisin
7. Chocolate cluster
8. Chocolate Bubble rice
9. Chocolate truffle
10. Chocolate tanpa mould
11. Chocolate wafer

Jom kita tengok hasil kerja mereka.



Kesemua coklat yang dihasilkan oleh Nora



Nora bergambar dengan coklat2nya. Puaslah anak Nora makan coklat. Lepas ni tak payah beli lagi, buat sendiri lagi bagus dan terjamin halalnya.


Ini pula hasil kerja Maznah. Maznah punya kalut malut cari bekas nak isi coklat sampai dia terlupa dalam peti ais ada satu lagi bekas besar berisi coklat. Masa ambil gambar dia tak perasan pun yang coklatnya tak cukup. Selepas 45minit balik dari hantar mereka ke komuter station UKM, baru Yati perasan coklatnya tertinggal. Huaaa! macamanalah pula nak hantar kat dia nun di Batu Caves tu. Nasib baik esoknya Maznah dan Keluarga ke Jom Heboh di Putrajaya. Dapatlah Yati bagi coklat yang tertinggal tu. Kami jumpa di hospital Serdang kerana Yati melawat anak jiran.



Maznah, dah banyak ke buat coklat sendiri?



Ini pula hasil tangan kak Roslina. Banyak bekasnya sebab Yati pesan bawa bekas banyak2. Yati tak mahu mereka simpan coklat bertindih2. Dengan kak Lina dan Nora Yati pesan tapi dengan Maznah tak pesan tu yang dia bawa satu bekas kecik aje...


Coklat oreo dengan tema bunga dan edible image. Cantikkan!
Inilah coklat yang anak2 suka. Anak yati, Amirah yang baru darjah satu tu suka promote coklat ni kat kawan2 dia. Balik sekolah bawa list senarai kawan2 yang order coklat oreo. Sampai Yati pesan dengan dia, jangan ambil order lagi. Ayahnya pun menggeleng kepala, kecik2 lagi dah pandai berniaga macam ibunya....


Kak Roslina malu nak bergambar. Anak2nya yang posing dengan coklat yang mama mereka buat.

Harap mereka berpuas hati dengan apa yang dipelajari dan rajin2lah buat coklat. Ini boleh juga dijadikan sumber pendapatan kalau rajin.

Update terkini tentang kelas yang akan dijalankan pada bulan Mei

22/5 - kelas cup cake tanpa hiasan( RM 120) - 1 kekosongan
23/5 - Kelas chocolate mousse dengan hiasan kreative dari coklat (RM250)- full
30/5 - Kelas cup cake dengan hiasan( RM 150) - 3 kekosongan

Untuk maklumat lanjut tentang kelas-kelas lain yang dianjurkan oleh Damira bakeri sila rujuk >http://damira.fotopages.com/?entry=2014761]sini


Seperti biasa pada sesiapa yang berminat mengikuti kelas2 yang dianjurkan oleh Damira Bakery, sila hubungi:
Yati, hp: 0122733214
Email: damira.bakery@yahoo.com


Thursday, 13-May-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
CLASS CUP CAKE DENGAN HIASAN, 8HB MEI 2010

 
 
 
View all 7 photos...
Salam buat semua teman-teman pengunjung semoga semuanya sihat dan didalam peliharaanNYA.

Sabtu yang lepas buat kelas cup cake dengan hiasan. Ahad pula kerja kerana ada karnival sukan PJ Terbuka, kerjasama antara Majlis Paralimpik Malaysia dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Isnin pula kena kemas barang-barang sukan di Dewan D'Kelana, PJ dan hantar semula ke Bukit Jalil. Selasa badan dah sakit2 dan kepala berdenyut2. Ambil emergency leave sebab tak tahan sangat. Rabu, Alhamdulillah rasa segar sikit. Barulah nak update gambar2 masa class cup cake. Internet pula buat hal. Beria2 menaip dan upload gambar, tengok2 tak boleh nak save. Harap2 hari ini ok.

Kelas cup cake dengan hiasan dihadiri oleh tiga orang peserta iaitu Ida Marlida dari Cheras, Shaharizan dari Setiawangsa dan Sharifah dari Port Dickson. Shaharizan dan Sharifah memang orang baru dalam dunia baking tapi Ida Marlida tu siapa tak kenal, pandai dan rajin buat kek dan memasak. Yati pun malu nak ajar Ida. Ida sebenarnya nak belajar buat banyak bunga. Tapi dek kerana kesuntukan masa sebab kelas start lambat, sempat tunjukkan bunga ros dari coklat aje. Itupun tak sempat nak praktis betul2. Kelas yang diajar secara informal tu dapat juga bertukar-tukar ilmu antara Yati dan mereka. Harap semua berpuas hati dengan apa yang yati ajar. Nanti Yati e-mailkan resepi tambahan. Pada syarifah, tolong sms your e-mail address ya.

Jom layan hasil kerja mereka. Decoration yang dibuat adalah menggunakan buttercream, coklat ganache, piping jelly, edible image, fondant dan sugarpaste.




Inilah 3 orang peserta yang mengikuti class cup cake decoration. Dari Kiri, Sharifah, Shaharizan dan Ida Marlida.





Ida ni tangan dah biasa dengan icing dan nozzle. Berseni hasil kerjanya. Gambar bunga ros coklat tu tak nampak sangat sebab kek pun disapu dengan ganache. Sama2 gelap.





Shaharizan ni memang baru sesangat dalam baking. Tapi ketekunan dan kesabarannya amat dikagumi. Sanggup belajar demi nak menggembirakan anak2.
Hasil decorationnya sungguh kemas dan teliti.





Tengoklah Sharifah punya hiasan, berwarna warni. Sharifah ni pun kreatif juga walaupun baru menjinak-jinakkan diri dengan dunia baking. Suka create sendiri design yang dikehendaki. Buat dua design yang serupa takut anak2 kat rumah berebut. Seorang ibu yang prihatin.

Pada sesiapa yang berminat nak mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh Damira Bakery, sila hubungi
Yati hp: 012-2733214
Email: damira.bakery@yahoo.com


Maklumat terkini untuk kelas ialah:

15/5 - Kelas homemade chocolate (RM 250) -( 2 orang -penuh)
22/5 - Kelas cup cake tanpa hiasan(RM 120) - 1 kekosongan
23/5 - Kelas chocolate mousse dan hiasan kreatif dari chocolate(RM250) - 1 kekosongan
30/5 - Kelas cup cake dan hiasan (RM150) - 3 kekosongan

Untuk maklumat lanjut tentang kelas-kelas lain yang dianjurkan oleh Damira bakeri sila rujuk sini

Kelas diadakan di rumah Yati,
No. 14, Jalan 5C/9,
Seksyen 5,
Bandar Baru Bangi.

Bagi yang tinggal di KL atau Shah Alam dan tak familiar untuk memandu ke Bangi, naik aje komuter dan turun di stesen UKM. Yati akan menjemput anda di stesen komuter UKM.


Monday, 3-May-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
KELAS CHOCOLATE MOUSSE CAKE DENGAN HIASAN CREATIVE DARI COKLAT

 
 
 
View all 6 photos...
Salam buat teman2 semua semoga semuanya ceria selalu.

Alhamdulillah kelas kedua iaitu kelas chocolate mousse cake telah pun selesai dengan dihadiri oleh dua orang pelajar iaitu Fizah dari Kajang dan Farrah Waheeda dari Puchong. Walaupun kelas itu diadakan pada 1 hb Mei yang lepas namun kepenatannya masih terasa hingga kini kerana keesokan harinya iaitu semalam sibuk pula menyiapkan tempahan yang banyak dan pelbagai untuk delivery pagi ini. Tempahan yang Yati kena siapkan tu ialah 8 biji carrot walnut cake, 2 biji marble cake, 20 biji cup cake dan 122 biji blueberry cheese tart. Punyalah kalutnya menyiapkan tempahan sampai gambar pun tak sempat nak ambil. Itulah sebabnya penat tu masih terasa hingga kini, maklumlah tiada pembantu.

Berbalik kita pada kelas chocolate mousse. Kelas bermula lewat, hampir 45minit lewat dari masa yang dijadualkan kerana salah seorang pelajar ada hal emergency.
Untuk kelas ini, hampir 80% adalah hands on. Aktiviti pertama ialah setiap peserta membancuh ganache sendiri untuk membuat roses dari coklat ganache kerana ia mengambil masa untuk ganache menjadi kental. Sementara menunggu ganache mengental, setiap peserta dikehendaki mengadun kek span sendiri. Peserta diberi pilihan 3 resepi kek span iaitu satu resepi menggunakan sponge mix dan dua lagi adalah resepi kek span cara biasa. Yati mencadangkan setiap peserta menggunakan resepi yang berbeza kerana mereka boleh melihat hasil yang berbeza.

Sementara menunggu kek span masing2 masak, mereka diajar membuat chocolate ganache untuk dicurahkan ke atas chocolate moist yang telah yati sediakan terlebih dahulu. Diajar juga teknik meletak coklat rice pada kek. Selepas itu barulah mereka diajar membuat bunga ros dari ganache yang mereka bancuh awal2 tadi. Membuat bunga ros ini memang mencabar tambahan pula pada orang baru seperti mereka. Peringkat awal memang susah bila dah cuba 3 ke 4 kali baru menjadi. Walaubagaimanapun kemahiran seperti itu perlukan latihan selalu. Farrah jangan give up ya, bunga ros farrah dah ada rupa bunga tapi bila kita selalu buat ianya akan jadi lebih cantik lagi.... Selepas itu mereka diajar membuat beberapa corak untuk border kek. Setelah selesai membuat hiasan roses dari ganache barulah mereka diajar membuat chocolate mousse cake menggunakan kek span yang mereka buat tadi.

Untuk chocolate mousse cake, mereka diajar cara2 membelah kek kepada 3 lapisan dan teknik mengangkat kek yang telah dibelah itu. Setiap peserta dikehendaki mengadun sendiri adunan untuk chocolate mousse dan ditunjuk ajar cara nak melepa coklat mousse di atas setiap lapisan. Untuk cake ini mereka diajar resepi coklat ganache yang berbeza dari kek yang mula2 tadi. Tujuan menggunakan dua resepi coklat ganache yang berbeza untuk menghias 2 biji kek ini ialah supaya peserta mempunyai pilihan. Sebenarnya untuk hiasan coklat mousse ini, Yati agak terkilan kerana tidak dapat menunjukkan cara2 hiasan yang boleh dibuat menggunakan coklat. Fizah terpaksa balik on time kerana ada urusan lain. Suaminya menjemput pukul 5.00 petang. Sebab tu coklat mousse cake fizah tak sempat nak dihias kelilingnya. Penerangan sahaja yang dapat diberikan. Harap Fizah boleh cuba sendiri. Untuk Farah pula, yang begitu kepenatan, hanya satu cara deco sahaja yang dapat ditunjukkan secara praktikal. Jenis-jenis deco yang lain hanya sempat diberi penerangan sahaja. Harap Farah dan Fizah boleh menggunakan kreativiti masing2 dalam mendeko.
Untuk kelas chocolate mousse akan datang Yati kena review modul bagi memastikan cara hiasan dari coklat dapat ditunjukkan sepenuhnya.

Jom kita layan gambar-gambar kek yang mereka hasilkan.


Fizah dengan dua jenis kek yang dideko. Semoga hasrat murni Fizah untuk membantu suami menaikkan taraf ekonomi keluarga menjadi kenyataan.



Bunga ros yang dihasilkan oleh Fizah.



Chocolate mousse cake yang tak sempat dideko sepenuhnya kerana Fizah kena balik on time.



Farrah tersenyum riang dengan hasil kek yang dideko. Semoga segala ilmu yang akak kongsikan dengan farrah dapat dimanfaatkan.



Walaupun pertama kali buat bunga, hasilnya boleh tahan. Latihan yang selalu akan mempertingkatkan hasil kerja kita.



Closs up sikit chocolate mousse cake yang dideko oleh Farah.


Harap Farah dan Fizah berpuas hati dengan apa yang dipelajari. Jangan lupa feedback rasa kek yang dihasilkan.

Pada sesiapa yang ingin ikuti kelas coklat mousse ini, call aje Yati dan nyatakan tarikh yang dipilih.

Untuk makluman, kelas-kelas akan datang adalah seperti di bawah. Masih ada kekosongan untuk beberapa kelas.

8/5 - kelas cup cake dengan hiasan (3 orang-FULL)
15/5 - kelas homemade coklat ( 1 KEKOSONGAN)
16/5 - kelas cup tanpa hiasan ( 1 KEKOSONGAN)


Berminat menghadiri kelas, hubungi
Yati h/p: 012-2733214
Email: damira.bakery@yahoo.com


Friday, 30-Apr-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
TEMPAHAN-TEMPAHAN

 
 
 
View all 7 photos...
Kita terus layan gambar ajelah ya....



Ini ialah kek chocolate mousse untuk Kak Ita dan keluarganya, sempena majlis perkahwinan anak perempuannya. K. Ita ni jiran Yati. Kek itu bukan untuk hantaran atau majlis potong kek tetapi saja untuk makan2 sekeluarga selepas majlis selesai. Kononnya Yati nak deco chocolate roses tapi tak sempat. Banyak sangat kerja dan tempahan, sudahnya Yati cucukkan aje bunga gumpaste yang ada dalam stok Yati yang kebetulan warnanya sama dengan warna tema majlis perkahwinan anak kak Ita tu. Kak Ita kata kek tu sedap!





Kek ini baru pagi tadi buat. Suraya, jiran Yati request birthday cake untuk anaknya Husna. Ada celebration kat sekolah tadika anaknya. Suraya hanya request yati buatlah apa2 kek asalkan deconya nampak 'girllish' sikit. Itulah yang mampu dihasilkan. Lega bila Su satisfied dengan deconya. Minggu lepas aje Suraya order 12 biji carrot walnut cake. Supportive betul jiran Yati ini sebab dia tolong promote kat kawan2 disekolahnya. Thanks ya Su sebab tolong promote my bussiness. Yati doakan bussiness Su pun terus maju. Kanak-kanak House di Section 7, Bandar Baru Bangi tu Su punya.




Ini pula tempahan dari Yusnita untuk majlis adik iparnya di Seksyen 8, Shah Alam.
1000pcs chocolate moist cup cake. Disebabkan mereka tak dapat nak datang ambil sendiri, maka Yati terpaksalah buat delivery with additional charges ke Shah Alam.
Sebelum ni hanya berhubung through e-mail. Lagi 3 hari sebelum Yati bercuti untuk bakar kek tu baru Yati dapat no hp dan alamt tempat nak delivery cake through sms. Entah macamana terdelete pula pula message tu. Dahlah tak ada no contact. Yus pun dah bercuti dan tak buka e-mail. Yati buat juga kek tu dan nak gamble aje cari section 8 dan rumah yang ada khemah. Nasib baik hari nak delivery tu Yus call, dapatlah Yati minta alamat. Kalau tidak kes naya sebab rumah tu tak pasang khemah pun. Majlis dibuat ditempat lain.... Pengajaran buat Yati, kena minta hp dan alamat awal2!





Ini semua tempahan dari Sue yang bekerja di salah sebuah kilang di Bandar Baru Bangi. Dalam masa dua minggu yang lepas aje Sue dah order hampir 400biji cheese tart. Asalnya Sue order 30 biji dan minta Yati paketkan 2 pcs dalam setiap paket. Dia nak bagi kat kawan-kawan sempena dengan birthday dia. Lepas tu kawan-kawan Sue dok tanya pasal cheese tart tu. Itu yang sekarang ni Su jadi pembekal cheese tart kat kilang dia kerja tu. Sue dah inform, awal bulan 5 ni lagi ramai yang nak order. Kak Yati buatlah shell dia banyak-banyak ya, nanti senang. Alhamdulillah ada yang sanggup nak jadi distributor. Kepada sesiapa yang kerja kat kilang-kilang lain tu, tak nak jadi pengedar ke....pengedar yang ada keuntungan bukan free free tolong edar....
Kalau berminat contact akak ya.


Untuk sebarang tempahan sila hubungi:
DAMIRA BAKERY
Yati: 012-2733214
Email: damira.bakery@yahoo.com


Thursday, 29-Apr-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
UPDATE TENTANG CLASS

Salam buat semua semoga anda semua ceria selalu. Pagi ni Yati tak sempat nak upload gambar-gambar tempahan yang lepas.

Sekadar nak update tentang class.

1hb Mei - Kelas Coklat Mousse Cake dan Hiasan Kreatif dari Coklat.
- Farrah
- Fizah
(1 tempat masih kosong.)

8hb Mei - Kelas Cup Cake dengan hiasan.
- Ida
-Norshaharizan
-Sharifah
( Full)

15hb Mei -Kelas Chocolate Homemade.
- Roslina
( Ada 2 kekosongan)

Kelas akan diadakan di : No 14, Jalan 5C/9,
Seksyen 5,
Bandar Baru Bangi.


Masa: 9.30 pagi - hingga 5.00 petang atau hingga selesai tugasan.


Bagi yang berminat untuk menghadiri kelas sila hubungi:
Damira Bakery
Yati hp: 012-2733214
Email: damira.bakery@yahoo.com



Kelas-kelas yang telah full atau selesai akan diadakan lagi atas permintaan pada bulan2 berikutnya.


[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net