Welcome To DAMIRA FotoPage

By: Hayati Ibrahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 20-Apr-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
KELAS YANG PERTAMA

 
Alhamdulillah, selesai sudah kelas cup cake untuk door gift pada 18hb April yang lepas. Inilah pertama kali saya mengajar. Masa dulu-dulu bila disuruh jadi cikgu, tak mahu sebab tak minat. Sekarang ni nak jadi cikgu pula, cikgu kek pula tu..... Sebabnya sekarang ni dah jatuh cinta dengan dunia baking..... Bukanlah nak jadi cikgu sebenarnya tetapi sekadar ingin berkongsi ilmu yang ada disamping itu Yati pun belajar juga.

Orang yang pertama belajar dengan Yati ialah Kak Noriz dari Shah Alam. Terima kasihlah kak Noriz dan juga suaminya yang sanggup datang dari Shah Alam semata-mata nak belajar dengan Yati yang baru menjinakkan diri dengan dunia baking ini. Sesat-sesat tu perkara biasalah dan kalau Yati ke Shah Alam pun akan sesat sebab tak familiar dengan area tu.



Inilah kak Noriz dengan anak Yati, Amirah. Atas permintaan Kak Noriz, Yati terpaksa cover mukanya. Orangnya pemalu. Kak Noriz ni rajin pergi belajar sana sini. Kali ini dia belajar buat cup cake untuk door gift(tanpa hiasan). Sebenarnya kak Noriz dah biasa buat kek cuma nak mendalami dari segi teknik dan tips tertentu untuk mendapatkan cup cake yang cantik, lembut, moist dan sedap. Tiga jenis cup cake yang dipelajari iaitu vanila cup cake, orange cup cake dan chocolate moist cup cake. Semua cake itu dibawa balik. Semalam dapat sms dari kak Noriz yang mengatakan semua yang makan kek-kek itu kata sedap. Alhamdulillah!
Pada kak Noriz, bila kita dah selalu buat kek, kita akan tahu apa kelemahan dan kekurangan pada kek kita. Good luck dan succes dalam dunia bakery!

Terkini tentang kelas-kelas yang telah ditempah;

1/5 - Kelas Chocolate Mousse dan Hiasan Creative Dari Coklat ( 1 kekosongan)
8/5 - Kelas cup cake dengan hiasan ( 1 kekosongan)
15/5 - Kelas Chocolate Homemade ( 1 kekosongan)

Sesiapa yang ingin mengikuti kelas-kelas yang diadakan oleh Damira Bakery, sila hubungi:
Yati: 012-2733214
Email: damira.bakery@yahoo.com


Friday, 16-Apr-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
UPDATE UNTUK KELAS DI DAMIRA BAKERY

Salam buat semua teman-teman dan pengunjung semoga anda semua sihat dan dilindungi Allah selalu.

Hari ini Yati sekadar nak update kelas-kelas yang telah ditempah;

18/4 - Kelas Cup Cake Untuk Door Gift Tanpa Hiasan. ( 1 kekosongan)
1/5 - Kelas Chocolate Mousse dan Hiasan Creative Dari Coklat ( 1 kekosongan)
15/5 - Kelas Chocolate Homemade ( 1 kekosongan)

Kelas cup cake dan hiasan telah ada yang bersetuju untuk menghadirinya cuma tarikhnya belum ditetapkan lagi. Harap you all dapat menetapkan tarikh class dengan segera.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menghadiri kelas yang diadakan oleh Damira Bakery sila hubungi:
Yati: 012-2733214
Email: damira.bakery@yahoo.com


Thursday, 8-Apr-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
PROMOSI KELAS BAKERY DI DB

Salam buat semua. Semoga kita semua di dalam lindungan Allah selalu.

Minta maaf banyak2 pada sesiapa yang ternanti-nanti tentang detail atau modul kelas yang akan di adakan di DB. Janji hari tu nak update hari Isnin lepas, hari ini baru dapat update. Ada yang dah SMS dan telepon nak tanyakan pasal kelas ini.

Sepanjang bulan April dan Mei 2010 ini, DB buat promosi. Sesiapa yang mengikuti kelas dalam bulan April dan Mei ini akan mendapat potongan harga istimewa. Harganya dinyatakan di dalam setiap modul di bawah ini.

Tentang tarikh, yati tak tetapkan tarikhnya untuk kelas tertentu sebab yati pun tak tahu ada sambutan tak kelas-kelas tu. Yati hanya beritahu tarikh yang mana Yati available pada bulan April dan Mei ini. Siapa yang rasa berminat nak belajar apa2 modul pilihlah sendiri tarikh yang ada. Satu kelas maximum 3 orang sahaja.

Tarikh-tarikh yang akan diadakan kelas ialah:

April: 18 dan 25hb.
Mei : 1,2,9,15,23 dan 30hb

Tempat diadakan kelas ialah:

NO.14, Jalan 5C/9,
Seksyen 5,
43650 Bandar Baru Bangi

Masa: 9.30 pagi hingga 5 petang (atau hingga selesai)

Pembayaran: Deposit sebanyak 50% perlu dibayar sekurang-sekurangnya 3 hari sebelum menghadiri kelas. Baki 50 % lagi dibayar semasa menghadiri kelas. Deposit hendaklah di bank in atas nama Nor Hayati Ibrahim. No akaun Maybank ialah 112026647589. Selepas bank in sila maklumkan detailnya melalui SMS atau email.

Peralatan yang perlu di bawa: Apron, kain lap

Makan tengahari disediakan.


Detail untuk kelas-kelas yang akan diadakan:

1. KELAS ANEKA TART DAN PIE

Yuran: RM180.00
Promosi bulan April dan Mei : RM150.00

Objektif :
Kelas ini diadakan bagi membolehkan peserta-peserta mempelajari cara-cara mengadun pastry dan membuat inti/filling tart dan pie.

Untuk kelas ini, para peserta akan di tunjuk ajar:

1. Cara-cara mengadun dan membakar pastry

2. Cara-cara menyediakan inti/filling untuk :

a. Blueberry Cheese Tart
b. Fruit tartlet
c. Tart kelapa
d. Tart coklat badam dan cereals
e. Tart marcaroon berinti.
f. Apple pie.

Resepi pastry dan inti setiap jenis tart/pie akan diberikan semasa menghadiri kelas.

Di akhir kelas setiap peserta pasti bertambah yakin untuk menyediakan tart untuk hidangan keluarga atau untuk dibuat jualan. Para peserta akan membawa pulang tart-tart yang telah mereka hasilkan sendiri



2. KELAS ANEKA MUFFIN

Yuran: RM 150.00
Promosi Bulan April dan Mei : RM120.00

Objektif :
Kelas ini diadakan bagi membolehkan peserta-peserta mempelajari cara-cara mengadun dan membakar muffin.

Untuk kelas ini, para peserta akan di tunjuk ajar:

1. Cara-cara mengadun dan membakar muffin

2. Suhu yang sesuai untuk membakar muffin

3. Muffin-muffin yang diajar ialah:

a. Chocolate cheese orange muffin
b. Almond coklat chip muffin
c. Banana Yogurt muffin
d. Tuna cheese muffin

Resepi muffins akan diberikan semasa menghadiri kelas.

Di akhir kelas setiap peserta pasti bertambah yakin untuk membuat muffin untuk hidangan keluarga atau untuk dibuat jualan. Para peserta akan membawa pulang muffin-muffin yang telah mereka hasilkan.


3. Kelas Kek Coklat Mousse Dengan Hiasan Dari Coklat Ganache dan Teknik-teknik Hiasan Creative Dari Coklat.

Yuran: RM290.00
Promosi bulan April dan Mei RM250.00

Objektif :
Kelas ini diadakan bagi membolehkan peserta-peserta mempelajari cara-cara membuat kek span, menghasilkan coklat mousse dan coklat ganache serta mempelajari teknik-teknik menghias kek menggunakan coklat ganache dan teknik-teknik hiasan kreatif dari coklat.

Untuk kelas ini, para peserta akan di tunjuk ajar:

1. Cara-cara membuat sponge cake.

2. Cara-cara membelah kek kepada 2 atau 3 lapisan

3. Cara-cara membuat chocolate mousse

4. Cara-cara membuat coklat ganache dan menghias kek menggunakan chocolate ganache.

5. Membuat bunga ros dari coklat ganache.

6. Cara-cara membuat border dari coklat .

7. Teknik-teknik menghias kek dengan coklat rice

8. Teknik –teknik membuat decoration menggunakan transfer sheet

9. Teknik-teknik lain membuat hiasan dari coklat.

Resepi-resepi yang berkaitan akan diberikan semasa menghadiri kelas


Di akhir kelas setiap peserta pasti bertambah yakin dengan skill membuat kek coklat mousse dan menghias menggunakan coklat ganache dan teknik-teknik hiasan kreatif dari coklat. Setiap peserta akan membawa balik 2 biji kek yang telah dihias.


4.KELAS CUP CAKE DAN HIASAN

Yuran : RM180
Harga promosi bulan April dan Mei: RM150.00

Objektif :
Kelas ini diadakan bagi membolehkan peserta-peserta mempelajari cara-cara mengadun dan membakar cup cake, memperkenalkan buttercream, coklat ganache dan piping gel. Para peserta diajar teknik mengendalikan piping bag dan corak-corak yang boleh dihasilkan oleh satu jenis nozzle.

Untuk kelas ini, para peserta akan di tunjuk ajar:

1. Cara-cara mengadun dan membakar cup cake.

2. Cara-cara menyediakan buttercream

3. Cara-cara mewarnakan buttercream

4. Cara-cara menyediakan coklat ganache

5. Menghias 16 biji cup cake menggunakan buttercream, coklat ganache, piping gel,
Edible image dan lain-lain cara hiasan

Semua resepi akan diberikan semasa menghadiri kelas.

Di akhir kelas setiap peserta pasti bertambah yakin untuk mendeko cup cake menggunakan skill-skill yang telah diajar di dalam kelas.


5. KELAS CUP CAKE UNTUK DOOR GIFT TANPA HIASAN ICING

Yuran : RM150.00
Promosi bulan April dan Mei : RM120.00

Objektif

Kelas ini diadakan bagi membolehkan peserta belajar cara2 mengadun cup cake dan membakarnya untuk menghasilkan cup cake yang sedap, moist dan gebu.

Tiga jenis cup cake akan diajar:

a. Vanila cup cake
b. Orange cup cake
c. Chocolate moist cup cake.

Di akhir kelas setiap peserta akan berasa yakin untuk membuat cup cake sendiri dan boleh memulakan jualan. Setiap peserta akan membawa balik semua cup cake yang dihasilkan di dalam kelas.


6. KELAS SWISS ROLL DAN TRIFFLE

Yuran: RM150
Promosi Bulan April dan Mei: RM120

Objektif:

Kelas ini diadakan bagi membolehkan para peserta mengadun adunan swiss roll, teknik marbling, membakar dan menggulung swiss roll.

Perkara-perkara yang diajar ialah:

1. Membuat Strawbery Swiss Roll
2. Membuat Chocolate Marble Swiss Roll.
3. Langkah demi langkah membuat triffle.

Di akhir kelas para peserta sudah boleh membuat swiss roll dan triffle sendiri samada untuk keluarga ataupun tempahan.

7. KELAS ASAS MEMBUAT KEK

Yuran: RM200.00
Promosi bulan April dan Mei : RM170

Objektif:
Kelas ini diadakan bagi menunjuk ajar cara-cara membuat 4 jenis cake bermula dari mengadun hingga membakar.

Kek-kek yang diajar ialah:

1. Kek Butter
2. Kek Chiffon
3. Kek Sponge menggunakan sponge mix
4. Kek Sponge cara biasa.

Di akhir kelas para pelajar akan mahir mengendalikan adunan kek dan membuatnya dengan yakin.


8. KELAS HOMEMADE CHOCHOLATE.

Yuran: RM250

Kelas ini tak dapat diberi potongan harga istimewa kerana tools untuk membuat chocolate disediakan dan akan dibawa pulang oleh peserta. Antara tools yang diberikan pada peserta ialah food warmer, stainless still bowl, spatula, choc mould, choc box and piping bag.

Objektif:

Kelas ini diadakan bagi mengajar orang yang tidak ada pengetahuan langsung tentang coklat sehinggalah dapat memahami jenis-jenis coklat dan teknik-teknik mengendalikan setiap jenis coklat sehingga dapat menghasilkan coklat yang sedap dan berkualiti setanding dengan yang dibeli.

Di dalam kelas anda akan di ajar :

1. Membuat plain chocolate
2. Membuat chocolate berkacang
3. Membuat paralline chocolate dengan pelbagai rasa ganache
4. Membuat chocolate dengan teknik marbelling
5. Membuat oreo chocolate
6. Membuat chocolate bar
7. Membuat chocolate tanpa mould
8. Membuat lolly choc
9. Membuat chocolate truffle
10. Membuat chocolate cluster
11. Membuat chocolate bubble rice

Kelas homemade chocolate akan hanya diadakan pada bulan Mei 2010.



Kepada sesiapa yang berminat untuk menghadiri kelas-kelas yang dinyatakan di atas sila hubungi:
DAMIRA BAKERY
Yati: 012-2733214
Email: damira.bakery@yahoo.com








Monday, 5-Apr-2010 03:44 Email | Share | | Bookmark
KELAS HOMEMADE CHOCOLATE

 
 
 
View all 15 photos...
Salam buat semua teman2 dan sesiapa yang sudi berkunjung ke sini.

Hari ini Yati nak berkongsi kegembiraan Yati mendapat satu lagi ilmu iaitu ilmu membuat chocolate. Dah lama sebenarnya Yati berhajat nak menuntut ilmu tentang pembuatan coklat ini tapi banyak faktor yang menghalang. Alhamdulillah pada 3hb April yang lepas hajat Yati itu tercapai. Sifunya Pn. Masura Rahmat pun tinggal selang 5 buah rumah aje dari rumah Yati. Alhamdulillah dari zero knowledge tentang coklat, kini sudah ada sedikit ilmu dan yakin boleh melakukannya sendiri. Jom kita layan gambar semasa kelas.



Inilah dia sifu homemade chocolate. Yati panggil Mas aje. Thanks ya Mas untuk segala ilmu yang dicurahkan. Begitu ikhlas mengajar, tak lokek ilmu pun. Semoga bertambah ramai student Mas.



Inilah tupperware yang Yati bawa nak isi coklat hasil apa yang dipelajari. Nak bawa tupperware besar malu konon sebab tak ada idea berapa banyak dibawa balik. Sudahnya tak muat pun nak isi semua hasil kerja tu. Yang dalam tupperware tu lagi padat. Kesemua coklat yang dibawa balik ialah 100 biji!



Inilah dia coklat yang dalam tupperware tu. Masa kelas tadi tak ambil gambar. Balik rumah baru Yati susun satu2 untuk ambil gambar. Disebabkan terlalu padat dan bertindih-tindih, bentuk rupanya dah cacat sikit. Coklat-coklat ini semuanya sedap-sedap belaka.Boleh katakan setanding dengan coklat-coklat yang ada brand. Mana tak sedapnya, coklat couverture yang digunakan berharga RM48.00 untuk 1.5 kg. Untuk kelas ini, Yati belajar bersama kawan Yati, Nasyrah. Setiap seorang dari kami dapat 1/2 kg couverture milk chocolate, 1/2kg compound milk chocolate. Ada juga dark chocolate dan white chocolate. Barulah kenal apa itu couverture dan apa itu compound. Sebelum ini hanya kenal cooking chocolate aje..... Kami di ajar dari cara basic tempering bagi yang tak ada microwave hinggalah cara mudah menggunakan microwave.

Coklat-coklat tu ada yang plain, ada yang letak hazelnut dan almond, ada yang letak paillete feulletine dan lain2. Filling untuk coklat pula ada bermacam2 perisa. Ada raspberry ganache, passion fruit ganache, peanut ganache, peppermint dan lain2. Yang bestnya, ganache ini dibuat dengan mencampurkan jem yang memang kaw yang kebiasaannya digunakan untuk buat icecream. Fruit jem tu datangnya dari Itali. Harganya boleh tahan, sebab tu hasilnya memang sedap sangat. Macam makan coklat yang kita beli!



Chocolate bear dan chocolate oreo



Ini pula lolly mashmellow , lolly choc dan chocolate bar. Mashmellow ni jangan beli sembarangan ya. Main ingredient untuk buat mashmellow ini ialah gelatin. Sebab tu Yati tak beli mashmellow dikedai-kedai bakery takut dan was-was gelatin yang tak halal digunakan. Untuk yang ini, Sifu Mas beli dikedai yang telah dikenal pasti halalnya.



Ini chocolate bubble rice yang dibuat oleh yati dan Nasyrah.



Chocolate cluster. Buat hidangan untuk raya memang sesuai.


Chocolate truffles memang sedap


Macam gini rupanya buat coklat bar. Untuk yang ini kami letak bubble rice. Lebih sedap dari coklat crispy.



Inilah dia himpunan chocolat truffles, cluster, bubble rice dan chocolate tanpa mould daya kreativiti masing-masing.


Inilah dia kesemua coklat yang Yati belajar dan bawa balik. Banyakkan! Anak Yati punyalah suka bila ibunya bawa balik banyak coklat. Separuh dari coklat ini Yati dah bagi kat anak-anak buah Yati kat Kajang. Mereka pun suka sangat dapat coklat. Tak henti-henti nak makan coklat....



Bila dah belajar kenalah beli acuannya. Ini ialah acuan chocolate oreo dengan tema bunga dan sports. Mas kata susah nak cari mould ini dalam pasaran, kebetulan dia ada extra Yati pun terus beli dari dia. Cantikkan corak-corak yang kita boleh buat. Yati suka yang sports mould.


Diatas tu tadi ialah kertas dibelakang acuan. Inilah acuannya yang sebenar.

Tak sabar nak buat sendiri coklat-coklat tu. Lepas ni bolehlah yati tambahkan koleksi door gift Yati dan boleh juga buka kelas homemade chocolate.....hehehe jangan marah ya sifu.


Friday, 2-Apr-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
TEMPAHAN DAN PROMOSI ANEKA KELAS DI DB

Tempahan dari Fairus
Tempahan dari Kak Bibah
Tempahan dari Cho Zila
Salam buat semua pengunjung semoga semuanya sihat dan ceria selalu.

Kali ini Yati sekadar nak paparkan saki baki gambar tempahan. Jom layan!



Ini ialah choc moist cake tempahan dari cik Fairus Seremban. Dapat feedback yang bagus darinya. Insya Allah akak akan guna resepi lain yang lebih sedap dari ini kalau Fairus order lagi....hehe. Thanks ya kerana sudi order dari akak.



Ini pula tempahan dari Cho Zila. Tarikhnya dah lupa sebab lama sangat peram gambar ni .50 biji bluebery cheesetart. Masa inilah berpeluang jumpa dengan Cho Zila masa dia datang ambil ordernya di rumah Yati. Peramah orangnya.



Ini tempahan dari kak Bibah dari Taman West Country, 70 biji blueberry cheesetart. Katanya nak dijadikan buah tangan untuk kawannya yang buat majlis kenduri. Baik betul kak Bibah.

Dikesempatan ini Yati nak promo sikit kelas yang akan diadakan di DB. Sebenarnya yati ada juga menerima permintaan dari pengunjung dan kawan2 yang meminta Yati adakan kelas bakery. Lama dah Yati tangguhkan perkara ini. Setelah berfikir panjang akhirnya Yati bersetuju menyahut cabaran ini. Yati bercadang nak mulakan kelas-kelas bakery pada pertengahan bulan April ini. Antara kelas yang akan diadakan ialah:

1. Kelas Aneka Tart
2. Kelas Aneka Muffin
3. Kelas Asas Membuat Kek
4. Kelas Kek Chocolate Mousse Dengan Deko Dari Chocolate Ganache dan Hiasan
Kreatif dari Coklat.
5. Kelas cup cake dan hiasannya
7. Kelas Swiss Roll dan Triffle

Module kelas yang detail akan Yati paparkan minggu depan.


[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net