Want your
own Fotopage?


















 
Welcome To DAMIRA FotoPage

By: Hayati Ibrahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  >  >>]    [Archive]
Monday, 8-Sep-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
HAMPER RAYA LAGI

 
 
 
View all 4 photos...
Hujung minggu baru ini sibuk menyiapkan tempahan biskut raya dan hampers. Untuk biskut raya tahun ini saya mencari pembantu. Tak larat buat seorang diri. Syukur pada Allah kerana memberikan limpahan rezeki di bulan Ramadhan ini. Apa salahnya kita juga memberikan peluang menambahkan pendapatan pada suri rumah. Rezeki yang ada dikongsi bersama semoga lebih berkat

Jom layan gambar2 hamper kali ini.


Gambar2 yang diambil dari sudut yang berlainan


Kandungan hamper ini tak semestinya kuih raya sahaja. Boleh dipelbagaikan. Bergantung pada permintaan dari pelanggan. Untuk hamper yang ini ada chocolate Ferero Roche. Harganya juga bergantung pada apa kandungan hamper yang pelanggan minta. Untuk hamper ini harganya masih lagi RM140.00


Gambar2 ini juga diambil dari sudut yang berlainan.


Kotak hamper ini adalah lebih besar dari kotak hamper yang di atas. Kandungan hamper ini ialah biskut2 raya, coklat , LIGO pitted prune dan sebuah cenderahati. Hamper ini harganya RM200.00. Harga hamper boleh diubahsuai mengikut budget pelanggan.

Sesiapa yang berada di negeri-negeri lain di Malaysia ni atau di mana2 sahajalah yang berminat nak memberikan hamper ini pada kenalan, saudara mara atau sesiapa sahaja di Kuala Lumpur / Selangor boleh juga membuat tempahan kerana perkhidmatan penghantaran disediakan. Ada penambahan kos untuk penghantaran

Sebarang pertanyaan / tempahan sila sms atau call Pn. Yati : 012-2733214

cantiknya hamper raya tu..ish ish
best nih kalau dapat
Wed 10-Sep-2008 03:28
Posted by:zira  - [Link]
alhamdulillah..bisness maju di bulan yg mulia ini.. Wed 10-Sep-2008 07:53
Posted by:shariza mamanurin2002@yahoo.com  - [Link]
re: yati.. sambal tumis tu kalau nak ganti ngan cili kering boleh aje.. tp tak payah letak kunyit hidup tu... but.. off course rasa dia pun akan lari sikit kot... kalau guna cili api lagi kaw kaw Wed 10-Sep-2008 08:42
Posted by:MaDiHa  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Thursday, 4-Sep-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Cerita Puasa Amirah, Tempahan Kuih Raya Dan Tag

 
 
 
View all 5 photos...
Hari ini baru start kerja semula selepas bercuti panjang. Ambil tambahan cuti 2 hari. Amirah pun kena cuti gak dari tadikanya kerana ibu dan ayahnya nak balik kampung. Hubbyku terpaksa kerja pada 31 Ogos dan 1 Sept. Off daynya ialah pada 2 dan 3 Sept. Maklumlah dia bekerja shift. Off daynya tak menentu. Sebab tu saya kena ambil cuti extra 2 hari. Pada kebiasaannya setiap tahun kami jika ada masa terluang pasti akan balik kampung untuk berpuasa bersama keluarga dan mertua. Orang tua kita ni memang gembira kalau masa bersahur dan berbuka tu anak cucu turut serta. Kalau anak cucu tak balik tinggallah mereka berdua aje. Kalau ramai2 tu lebih ceria dan berselera.

Kesempatan cuti di awal puasa ni dapatlah saya melayan keletah Amirah yang berusia 5 tahun berpuasa. Hari pertama dia tak puasa sebab sepupunya yang berusia 4 tahun menggodanya dengan susu botolnya. Amirah yang masih menyusu botol tu tak tahan godaan....Hari kedua sepupunya dah balik . Tinggal dia seorang saja yang kecil Godaannya kurang. Dapatlah dia meneruskan puasa tapi penuh dengan rengekan. Lambat lagi ke nak azan ibu, lambat lagi ke nak malam ibu....Itulah soalan yang asyik ditanya. Kadang2 tu kesian gak tengok dia, tapi bila lagi nak dilatih. Kalau sampai tak daya nak berjalan memang akan kusuruh dia berbuka. Hari ketiga dia cergas aje, kuranglah rengekannya. Hari ini tak tahulah, tapi dah kupesan pada cikgunya dan penjaganya yang dia berpuasa. Sebenarnya Amirah dah start puasa dari tahun lepas. Dia dapat puasa 9 hari sahaja, harap2 tahun ini dia dapat meneruskan puasanya ke akhir Ramadhan.

Sebelum balik kampung tu saya sibuk menyiapkan tempahan almond london dan suji badam. Customer datang ambil pada 1 Sept lepas. Customer ni buat jualan kuih raya di gerainya. Jenuhlah juga nak celup cookies tu ngan coklat. Dekat dua hari jugalah baru siap celup 1500 keping. Fuhh! leganya bila dah siap. Lepas ni nak concentrate untuk tempahan raya pula. Begitulah rutinku bila menjelang raya semenjak 6 tahun kebelakangan ni. Almond London ni ramai yang menggemarinya kerana biskut dan badamnya rangup, disalut pula ngan coklat. Memang sekali makan nak lagi! Resepi ini dah lama saya gunakan. Resepi ni saya ubah sedikit dari resepi yang diberi oleh kawan emak. Saya akan sertakan resepinya bagi sesiapa yang teringin nak cuba buat sendiri tahun ni. Bagi yang tak sempat nak buat sendiri, order sahaja. Saya masih menerima tempahan. Boleh call 012-2733214.sempat lagi nak promote tu..
Tahun ni ramai juga yang bertanya tentang kuih tart gulung yang memang setiap tahun ku buat. Tahun ni tak berani buat sebab baru aje lepas operation Jun lepas. Kuih tart gulung ni kerjanya renyah sikit. Nak menekan pastri tu kena guna tenaga dari perut. Nanti tak pasal2 jahitanku terbuka. Insya Allah tahun depan kalau sihat akan buat kuih tart gulung semula.


Almond London yang baru dicelup coklat disusun dalam loyang sementara menunggu coklat keras. Dah keras baru transfer dalam bekas.


Tokey kuih dengan sebahagian dari tempahan customer...


Jom kita layan gambar2 menu buka puasa hari pertama. Gambar aje dulu ya. Resepinya kemudian.... Malas nak menaip sebenarnya.


Jus cempedak berkarbonat


Rojak Tauhu

Sebenarnya resepi ini adalah resepi Tauhu Bakar. Disebabkan saya tak bakar tauhu tu tapi hanya digoreng maka saya panggil Rojak Tauhu aje..hehehe. Terima kasih pada Nohaza yang telah menyumbangkan resepinya yang sedap ini.

ROJAK TAUHU

Sumber: nohaza

Bahan2nya:

5 keping tauhu digoreng
1 biji timun dihiris memanjang
1/2 biji sengkuang dihiris memanjang
Tauge dicelur
Kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar.

Bahan2 Kuah Rojak:

1 ulas bawang putih
7 biji cili padi ( bergantung pada tahap kepedasan masing2)
2 sudu makan petis / otak udang
2 sudu makan gula merah
2 sudu makan gula pasir
1 sudu makan kicap manis
4 sudu makan sos cili
1 cawan air
secubit garam

Cara2nya:
1. Bawang putih dan cili padi ditumbuk halus.
2. Campurkan kesemua bahan2 di atas.
3. Masak kuah tersebut hingga mendidih.
4. Rasalah garam dan gula secukupnya.

Nota: Isikan bahan2 rojak yang telah dihiris tadi ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah rojak secukupnya dan taburkanlah kacang tanah yg ditumbik kasar.



Jelly Kelapa


Ini pula tag yang diterima dari dapurimpian. Terima kasih banyak2..

Dari dapurimpian


A.Dibuat oleh: antownholic.blogspot.com, reskitrianto.blogspot.com, bashrie.blogspot.com,juzzyouandme.blogspot.com, sweethoney, sofiaroxy, darleeluv, a gift fRoM hEaRt, a gift from azza, sejenak bersamaku, cherita dapur, kaklin,Mamasya,Umieaisyah,dapurimpian, damira

b. Dibuat oleh: antownholic.blogspot.com, reskitrianto.blogspot.com, bashrie.blogspot.com,juzzyouandme.blogspot.com, sweethoney, sofiaroxy, darleeluv, a gift fRoM hEaRt, a gift from azza, sejenak bersamaku, cherita dapur, Was Will Always Me,Mamasya,Umieaisyah,dapurimpian, damira

Ni Arahan Nya…
Copy Gambar Kat Atas Tu Dan Post Kat Blog Kalian
Teruskan Mencari Mangsa Seramai 5 Org..(Nak Lebih Pun Takpe)
Setelah Mengenalpasti Mangsa Yg Sesuai, Sila Tinggalkan Pesanan Di Blog Mereka
Lastly, Jgn Lupa Tempek Url Kalian Sebelah Url dapurimpian Kat AtasTuh...
Tag di terima dari dapurimpian. Nak kongsi Tag Ni dgn kawan-kawan iaitu;
***kawan2 pilihlah nak sambung dari A atau B link Tag Ramadhan ni...

1. maklang
2. amal
3. chepah
4. kak Ida
5. cek de sam

Quote:


ALMOND LONDON


Bahan2nya:

9 oz butter
4 oz gula icing
2 biji kuning telur
1 biji putih telur
500g tepung gandum
50g tepung jagung
1 sudu teh emplex
200g badam biji
50g badam cincang
300g coklat masakan
10g coco butter
Paper cup secukupnya.


Cara2nya:

1. Goreng badam biji hingga kekuningan di atas api yang sederhana. Bila kuning, angkat dan toskan minyaknya. Biarkan sejuk. (Jangan goreng terlalu lama kerana badam akan hangus dan pahit).
2. Bakar badam cincang didalam oven pada suhu 160 degree Celcius selama 5 min.
3. Pukul butter hingga kembang.
4. Masukkan gula icing dan pukul lagi hingga sekata.
5. Masukkan kuning telur dan putih telur dan pukul lagi hingga sekata( tidak payah terlalu lama)
6. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan emplex yang telah diayak ke dalam adunan butter tersebut. Uli hingga sebati.
7. Ambil sedikit adunan dan masukkan sebiji badam dan bentukkan membujur. Susun dalam loyang hingga penuh.
8. Bakar dalam oven hingga kekuningan. Suhu dan masa bergantung pada oven masing2.
9. Setelah sejuk barulah dicelup dengan coklat.

Cara2 mencelup coklat.
1. Hiris coklat nipis2 dan isikan kedalam bekas yang tahan panas.
2. Campurkan coco butter ke dalam coklat tadi. Coco butter yang berwarna putih ini bertujuan untuk mengilatkan coklat tersebut. Tak letak pun tak apa.
3. Cairkan coklat tersebut dengan cara double boil. Kacau hingga coklat dan coco butter betul2 cair. Pastikan air tidak masuk ke dalam coklat tersebut kerana salutan coklat tidak akan keras sekiranya coklat tersebut tercampur air.
4. Gunakan pengepit kuih, celup biskut ke dalam coklat dan isikan ke dalam paper cup.
5. Taburkan badam cincang.
6. Susun rapat2 ke dalam loyang dan biarkan coklat keras.

Adunan ini boleh menghasilkan lebih kurang 120 - 130 biji bergantung pada size yang dibuat.

Selamat mencuba.... Pasti tak menyesal hasilnya

Terimakasih yati...kak amal nak trail buat la raya ni...selalu kak amal buat almond london ni..badam dia tak berapa rangup. Mon 8-Sep-2008 01:48
Posted by:amal5041 amalhayati68@gmail.com  - [Link]
puan hayati, terima kasih di atas posting resipi rojak tauhu yang best lagi masyuk dimakan. thank you so much! Wed 19-Nov-2008 12:34
Posted by:lilyth ami.akimoto@gmail.com  - [Link]
puan hayati, terima kasih di atas posting resipi rojak tauhu yang best lagi masyuk dimakan. thank you so much! Wed 19-Nov-2008 12:34
Posted by:lilyth ami.akimoto@gmail.com  - [Link]
View all 12 comments Add comment


Tuesday, 26-Aug-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
PROMOSI HAMPER RAYA DAN KUIH RAYA

 
 
 
View all 5 photos...
Dah nak dekat raya ni saya nak mempromosikan hamper raya yang sungguh menarik kepada badan2 koperat atau sesiapa sahaja yang berminat untuk memberikan hamper raya kepada staff2 mereka atau orang yang tersayang. Tanda terima kasih dan perkongsian rezeki kepada staff2 mereka tu. Insya Allah bertambah semangat mereka bekerja bila dapat hamper cantik ni.. Sebenarnya projek hamper ni bukanlah setakat untuk hari raya aje. Ianya berterusan dan boleh diubahsuai untuk semua jenis keraian. Kalau hendakkan bakul2 seumpama itu untuk hantaran pertunangan/perkahwinan juga ada disediakan. Hamper yang saya sediakan ini coraknya baru dalam pasaran . Sekali pandang pasti tertarik. Sebenarnya saya menyediakan dua set hamper untuk dijadikan sample masa buat marketing. Tak sempat nak tunjuk pada badan2 yang berpotensi telah ada yang tertarik dan membeli terus kedua2 hamper tersebut Jom layan gambar2 hamper yang diambil dari beberapa sudut yang berlainan.


Yang menariknya ialah bakul yang digunakan untuk dijadikan hamper. Bunga-bunga yang melekat kat atas bakul tu yang menjadi kelainannya. Bunga-bunga tu diperbuat dari campuran seramik dan plaster. Terjatuhpun, bunganya tak pecah.


Design yang simple tapi nampak kemas dan menarik. Bakul2 untuk hamper sebenarnya ada berbagai jenis dan saiz. Cuma nyatakan berapa budget hamper yang dikehendaki. Saya akan adjustkan jenis bakul dan sizenya mengikut budget dari customer.


Bakul ini bersaiz besar. Untuk hamper ini saya isikan dengan 5 jenis kuih raya dan sebiji cenderahati berupa bekas telur atau potpuri. Harga untuk hamper ini ialah RM 180


Bakul hamper ini sizenya kecil sedikit dari hamper di atas. Saya isikan dengan 4 jenis kuih raya. Harga untuk hamper ini ialah RM 140

Bagi sesiapa yang berminat untuk membeli/menempah atau bertanya tentang hamper ini bolehlah menghubungi/sms saya( Yati) di talian 012- 2733214. Email: yadami68@yahoo.com

Saya juga ada menjual beberapa jenis kuih raya. Tarikh tutup tempahan kuih raya ialah seminggu selepas puasa. Untuk order kuih raya pun boleh hubungi saya seperti talian di atas.


Untuk Almond London satu bekas tu boleh memuatkan 48 biji.
Untuk Suji Badam pula, satu bekas tu boleh memuatkan 51 biji.
Harga yang dinyatakan adalah tidak termasuk kos penghantaran. Sebenarnya saya lebih suka customer ambil sendiri

salam...yati,amcm bisnes....nt dtg kat rumah ambil tag ye..... Tue 2-Sep-2008 07:09
Posted by:dapurimpian  - [Link]
menarik promosi hariraya nyer...

Daalia
http://lea-oven.blogspot.com/
Wed 3-Sep-2008 13:58
Posted by:Daalia lea1207@yahoo.com  - [Link]
Salam tuan rumah, jom iklankan produk anda di http://mysajianforum.forumotion.com (secara percuma sempena pembukaan kami) Mon 27-Jul-2009 12:33
Posted by:Zetty mysajian@gmail.com
View all 26 comments Add comment


Tuesday, 12-Aug-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
PACERI MANGGA TELUR

 
 
 
Saya ni memang malas betul nak update fp. Dah beberapa resepi saya cuba tapi tak juga saya update. Tunggulah satu persatu nanti saya updatekan. Asyik cerita pasal kek dan kuih muih aje apa kata kita tukar selera ke lauk pauk pula.
Pernah makan paceri mangga? Mungkin orang utara biasa dengan paceri mangga. Saya selalunya masak paceri nenas dan terung aje. Emak dikampung dok cerita makan paceri mangga di rumah orang kenduri. Sedap betul katanya. Lawan pula dengan ikan masin. Makan bertambah2. Lauk lain dia tak pandang dah. Saya yang dengar cerita dia dok meleleh air liur!
Saya minta emak ajarkan . Rupa2nya sama aje macam masak paceri terung atau nenas. Cuma untuk lagi sedap dan perisa lauk ini hendaklah dimasak sehari sebelum dimakan. Barulah segala bahan2 tu mesra dan terasa...... Jom layaaaan


Inilah dia mangga telur. Lebih sedap lagi kalau pilih mangga yang bijinya dah keras sikit. Kalau pilih yang terlalu muda dimana kulit bijinya masih lembut, bila makan nanti akan tergigit bijinya. Akan terasa pahit bila tergigit bijinya itu. Sebab tu saya suka pilih mangga yang dah tua sikit. Boleh dinyonyot bijinya..ada ke perkataan tu, atau aku aje yang faham sendiri....hehehe

PACERI MANGGA

Sumber: Bondaku

Bahan-bahannya:

2 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Kesemua bahan diatas hendaklah ditumis

5 ulas bawang merah }
2 ulas bawang putih } Bahan2 ini ditumbuk atau dikisar halus
1 cm halia }
1 paket kecil rempah kari
Sedikit ikan bilis
2 sudu makan kerisik
1/2 cawan air
2 cawan santan
8 biji mangga telur
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukupnya.

Cara-caranya:

1. Mangga telur hendaklah dikupas kulitnya. Cucuk-cucukkan mangga tersebut dengan garpu. Ini ialah untuk membuangkan sedikit masamnya dan membolehkan kuah paceri meresap ke dalam buah tersebut. Celur sebentar buah mangga tersebut dan toskan airnya. Jangan terlalu lama kerana buah mangga akan jadi lembik dan hancur, Masam buah mangga ini akan keluar sedikit apabila dicelur.
2. Tuangkan sedikit minyak ke dalam periuk.
2. Setelah minyak panas, tumiskan bahan penumis hingga wangi.
3. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dan digaul dengan rempah kari dan ikan bilis. Sebaik-baiknya ikan bilis selepas dibasuh diramas2 baru dicampurkan dengan rempah kari dan bahan2 tumbuk. Tumis sehingga agak garing dan masukkan setengah cawan air.
4. Masukkan kerisik, garam dan gula dan kacau sehingga mendidih.
5. Masukkan dua cawan santan dan kacau sehingga mendidih dan kuah menjadi pekat sedikit.
7. Selepas itu barulah dimasukkan mangga yang telah dicelur tadi.
8. Rasakan garam dan gulanya sekali lagi. Lauk ini perlu dilebihkan gula bagi menyeimbangkan rasa masam buah mangga. Selepas mendidih bolehlah ditutupkan apinya.


Beginilah lebih kurang stepnya


Makan dengan nasi panas dan ikan masin.....

Nota: Lauk ini menjadi semakin sedap selepas dipanas2kan keesokan harinya...

hmm.. saya nih first time dengar pajeri mangga... rasa nak try but sini tak de le pulak mangga mcm dlm gamba tu...

re:kat cheetham + crumpsall nih ade lebih kurang 50+ family melayu kot and masih ade lagi yg duduk shirley road but tak sure no brapa cheetham dah byk berubah dari 2003 mula2 saya sampai dah agak membangun skit meh le dtg lawat2 mengimbau kenangan
Tue 19-Aug-2008 01:28
Posted by:mummy hamim2  - [Link]
thanks kerna sudi singgah kat fp ku. sedapnya paceri mangga, jarang sesangat wat paceri tak kira le mangga ke nenas ke terung ke. tapi suka gak makan ...nak2 plak match dgn ikan masin...fuyooooooooo Wed 20-Aug-2008 15:23
Posted by:zana hassan zanaz70@yahoo.com  - [Link]
salam..... tak pernah buat dan makan lg paceri mangga...tentu sedap ni....kecur air liur.... Sat 23-Aug-2008 05:38
Posted by:dapurimpian  - [Link]
View all 16 comments Add comment


Wednesday, 30-Jul-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
AKTIVITI YANG LEPAS2

Agar2 ini keras, tidak lembik
 
Bingka yang sedap
Hari ini baru boleh update. Semalam system down. Actually saya just nak updatekan a few resepi yang saya buat masa cuti panjang hari tu. Tapi sebelum tu nak cerita sikit pasal last weekend. Last Sunday Inasally rakan fp dari Penang, tokey kek lapis Serawak datang ke rumah ngan family dia. Walaupun hanya kenal melalui laman cyber dan pernah jumpa sekali dulu masa dia hantar kek lapis cadburry yang saya order tapi bercerita macam dah kenal lama.Seronok juga ya berkawan di alam cyber lepas tu dapat jumpa.

Yang paling seronok sekali ialah dia beri saya beberapa jenis kek lapis yang saya dok terliur tengok di fpnya tu. Semuanya sedap-sedap belaka sebab dia guna pure butter. Moist aje kek dia. Harga pun berpatutan. Ina akan iklankan harganya dalam fp dia tak lama lagi. Kalau nak order bolehlah contact Ina . Bagi yang duduk di area Bangi dan Kajang bolehlah contact saya. Saya jadi agennya. Kalau nak rasa, samplenya pun ada lagi......

Berbalik semula pada resepi saya tu. Kedua2 resepi ni saya ambil dari blog brother Rozzan. Memang sedaaaap! . Thanks ya brother for the nice recipies. Resepinya saya copy paste aje. Jom jamu mata.

AGAR-AGAR LAPIS (GULA MELAKA)
Sumber: Rozzan



Bahan A
10/11 gm serbuk agar-agar
150 gm gula melaka + 1 sudu makan gula pasir
870 ml air
2-3 helai daun pandan (simpul)

Bahan B
10/11 gm serbuk agar-agar
150 gm gula pasir
870 ml santan
1 sudu teh garam

Bahan C
Loyang berukuran 8"x 8"x 3"
sedikit pewarna cokelat (optional)

Cara-Cara
1) Masak Bahan A sehingga mendidih. Masak pula Bahan B sehingga mendidih.

2) Tuang ke dalam loyang sebanyak 200ml agar-agar plain (Bahan A). Biarkan sebentar sehingga ia hampir keras, baru dituangkan lapisan kedua iaitu 200 ml agar2 santan (Bahan B). Biarkan sehingga lapisan kedua ini hampir keras juga.

3) Kemudian tuangkan lapisan seterusnya berselang-seli, plain dan coklat. Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan.

4) Agar-agar yg hendak digunakan itu haruslah berada di atas api yg kecil, supaya ia senantiasa cair dan mudah bila dibancuh dgn pewarna.

5) Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk. Enak dihidangkan dalam keadaan dingin.

Remarks: Semasa hendak menuang lapisan yang berikutnya jangan tuang dari jarak yang terlampau tinggi dan hendaklah dituang dengan cepat dan berani. Ini bagi mengelakkan lapisan dibawah yang belum berapa keras itu bocor. Ini adalah berdasarkan pada pengalaman saya.



Resepi asal ialah Kuih Bakar Kentang. Saya guna keledek, jadi namanya Kuih Bakar Keledeklah...
KUIH BAKAR KELEDEK
Sumber: Rozzan



Bahan-bahan :
500 gm keledek (direbus dan lecek halus)
250 gm tepung gandum
350 gm gula pasir
3 biji telur (saiz besar)
550 ml santan pekat
1/2 sudu teh vanilli
sedikit pewarna kuning
1 sudu teh garam atau secukup rasa
1 sudu makan minyak sapi (saya gunakan butter)

Cara:
Masukkan keledek yg telah dilecek halus ke dalam sebuah bekas. Kemudian bubuh bahan-bahan lain iaitu tepung, gula, santan, telur, vanilli, pewarna kuning, garam dan minyak sapi. Gaul rata-rata dan tapis jika perlu. Ambil satu loyang (saya gunakan loyang bulat) dan sapukan sedikit minyak di dasar dan sekelilingnya. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama kira-kira 40 minit dgn suhu 200-220 darjah Celsius.

Nota : Anda boleh tukarkan bahan keledek kpd kentang.
Remarks: Saya taburkan bijan atas adunan bingka tu sebelum dibakar.


tengok entry masakan org terasa nak masak balik umah jadi lain lak Mon 4-Aug-2008 10:39
Posted by:Ida isk merpati66@gmail.com  - [Link]
pernah sekali cuba buat agar2 lapis nie...kene buat lagi niee...terliurr.... Mon 4-Aug-2008 20:11
Posted by:cek de sam  - [Link]
lawo lak agar2 tu buat lapis camtu yerk firstime tgk nih biasa tgk lapis dua jerk Wed 6-Aug-2008 09:31
Posted by:mummy hamim2  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Wednesday, 23-Jul-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark

Adunan Brownies
Cheese topping
Setelah dimarblekan
View all 6 photos...
Lama betul tak update. Sorrylah kawan-kawan, bukannya buzy, malas atau gi bercuti tapi terpaksa berehat kat rumah. Long MC, 39 hari disebabkan pembedahan. Baru semalam kembali bekerja. Internet kat rumah tu slow sangat. Tak sempat lagi nak tukar ke broadband.... Disebabkan pembedahan maka tak dapatlah saya buat kerja berat. Dua minggu lebih berehat dari dapur. Tapi itulah kita orang perempuan mana boleh duduk diam. Rimas rasanya. Bagi mengatasi kebosanan tersebut sempatlah saya menjahit sulaman manik untuk dua pasang baju kurung anakku untuk dua minggu pertama cuti rehat tu. Baju sendiri tak sempat jahit manik sebab bajunya tak siap lagi, terlambat hantar tempah.. Tak apa akan saya usahakan kemudian.

Masuk minggu ketiga, terasa diri dah sihat sikit. Dah mula kedapur. Kalau ikutkan hati ada aje yang nak ku eksperimentkan. Sementara menghabiskan MC tu sempatlah beberapa resepi simple yang kucuba. Jom Layaan!

Raspberry Cheese Brownies
Sumber: Amy Heng

Ingredients :

Brownies
315g unsalted butter (dice) ( I used salted butter )
125g chocolate powder ( I used coco powder)
270g castor sugar
300g raspberry jam ( I used Strawberry jam)
5 eggs (lightly beaten)
1 1/2 tsp vanilla essence
230g plain flour
1/4 tsp baking soda

Cheese topping
325g cream cheese ( at room temperature)
90g castor sugar
1 egg
1 egg yolk
1/2 tsp vanilla essence
160g fresh raspberries (optional, I omit this)

Garnishing ( I omit this)
Some chocolate cream
Some almond flakes ( toasted)

Method:
Brownies
1. In a saucepan, melt butter over low heat.
2. Add in chocolate powder and cook until mixture bubbles.
3. Removes from heat and stir sugar and jam.
4. Gradually, add in eggs and essence and stir until well combined.
5. Fold in flour and soda.
6. Pour batter into prepared cake tin. Meanwhile, prepare cheese topping.

Cheese Topping
1. Beat cheese and sugar until light and creammy.
2. Add in essence and eggs.
3. Place batter into a piping bag. Pipe batter over no.6 ( brownies batter).
4. Drop in raspberries/ strawberries ( optional).
5. Use a skewer or satay stick to swirl cheese mixture into the chocalate mixture to create a marble effect.
6. Baked for 40 minutes or until baked through.
7. Cut and serve brownies while still warm. Place a dollop of ice cream on top of brownies and top with sauce and almond flakes. Brownies can be stored in a air-tight container and kept chilled. Heat up in a microwave before serving.



Actually saya buat brownies ni sebab ada majlis port luck kat offis suami. Baru keluar oven terus dipotong sebab dia dah nak pergi kerja. Inform saya last minute...


Kawan2nya kata sedap. Mixture of chocolate dan cheese tu memang kena. Makan pula masa panas... Bagi yang tak suka banyak cheese, kira oklah macam ni. Ada kawan2nya yang cakap asyik teringat2 cheese brownies tu. Nak minta buat lagilah tu...


Beginilah lebih kurang step nak buat cheese brownies tu.

Gambar dan resepi yang lain2 tu next entry ya.

cedapnya brownies Thu 7-Aug-2008 08:03
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com  - [Link]
hmm... sedap lak tgk brownies nih, fahimah kalau kat uni time rehat mesti ngap brownies beli kat koperasi jer suka sgt akak dulu study kat mana?aah saya duduk cheetham hill...kampung melayu tercinta... ahakss Thu 7-Aug-2008 08:42
Posted by:mummy hamim2  - [Link]
sedap akak dah terbuat ...tapi guna blueberry la dik...tq...akak amek resepi kat buku amy beh...eh amy heng kunt buku Y3K kan?...sedapnya...boleh buat bebanyak kali tapi akak kurang kan ke 250gram je...itu pun dah sedap la sangat apatah lagi kalu ikut resepi bebetul Tue 12-Aug-2008 01:51
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@yahoo.com  - [Link]
View all 17 comments Add comment


Tuesday, 10-Jun-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Fondant Cup Cakes & Soft Marble Cake

 
 
 
View all 6 photos...
Sebenarnya dah lama juga saya nak mencuba buat kek fondant. Asyik tertangguh aje. Last week mak saya request buatkan kek untuk diberikan kepada kumpulan Marhaban yang dijemput ke rumah emak dikampung sempena kenduri akikah anak adikku. Kuberanikan diri menguli fondant. Buat yang sempoi aje. Keknya pula saya gunakan resepi chef Norzailina. Memang sedap dan lembut. Bagi saya, kek bukannya hanya perlu cantik dimata tetapi hendaklah sedap juga rasanya. Lebih2 lagi bila kita guna fondant, kek tu mestilah sedap sebab orang tak akan makan fondantnya, hanya kek yang dimakan. Terima kasih pada chef Norzailina kerana sudi berkongsi resepi. Disini saya copy paste aje. Jom layan!!

KEK CAWAN
Sumber: Cheff Norzailina
(Menghasilkan anggaran 25 biji kek cawan.)

Bahan-bahannya

250 gm mentega
230 gm gula kastor
2 camca teh Quick 75
4 biji telur Gred A
270 gm tepung serbaguna } diayak
1 camca teh serbuk penaik }
60 gm susu pekat
2 camca besar susu segar/cair
1 camca teh vanila

Cara membuatnya

1. Putar mentega, gula dan Quick 75 hingga gebu.
2. Masukkan sebiji demi sebiji telur, pukul sebati setiap kali.
3. Campurkan bahan ayak, kacau rata.
4. Bubuh susu pekat, susu cair dan vanila.
5. Bila sebati, timbang sebanyak 44 gm untuk setiap cawan kek (saiz sederhana).
6. Bakar pada 190 C selama 20-25 minit atau hingga masak.
7. Biar kek sejuk sebelum dihias ikut suka.




Last weekend juga saya buat soft marble cake dari blog bro Rozzan yang sumbernya adalah dari Pn. Aini Salim. Sebenarnya ini kali kedua saya membuatnya. Kali pertama buat hasilnya cukup memuaskan, lembut, gebu dan sedap. Cuma kuda belang aje yang tak menjadi . Masa tu belum ada camera lagi, so tak adalah ambil gambar. Percubaan kali kedua ni pun kuda belangnya tak menjadi. Geram betul. Kena belajar ngan K. Rinn atau sifu2 fp baru nak jadi kot. Tak tahu apa silapnya, dibahagian bawah tengah kek tu ada sikit mampat dan kek pun merekah sikit. Mungkin loyang 9" tu kurang sesuai sebab setelah diisi dengan adunan kek tu, lebih daripada 3/4 loyang tu dipenuhi dengan adunan tu. Bila bakar kek tu naik tinggi dan hampir nak melimpah. Saya pula tak letak kertas pelapik.. Walaubagaimana pun rasanya tetap sedap, lembut dan lembap. Saya copy paste aje resepi dari bro Rozzan tu.

Soft Marble Cake
Sumber: Pn Aini Salim

Bahan_Bahan

270 gram mentega
260 gram tepung gandum
250 gram gula kastor
10 gram koko serbuk
6 biji telur saiz besar
2 sudu makan susu manis
1 sudu makan rata ovalette
1 sudu makan air paip
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanilla serbuk


Cara-caranya:

~ Mentega, susu dan vanilla disatukan kemudian dipukul hingga putih. Ketepikan.
~ Telur, ovalette, air, baking powder, tepung dan gula disatukan. Pukul hingga kembang.
~ Masukkan adunan mentega dan kacau rata.
~ Keluarkan 1/4 bahagian adunan dan campurkan dengan koko serbuk atau warna cokelat.
~ Siapkan tin kek berukuran 10 x 7 x 3 inci yang sudah dialas kertas dan disapukan mentega.
~ Masukkan 3 senduk adunan plain dan 1 senduk adunan koko dan ulang cara ini hingga semua adunan
selesai digunakan.
~ Bakar adunan dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah C selama 45 minit.


lama tak update bz kah??.. Wed 16-Jul-2008 16:05
Posted by:masriyah  - [Link]
bila nak update yang Thu 17-Jul-2008 01:59
Posted by:MaDiHa  - [Link]
kalau i omit quick 75 boleh tak? Apa peranan quick 75. Thanks Thu 2-Apr-2009 03:53
Posted by:masrave mashrave@yahoo.co.uk
View all 20 comments Add comment


Friday, 30-May-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Baked Sandwiches

baked sandwich masih lagi dalam dulang pembakar
Kita zoom skit
Bekalan ke office
Pagi ini ku terlebih rajin. Teringin nak buat baked sandwich macam yang kak rinn tunjukkan dalam FPnya. Sebenarnya ini kali kedua saya buat baked sandwich ni. Yang pertama dulu buat inti sardin. Masa tu tak ada pula cheese dalam simpanan. Malaslah pula nak ambil gambar sebab nampak togel aje. Hari ini ada cheese baru puas hati. Baked sandwich ni memang sedap kalau dimakan panas2. Krup krap lagi bunyi gigitan base dia tu. Acuan saya comel aje. Dua kali gigit atau sekali masuk mulut dah habis. Satu keping roti gardenia tu boleh dapat empat keping base sandwich ni. Banyaklah juga saya buat pagi tu siap boleh bawa ke ofis, bekalkan suami dan anak. Sampai kat ofis, boss dan kawan2 pun kata sedap siap bagi idea lagi supaya menjual sandwich tu. Nantilah kufikirkan
Thank you ya kak rinn sebab sudi berkongsi resepi. Disini saya copy paste aje resepi kak rinn tu. Jom jamu mata.





BAKED SANDWICHES

Bahan-bahan Inti:
1 biji bawang besar, dicincang
2 biji bawang putih, dicincang
1/2 camca serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tiram
200gm - 300gm isi ayam, dicincang
5 biji cendawan butang (dlm tin) , dipotong halus
1 biji telur
Garam & gula secukup rasa
Cheese secukupnya

Cara-cara:
1. Tumiskan bawang-bawang. Masukkan sos tiram. Kacau sebentar dan masukkan lada hitam.
2. Masukkan ayam & cendawan. Tumis sehingga masak.
3. Pecahkan telur dan kacau-kacau sehingga rata dengan ayam dan cendawan.
4. Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
5. Isikan dalam kulit roti dan taburkan cheese secukupnya.


Ish ish...makin berjangkit2 penyakit baked sandwich ni ya... Chomei chomei aje tgk yati punya sandwich tuuu heh heh heh..
Haa...asben n kwn2 dah bagi green lite tuuu...boleh bukak gerai ler lepas ni !!!
Wed 4-Jun-2008 06:12
Posted by:RinnChan  - [Link]
aritu nampak kat fp kak rinn.. kemarin dlm fp mamafami.. arini dlm fp yati pulak.. adusssss.. memang dah meleleh dah ni.. nak kena cuba juga ni.. Wed 4-Jun-2008 08:16
Posted by:MaDiHa  - [Link]
>> memang puas bila makan makanan yang kita buat sendiri...
>> teruskan mencuba...
Mon 9-Jun-2008 05:07
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Friday, 23-May-2008 03:47 Email | Share | | Bookmark
Happy Birthday Amirah

Happy Birthday Amirah
Suka dia dapat kek
 
View all 7 photos...
Tanggal 15hb Mei yang lepas genaplah usia puteriku 5 tahun. Tiada celebration pun yang dibuat. Pada pagi tarikh tersebut Amirah sibuk menagih janji. Dia bertanyakan mana spongebob cake yang kujanjikan untuk birthdaynya.Dia menangis-nangis tak mahu ke sekolah kerana tak ada birthday cake. Terpaksalah kuberjanji sekali lagi padanya untuk membuat kek tersebut petang nanti. Kena pujuk ke sekolah juga sebab minggu itu dia ada exam di tadikanya. Sebenarnya malam sebelum birthday tu saya tak berapa sihat jadi saya pun tak adalah buatkan kek untuknya. Petang itu, balik sahaja dari kerja tak lengah lagi saya terus ke dapur untuk masak dan membakar kek. Lewat malam barulah Amirah dapat menyambut birthdaynya bersama spongebob cake. Kesian dia.
Kanak-kanak, kalau kita berjanji pasti dituntutnya.Mengetahui perangai anakku itu, tiada sebarang hadiah kuberikan pada birthdaynya. Selang beberapa hari selepas tu barulah kuberikan hadiah computer ala-ala lap top untuk kanak2 belajar. Tidak kukatakan ini hadiah hari jadi kerana tidak mahu dia menuntut hadiah pada setiap hari jadinya. Memang sengaja tidak mahu memewahkan anak. Semasa mampu bolehlah bagi hadiah. Kalau tak mampu dia minta juga hadiah, siapa yang susah.
Jom layan gambar spongebob cake Amirah. Kek itu ialah vanilla sponge cake resipi dari mamafami. Keknya memang sedap, lembut gebu dan halus aje. Sorrylah gambar kek yang telah dipotong lupa pula nak ambil. Resepinya saya copy paste aje. Thank you mamafami for sharing the recipe.



VANILLA SPONGE

Ingredients :

120 g caster sugar
120 g flour
4 eggs (Grade B)
10 g super sponge or ovallette
20 g water
20 g corn oil or melted butter (I used sunflower oil)
1 teaspoon vanilla essence

Method :

1. Place sugar, flour, eggs, ovallette, water and vanilla essence in a mixing bowl.
2. Beat at high speed till creamy for about 5 minutes or so.
3. Lower the speed and pour in the oil. Mix well.
4. Pour into a 7 1/2" baking tray lined with greaseproof paper.
5. Bake in a preheated oven at 170 C for 40 - 45 minutes.
6. Once baked, remove from oven and remove the cake from the tin onto a wire rack to cool.

Note :

For Chocolate Sponge Cake :
Remove 2 tablespoons flour and replace with 2 tablespoons cocoa powder. And if you want the color to be darker, than use chocolate emulco.


Hari ini pula Tadika Amirah buat celebration untuk murid yang lahir bulan Mei. Untuk kawan-kawannya saya buatkan cup cakes.Since tadika itu ada 62 orang maka kena buat cukup untuk they all. Nanti ada yang nangis kalau tak dapat. Cup cake tu flavour vanila and chocolate. Cup cakes deco saya ni sempoi aje sebab masa pun limited. Jom jamu mata.






Kalo anak saye tgk sponge bob ni mesi dia exited abiss.. Wed 28-May-2008 01:11
Posted by:.::diba::.  - [Link]
best nya pic kat sini..adik suka tgk...jgn lupa add adik tau Fri 30-May-2008 15:52
Posted by:ahamd syafiq akram syafiq.amir@gmail.com  - [Link]
macam mana nak buat kek secantik ni...i ni pandai makan jer...masak hancus...., nanti singgah la lagi di love lane yer Mon 2-Jun-2008 01:11
Posted by:cinta cintasatu_78@yahoo.com  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Wednesday, 21-May-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
I've been tagged!!

Buka aje fp agak terkejut juga sebab dah kena tag by: http://haszalia.fotopages.com

Sebagaimana yang disetkan dalam rules, saya kena lakukan ini:

Quote:

The rules :
1. Link to your tagger and post these rules on your blog;
2. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.


7 facts about myself:

1. Telah mendirikan rumah tangga 10 tahun yang lepas dan menjadi ibu kepada seorang puteri yang kini telah berusia 5 tahun.

2. Belajar engineering tapi minat pada baking. Nasib baik sempat bekerja 12 tahun setengah dalam bahagian yang berkaitan engineering. Kalau tak sia2 belajar Selepas syarikat to tutup barulah nak mendekatkan diri semula pada baking

3. Selain baking, saya juga minat kerja-kerja kraftangan seperti membuat dan menggubah bunga, mengait, cross stitch, menjahit manik dan lain2.

4. Saya ni bercita-cita tinggi....nak jadi usahawan yang berjaya. Doakan ya.

5. Suka surf internet especially yang related to baking.

6. Suka makan masakan chinese style tapi tak tahu nak masak sendiri Sebenarnya bab makan ni tak cerewet sangat, semuanya boleh dibedal asalkan halal

7. Selalu cuba menepati masa dengan prinsip biar kita tunggu orang jangan biarkan orang tunggu kita.(tapi kalau orang asyik lewat aje marah juga )

Sekarang giliran saya pula nak tag orang-orang dibawah ni. Jangan marah ya.
Orang-orang tu ialah:

1.http://mariha.fotopages.com
2.http://tiffinbiru.blogspot.com
3.http://inassaly.fotopages.com
4.http://nohaza.fotopages.com
5.http://zahasfam.fotopages.com
6.http://rozzan.blogspot.com
7.http://mimisalina.fotopages.com


Hi yati.. sporting awak ye..akak doakan semoga tercapai cita-cita nak jadi usahawanita yang berjaya, dimana ada kemahuan disitu ada jalan insyaallah..wah terlebih sudah akak tumpang bangga jer laa.. bila kelas baking nak dimulakan berkobar kobar akak nak blajar buat cupcakes nih Tue 27-May-2008 09:14
Posted by:Hazie haszalia67@yahoo.com  - [Link]
Add comment


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.