Welcome To DAMIRA FotoPage

By: Hayati Ibrahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  13  14  15  16  17  18  19  20  21  22  23  24  25  26  [27]  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 13-Feb-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
AKTIVITI MASA CNY

chocolate moist cake dengan chocolate ganache dan butter cream
Hasil dekoku yang pertama
chocolate moist cake dalam cup
View all 6 photos...
Cuti CNY baru-baru ni, balik ke kampung di Masjid Tanah Melaka bersama anakku Mia. Suami tak dapat ikut serta kerana terpaksa bertugas. Almaklumlah kerja di hospital, susahnya nak dapat cuti.
Terpaksalah saya meredah kesesakan lalulintas. Nasib baik keretaku jenis automatik kalau tak lenguh kaki dibuatnya. Sampai di persimpangan Nilai masih jammed lagi. Tak boleh jadi ni kalau sampai ke Melaka begini jalannya. Saya pun terus exit di persimpangan Nilai Pajam untuk mengikut jalan lama iaitu melalui Labu, Sendayan, Siliau, Linggi. Jalan tu lengang sungguh tapi berbelok-beloklah. Nasib baik hari siang kalau malam tak berani lah sebab sunyi dan gelap. Sampai kampung pukul 4.00petang. Keluarga semua dah bersiap untuk ke Hospital Melaka untuk melawat makcikku yang patah tulang pelvik akibat terjatuh di bilik air. Saya pun ikut mereka sekali ke hospital. Lepas melawat makcik, emakku pula mengajak kami ke Umbai untuk makan ikan bakar di Perkampungan Ikan Bakar Terapung. Katanya, bukan selalu dapat berkumpul anak beranak. Emak nak belanja.... Kami pun apa lagi. Cuti perayaan orang punyalah ramai kat situ. Kira oklah makan kat situ dan harganya tak lah mahal sangat.

Esoknya kami tak ke mana-mana. Apalagi projek buat keklah ngan adikku. Chocolate Moist Cake tu sebenarnya dah saya buat di KL lagi. Cuma tak dihias lagi. Kononnya nak belajar menghiaslah tu bersama adik. Baru belajar cc deco, konon nak practicelah tu. Tak cukup ngan chocolate moist cake yang sebiji tu, saya menyuruh adik membakar cup cake. Lebihan buttercream boleh digunakan untuk deco cc pulak. Adikku pun buatlah cc tu sendirian kerana saya ke rumah mertua yang tak berapa jauh dari rumah emakku. Sekembali dari rumah mertua adikku komplen oven tu tak elok. Cup cake tak menjadi. Ada yang melempah, merekah dan tak naik. Saya pun frustlah. Akhirnya emakku dapati yang adikku tersalah guna tepung. Semua jenis tepung emakku telah tuangkan ke dalam balang yang berasingan tanpa melabelkan balang tersebut. Rupa-rupanya adikku telah terambil tepung beras. Patutlah keknya tak jadi.. Kami tergelak besar..

Dibawah ini ialah resepi chocolate moist cake. Saya panggil kek malas aje sebab buatnya mudah sangat. Tak payah pukul-pukul dan bahannya pun mudah sangat. Rasanya pun sedap. Kalau buat pasti jadilah. Nak bakar dalam cup pun boleh.

Chocolate Moist Cake

Bahan A
1 3/4 cawan tepung gandum
2 cawan brown sugar
1/2 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicarbonate
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak ( apa-apa jenis pun boleh)
1 cawan susu sejat ( Susu ideal atau lain2 brand atau pun susu segar)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu mkn emulco ( optional)
Sedikit garam

Bahan B
1 cawan air panas mendidih

Cara-caranya:

Semua bahan bertepung hendaklah diayak terlebih dahulu. Kemudian campurkan kesemua Bahan A. Kacau rata. Selepas itu masukkan Bahan B. Kacau rata dan tuanglah ke dalam loyang yang telah disapu majerin dan ditaburkan tepung. Bakar pada suhu 180 degree C selama 45 min ke 1 jam.

Setelah sejuk, terpulanglah samada nak makan begitu sahaja atau diletakkan coklat ganache.

Coklat Ganache

250 g cooking chocolate
1 sudu makan marjerin
1/2 cawan whipping cream

Cara-caranya.
1. double boilkan coklat masakan atau cairkan dengan menggunakan microwave untuk 2 minit.
2. Setelah cair ketepikan dari api atau keluarkan dari microwave. Campurkan marjerin dan whipping cream. Kacau rata.









Sunday, 3-Feb-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
DEMO OF CUP CAKES DECO

Combination butter cream and fondant
Butter cream
Butter cream
View all 6 photos...
Deco lagi.... Semalam tu hands on, kelas berbayar. Hari ini sempat attend free demo class anjuran Vanila Pastri Bakery di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Dapat juga kutambahkan lagi ilmu tentang mendeco cup cake ni. Hari ini my hubby shif petang, tak ada masalahlah untuk jaga anak sebab kelas tu bermula dari pukul 11.00 pagi hingga 1.45 petang. Kelas ini diajar oleh Chef Roslee. Terima kasih chef atas ilmu yang dicurahkan...

Di sini saya nak share resepi royal icing dan butter cream dari Cheff Roslee.

ROYAL ICING
300gm gula icing
50 gm putih telur
1/2 sudu teh jus lemon ( optional)

Campurkan kesemua bahan dan pukul dengan mixer hingga putih dan licin. Untuk mengelakkan icing terputus-putus semasa mendeko, adunan tersebut perlulah dipukul agak lama sedikit.

BUTTER CREAM
500 gm krimwell
250 - 300 gm gula ising
2 - 3 titik butter oil ( optional)

Campurkan kesemua bahan dan pukul hingga kembang dan gebu.

Remarks: ( Tips dari chef)
1. Butter cream yang menggunakan butter adalah cepat cair sedikit berbanding menggunakan
krimwell.
2. Butter cream yang menggunakan syrup adalah cepat cair dan berubah bentuk hiasan berbanding
menggunakan icing sugar.
3. Untuk masak cup cake, kita perlu gunakan suhu yang rendah iaitu 150 - 160 deree Celcius untuk
30 hingga 35 minit. Kalau menggunakan suhu yang tinggi, cake akan merekah.
4. Untuk masak muffin kita perlu gunakan suhu yang tinngi iaitu 190 - 200 degree celcius.


Saturday, 2-Feb-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
CUP CAKES DECORATION CLASS

cup cakes yang telah disediakan
Hasil tanganku. Di rumah baru ambil gambar, dah comot cup cakes
Minat pada cup cakes deco ni semenjak meninjau FP lynnhassan. Rasa teruja betul nak mendeko cc ni. Banyak kali nak try attend class kat mana2 tempat yang mengajar. Asyik ada aje hal bila class diadakan. Akhhirnya hari ini dapat juga attend class yang dianjurkan oleh sebuah syarikat pembekal peralatan bakery di Bandar Baru Bangi dari pukul 11 pagi hingga 4 petang. Thanks to my hubby kerana sanggup jaga anak walau pun terpaksa bawa ke tempat kerjanya.

Di sini saya nak kongsikan resepi fondant/ sugar paste, royal icing, butter cream dan cream cheese icing. Bagi orang yang baru nak belajar bolehlah cuba resepi2 ini..

FONDANT PASTE / SUGAR PASTE
Kita gunakan fondant ini untuk membentuk sesuatu corak dengan tangan atau pun pencetak.

BAHAN-BAHANNYA:-
Bahan A
15 gm gelatin powder yang halal
70 ml air

Bahan B
1 kg gula icing yang telah diayak
1 biji putih telur
50 gm glucose ( liquid) cecair yang sangat likat

15 gm tepung jagung.

Cara-caranya.
1. Campurkan bahan A ke dalam bekas yang tahan panas dan biarkan ia kembang selama lebih kurang 2 minit. Kemudian double boilkan bekas itu untur mencairkan gelatin tersebut.

2. Campurkan kesemua Bahan B dan campurkan Bahan A yang telah cair tadi. Pukul dengan mixer pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh yang lembut. Sapukan tangan dengan tepung jagung (bukan dari sukatan di atas) dan uli doh tersebut bagi mengelakkan ia melekit. Doh tersebut sudah sedia untuk dibentuk.

Sekiranya tidak mahu digunakan terus, simpanlah di dalam plastik supaya tidak terdedah pada udara yang boleh membuatkan ianya keras. Jangan simpan didalam peti sejuk. Ianya tahan untuk jangkamasa lebih kurang seminggu.Sekiranya doh telah menjadi keras sedikit, ulilah semula untuk melembutkan doh tersebut. Sekiranya kita hendak mewarnakan fondant tersebut letaklah pewarna makanan yang dikehendaki dan ulilah fondant tersebut hinggalah warnanya sekata. Canai nipis dan cetaklah dengan corak yang dikehendaki untuk membentuk gubahan yang kita mahukan. Bagi mencantumkan kepingan kepingan fondant ini kita kena gunakan royal icing supaya kepingan2 tersebut boleh melekat. Fondant yang telah dibentuk dengan pelbagai bentuk bunga/corak boleh disimpan lama lebih kurang setahun. Tidak perlu simpan dalam peti sejuk.

ROYAL ICING
Kita gunakan royal icing untuk piping. Selepas piping, jika dibiarkan dalam 1 jam dia akan jadi keras.Oleh itu ianya tidak tahan disimpan lama. Bancuh royal icing ini semasa kita hendak menggunakannya sahaja

BAHAN2NYA:
Bahan A
280-300gm gula icing yang telah di ayak.

Bahan B
1 biji putih telur
1 sudu teh jus lemon

Cara2nya:
1. Campurkan bahan B dan pukul dengan mixer pada kelajuan sederhana lebih kurang 2 minit.
2. Tambahkan Bahan A sedikit demi sedikit dan pukul dengan mixer hingga adunan nampak cantik.

Kepekatan icing ini bergantung pada jenis nozzle yang kita hendak gunakan. Sekiranya kita menggunakan nozzle yang halus, cairkanlah sedikit icing tersebut dengan mengurangkan jumlah gula icing yang digunakan. Jika hendak pekat maka lebihkanlah gula icing. Doh tersebut telah sedia untuk digunakan. Terpulanglah pada kita untuk membahagikan mengikut warna yang dikehendaki.Cara mewarnakan: Tambah setitik dua warna yang kita kehendaki dan kacau dengan sudu atau spatula hingga warna menjadi sekata. Jangan dedahkan royal icing pada udara jika tidak digunakan. Nanti ia menjadi keras.

BUTTER CREAM (1)
Bahan2nya:
200gm butter
150gm gula ising
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya:
Campurkan kesemua bahan dan pukul dengan mixer hingga adunan kembang dan gebu.
Adunan ini siap sedia untuk digunakan. Adunan ini boleh disimpan dalam peti sejuk jika tidak digunakan tetapi hendaklah disimpan dalam bekas yang bertutup.


BUTTER CREAM (2)
Bahan-bahanya:
600gm butter
400gm krimwell
500 gm syrup

Cara2 membuat syrup:
1 kg gula pasir
600ml air
2 slice lemon ( tidak perlu diperahkan)

Campurkan gula,air dan lemon dan masakkan hinnga mendidih. Biarkan sejuk dan sukatlah untuk 500gm syrup.

Cara2 Membuat Butter Cream:
Pukul butter dan krimwell hingga kembang dan masukkan syrup sedikit demi sedikit dan terus pukul hingga kembang dan gebu.


CREAM CHEESE ICING

Bahan2nya:
200gm cheese Cream
100gm butter
80 gm icing sugar
1/2 sudu makan jus lemon

Cara-caranya:
Campurkan kesemua bahan dan pukul hingga kembang dan gebu. Siap sedia untuk digunakan.


CHOCOLATE PIPING
Kalau kita hendak menggunakan coklat untuk mendeco cake kita dengan cara piping bolehlah gunakan resepi ini. Coklat ini tahan disimpan sebulan di luar peti ais.

Bahan2nya:
200gm cooking chocolate
60 gm cooking oil

Cara-caranya:
Cairkan chocolate dengan cara double boil. Selepas coklat cair campurkan minyak dan kacau hingga sebati. Simpan dalam bekas bertutup. Coklat ini akan menjadi likat tetapi dia tidak akan menjadi beku.

SELAMAT MENCUBA....!


Monday, 21-Jan-2008 10:36 Email | Share | | Bookmark
CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES

LOYANG 10" X10" -SIAP DIBAKAR
Sedia di makan bersama ice cream
Sebenarnya lama dah saya teringin nak buat brownies ni. Setiap kali tengok brownies di fp mamafami, maklang azie, rinn chan dan blog bro Rozzan meleleh air liur. Sabtu yang lepas berkesempatanlah saya membuatnya. Saya gunakan resepi dari blog bro rozzan sumbangan dari saudari MasE. Terima kasihlah kepada kedua-duanya. Resepi ni sungguh senang tapi very rich in chocolate.Tak payah frosting pun dah sedap. Kalau makan dengan ice-cream vanilla lagilah sedap. Yummy...yummy..

Disini saya sertakan resepinya. Selamat mencuba...

CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES
Sumber : MasE


Bahan-bahannya


A
250g butter - potong kecil2
400g baking chocolate - potong kecil2


B
6 biji telur
340g gula perang (brown sugar)
2 tsp esen vanilla
20g chocolate emulco (I used 1 sudu makan)


C
80g tepung gandum } diayak
60g serbuk koko } "
140g kacang walnut/pecan/almond (optional)-bakar sebentar dan gaul dgn tepung dan koko

Cara-caranya

1. Panaskan oven pd suhu 160C. Sediakan dan alas acuan ukuran 11”x11” - (saya gunakan loyang 10" x 10")


2. Double boil bahan A hingga cair , ketepikan biar suam sikit.


3. Pukul bahan B hingga gula hancur - guna hand whisk saja.


4. Tuangkan adunan chocolate dan gaul hingga rata dan sebati.


5. Kemudian masukkan tepung dan digaul lagi hingga rata tetapi jgn terlalu lama.


6. Tuang ke dalam acuan dan bakar dgn suhu 160C- 170C selama 50 minit-1 jam.


7. Setelah masak, biarkan brownie tu dalam acuan hingga sejuk. Rasanya akan lebih sedap jika disimpan semalaman.


8. Enak dimakan begitu saja atau dibubuh ganache. Boleh juga dimakan dengan ais krim.


Untuk Bahan Krim Cokelat atau Ganache, saya gunakan resipi yg sama dari sdri Diella

CREAM COKLAT / GANACHE
250 gm cooking chocolate
1 sudu besar marjerin (saya guna mentega)
1/2 cawan fresh cream/whipping cream

Cara:
1. Cairkan cooking chocolate secara double-boil.
2. Angkat dari air panas tadi dan masukkan fresh cream/whipping cream dan mentega.
3. Kacau sehingga sebati.
4. Tuangkan atas brownie dan hiaslah mengikut citarasa sendiri.


Wednesday, 19-Dec-2007 11:22 Email | Share | | Bookmark
Sulaman Manikku.

Hasil kerja pertamaku.
hasil kerja keduaku.
Akhirnya saya berjaya menyiapkan sulaman manik untuk dua pasang baju kurung. Walaupun tidak mengikuti mana-mana kursus sulaman manik secara formal, hanya sekadar membelek-belek di baju orang dan meninjau-ninjau di internet saya boleh menyiapkan sulaman manik untuk baju sendiri. Emakku pun dah berminat nak menyuruhku menyulamkan manik untuk sepasang bajunya. Lepas ni bolehlah kucuba corak-corak yang lain. Kalau dah expert bolehlah pula ambil tempahankan..hehe.




[<<  <  13  14  15  16  17  18  19  20  21  22  23  24  25  26  [27]  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net