Welcome To DAMIRA FotoPage

By: Hayati Ibrahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 12-Apr-2011 12:00 Email | Share | | Bookmark
KELAS CHOCOLATE HOMEMADE

 
 
 
View all 9 photos...
Assalamualaikum semua,

Baru dapat guna internet. Dari tengahari tadi internet asyik down aje. Tak payah cerita panjanglah. Sekadar nak update tentang kelas chocolate minggu lepas.



Dugaan betul nak update entry kali ini dah beberapa kali type tapi tak berjaya nak save sebab internet down lagi. Bila hujan aje, streamyx selalu tak ada line. Memang macam itu ke? Jom sambung cerita!

Kelas chocolate homemade pada 10hb April 2011 telah dihadiri oleh Atikah dari Bandar Tun Razak dan kak Sarah dari Kelang.Atikah ,bakal jururawat, terlalu excited nak attend kelas ni. Akak suka semangat Tikah tu. Harap-harap lepas kelas semangatnya masih membara.



Ini adalah hasil kerja kak Sarah. Yang bulat tu ialah chocolate oreo dengan teknik transfer sheet, edible image dan colouring. Yang bertangkai tu pula lolly choc pelbagai design. Nak buat lolly choc yang beranika warna dan corak perlukan ketelitian untuk hasil yang menarik.



Yang ini ialah chocolate paraline menggunakan coklat couverture.Peserta diajar membuat ganache menggunakan fruit paste strawberry dan passion fruit(markisa).


Peserta juga diajar beberaba teknik marbling untuk mendapat kesan corak marble yang berbeza. Selain itu, diajar juga membuat chocolate cluster dan chocolate bubble rice yang amat sesuai dibuat hidangan raya.Pasti cepat laku kerana ramai yang menyukainya.




Secara kebetulan, Tikah akan menyambut birthday uminya tak lama lagi dan Kak Sarah pula nak sambut birthday suaminya minggu ini. Jadi, Yati gantikan coklat bar besar dengan coklat bar HAPPY BIRTHDAY. Ini adalah hasil tangan Tikah yang sememangnya suka bermain dengan warna.



Lihatlah betapa gembiranya Tikah dengan hasil tangannya yang berwarna-warni tu. Chocolate boxnya pun kemas aje.



Inilah kesemua coklat yang dihasilkan oleh dua orang peserta ini.



Selain dari membawa balik chocolate yang banyak setiap peserta juga membawa balik peralatan yang di atas iaitu food warmer, stainless steel bowl, chocholate mould, chocolate box, spatula dan piping bag.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG JADUAL KELAS BULAN APRIL DAN MAY 2011, SILA LIHAT SINI

Sebarang pertanyaan tentang class atau tempahan sila hubungi Damira Bakery
Yati hp: 0122733214
E-mail: damira.bakery@yahoo.com


Wednesday, 6-Apr-2011 12:00 Email | Share | | Bookmark
KELAS DAN TEMPAHAN

 
 
 
View all 36 photos...
Assalamualaikum semua semoga semuanya ceria dan bahagia selalu.

Entry kali ini Yati nak updatekan kelas-kelas yang diadakan pada awal April dan tempahan-tempahan dari bulan Februari hingga April 2011 yang tertunda sekian lama. Jom layan.



Kelas dua modul dalam satu hari iaitu modul cup cake door gift dan modul brownies. Kelas ini yang telah diadakan pada 1hb April 2011 telah diminta oleh Fauziah dari Putrajaya. Fauziah minta mukanya ditutup kerana malu. Kelas ini bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada 5.00 petang.Pada hari-hari biasa atau hujung minggu sekiranya ada yang meminta kelas walaupun seorang , Yati tetap jalankan sekiranya Yati tidak sibuk.



Cupc cake yang dipelajari ialah
-chocolate moist cup cake
-vanila cup cake
-orange cup cake

Brownies yang dipelajari ialah
-blueberry marble cheese brownies
-chocolate oreo brownies
-carrot walnut cake

Pertama kali perkenalkan chocolate oreo brownies dalam kelas Yati kerana sebelum ini Yati ajar chocolate walnut brownies. Walau bagaimanapun resepi chocolate walnut brownies diberi sebagai resepi bonus.



Inilah rupanya chocolate oreo brownies dari dekat. Walaupun rupanya tak lawa, tapi ramai yang kata sedap sebab ianya chewy chewy sikit.




Ini ialah Nani dari Shah Alam semasa kelas bownies pada 2hb April 2011. Ini ialah kelas ke tiga Nani dengan Yati. Sebelum ini Nani belajar kelas tart dan kelas chocolate mousse cake dengan hiasan bunga Ros Ganache.




Inilah dia dua biji browniesdan sebiji carrot walnut cake dengan cream cheese frosting yang dibuat. Harap2 brownies dan carrot walnut cake tu memenuhi citarasa Nani.


Jom layan gambar-gambar tempahan dari bulan feb hingga awal April 2011.









Coklat-coklat ini semuanya tempahan dari Ida untuk perkahwinan kakaknya di Perlis. Ida order 600 biji dengan 3 bentuk dimana setiap bentuk 200 biji. Ida minta packing dalam kotak biasa untuk mudah dibawa balik ke Perlis dan sampai sana mereka akan packing sendiri.



Inilah dia 600 biji coklat yang siap diisi dalam kotak biasa.



Cheese tart order oleh Fazidah dari Saujana Impian, Kajang.



60 biji cheesetart ini di order oleh kawan Yati, Wan Aiza untuk dibawa ke majlis bacaan Yassin kaum ibu di taman perumahannya, Seksyen 3 Bdr Baru Bangi.



Seminggu selepas tu Wan Aiza order lagi 3 kotak cheesetart. Katanya ramai kawan-kawannya yang berminat dengan cheesetart yang dibawa masa majlis bacaan Yassin tempohari. So kali ini dia tolong order untuk kawan-kawannya. Terima kasih Wan sebab tolong promot product Damira Bakery.



Cheesetart ini pula diorder oleh En. Hisyam dari UKM





Cup cake Ben 10 ini juga ditempah oleh En. Hisyam dari UKM





400pcs cup cake coklat ini ditempah olek Kak Rosnani dari Taman Tenaga untuk majlis pekahwinan anaknya . Katanya kek ini untuk kanak-kanak. Dah biasa sangat bagi gula-gula pada kanak-kanak , tukar pula bagi mufin katanya. Cup cake ini bukan size biasa yang Yati selalu buat untuk door gift. Cup cake ini size 8. Selalunya size 10. Oleh itu harganya murah sedikit berbanding size 10.



100pcs cheese tart dalam gold casing ditempah oleh Syura untuk door gift semasa majlis akad nikahnya..



200 pcs chocolate moist cup cake topping dengan chocolate ganache dan chocolate rice ini juga ditempah oleh Syura untuk door gift semasa majlis akad nikahnya.



Hantar pada customer dengan tray kuning tu sekali sebab final packing dilakukan oleh keluarga Syura dan kawan-kawannya.



Temptation Oreo ditempah oleh Marzita dari An-Nur untuk Majlis Perpisahan salah seorang staff An-Nur. Temptation Oreo ialah cheese cake yang basenya dari biskut oreo dan fillingnya ialah cream cheese dengan pecahan biskut Oreo. Mereka kata sedap, alal-ala SR.



Cheese Tart ditempah oleh Jaharah untuk Birthday anaknya.



Carrot Walnut cake ditempah oleh Suraya untuk makan-makan semasa sesi bengkelnya di Kanak-kanak House.



Cheese tart ditempah oleh Kak Sapina untuk jamuan selepas mesyuarat di Jabatannya di Putrajaya.



60 pcs cheese tart ditempah oleh Sue Meditop, my regular customer.





Vanila cake dengan buttercream ditempah oleh Hisyam dari UKM



Tempahan dari Suraya untuk birthday anak bujangnya.



Tempahan dari Zila UKM untuk birthday adiknya.



Mixed fruit cake tempahan oleh Zati dari KL. Terima kasihlah sebab sudi order dan datang dari jauh untuk ambik kek ini.



Blueberry marble cheese brownies tempahan oleh Linda dari UKM untuk birthday emaknya. Rupa-rupanya rumah emak Linda hanyalah satu lorong belakang rumah Yati aje.



Tempahan oleh Datin Syura dari Shah Alam.



Tempahan dari Sue Meditop.



Fruit tartlet dan cheese tart tempahan oleh Miza untuk dibawa sebagai buah tangan semasa sambutan birthday anak buahnya. Thanks Miza!

Fuhh lega dah habis update semua tempahan sehingga 3 April 2011. Ini pun ambil masa beberapa hari untuk upload semua gambar tempahan.Next time jangan himpun banyak2 lagi tau!

UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG JADUAL KELAS BULAN APRIL DAN MAY 2011, SILA SCROLL KE BAWAH.


Sebarang pertanyaan tentang class atau tempahan sila hubungi Damira Bakery
Yati hp: 0122733214
E-mail: damira.bakery@yahoo.com


Thursday, 31-Mar-2011 12:00 Email | Share | | Bookmark
GAMBAR-GAMBAR KELAS FEB-MAC 2011

 
 
 
View all 6 photos...


Kelas tart 26hb Feb dihadiri oleh 3 orang staff An-Nur iaitu Ros, Fathiyah dan yang pakai baju oren tu maaf akak dah lupa namanya. Sepatutnya lima orang tapi dua orang tarik diri saat akhir kerana ada hal yang tak dapat dielakkan.



Sebahagian tart dan pie yang dihasilkan dalam kelas.



Kelas tart dan pie pada 27hb Feb 2011. Kelas ini pun sepatutnya 5 orang tapi yang hadir 2 orang kerana ada masalah , Dari kiri Aini dan Ain kedua-duanya dari seksyen 3 Bdr Baru Bangi.



Close up sikit tart dan pie yang mereka hasilkan



Kelas tart pada 26hb Mac 2011 dihadiri oleh dari kiri kak Nisah, Zainiza, Ayu, kak Zaliha, Zuraihan dan Norhayati. Alhamdulillah kali ini full 6 orang datang class. Yang paling jauh ialah Kak Zaliha dari Muar.



Hehe banyaknya, boleh buka gerai! Yati gembira kalau masing2 dapat bawa balik tart dan pie yang cukup. Terbayang kalau anak2 mengejar tapi bendanya tak cukup. So lets them happy lepas dah kena tinggal oleh mamanya seharian.

UNTUK JADUAL KELAS BULAN APRIL DAN MAY 2011 SILA SCROLL KE BAWAH YA.


Monday, 28-Mar-2011 12:00 Email | Share | | Bookmark
ENTRY TERTUNDA DAN JADUAL KELAS BULAN APRIL DAN MAY

 
 
 
View all 5 photos...
Assalamualaikum teman-teman semua semoga semuanya sihat dan di dalam perlindungan Allah selalu.

Sebulan lebih Yati tak update fotopages ni. Selain dari badan yang tak berapa sihat kerana terkena chicken pox, kemudahan peralatan komunikasi yang tak cukup sedia juga menjadi halangan. Lap top dan streamyx dah ada nak transfer gambar pula tak boleh. Software camera masih di office lama lagi. Walaupun Yati dah berhenti kerja barang-barang personal masih tak diambil lagi. Beli card reader, tapi tak boleh pakai pula....macam2lah halangan. Insya Allah minggu ni boleh gi office ambik semua barang2 Yati sebab anak yang ikut kena chicken pox pun dah mula bersekolah hari ini.

Yati updatekan dulu kelas chocolate yang diadakan pada 19hb Feb 2011. Ini pun gambar ehsan dari Noranisah salah seorang pelajar kelas chocolate ini. Jom layan.


Inilah peserta kelas chocolate homemade pada 19hb Mac 2011. Dari kiri Noranisah, Kak Hamidah dan Kak Shidah semuanya dari Putrajaya. Terima kasih pada semua peserta ini kerana mereka semua ini memang telah banyak menghadiri kelas-kelas Yati yang lepas. Kak Hamidah pula hampir semua kelas Yati dia datang belajar. Katanya seronok belajar dengan Yati. Alhamdulillah, niat ikhlas nak mengajar ada yang menghargainya.

Update tergendala sebentar tadi kerana kalau tiada kelas pada hari biasa, pukul 10.00 pagi Yati kena ke dapur untuk sediakan makanan untuk anak Yati yang akan balik dari sekolah Agama pada pukul 11.00 pagi. Sekolahnya dekat betul dengan rumah, jalan kaki pun boleh.Lepas balik sekolah agama, sibuk berikan anak makan, layan buku-buku dan pakaiannya pula. Walaupun dah darjah dua tapi masih tak berapa tahu nak siap sendiri, almaklumlah anak seorang terlebih manjalah dia. Pukul 12.20 tengahari van jemput untuk ke sekolah kebangsaan pula. Lepas anak dah ke sekolah, barulah dapat sambung tugas Yati semula. Begitulah rutin harian Yati sekiranya tiada kelas pada hari biasa. Dah terlebih melalut pula Yati ni. Jom sambung cerita kelas chocolate.





Yati suka lihat loli choc burung dan bunga ni. Comelkan? Susah sebenarnya nak buat hasil yang kemas kecuali orang yang betul-betul sabar aje yang berjaya. Inilah hasil tangan Noranisah.




Inilah hasil tangan seorang peserta. Dah di susun bertingkat2, malas pula nak buka untuk ambik gambar dan lagipun masing-masing nak cepat balik. Setiap orang tak kurang dari 80 biji coklat yang dbawa balik.



Ooops terbalik pula gambar ni. Nanti kemudian yati betulkan ya. Ini ialah chocolate box, salah satu perkara yang diajar dalam kelas chocolate Yati.

Kelas-kelas dan gambar tempahan lain tu next entry ya. Harap dapat setlekan masalah nak transfer gambar secepat mungkin.

Buat sementara tu Yati keluarkan dulu Jadual kelas untuk bulan April dan May 2011.

JADUAL KELAS BULAN APRIL 2011

2/4(Sabtu) - Kelas Brownies (RM180).
Kelas dari 9.30 pagi hingga 4.30 petang.Maksimum 4 peserta dalam satu kelas. Pelajari :-
- Bluebery Marble Cheese Brownies
- Oreo Chocolate Brownies
- Carrot Walnut Cake dengan cream cheese frosting.

Kelas telah ditempah oleh:
- Nani dari Shah Alam
- ( 3 kekosongan lagi)


3/4(Ahad) - Kelas cup cake door gift (cup cake tanpa deko) (RM120).
Kelas dari 9.30 pagi hingga 2.00 petang . Maksimum 6 peserta dalam satu kelas. Pelajari
- chocolate moist cup cake
- vanila cup cake
- orange cup cake

5/4(Selasa) - Open Class. Terbuka pada sesiapa yang meminta kelas yang hendak dipelajari.
6/4(Rabu) - Open C lass. Terbuka pada sesiapa yang meminta kelas yang hendak dipelajari.
7/4(Khamis) - Open Class. Terbuka pada sesiapa yang meminta kelas yang hendak dipelajari.
9/4(Sabtu) - Kelas Cup Cake Decoration (RM150). Kelas dari 9.30 pagi hingga 6 petang. Maksimum 6 peserta dalam satu kelas. Hiasi 16 biji cup cake dengan :-
-buttercream
-chocolate ganache
-fondant dan sugar paste

10/4(Ahad) - Kelas Chocolate Homemade (RM250). Kelas dari 9.30 pagi hingga 6.00 petang. Maksimum 5 peserta dalam satu kelas. Belajar menggunakan coklat coverture dan compound.Di dalam kelas peserta akan di ajar :

1. Membuat plain chocolate dari coklat coverture dan coklat compound
2. Membuat chocolate dengan hiasan edible image dan transfer sheet
3. Membuat paraline chocolate dengan pelbagai rasa ganache dan kekacang
4. Membuat chocolate dengan teknik marbelling
5. Membuat oreo chocolate
6. Membuat chocolate bar
7. Membuat chocolate box
8. Membuat lolly choc
9. Membuat chocolate truffle
10. Membuat chocolate cluster
11. Membuat chocolate bubble rice
12. Membuat chocolate wafer dengan hiasan transfer sheet
13. Membuat Chocodate (coklat kurma)

Kelas telah ditempah oleh:
- Tikah dari Cheras
- Zabidah
- Nazriah
- ( 2 lagi kekosongan)


12/4(Selasa) - Open Class. Terbuka pada sesiapa yang meminta kelas yang hendak dipelajari.
13/4(Rabu) - Open Class. Terbuka pada sesiapa yang meminta kelas yang hendak dipelajari.
14/4(Khamis) - Open Class. Terbuka pada sesiapa yang meminta kelas yang hendak dipelajari.

16/4(Sabtu) - Kelas Swiss Roll dan Triffle (RM130). Kelas dari 9.30 pagi hingga 2.00 petang. Maksimum 4 orang dalam satu kelas. Pelajari :-
- strawbery/pandan swiss roll
- chocolate marble swiss roll
- langkah demi langkah membuat triffle.

Kelas telah ditempah oleh:
- Noranisah
- (3 kekosongan lagi)


17/4(Ahad) - Kelas Aneka Tart Dan Pie ( RM150). Kelas dari 9.30 pagi hingga 6 petang. Maksimum 6 peserta dalam satu kelas.

Kelas telah ditempah oleh:
- Mazniza
- Azrina
- Rosmah
- Norhanna
- Norhasliza
- ( 1 kekosongan lagi)


19/4 (Selasa) - Open Class. Terbuka pada sesiapa yang meminta kelas yang hendak dipelajari.
20/4 (Rabu) - Open Class. Terbuka pada sesiapa yang meminta kelas yang hendak dipelajari.
21/4 (Khamis) - Open Class. Terbuka pada sesiapa yang meminta kelas yang hendak dipelajari.

23/4 (Sabtu) - Kelas Aneka Muffin (RM150). Kelas dari 9.30 pagi hingga 5.00 petang. Maksimum 4 orang peserta dalam satu kelas. Pelajari 4 jenis muffin iaitu:
- Almond chocolate chip muffin
- Chocolate Cheese orange muffin
- Orange poppy seed muffin
- Apple Crumble Muffin

Kelas telah ditempah oleh:
- Zabidah
- Noranisah
- (2 kekosongan lagi)



30/4(Sabtu) - Kelas Aneka Tart Dan Pie ( RM150). Kelas dari 9.30 pagi hingga 6 petang. Maksimum 6 peserta dalam satu kelas.

Kelas telah ditempah oleh:
- Asiah
- Aisya
- ( 4 kekosongan lagi)



JADUAL KELAS BULAN MAY 2011

2/5(Isnin) - Kelas Brownies (RM180)
Kelas telah ditempah oleh
- Zaini
-(3 kekosongan lagi)


4/5(Rabu) - Open Class. Terbuka pada sesiapa yang meminta kelas yang hendak dipelajari.
5/5(Khamis) -Open Class. Terbuka pada sesiapa yang meminta kelas yang hendak dipelajari.
7/5(Sabtu) - Kelas Chocolate Homemade (RM250)
8/5(Ahad) - Kelas Cup Cake Door Gift(RM120)
10/5(Selasa) - Open Class. Terbuka pada sesiapa yang meminta kelas yang hendak dipelajari.
12/5(Khamis) - Open Class. Terbuka pada sesiapa yang meminta kelas yang hendak dipelajari.
17/5(Selasa) - Kelas Tart dan Pie
19/5 (Khamis) - Open Class. Terbuka pada sesiapa yang meminta kelas yang hendak dipelajari.
21/5 ( Sabtu) - Kelas Cheese Cake(RM250). Kelas dari 9.30 pagi hingga 6 petang. Pelajari 3 jenis cheese cake iaitu
- Japanese Souffle Cheese Cake
- Bake Oreo Cheese Cake
- Chill Strawbery Cheese Cake

Kelas telah ditempah oleh:
- Zabidah


22/5 (Ahad) - Kelas Brownies(RM180)
23/5 (Isnin) - Open Open Class. Terbuka pada sesiapa yang meminta kelas yang hendak dipelajari.
24/5(Selasa) - Open Class. Terbuka pada sesiapa yang meminta kelas yang hendak dipelajari.

Sesiapa yang berminat untuk menghadiri kelas di atas sila daftar dahulu melalui sms atau email untuk booking tempat. Seminggu sebelum kelas anda perlu sahkan kehadiran anda dengan membayar deposit ke:
Akaun maybank : 112026647589
Akaun Penerima: Nor Hayati Ibrahim

Deposit untuk kelas coklat homemade dan kelas cheese cake ialah RM100.00. Lain2 kelas depositnya RM50.00.


Kelas akan diadakan di No 14, Jalan 5C/9, Seksyen 5, Bandar Baru Bangi

Sekiranya ada sesiapa berminat untuk belajar selain dari perkara di atas bolehlah hubungi Yati. Jadual boleh diatur semula.

Sebarang pertanyaan tentang class atau tempahan sila hubungi Damira Bakery
Yati hp: 0122733214
E-mail: damira.bakery@yahoo.com




Saturday, 26-Feb-2011 12:00 Email | Share | | Bookmark
JADUAL KELAS UNTUK BULAN MARCH 2011

Salam buat semua.

Memandangkan bulan March ini yati menjadi full time baker maka sesiapa yang berhajat nak belajar selain dari tarikh-tarikh yang dinyatakan ini bolehlah hubungi Yati ya. Jadual kelas bulan Mac adalah seperti dibawah:

6hb Mac - Kelas tart dan Pie (RM150)
- Liana Roslan
(ada 4 lagi kekosongan)

12hb Mac - Kelas Brownies (RM180)
-Zaini
-Nani dr Shah Alam
(ada 2 lagi kekosongan)

13hb Mac - Kelas cup cake decoration (RM150)

14hb Mac - Kelas cup cake Door Gift (cup cake tanpa deko) (RM120)
-Zaini
(ada 4 lagi kekosongan)

17hb Mac - Kelas Chocolate Homemade (RM250)

19hb Mac - Kelas chocolate mousse cake dengan hiasan bunga ros ganache (RM250)

20hb Mac - Kelas Brownies(RM180)
- Wany
(ada 3 lagi kekosongan)

26hb Mac - Kelas Tart dan Pie (RM150)
-Zaini
-Ayu
-Hanisah
-Zuraihan
-Norhayati
-Pn. Zaliha Bt Mohd
(Kelas telah penuh)

27hb Mac - Kelas Chocolate Home made(250)
- shazalikha
(ada 2 lagi kekosongan)

Sesiapa yang berminat untuk menghadiri kelas di atas sila daftar dahulu melalui sms atau email untuk booking tempat. Seminggu sebelum kelas anda perlu sahkan kehadiran anda dengan membayar deposit ke:
Akaun maybank : 112026647589
Akaun Penerima: Nor Hayati Ibrahim

Deposit untuk kelas coklat homemade dan chocolate mousse cake dengan hiasan bunga ganache ialah RM100.00. Lain2 kelas depositnya RM50.00.


Kelas akan diadakan di No 14, Jalan 5C/9, Seksyen 5, Bandar Baru Bangi

Sekiranya ada sesiapa berminat untuk belajar selain dari perkara di atas bolehlah hubungi Yati. Jadual boleh diatur semula.

Sebarang pertanyaan tentang class atau tempahan sila hubungi Damira Bakery
Yati hp: 0122733214
E-mail: damira.bakery@yahoo.com


UPDATES KELAS BULAN FEBRUARI

29hb Jan - kelas tart dan pie
- Kak Midah dan kawan2 (4 orang)
- Noranisah
(Kelas dah penuh)

30hb Jan - Kelas Homemade Chocolate(RM250). Peralatan membuat chocolate diberikan secara percuma. Hanya perlu membawa bekas2 kecil untuk membawa pulang tidak kurang 80 biji chocolate. Kelas dari pukul 9.30 pagi hingga 6.00 petang.
- Raja
- (ada 2 kekosongan lagi)

1hb Feb - Kelas cup cake door gift tanpa deko(RM120). Pelajari 3 jenis cup cake iaitu oren, vanila dan chocolate moist cup cake. Kelas dari 10.00 pagi hingga 1.00 petang.
Kelas ditempah oleh
-Elly Sri Putra
- Noranisah
- Ruhana
-(ada 2 kekosongan lagi)

12hb Feb - Kelas brownies (RM180). Kelas dari 9.30 pagi hingga 4 petang. 4 orang dalam 1 kelas.
Kelas telah ditempah oleh
- Mai dari Pahang
-Sarah dari Kelang
-Karmila dari Kelang
-Zainiza Mustafa
(kelas telah penuh)


13hb Feb - Kelas Tart dan pie (RM150). Pelajari 4 jenis tart dan 1 jenis pie. Hanya perlu membawa bekas untuk membawa balik tart-tart dan pie yang dibuat. Kelas dari 9.30 pagi hingga 6 petang. 5 orang dalam 1 kelas.
Kelas telah ditempah oleh
-Hyatt
-Noraini
-Suraya Saidi
-Farrah Waheeda
-Diana
- (kelas dah penuh)

18hb Feb - Kelas brownies (RM180). Kelas dari 9.30 pagi hingga 4 petang. 4 orang dalam 1 kelas.

19hb Feb - Kelas Home made Chocolate (RM250).Peralatan membuat chocolate diberikan secara percuma. Hanya perlu membawa bekas2 kecil untuk membawa pulang tidak kurang 80 biji chocolate. Kelas dari pukul 9.30 pagi hingga 6.00 petang.
3 orang dalam 1 kelas.
Kelas ditempah oleh:
-Noranisah
-Kak Hamidah
-Kak Shidah
-(Kelas telah penuh)

20hb Feb Kelas Chocolate Mousse dengan hiasan ros ganache (RM250). 2 orang dalam satu kelas. Kelas dari 9.30 pagi hingga 6 petang.

26hb Feb - Kelas Tart dan Pie (RM150)
Kelas telah ditempah oleh
-Ros dan rakan-rakannya dari Hospital Pakar An -Nur ( 5 orang)
-Kelas telah penuh.

27hb Feb - Kelas cup cake decoration ditukarkan ke kelas tart dan pie(RM150). 5 orang dalam 1 kelas. Kelas dari 9.30 pagi hingga 6 petang.
Kelas telah ditempah oleh:
-Zabidah
-Liana
-June
-Aini dari Bandar Baru Bangi
- Aizurah binti Idrus
(1 lagi kekosongan)


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net