|
|
| Monday, 10-Mar-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
OPERA CAKE
|
 |
|
Inilah rupa Opera Kek saya
|
|
 |
|
Sepotong Opera kek
|
|
 |
|
almond sponge cake sebelum dibakar
|
| | View all 4 photos... |
|
Adikku di Kuantan dan ibu-bapaku di Melaka turun ke Kajang rumah adik lelaki ku untuk mengundi. Kami semua mengundi di Bt 9 Cheras. Makanan apa yang nak ku buat untuk mereka ini. Saya teringatkan Opera kek. Dah lama betul saya teringin nak buat opera cake tu.Description kesedapan kek ini dari Kak Zati D'hati yang terkenal dengan Opera kek lagilah membuat kita terasa nak rasa sangat. Blog auntyyochana dan FP kucingorengemok juga ada memberikan resepi opera kek ini. Tak tahu resepi mana yang nak digunakan, setelah saya kaji ketiga-ketiga resepi tu, dengan mengambil kira faktor masa dan kuantiti akhirnya saya menggabungkan mana yang patut maka jadilah seperti resepi dibawah ini. Terima kasih kak Zati,auntyyochana dan Ita Kustina (kucingorengemok) kerana berkongsi resepi, tapi jangan marah ya atas pengubahsuaian resepi-resepi tersebut. Resepi yang telah saya ubahsuai saya tempekkan di bawah ini.
Opera Cake
(Combination of 3 recipes –Zati dhati, auntyyochana and Ita Kustina )
Almond Sponge Cake:
200 g ground almond
150 g caster sugar
6 egg yolks
50 g butter, melted
55 g flour
5 egg whites
55 g icing sugar
Coffee syrup:
½ cup water
1 tsp sugar
1 ½ tbsp nescaffe
Ganache:
500 g Dark Cooking Chocolate, chopped (saya gunakan cooking chocolate biasa)
500 g dairy whipping cream (saya gunakan non dairy whipping cream)
Buttercream:
125 gm butter
150 gm margarine
40gm icing sugar – stir in 1 tbsp of hot water to dissolve the icing sugar
1 tsp coffee emulco
1 tsp instant custard
Instruction:
Ganache: 1. Heat the cream just until boiling point, turn off the heat. Stir in dark cooking chocolate until melted and makes a smooth and shiny ganache.
2. Let cool and keep it in the fridge for a night. Before using it, take out from the fridge and mix/whip until fluffy and easy to spread.
Coffee butter cream:
1. Beat butter and margarine together until white and creamy.
2. Add in icing sugar mixture and beat till creamy.
3. Mix in coffee emulco and instant custard powder.
Coffee syrup:
1. Add all the ingredient together.
Almond Sponge Cake:
1. Mix ground almond and castor sugar together.
2. Add in egg yolks, flour and melted butter and stir till well mixed.
3. Whisk egg white with 55 gm. icing sugar until soft peak.
4. Fold the beaten egg white into the egg yolk mixture.
5. Divide the batter into 3 portions. Spread the batter into 10" square
tray (3 trays altogether).
6. Bake the sponge cake for about 15-20 mins at 180C. or till cooked.
7. Remove from oven and leave it to cool.
To assemble:
1. Take a layer of almond sponge cake, brush it with coffee syrup
Then spread some coffee butter cream on top and then pour some
of the ganache on top and spread evenly.
2. Repeat method no 1. until all the almond sponge cakes are used up.
3. Leave in the assembled cake in the fridge for 20 minutes to firm the
Structure.
4. Then pour the remaining ganache if any over the cooled cake. Leave
the cake in the refrigerator just until the chocolate topping is firmed
(about 1 hour).
5. Pipe some wordings "OPERA" on top of the cake and serve.
Jom jamu mata...
Bagi saya Opera cake ini terlalu manis. Mungkin saya menyapu lapisan buttercream dan ganache pada setiap lapisan kek itu terlalu tebal. Pada sesiapa yang nak mencuba saya cadangkan lapisan buttercream dan ganache itu hendaklah disapu nipis dan gunakanlah dairy whipping cream dan bukannya non dairy whipping cream untuk ganache tersebut. Ini adalah kerana non dairy whipping cream manis rasanya, bila ditambah dengan cooking chocolate bertambahlah manis rasanya. Sebelum ini saya ingatkan perbezaan dua whipping cream ini ialah pada kandungan lemaknya sahaja rupanya kandungan gula juga berbeza.Dairy whipping cream tawar manakala non dairy whipping cream manis. Ilmu ini saya pelajari ketika mengikuti kelas hands on 10 slice cake decoration semalam (9/3) Barulah saya tahu kenapa opera kek saya teramatlah manis.
Almond sponge cake ini dibakar dalam loyang 10"x10". Bila dibahagikan kepada 3 loyang ianya memang nipis. Rasanya memang sedap. Lain kali saya ingin mencuba almond sponge cake yang dibakar tebal pula seperti yang auntyyochana buat tu.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 7-Mar-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
KENTANG & SOSEJ OREGANO
|
 |
|
Kacang panggang, telur dadar dan kentang& sosej oregano
|
|
 |
|
Kentang & sosej oregano
|
|
|
Semalam balik dari kerja terasa penat sangat. Rasa malaslah pulak nak masak.Nak keluar semula untuk beli makanan pun malas juga. Akhirnya masak sempoi-sempoi aje. Sebelum ni pernah terlihat daridapurmaklang resepi kentang oregano. Hajat nak buat tu dah lama tapi tak terbuat-buat juga. Biasalah..kan. Petang semalam saya menggagahkan diri cuba resepi tersebut. Tapi saya modify sikit, tambah sosej. Di sini saya copy paste resepi daridapurmaklang dan ditambah dengan apa yang saya modify tu.Bila dah tambah sosej kenalah tukar nama. Jadi saya namakan kentang & sosej oregano! Jangan marah ya maklang.Terima kasihlah maklang untuk resepi tersebut. Anak saya, Mia suka sangat makan. Kami tak makan nasi , kami makan dengan roti aje. Jom jamu mata!.
KENTANG & SOSEJ OREGANO
Bahan2nya:
5 biji kentang dipotong wedges dan digoreng sehingga lembut
5 batang sosej digrill dalam microwave kemudian dipotong serong(boleh juga kalau digoreng)
1/2 cawan gajus digoreng sehingga kekuningan
1 labu bawang besar dihiris bulat
1/2 biji capsicum dipotong panjang atau 1 biji lada hijau dihiris
1 sdt lada hitam ditumbuk kasar ( saya guna 1/4 st serbuk lada hitam)
1 sdt oregano
1 sdb butter
garam secukup rasa
(Saya tambah 2 ulas bawang putih dicincang halus)
Caranya:
1. Cairkan butter.
2. Masukkan bawang putih dan digoreng hingga kekuningan3. Masukkan lada hitam dan oregano dan goreng sehingga naik bau.
4. Masukkan bawang besar dan capsicum/ lada hijau.
5. Masukkan kentang,sosej dan gajus dan balikkan dan kacau rata.
6. Masukkan garam secukup rasa
Note: Font yang berwarna orange tu adalah yang saya modify dari resepi asal.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 29-Feb-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
PIZZA DAN CENDAWAN GORENG
|
|
Hujung minggu lepas buat pizza dan cendawan goreng. Minggu ni sibuk betul, tak sempat nak up load. Baru hari ini berkesempatan. Pizza tu biasanya saya buat campurkan minyak dalam adunan tepung tu. Bila dibakar ianya lembut macam roti. Tapi kali ini saya cuba buat resepi yang tak gunakan minyak. Ianya taklah selembut roti tapi garing sedikit bila panas. Masa panas-panas tu memang sedap. Toppingnya hentam sajelah. Kali ini saya menggunakan tuna. Cendawan goreng ni permintaan anak saya, Mia. Dia memang suka kalau cendawan goreng. Sayur lain dia tak makan. Cendawan ni dicelup telur. Kemudian digolek-golekkan atas campuran tepung beras, tepung jagung dan rempah kari lalu digoreng hingga kekuningan/garing. Makan begitu atau cicah cili sos. Resepinya tak adalah untuk dua-dua menu ini. Main campak-campak aje... Jom jamu mata.
Mozarella cheese tu ditaburkan lebih kurang lagi 5 minit pizza nak masak.
Cendawan goreng tepung
|
|
|
|
|
|
| Friday, 22-Feb-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
CHOCOLATE CHIP BANANA MUFFIN
|
 |
|
Muffin yang baru di masak
|
|
 |
|
Texturenya lembut dan gebu aje
|
|
|
Tengok muffin ni dalam FP Maklang . Nampak sedap aje. Kebetulan bahan nak buat muffin tu semuanya ada, apalagi kucubalah resepi tu. Tapi ada sedikit modification. Jangan marah ya maklang. Hasilnya, memang sedap. Apatah lagi masa panas-panas tu. Bayangkanlah combination rasa pisang, chocolate chip dan yogurt..Tak rugi mencuba resepi ini. Satu adunan dapat 18 biji muffin. Di sini saya copy paste aje resepi dari FP maklang tu.
Chocolate Chip Banana Muffin
Source : all recipe.com
Bahan
1 3/4 cwn tepung gandum
3/4 cwn gula (saya gunakan 1/2 cawan brown sugar)
1 st b/powder
1 st b/soda (saya gunakan 3/4 st b/soda sebab saya tak suka kalau sodanya terasa sangat)
1/2st garam ( jgn lupa letak, kalau tidak tak rasa lemaknya)
1 biji telur
1/2 cwn minyak msk
1/2 cwn plain yogurt
1st esen vanilla
1 cwn mashed ripe bananas (saya gunakan 6 biji pisang emas yang dilenyek)
3/4 cwn choc. chips
Cara
In a large bowl, combine tepung,gula, b/powder, b/soda dan garam. In another bowl, combine telur, minyak, yogurt and vanilla. Kacau-kacau dengan sudu aje dan kemudian masukkan bhn kering tadi dan gaul. Mskkan bananas and chocolate chips. Bakar dengan suhu 170 selama 15-20'.
Nota mklang : jgnlah terlebih gaul sangat.....cukup sekadar dah sebati sumer udah le...ada nampak tepung2 skit tu takper...biarkan je..
|
|
|
|
|
|
| Monday, 18-Feb-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
DECO CLASS LYNNHASSAN
|
 |
|
Sibuk dengan deco
|
|
 |
|
Lynn menunjukkan corak-corak dari nozzle yang berbeza
|
|
 |
|
Nak cover CC tu pun susah juga
|
| | View all 6 photos... |
|
Semalam, 17/2, saya menghadiri class deco cc lynn. Walaupun jauh dari kediamanku, dan tak familiar dengan Sg.Buluh aku merengek dengan hubby untuk izinkanku menghadiri class tersebut.Hubby terpaksa ambil cuti sebab nak hantarku ke Sg. Buluh. Thanks to my hubby. Akhirnya termakbul juga hasratku untuk bersua muka dengan lynn yang FPnya hari-hariku singgah. Sungguh teruja dengan creativiti dan kehalusan hasil tangannya itu. Nampak mudah aje nak mendeko tapi bila buat sendiri baru tahu susah ke senang. Lynn mengutamakan kekemasan. Sebab itulah hasilnya cantik. Terima kasih banyak-banyak pada Lynn dan adiknya Lini atas layanan baik you all. Insya Allah Ilmu dan tips yang diberikan itu akan dimanfaatkan. Bercita-cita nak menjual cup cakes dan cakes seperti Lynn, Zati D'Hati dan lain-lain tu. Insya Allah.
| Quote: |
yaR-t : Sedap....sorrylah dapat jamu mata aje....heheee
MamaFami: Saya memang minat dengan cc deko ni. Thanks for the doa...
mamasya: Kena practice banyak lagi. Masih menggigil pegang nozzle..
zuhri: akak memang minat buat kek, baru nak belajar-belajar....
lynnhassan: thanks lynn for the tips.... |
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 14-Feb-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Chocolate Banana Cake
|
|
Dah lama sungguh saya mencari resepi ini. Ronda-ronda FP dan blog akhirnya terjumpa di blog auntyyochana http://auntyyochana.blogspot.com. Thank you auntyyochana for your marvellous recipe. Ala-ala Secret Recipe gitu.... Siapa mencuba pasti tak menyesal. Insya Allah jadi dan kelazatannya hingga menjilat piring...kwang..kwang..kwang.
Disini saya translatekan resepi tu ke bahasa Malaysia dan saya ada ubah suai sedikit. Jangan marah ya auntyyochana.
CHOCOLATE BANANA CAKE
[b]Chocolate Sponge cake:[/b]
Bahan A 3 biji kuning telur size A ( atau 4 biji kuning telur size sederhana)
100 gm. gula kastor
120 gm. tepung naik sendiri
1/2 tsp. Baking powder
1/2 tsp. Bicarbonate of Soda
50 gm. minyak jagung ( saya guna minyak masak biasa aje)
1 teasp. vanilla essence
Bahan B
30 gm. serbuk koko + 120 gm. air panas - kacau hingga rata dan hancur semua serbuk koko.
Bahan C
3 1/2 biji putih telur size A (atau 4 1/2 biji putih telur size sederhana)
1/4 tsp Cream of Tartar
60 gm. gula kastor
Cara-caranya:
(1) Campurkan semua bahan A ke dalam mangkuk pengadun dan kacau dengan senduk kayu hingga sekata.
(2) Campurkan Bahan B ke dalam adunan tadi dan kacau hingga sekata.
(3) Kemudian pukul putih telur dan cream of tartar dari Bahan C selama 2 min. Selepas itu, tuangkan gula sedikit demi sedikit ke dalam putih telur dan pukullah sehingga kembang dan gebu.( Perhatian: Semasa mengasingkan putih telur dan kuning telur, pastikan kuning telur tidak pecah dan tidak termasuk ke dalam putih telur walaupun sedikit. Pemukul telur juga kena pastikan ianya kering dan tidak berminyak).
(4) Campurkan campuran kuning telur ke dalam campuran putih telur. Kaup balikkan adunan supaya sekata. Jangan terlebih kacau.Selepas itu tuangkan ke dalam acuan kek yang bulat 9" dan bakar.
(5) Bakar pada suhu 175C lebih kurang 50 mins atau sehingga masak.
(6) Sejukkan kek di wire rack dan belah kepada 3 lapisan.
Chocolate mousse:
250 gm. Non-Dairy Whip Cream
150 gm. Dairy whip cream
1 tsp. essence vanila
1 sudu makan rata serbuk gelatin yang halal.Campurkan bersama 4 sudu makan air dan microwavekan untuk 20 saat.(Bagi yang tak mahu menggunakan gelatin, boleh gantikan dengan agar-agar serbuk dan sekiranya tidak mempunyai microwave, double boilkan gelatin sehingga hancur)
50 gm. serbuk koko } ( serbuk koko dan gula ising di ayak bersama)
80 gm. gula ising }
1 1/2 sudu makan Nescafe } ( Campurkan nescafe bersama air panas)
1 1/2 sudu makan air panas }
1 sudu makan "Kahlua" atau "Tia Maria" coffee liquer ( Saya gunakan chocolate emulco aje)
2 - 4 biji pisang Del Monte atau pun pisang berangan - dihiris tebal
Cara-cara membuat chocolate mousse:
(1) Pukul kedua-dua whipping cream secara berasingan. ( Untuk dairy whipping cream, pukul sehingga ia menjadi pekat sahaja. Sebaik sahaja ia menjadi pekat terus berhenti dari memukulnya. Sekiranya terus memukul ia akan menjadi cair. Untuk non dairy whipping cream, kita boleh terus memukul sehingga ia menjadi lebih kurang tiga kali ganda kembangnya.)
(2) Kemudian campurkan kesemua bahan untuk mousse termasuklah kedua-dua whipping cream yang telah dipukul tadi. ( Pastikan campuran gelatin atau agar-agar serbuk tadi tidak sejuk. Sekiranya telah sejuk ia akan menjadi beku dan bergentel2. Sebaik-baiknya campuran gelatin ini disediakan setelah kesemua bahan untuk mousse telah dicampurkan)
(3) Sapukan 1/3 dari chocolate mousse ke atas lapisan pertama sponge kek. Susunkan hirisan pisang di atas chocolate mousse dan letakkan lapisan kedua dia atas susunan pisang tadi. Lakukan perkara yang sama untuk lapisan kedua. Kemudian letakkan pula lapisan kek yang ketiga.
(4)Tutupkan keseluruhan kek tadi dengan chocolate mousse dan simpan di dalam peti sejuk sehingga chocolate mousse keras.
(5) Selepas itu tuangkan pula chocolate coating yang dah sejuk ke atas kek ayng disalut chocolate mousse tadi. Biarkan campuran chocolate tadi mengalir ke bawah secara perlahan.
(6) Hiaslah kek tersebut mengikut citarasa dikehendaki dan simpan dalam peti sejuk hingga coating keras.
(7) Potonglah menggunakan pisau yang telah direndam dengan air panas untuk dihidangkan.
Chocolate Coating
35 gm serbuk koko
50 gm gula kastor
150 gm. Dairy whipping cream ( saya gunakan non dairy whipping cream sebab kehabisan dairy whipping cream)
80 gm. chocolate masakan - dihiris-hiris.
30 gm. Butter
Cara membuat Coating untuk kek:
Letakkan bahan-bahan ke dalam mangkuk dan double boilkan sehingga campuran tadi menjadi pekat. Sejukkan dahulu sebelum tuang ke atas kek.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 13-Feb-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
AKTIVITI MASA CNY
|
 |
|
chocolate moist cake dengan chocolate ganache dan butter cream
|
|
 |
|
Hasil dekoku yang pertama
|
|
 |
|
chocolate moist cake dalam cup
|
| | View all 6 photos... |
|
Cuti CNY baru-baru ni, balik ke kampung di Masjid Tanah Melaka bersama anakku Mia. Suami tak dapat ikut serta kerana terpaksa bertugas. Almaklumlah kerja di hospital, susahnya nak dapat cuti.
Terpaksalah saya meredah kesesakan lalulintas. Nasib baik keretaku jenis automatik kalau tak lenguh kaki dibuatnya. Sampai di persimpangan Nilai masih jammed lagi. Tak boleh jadi ni kalau sampai ke Melaka begini jalannya. Saya pun terus exit di persimpangan Nilai Pajam untuk mengikut jalan lama iaitu melalui Labu, Sendayan, Siliau, Linggi. Jalan tu lengang sungguh tapi berbelok-beloklah. Nasib baik hari siang kalau malam tak berani lah sebab sunyi dan gelap. Sampai kampung pukul 4.00petang. Keluarga semua dah bersiap untuk ke Hospital Melaka untuk melawat makcikku yang patah tulang pelvik akibat terjatuh di bilik air. Saya pun ikut mereka sekali ke hospital. Lepas melawat makcik, emakku pula mengajak kami ke Umbai untuk makan ikan bakar di Perkampungan Ikan Bakar Terapung. Katanya, bukan selalu dapat berkumpul anak beranak. Emak nak belanja.... Kami pun apa lagi. Cuti perayaan orang punyalah ramai kat situ. Kira oklah makan kat situ dan harganya tak lah mahal sangat.
Esoknya kami tak ke mana-mana. Apalagi projek buat keklah ngan adikku. Chocolate Moist Cake tu sebenarnya dah saya buat di KL lagi. Cuma tak dihias lagi. Kononnya nak belajar menghiaslah tu bersama adik. Baru belajar cc deco, konon nak practicelah tu. Tak cukup ngan chocolate moist cake yang sebiji tu, saya menyuruh adik membakar cup cake. Lebihan buttercream boleh digunakan untuk deco cc pulak. Adikku pun buatlah cc tu sendirian kerana saya ke rumah mertua yang tak berapa jauh dari rumah emakku. Sekembali dari rumah mertua adikku komplen oven tu tak elok. Cup cake tak menjadi. Ada yang melempah, merekah dan tak naik. Saya pun frustlah. Akhirnya emakku dapati yang adikku tersalah guna tepung. Semua jenis tepung emakku telah tuangkan ke dalam balang yang berasingan tanpa melabelkan balang tersebut. Rupa-rupanya adikku telah terambil tepung beras. Patutlah keknya tak jadi.. Kami tergelak besar..
Dibawah ini ialah resepi chocolate moist cake. Saya panggil kek malas aje sebab buatnya mudah sangat. Tak payah pukul-pukul dan bahannya pun mudah sangat. Rasanya pun sedap. Kalau buat pasti jadilah. Nak bakar dalam cup pun boleh.
Chocolate Moist Cake
Bahan A
1 3/4 cawan tepung gandum
2 cawan brown sugar
1/2 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicarbonate
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak ( apa-apa jenis pun boleh)
1 cawan susu sejat ( Susu ideal atau lain2 brand atau pun susu segar)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu mkn emulco ( optional)
Sedikit garam
Bahan B
1 cawan air panas mendidih
Cara-caranya:
Semua bahan bertepung hendaklah diayak terlebih dahulu. Kemudian campurkan kesemua Bahan A. Kacau rata. Selepas itu masukkan Bahan B. Kacau rata dan tuanglah ke dalam loyang yang telah disapu majerin dan ditaburkan tepung. Bakar pada suhu 180 degree C selama 45 min ke 1 jam.
Setelah sejuk, terpulanglah samada nak makan begitu sahaja atau diletakkan coklat ganache.
Coklat Ganache
250 g cooking chocolate
1 sudu makan marjerin
1/2 cawan whipping cream
Cara-caranya.
1. double boilkan coklat masakan atau cairkan dengan menggunakan microwave untuk 2 minit.
2. Setelah cair ketepikan dari api atau keluarkan dari microwave. Campurkan marjerin dan whipping cream. Kacau rata.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 3-Feb-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
DEMO OF CUP CAKES DECO
|
|
Deco lagi.... Semalam tu hands on, kelas berbayar. Hari ini sempat attend free demo class anjuran Vanila Pastri Bakery di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Dapat juga kutambahkan lagi ilmu tentang mendeco cup cake ni. Hari ini my hubby shif petang, tak ada masalahlah untuk jaga anak sebab kelas tu bermula dari pukul 11.00 pagi hingga 1.45 petang. Kelas ini diajar oleh Chef Roslee. Terima kasih chef atas ilmu yang dicurahkan...
Di sini saya nak share resepi royal icing dan butter cream dari Cheff Roslee.
ROYAL ICING
300gm gula icing
50 gm putih telur
1/2 sudu teh jus lemon ( optional)
Campurkan kesemua bahan dan pukul dengan mixer hingga putih dan licin. Untuk mengelakkan icing terputus-putus semasa mendeko, adunan tersebut perlulah dipukul agak lama sedikit.
BUTTER CREAM
500 gm krimwell
250 - 300 gm gula ising
2 - 3 titik butter oil ( optional)
Campurkan kesemua bahan dan pukul hingga kembang dan gebu.
Remarks: ( Tips dari chef)
1. Butter cream yang menggunakan butter adalah cepat cair sedikit berbanding menggunakan
krimwell.
2. Butter cream yang menggunakan syrup adalah cepat cair dan berubah bentuk hiasan berbanding
menggunakan icing sugar.
3. Untuk masak cup cake, kita perlu gunakan suhu yang rendah iaitu 150 - 160 deree Celcius untuk
30 hingga 35 minit. Kalau menggunakan suhu yang tinggi, cake akan merekah.
4. Untuk masak muffin kita perlu gunakan suhu yang tinngi iaitu 190 - 200 degree celcius.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 2-Feb-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
CUP CAKES DECORATION CLASS
|
 |
|
cup cakes yang telah disediakan
|
|
 |
|
Hasil tanganku. Di rumah baru ambil gambar, dah comot cup cakes
|
|
|
Minat pada cup cakes deco ni semenjak meninjau FP lynnhassan. Rasa teruja betul nak mendeko cc ni. Banyak kali nak try attend class kat mana2 tempat yang mengajar. Asyik ada aje hal bila class diadakan. Akhhirnya hari ini dapat juga attend class yang dianjurkan oleh sebuah syarikat pembekal peralatan bakery di Bandar Baru Bangi dari pukul 11 pagi hingga 4 petang. Thanks to my hubby kerana sanggup jaga anak walau pun terpaksa bawa ke tempat kerjanya.
Di sini saya nak kongsikan resepi fondant/ sugar paste, royal icing, butter cream dan cream cheese icing. Bagi orang yang baru nak belajar bolehlah cuba resepi2 ini..
FONDANT PASTE / SUGAR PASTE
Kita gunakan fondant ini untuk membentuk sesuatu corak dengan tangan atau pun pencetak.
BAHAN-BAHANNYA:-
Bahan A
15 gm gelatin powder yang halal
70 ml air
Bahan B
1 kg gula icing yang telah diayak
1 biji putih telur
50 gm glucose ( liquid) cecair yang sangat likat
15 gm tepung jagung.
Cara-caranya.
1. Campurkan bahan A ke dalam bekas yang tahan panas dan biarkan ia kembang selama lebih kurang 2 minit. Kemudian double boilkan bekas itu untur mencairkan gelatin tersebut.
2. Campurkan kesemua Bahan B dan campurkan Bahan A yang telah cair tadi. Pukul dengan mixer pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh yang lembut. Sapukan tangan dengan tepung jagung (bukan dari sukatan di atas) dan uli doh tersebut bagi mengelakkan ia melekit. Doh tersebut sudah sedia untuk dibentuk.
Sekiranya tidak mahu digunakan terus, simpanlah di dalam plastik supaya tidak terdedah pada udara yang boleh membuatkan ianya keras. Jangan simpan didalam peti sejuk. Ianya tahan untuk jangkamasa lebih kurang seminggu.Sekiranya doh telah menjadi keras sedikit, ulilah semula untuk melembutkan doh tersebut. Sekiranya kita hendak mewarnakan fondant tersebut letaklah pewarna makanan yang dikehendaki dan ulilah fondant tersebut hinggalah warnanya sekata. Canai nipis dan cetaklah dengan corak yang dikehendaki untuk membentuk gubahan yang kita mahukan. Bagi mencantumkan kepingan kepingan fondant ini kita kena gunakan royal icing supaya kepingan2 tersebut boleh melekat. Fondant yang telah dibentuk dengan pelbagai bentuk bunga/corak boleh disimpan lama lebih kurang setahun. Tidak perlu simpan dalam peti sejuk.
ROYAL ICING
Kita gunakan royal icing untuk piping. Selepas piping, jika dibiarkan dalam 1 jam dia akan jadi keras.Oleh itu ianya tidak tahan disimpan lama. Bancuh royal icing ini semasa kita hendak menggunakannya sahaja
BAHAN2NYA:
Bahan A
280-300gm gula icing yang telah di ayak.
Bahan B
1 biji putih telur
1 sudu teh jus lemon
Cara2nya:
1. Campurkan bahan B dan pukul dengan mixer pada kelajuan sederhana lebih kurang 2 minit.
2. Tambahkan Bahan A sedikit demi sedikit dan pukul dengan mixer hingga adunan nampak cantik.
Kepekatan icing ini bergantung pada jenis nozzle yang kita hendak gunakan. Sekiranya kita menggunakan nozzle yang halus, cairkanlah sedikit icing tersebut dengan mengurangkan jumlah gula icing yang digunakan. Jika hendak pekat maka lebihkanlah gula icing. Doh tersebut telah sedia untuk digunakan. Terpulanglah pada kita untuk membahagikan mengikut warna yang dikehendaki.Cara mewarnakan: Tambah setitik dua warna yang kita kehendaki dan kacau dengan sudu atau spatula hingga warna menjadi sekata. Jangan dedahkan royal icing pada udara jika tidak digunakan. Nanti ia menjadi keras.
BUTTER CREAM (1)
Bahan2nya:
200gm butter
150gm gula ising
1/2 sudu teh esen vanilla
Cara-caranya:
Campurkan kesemua bahan dan pukul dengan mixer hingga adunan kembang dan gebu.
Adunan ini siap sedia untuk digunakan. Adunan ini boleh disimpan dalam peti sejuk jika tidak digunakan tetapi hendaklah disimpan dalam bekas yang bertutup.
BUTTER CREAM (2)
Bahan-bahanya:
600gm butter
400gm krimwell
500 gm syrup
Cara2 membuat syrup:
1 kg gula pasir
600ml air
2 slice lemon ( tidak perlu diperahkan)
Campurkan gula,air dan lemon dan masakkan hinnga mendidih. Biarkan sejuk dan sukatlah untuk 500gm syrup.
Cara2 Membuat Butter Cream:
Pukul butter dan krimwell hingga kembang dan masukkan syrup sedikit demi sedikit dan terus pukul hingga kembang dan gebu.
CREAM CHEESE ICING
Bahan2nya:
200gm cheese Cream
100gm butter
80 gm icing sugar
1/2 sudu makan jus lemon
Cara-caranya:
Campurkan kesemua bahan dan pukul hingga kembang dan gebu. Siap sedia untuk digunakan.
CHOCOLATE PIPING
Kalau kita hendak menggunakan coklat untuk mendeco cake kita dengan cara piping bolehlah gunakan resepi ini. Coklat ini tahan disimpan sebulan di luar peti ais.
Bahan2nya:
200gm cooking chocolate
60 gm cooking oil
Cara-caranya:
Cairkan chocolate dengan cara double boil. Selepas coklat cair campurkan minyak dan kacau hingga sebati. Simpan dalam bekas bertutup. Coklat ini akan menjadi likat tetapi dia tidak akan menjadi beku.
SELAMAT MENCUBA....!
|
|
|
|
|
|
| Monday, 21-Jan-2008 10:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES
|
 |
|
LOYANG 10" X10" -SIAP DIBAKAR
|
|
 |
|
Sedia di makan bersama ice cream
|
|
|
Sebenarnya lama dah saya teringin nak buat brownies ni. Setiap kali tengok brownies di fp mamafami, maklang azie, rinn chan dan blog bro Rozzan meleleh air liur. Sabtu yang lepas berkesempatanlah saya membuatnya. Saya gunakan resepi dari blog bro rozzan sumbangan dari saudari MasE. Terima kasihlah kepada kedua-duanya. Resepi ni sungguh senang tapi very rich in chocolate.Tak payah frosting pun dah sedap. Kalau makan dengan ice-cream vanilla lagilah sedap. Yummy...yummy..
Disini saya sertakan resepinya. Selamat mencuba...
CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES
Sumber : MasE
Bahan-bahannya
A
250g butter - potong kecil2
400g baking chocolate - potong kecil2
B
6 biji telur
340g gula perang (brown sugar)
2 tsp esen vanilla
20g chocolate emulco (I used 1 sudu makan)
C
80g tepung gandum } diayak
60g serbuk koko } "
140g kacang walnut/pecan/almond (optional)-bakar sebentar dan gaul dgn tepung dan koko
Cara-caranya
1. Panaskan oven pd suhu 160C. Sediakan dan alas acuan ukuran 11”x11” - (saya gunakan loyang 10" x 10")
2. Double boil bahan A hingga cair , ketepikan biar suam sikit.
3. Pukul bahan B hingga gula hancur - guna hand whisk saja.
4. Tuangkan adunan chocolate dan gaul hingga rata dan sebati.
5. Kemudian masukkan tepung dan digaul lagi hingga rata tetapi jgn terlalu lama.
6. Tuang ke dalam acuan dan bakar dgn suhu 160C- 170C selama 50 minit-1 jam.
7. Setelah masak, biarkan brownie tu dalam acuan hingga sejuk. Rasanya akan lebih sedap jika disimpan semalaman.
8. Enak dimakan begitu saja atau dibubuh ganache. Boleh juga dimakan dengan ais krim.
Untuk Bahan Krim Cokelat atau Ganache, saya gunakan resipi yg sama dari sdri Diella
CREAM COKLAT / GANACHE
250 gm cooking chocolate
1 sudu besar marjerin (saya guna mentega)
1/2 cawan fresh cream/whipping cream
Cara:
1. Cairkan cooking chocolate secara double-boil.
2. Angkat dari air panas tadi dan masukkan fresh cream/whipping cream dan mentega.
3. Kacau sehingga sebati.
4. Tuangkan atas brownie dan hiaslah mengikut citarasa sendiri.
|
|
|
|