Welcome To DAMIRA FotoPage

By: Hayati Ibrahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 21-Jan-2011 12:00 Email | Share | | Bookmark
KELAS BROWNIES DAN TEMPAHAN

 
 
 
View all 6 photos...
Assalamualaikum teman2 semua.

Semalam memang penat betul. Semalam ada kelas brownies seperti yang dijadualkan. Kelas tu berjalan seperti biasa. Kelas tu tak penat pun sebab kita memang dah set nak buat kelas pada hari tersebut. Kelas habis lebih kurang 4.30pm. Lepas sembahyang asar dan kemas2 rumah cadang nak buat kek carrot yang ditempah Ila. Lewat petang tu dapat panggilan dari kak Nisah yang ada mengorder tart dan pie untuk dibuat hantaran pertunangan anak buahnya. Masa Kak Nisah telefon dulu Yati dengar 21 Feb maka Yati pun catat dalam buku tanpa tengok kalendar. Kak Nisah ada mention 21hb tu hari Jumaat. Bila kak Nisah telefon semalam tanya tentang tart yang dia order tu, berderau darah Yati. Memang dalam kepala ni ingat 21 Feb, jadi tak prepare apa2 langsung untuk tempahan kak Nisah tu. Apa lagi kelam kelibutlah malam tu. Lepas maghrib keluar cari buah2an untuk fruit tartlet dan apple pie. Anak pula minta perhatian, merengek2 nak beli permainan. Sudahnya hampir pukul 10 mlm baru sampai rumah. Masa itulah nak bakar kek dan masa itulah nak buat kulit tart. Walaupun ordernya taklah banyak tetapi disebabkan semuanya kena buat sendiri dan hari yang telah larut malam, buatkan Yati rasa terlalu penat. Itulah pengajaran buat Yati, lain kali dengar tarikh tempahan betul2. Pada kak Nisah, Yati minta maaf atas kelewatan pagi tadi dan apa2 kekurangan yang ada pada tempahan tu. Jom layan gambar kelas brownies dan tempahan kak Nisah.



4 orang yang belajar kelas brownies ni, Dari kiri Norisah, Sri, Kak Shida dan Kak Hamidah. Semuanya dari Putrajaya. Kak Hamidah pernah belajar ngan Yati dalam kelas chocolate mousse dgn hiasan ros ganache. Kak Midah promote kat kawan2 ofisnya dan dia bawa dua orang kawannya untuk belajar sekali. Tadi kak Midah call beritahu dia nak book tarikh 29hb Jan untuk kelas tart & pie untuk 4 orang. Thanks kak Midah kerana banyak bagi sokongan kat Yati.



Inilah hasil dari kelas brownies tu. Yati minta tiap seorang buat sendiri marble cheese brownies. Carrot walnut cake dan chocolate walnut brownies tu kena bahagi empatlah.



Inilah carrot walnut cake yang ditempah Ila untuk suaminya. Sorrylah Ila tulisan tak cantik. Bab tulis menulis ni akak memang banyak kena praktis.


Fruit tartlet yang di order oleh kak Nisah untuk hantaran pertunangan anak buahnya. Sebelum ni Kak Nisah ada order untuk pertunangan anaknya.


Cheese tart ini pun Kak Nisah order.


Kak Nisah pun ada order apple pie. Sorry banyak2 sebab tak sempat nak make up kan apple pie ni. Nampak simple je cuma harapkan rasanya menepati selera akak. Pada kak Nisah terima kasih kerana sudi order ngan Yati.


Wednesday, 19-Jan-2011 12:00 Email | Share | | Bookmark
Lagi-lagi carrot walnut cake, brownies dan cheese tart

 
 
 
View all 11 photos...
Assalamualaikum semua. Lama dah tak bersiaran kat fotopages ni. Asyik dok layan facebook aje semenjak dua menjak ni..Hari ni Yati nak layan fotopages pula. Jom layan gambar2 tempahan sepanjang minggu lepas.



60 pcs cheese tart tempahan dari Sue Meditop



Carrot Walnut Cake dengan cream Cheese frosting tempahan dari Syura



Syura juga tempah Blueberry Marble Cheese Brownies. Dua2 kek ini di isi dalam kotak yang ada window sebab nak buat buah tangan katanya.



Cheese tart ini pun di order oleh Syura juga. Thanks to Syura sebab selalu order ngan akak.



Princess cake ini di order oleh Jee dari Hulu Kelang untuk birthday puteri tunggalnya, Maisarah Amirah, 6 tahun. Kek seberat 2kg++ tu ialah chocolate mousse cake deco dengan buttercream. Thanks Jee sebab sanggup datang dari jauh untuk ambil kek ini.




Blueberry Marble Cheese Brownies untuk door gift ditempah oleh Hamidah dari seksyen 4 tambahan. Door gift sempena majlis bacaan Yassin di salunnya.



Isi dalam kotak 3" x 3" x 3".



Tebal brownies ni sebab customize size ikut size kotak. Selalunya brownies yang Yati jual guna loyang size 10" x10" x 1". Tapi yang ini guna lotang 12" x12" x 2".



Hamidah terliur tengok Carrot Walnut Cake dgn cream cheese frosting yang yati letak dalam facebook. Dia pun order sebiji. Staff Midah, Ila kata kek tu sedap. Ila pun nak oder sebiji juga untuk birthday suaminya Jumaat ni.



Mixed fruit cake untuk door gift ini pun ditempah oleh Hamidah.

Sebarang pertanyaan tentang class atau tempahan sila hubungi Damira Bakery
Yati hp: 0122733214
E-mail: damira.bakery@yahoo.com


Thursday, 13-Jan-2011 12:00 Email | Share | | Bookmark
Gambar Kelas Tart & Pie serta tempahan

 
 
 
View all 8 photos...
Salam buat semua teman-teman pengunjung.

Entry kali ni nak tunjuk gambar kelas tart dan pie yang diadakan pada 9hb Jan 2011. Kelas tersebut telah dihadiri oleh Juliati dari Subang dan Nor dari Seksyen 5 Bandar Baru Bangi. Masing-masing belajar sebab nak buat bisness. Jom layan gambar



Juliati yang bertudung hitam dan Nor yang bertudung Putih. Ju dan Nor, dah banyak buat tart?



Seperti biasa 4 jenis tart iaitu blueberry cheese tart, fruit tartlet, tart badam coklat, tart kelapa dan 1 epal pie diajar masa kelas. Tapi kelas kali ini special sikit. Juliati minta Yati tunjukkannya tart telur. Sebenarnya Yati pun tak pernah buat. So kami sama2 buat. Alhamdulillah ianya menjadi. Untuk kelas tart dan pie yang akan datang, Yati nak gantikan tart kelapa tu dengan tart telur . Walau bagaimanapun resepi tart kelapa tu tetap diberi percuma.


Tart telur ni menggunakan mould yang besar sama seperti apple pie.


Tart telur kegemaran Juliati. Rasanya memang sedap, lemak-lemak manis. Terasa macam makan caramel pula.



85 pcs cheese tart yang di order oleh staff An-Nur. Sorry tak ingat nama siapa yang order.



Carrot Walnut Cake dan chocolate mouse cake yang di order oleh staff An-Nur juga.



60 pcs cheese tart 2 biji chocolate moist cake pun ditempah oleh staff An-Nur.



Carrot Walnut Cake dengan cream cheese frosting seberat 6kg ++ ini ditempah oleh pihak pengurusan Hospital Pakar An-Nur untuk Majlis Perpisahan CEOnya. Inilah kali pertama yati buat kek seberat ini. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Terima kasih tak terhingga kepada staff-staff An-Nur sehinggalah ke pihak pengurusan An-Nur yang telah banyak menyokong perniaagaan Yati ini. Harap sokongan yang diberikan biarlah berterusan lebih-lebih lagi selepas Yati berhenti kerja pada 15hb Feb 2011 ini.

Sebarang pertanyaan tentang class atau tempahan sila hubungi Damira Bakery
Yati hp: 0122733214
E-mail: damira.bakery@yahoo.com


Wednesday, 12-Jan-2011 03:42 Email | Share | | Bookmark
KELAS STACK CAKE FONDANT

 
 
Assalamualaikum semua,

Dah lama dah Yati berhajat nak hadiri kelas wedding cake fondant ni. Baru minggu lepas berkesempatan belajar dengan Kak Jun. Seronoknya buat bunga gumpaste. Lepas ni kena praktis banyak2 baru bunga jadi cun. Itulah seronoknya pergi berguru, lain guru lain cara dan kaedahnya. Jom lihat stack fondant cake yang Yati buat masa kelas hari itu.


Dalam kelas tu ada 3 orang yang belajar. Inilah hasil kerja kami bertiga.


Inilah kek yang Yati deko. Masih banyak yang kena praktis lagi. Kena cuba buat sendiri pula tanpa bantuan sifu. Agak2nya jadi tak...hehe. Dalam apa jua perkara, kalau kita selalu praktis yang susah jadi senang, yang kaku pula boleh nampak bergaya.


Tuesday, 4-Jan-2011 12:00 Email | Share | | Bookmark
TEMPAHAN DAN KELAS

 
 
 
Assalamualaikum semua.

Selamat Tahun Baru 2011. Tak kiralah kita berazam masa tahun baru hijrah hari tu atau sekarang ni, yang pentingnya kita ada satu keazaman melakukan sesuatu yang jauh lebih baik dari sebelumnya. Semoga tahun ini apa yang dicita2kan atau diazamkan itu tercapai.

Damira Baking Class telah memulakan kelas pertamanya untuk 2011 pada 2hb Jan 2011. Sepatutnya kelas pertama adalah kelas Brownies pada 1hb Jan 2011. Disebabkan dua orang peserta tersebut ada hal yang tak dapat dielakkan maka kelas tersebut dibatalkan. Kelas yang diadakan pada 2hb Jan ialah Kelas Cup Cake Door Gift.



Kelas cup cake unuk door gift ini dihadiri oleh Suhaila Zakaria dari PJ, kak Noraini dari Sg. Merab dan Wanny dari Seksyen 5 Bdr Baru Bangi. Ini merupakan kelas kedua Wanny dengan Yati. Sebelum ni Wanny belajar Tart & Pie. Seperti biasa tiga jenis cup cake yang dipelajari iaitu oren, vanila dan chocolate moist cup cake. Semoga kak Noraini berjaya menghasilkan cup cake yang moist, gebu dan sedap untuk door gift semasa perkahwinan anak terunanya Mac ini.



Blueberry Marble Cheese Brownies ini untuk Sue Meditop. Nak cuba promote brownies kat Meditop pula selepas cheese tart meletup2 kat sana.



Sue Meditop juga order Blueberry Cheese Tart sebanyak 120 biji. Ramai sungguh peminat cheese tart kat Meditop. Thanks to everybody for your continuos support. 2011 ni order banyak2 lagi ya!.....

Suraya my neighbour pun ada order 3 biji carrot walnut cake dan 1 balang chocolate cluster. Sorry gambar lupa nak ambil..huhu. Bila dah terkocoh2 gitulah jadinya,terus lupa nak ambil gambar.

UPDATE TENTANG KELAS JAN 2011

9hb Jan - Kelas Tart dan Pie - RM 150. Masih ada 2 kekosongan
15hb Jan - Kelas Home made chocolate - RM 250 . Masih ada kekosongan
16hb Jan - Kelas cup cake decoration -RM150. Masih ada kekosongan
20hb Jan- Kelas Brownies - RM180. Kelas telah penuh
23hb Jan - Kelas Chocolate Mousse cake dengan hiasan ros ganache - RM250. Masih ada 1 kekosongan
30hb Jan - Kelas cup cake untuk door gift - RM120 . Masih ada kekosongan

Sebarang pertanyaan tentang class atau tempahan sila hubungi Damira Bakery
Yati hp: 0122733214
E-mail: damira.bakery@yahoo.com


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net