Welcome To DAMIRA FotoPage

By: Hayati Ibrahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 27-Dec-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
KELAS CHOCHOLATE MOUSSE CAKE DENGAN BUNGA ROS GANACHE

 
 
 
View all 10 photos...
Assalamualaikum semua.

Kelas chocholate mousse cake dengan hiasan bunga ros ganache merupakan kelas terakhir untuk 2010. Kelas ini telah diadakan pada 25hb Disember 2010 dan dihadiri oleh 2 orang peserta iaitu kak Hamidah dari Putrajaya dan Noriza dari Seksyen 3 Bdr Baru Bangi.

Kali ini Yati berkesempatan merakamkan gambar-gambar sebelum kek disiapkan. Jom tengok!




Ini ialah bunga ros yang telah disiapkan oleh kak Hamidah. Kah Hamidah kata dia buat bunga ros dari buttercream 2 tahun yang lepas masa belajar dulu. Ini baru nak buat ros semula tapi kali ni menggunakan coklat ganache. Memang satu advantage bagi orang yang dah ada asas buat bunga ros dari buttercream.



Siapa kata orang yang tak pernah buat bunga ros tak boleh menghasilkan bunga yang cantik. Ini ialah bunga ros yang dihasilkan oleh Noriza yang sebelum ni tak pernah buat bunga ros. Sedikit kesabaran diperlukan dan jangan cepat putus asa.



Inilah kek span coklat yang diadun sendiri oleh kak Hamidah dan Noriza.




Kek span yang telah dibelah kepada 3 lapisan dan telah disapukan dengan chocolate mousse pada setiap lapisan,.







Kek yang telah disapu dengan coklat mousse disekeliling kek.



Kek yang telah disiapkan oleh kak Hamidah. Kali ini Yati sempat tunjukkan hiasan kepingan coklat menggunakan transfer sheet.



Kek yang telah dihasilkan oleh Noriza. Sebenarnya chocolate mousse cake tidak perlu dihias menggunakan bunga ros ganache. Disebabkan Yati nak ajar chocolate mousse dan bunga ros maka bunga ros tu dihiaslah atas chocolate mousse kek.


Di kiri Noriza dan di kanan ialah kak Hamidah dengan hasil dekorasi masing-masing. Semoga mereka berpuashati dengan apa yang telah dihasilkan.

Sebarang pertanyaan tentang class atau tempahan sila hubungi Damira Bakery
Yati hp: 0122733214
E-mail: damira.bakery@yahoo.com


Friday, 24-Dec-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
KELAS DAN TEMPAHAN

 
 
 
Assalamualaikum semua.

Semalam, 23hb Dec 2010 birthday Yati yang ke 42 tahun. Yati ambil cuti lagi semalam tapi bukan cuti untuk celebrate birthday tapi cuti untuk penuhi hasrat Pn Suri dari Bukit Katil, Melaka untuk hadiri kelas cupcake door gift dan hiasan ros dari ganache.
Jom layan gambar


Suri malu gambarnya diambil. Jadi hanya gambar cup cake dan kek bunga ros ganache aje yang dapat ditayangkan.


Hasil tangan Suri. Suri kata dia tak pernah mendeko bunga ros dan masa untuk dia buat bunga agak terhad kerana Suri rushing nak balik Melaka kerana tak berani nak drive waktu malam. Kalau terus berlatih pasti hasilnya lebih mantap.


Tempahan dari staff An-Nur, kek carrot dan choc. moist. Ini adalah kesinambungan dari Sunathon Amal hari tu. Sekarang mereka order sendiri pula.


Tuesday, 21-Dec-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
JADUAL KELAS UNTUK BULAN JANUARI 2011

Assalamualaikum.

Kepada sesiapa yang tertunggu-tunggu jadual kelas bulan Januari 2011, di bawah ini ialah jadualnya.

1hb Jan
Kelas Brownies -RM180. Tiga jenis brownies yang diajar iaitu Blueberry Marble Cheese Brownies, Chocolate Walnut Brownies dan Carrot Walnut Cake Slice With Creamcheese Topping.
Kelas bermula dari 9.30 pagi hingga 4 petang
4 orang dalam 1 kelas.
Kelas secara hands on.
Kelas telah ditempah oleh;
-Aini dari Rawang
-Farah
-(2 kekosongan lagi)


2hb Jan
Kelas Cup Cake Untuk Door Gift (Tanpa Deko)-RM120
Tiga jenis cup cake yang di ajar iaitu oren, vanila dan chocolate moist cup cake.
Kelas bermula dari 10.00 pagi hingga 1 petang
4 orang dalam 1 kelas.
Kelas secara hands on.
Kelas telah ditempah oleh:
-Suhaila Zakaria
-Wanny dari Bandar Baru Bangi
- Azlina
- Noraini
(kelas dah penuh)


9hb Jan
Kelas Tart dan Pie - RM150.
4 jenis tart dan 1 jenis pie diajar iaitu blueberry cheese tart, fruit tartlet, tart chocolate, tart kelapa berinti lemon dan apple pie.
Kelas bermula dari 9.30 pagi hingga 6 petang
5 orang dalam 1 kelas.
Kelas secara hands on
Kelas telah ditempah oleh:
- Noranisah Md Lihin
- Nor dari Bdr Baru Bangi
- Juliati
- (2 kekosongan lagi)


15hb Jan
Kelas Chocolate Homemade-RM250.
Peralatan membuat chocolate diberikan secara percuma dan boleh dibawa balik. Peralatan tersebut ialah food warmer, chocolate mould, chocolate box, spatula, stainless steel bowl dan piping bag.
Diajar menggunakan coklat couverture dan compound.
Kelas bermula dari 9.30 pagi hingga 6.00 petang
3 orang dalam 1 kelas
Kelas secara hands on.

16hb Jan
Kelas cup cake decoration-RM150.
Menghias 16 biji cup cake dengan menggunakan butter cream, chocolate ganache fondant dan bunga gumpaste.
4 orang dalam 1 kelas.
Kelas secara hands on

20hb Jan
Kelas Brownies-RM180. Penerangan tentang kelas sila rujuk kelas brownies 1hb Jan 2011.
Kelas telah ditempah oleh:
-Noranisah Md Lihin
-Pn Hamidah Putrajaya
-Pn Nasri Putrajaya
-Pn Rashidah Putrajaya
-(kelas telah penuh)


23hb Jan
Kelas Chocolate Mousse dengan hiasan bunga ros dari chocolate ganache- RM250.
Peserta akan mengadun kek span sendiri, diajar membuat chocolate mousse, chocolate ganache untuk topping dan chocolate ganache untuk ros.
Kelas bermula dari 9.30 pagi hingga 6 petang.
2 orang dalam 1 kelas.
Kelas secara hands on.
Kelas ditempah oleh:
-Suhaila Zakaria


30hb Jan
Kelas Cup cake door gift - RM120. Penerangan tentang kelas sila rujuk penerangan untuk kelas 2hb Jan 2011.


Sesiapa yang berminat untuk menghadiri kelas di atas sila daftar dahulu melalui sms atau email untuk booking tempat. Seminggu sebelum kelas anda perlu sahkan kehadiran anda dengan membayar deposit ke:
Akaun maybank : 112026647589
Akaun Penerima: Nor Hayati Ibrahim

Deposit untuk kelas coklat homemade dan chocolate mousse cake dengan hiasan bunga ganache ialah RM100.00. Lain2 kelas depositnya RM50.00.

Kelas akan diadakan di No 14, Jalan 5C/9, Seksyen 5, Bandar Baru Bangi

Sekiranya ada sesiapa berminat untuk belajar selain dari perkara di atas bolehlah hubungi Yati. Jadual boleh diatur semula.

Sebarang pertanyaan tentang class atau tempahan sila hubungi Damira Bakery
Yati hp: 0122733214
E-mail: damira.bakery@yahoo.com


Monday, 20-Dec-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
TEMPAHAN, KELAS COKLAT MOUSSE DAN ROSE GANACHE, KELAS TART

 
 
 
View all 7 photos...
Bila dah start update nak update selalu pula. Bukan apa, sementara tak busy sangat ni malas nak melonggok-longgok gambar banyak2. Jom layan gambar hujung minggu lepas.




Carrot walnut cake 10 biji ditempah oleh makcik kepada Suraya jiran Yati. Su tempah sebiji. Tahun lepas Suraya ada bawa carrot cake ni ke rumah makciknya di Putrajaya. Masa tu majlis perkahwinan juga kalau tak silap. Ramai yang kata sedap dan ramai yang komplen tak dapat nak rasa. Itu yang makcik Suraya tempah pula untuk hidangan masa rewang untuk majlis perkahwinan anaknya pada 18hb Dec di Putrajaya. Thanks to Suraya for promoting my products.



Kelas chocolate mousse dengan hiasan bunga rose ganache diadakan pada 18hb Dec 2010. Kelas ini dihadiri oleh Kak Norimah dari Kelana Jaya kalau tak silap, Nani dari Shah Alam dan Fara dari Melaka. Nani dan Fara pernah ikuti kelas lain dengan Yati sebelum ini.



Inilah hasil tangan kak Norimah yang hanya nak belajar deco bunga ros dan menggunakan nozle sahaja. Kek kak Norimah dah tahu buat sebab tu dia belajar deco aje. Tengoklah hasil orang yang tak pernah deko bunga ros sebelum ni. Ini baru kali pertama mendeko. Kalau akak rajin dan minat serta selalu mendeko pasti hasilnya lebih mantap.



Ini pula hasil deko Fara. Fara juga tak pernah deko bunga ros. Punyalah siksa peringkat permulaan nak buat tapi alhamdulillah menjadi juga bunga ros Fara. Selalu-selalu praktis ya Fara!



Ini hasil tangan Nani. Sebelum ni Nani ada belajar buat bunga ros dari buttercream. Tak pernah menjadi bunga ros dari buttercream katanya. Kali ini Nani nak cuba buat bunga dari ganache pula. Bulat2 bunga ros Nani. Lain orang lain bentuk bunga rosnya kerana masing2 ikut lenggok tangan sendiri walaupun teknik yang diajar sama sahaja.




Kelas tart dan pie yang diadakan pada 19hb Dec 2010. Dihadiri oleh cikgu Rosni dari Kajang, my regula customer dan Wany dari Seksyen 5 BBB. Wany rupanya jiran sebelah lorong aje. Datang kelas baru kenal...



Inilah tart-tart serta apple pie yang dihasilkan. Suka lihat mereka gembira dengan tart yang dihasilkan dan tak sabar nak tunggu kelas brownies bulan Jan 2011 pula.

Insya Allah esok Yati akan updatekan jadual Kelas bulan January 2011 pula.


Friday, 17-Dec-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
GAMBAR KELAS DAN TEMPAHAN

 
 
 
View all 24 photos...
Assalamualaikum teman-teman pengunjung semoga sihat dan ceria selalu.

Lama sungguh Yati tak update fotopages ni. Sebulan di Melaka dulu memang terlalu busy dan tak punya masa untuk update atau menjenguk dapur kawan2. Alhamdulillah Paralimpiad Malaysia XV, Melaka 2010 telah pun berakhir dan Yati pun dah kembali semula ke Bukit Jalil pada 30hb Nov. 1hb Dec dah mula terima tempahan, 5 Dec pun ada yang tempah. Lepas tu Yati cuti seminggu, concentrate buat kelas dan tempahan pula. Alhamdulillah,Syukur pada Allah kerana sentiasa memberikan rezeki yang tak putus-putus padaku. Jom layan gambar kelas dan tempahan.



Kelas ni dah lama dijalankan tapi baru hari ini dapat update. Kelas ini diadakan pada 24 Oktober 2010 dan dihadiri oleh Cikgu Sue dari Kelang, Farah dari Ampang kalau tak silap dan Aini dari Rawang. Sebelum ni Aini pernah belajar kelas tart.



Coklat -coklat yang dipelajari adalah dari jenis couverture dan compound. Banyak yang dapat dihasilkan.



Lebih dari 12 perkara yang diajar termasuk chocolate box



Truffle, chocolate dip deco dengan transfer sheet dan lain-lain.



Ini ialah coklat untuk pertunangan sepupu Yati, Wajiha yang berlangsung pada 6/11/12



50pcs bluebery cheese tart di order oleh Cikgu Rosni



Fruit tartlet ini pun di order oleh Cikgu Rosni.



Chocolate Moist Cake ini ditempah oleh adik K. Ita, jiran Yati untuk Birthday anak lelakinya.



Chocolate pelbagai rasa untuk hantaran pertunangan anak teruna Kak Nisah dari Cheras Baru.



Blueberry Marble Cheese Brownies juga untuk hantaran pertunangan anak kak Nisah. Untuk pertunangan, brownies ini dibuat tebal dan kecil sikit dari biasa iaitu satu setengah adun dan dibakar dalam loyang 9" x 9" x 4". Maaf Kak Nisah tulisan tu pucat sikit warnanya.



Brownies ini pula ditempah oleh Aida jiran depan rumah untuk sambut Birthday anak buahnya. Terima kasih Aida kerana sudi order dari akak.



Kelas cup cake untuk door gift diadakan pada 6hb Dec 2010 dihadiri oleh Cikgu Sue dari Kelang, Farra dari Melaka dan Zalina dari Semenyih. Tiga jenis cup cake di pelajari iaitu orange, vanila dan choc moist cup cake.



Ini pula kelas Brownies yang diadakan pada 7hb Dec 2010 dihadiri oleh Cikgu Sue dari Kelang. Tiga jenis kek yang dipelajari iaitu blueberry marble cheese brownies, chocolate walnut brownies dan carrot cheese cake .Cikgu Sue ni belajar 5 kelas dengan Yati. Terima kasihlah Sue kerana sanggup datang jauh-jauh dari Kelang ke Bangi semata-mata nak belajar. Dari tak tahu jalan kat Bangi sampai dah terror jalan kat Bangi...hehe.



Close up sikit brownies brownies yang dipelajari.




Cheese tart dan brownies ini di tempah oleh suami Fiza yang bekerja di UKM. Katanya nak dijamukan masa mesyuarat nanti.




Kelas cup cake decoration diadakan pada 8hb Dec 2010 dihadiri oleh Cikgu Sue dari Kelang.



Close up sikit hasil tangan Sue. Sebenarnya 16 biji aje kek yang perlu dihias. Memandangkan kek ada lebih dan anak Sue ada dua orang maka Yati suruh aje dia hias cup cake tu supaya anak2nya tak berebut nanti. Cup cake di deko menggunakan buttercream, coklat ganache, fondant dan bunga gumpaste yang dicetak sendiri oleh peserta.


Kek ini adalah tempahan dari Cikgu Rosni untuk hantaran perkahwinan adik sepupunya.




Kelas tart dan pie diadakan pada 10hb Dec 2010 dihadiri oleh Cikgu Sue, Jannah dari Senawang, Elly dari Sri Putra, Azian dari KUIS dan Zalina dari Semenyih. Tart yang dipelajari ialah blueberry cheese tart, fruit tartlet, tart coklat badam, tart kelapa berinti lemon dan apple pie. Banyak juga yang mereka bawa pulang. Semua hasil tu dibahagi lima. Yati anak dan suami dah tak larat nak makan.




Kelas coklat homemade diadakan pada 11hb Dec 2010 dan dihadiri oleh Fara Adam dari Datuk Keramat. Cerita punya cerita, rupa-rupanya Fara ini adalah isteri kepada anak buah bos Yati. Oooh... ini rupanya kerja si Yati ni ya, ambil cuti seminggu rupanya dia buat kelas.....hehe sorry bos!



Inilah coklat-coklat yang dihasilkan. Fara bawa bekas sikit aje jadi coklat-coklat tu ditindih2nya.

Esoknya terima sms dari Fara yang mengucapkan terima kasih atas ilmu yang diberi. "Semua cakap sedap.....dan dan tu juga hubby suruh beli coklat" nak suruh buat banyak-banyaklah tu... Semoga Fara dapat menghasilkan coklat untuk door gift adik iparnya pada hujung minggu ini.



Carrot walnut cake. Dalam loyang lagi. Masih panas untuk dikeluarkan.



Carrot walnut cake yang telah siap diisi dalam bekas plastik. Ini adalah sebahagian dari 70 biji carrot cake yang ditempah



Sebahagian daripada 60 biji chocholate moist cake yang ditempah.

Hospital Pakar An-Nur telah menempah 130biji kek untuk diagihkan kepada petugas-petugas sukarelawan yang bertugas semasa Sunathon Amal 2010 yang dianjurkan oleh Hospital Pakar An-Nur, Masjid Al Hasanah dan Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi. Jenuh juga Yati nak menyiapkan tempahan ini. Yati start baking pukul 8 malam 11hb Dec dan perlu deliver pukul 12 tengahari 12hb Dec 2010. Yati sempat tidur 1 jam aje untuk siapkan tempahan ini. Thanks to my hubby, yang telah menolong memarutkan 8 kg carrot. Yati parut 4 ke 5 biji carrot pun lengan ni dah rasa nak berbuah, inikan pula 8 kg. Thanks again my dear hubby, I really appreciate it. Terima kasih juga pada pihak pengurusan An-Nur yang telah memberi kepercayaan pada Damira Bakery untuk sama-sama turut serta dalam Sunathon Amal 2010.

Sebarang pertanyaan tentang class atau tempahan sila hubungi Damira Bakery:
Yati hp: 0122733214
Email: damira.bakery@yahoo.com


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net