Welcome To DAMIRA FotoPage

By: Hayati Ibrahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Sunday, 14-Nov-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
JADUAL KELAS UNTUK BULAN DECEMBER 2010

Assalamualaikum buat teman2 semua semoga sihat dan ceria selalu.

Yati minta maaf banyak2 kepada mereka-mereka yang tertunggu2 jadual kelas. Yati janji nak keluarkan minggu lepas tapi kesibukan bertugas di Melaka dan kemudahan telekomunikasi yang belum lengkap menjadikan jadual kelas tu tertunda. OK tak payah mukadimah panjang2. Jadual Kelas adalah seperti di bawah.

JADUAL KELAS BULAN DISEMBER 2010.

6/12/10 - Kelas cup cake door gift. Pelajari 3 jenis cup cake iaitu chocolate moist, vanila dan oren cup cake - RM120.00 dari 10.00pagi hingga 1.00 petang.
4 orang satu kelas.

Kelas ditempah oleh:
- Farrah dari Melaka
- Su
- Zalina
-1 kekosongan lagi

7/12/10 -Kelas Brownies- RM180. Kelas dari 10.00 pagi hingga 5.00 petang. 4 orang satu kelas. Pelajari marble cheese brownies, Chocolate walnut brownies dan carrot slice dengan cream cheese topping. Kelas ditempah oleh:
- Su
- 3 Kekosongan lagi

8/12/10 - Kelas Tart dan Pie - RM150. Kelas dari 9.30 pagi hingga 6 petang. 4 orang satu kelas. Apa yang dipelajari sila buka link di sebelah kiri. Kelas telah ditempah oleh:
-Maizatul
-Su
-2 kekosongan lagi.

10/12/10 - Kelas Tart dan Pie - RM150[/b]. Kelas dari 9.30 pagi hingga 6 petang. 4 orang satu kelas. Apa yang dipelajari sila buka link di sebelah kiri. Kelas telah ditempah oleh:
-Jannah dari Senawang
-Elly Sri Putra
-Azian
-Zalina
(kelas dah penuh)

11/12/10- Kelas cup cake decoration - RM150. Kelas dari 9.30 pagi hingga 6 petang. 4 orang satu kelas. Apa yang dipelajari sila lihat di link sebelah kiri. Kelas ditempah oleh:
- Su
- 3 kekosongan lagi

12/12/10- Kelas Chocolate Homemade - RM250.
Belajar menggunakan coklat couverture jenis SICAO, coklat compound jenis Selbourne, Van Houten dan Beryl's. Pelajari lebih 15 jenis coklat termasuk coklat box dan ganache untuk coklat paraline.
Peralatan membuat coklat disediakan dan boleh dibawa balik oleh peserta kursus. Peralatan yang disediakan ialah food warmer, stainless steel bowl, chocolate mould, chocolate box, spatula and piping bag. Kelas dari 9.30 pagi hingga 6 petang. 3 orang satu kelas.
Kelas ditempah oleh:
- fara Adam
- 2 kekosongan lagi

18/12/10- Kelas kek chocolate Mousse dan hiasan bunga ros dari chocolate ganache- RM250. Kelas dari 9.30 pagi hingga 6.00 petang. 2 orang satu kelas. Apa yang dipelajari sila lihat di link sebelah kiri. Kelas telah ditempah oleh:
-Farrah dari Melaka
-Nani
(Kelas dah penuh)

19/12/10 - Kelas Tart dan Pie - RM150. Kelas dari 9.30 pagi hingga 6 petang. 4 orang satu kelas. Apa yang dipelajari sila lihat di link sebelah kiri. Kelas
telah ditempah oleh:
-Cikgu Rosni
-Kak Wany
(2 kekosongan)

25/12/10 Kelas kek chocolate Mousse dan hiasan bunga ros dari chocolate ganache- RM250.[/b] Kelas dari 9.30 pagi hingga 6.00 petang. 2 orang satu kelas. Apa yang dipelajari sila lihat di link sebelah kiri. Kelas telah ditempah oleh:
-Noriza
-Hamidah dari Putrajaya
(Kelas telah penuh)

26/12/10 Kelas Anika Muffin - RM 150. Kelas dari 9.30 pagi hingga 5 petang. 4 orang dalam satu kelas. Apa yang dipelajari sila lihat di link sebelah kiri.


Sesiapa yang berminat untuk menghadiri kelas di atas sila daftar dahulu melalui sms atau email untuk booking tempat. Seminggu sebelum kelas anda perlu sahkan kehadiran anda dengan membayar deposit ke:
Akaun maybank : 112026647589
Akaun Penerima: Nor Hayati Ibrahim

Deposit untuk kelas coklat homemade dan chocolate mousse cake dengan hiasan bunga ganache ialah RM100.00. Lain2 kelas depositnya RM50.00.

Kelas akan diadakan di No 14, Jalan 5C/9, Seksyen 5, Bandar Baru Bangi

Sekiranya ada sesiapa berminat untuk belajar selain dari perkara di atas bolehlah hubungi Yati. Jadual boleh diatur semula.

Sebarang pertanyaan tentang class atau tempahan sila hubungi Damira Bakery
Yati hp: 0122733214
E-mail: damira.bakery@yahoo.com

[b]


Monday, 1-Nov-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
GAMBAR-GAMBAR TEMPAHAN

 
 
 
View all 20 photos...
Assalamualaikum teman2 semua semoga sihat dan ceria selalu.
Lama dah yati tak update. Busy sangat2. Countdown untuk Paralimpiad Malaysia ke-15, Melaka 2010 tinggal 21 hari sahaja. Ini pun curi2 masa lunch.
Jom tengok tempahan sepanjang 2 minggu lepas.


Biasanya Yati buat carrot walnut cake dalam bentuk loaf. Ada yang request dalam cup. Inilah rupanya carrot walnut cup cake. Rasanya memang sedap sama aje macam bakar dalam bentuk loaf.



Blueberry marble cheese brownies masih menjadi kegemaran ramai. Tempahan dari Staf An-Nur.




Cheese tart pula masih menjadi top demand. Tempahan dari Azah West Country.



Tempahan dari Jah, kawan semasa sama belajar dulu .



Tempahan dari Sue Meditop


Tempahan dari staf An-Nur



Tempahan dari Staf An-Nur


Permintaan dari adik Yati untuk dibawa berkelah kat Sg. Congkak


Ini pun request dari adik Yati.


Tempahan Maizatul dari Bdr Sri Putra


Satu kotak ditempah oleh Maizatul dan 3 kotak lagi dari staf An-Nur.


Tempahan dari Jah kawan Yati


Vanila cup cake masih dalam oven. tempahan dari Syura untuk door gift perkahwinan adiknya yang berlangsung semalam, 31 oktober


Kotak-kotak yang siap dilipat untuk tempahan Syura. Terima kasih pada suami dan anak Yati kerana tolong lipat kotak tu.


200pcs cup cake siap diisi dalam kotak.


Blueberry marble cheese brownies untuk hantaran perkahwinan adik Syura.


2 kotak cheese tart ini juga ditempah oleh Syura. Sebahagian untuk hantaran dan sebahagian untuk makan2 katanya.


Black Forest cake seberat 2.3kg ini ditempah oleh Miza untuk anaknya. Anaknya yang suka sangat dengan gambar tu. Bila datang ambik kek tersenyum lebar Adam tengok kek dengan character kegemarannya.



Ini lapisan bawah kek span sebelum di sapu whipping cream



Inilah rupa bahagian dalam kek Black Forest untuk birthaday Adam tu. Atas sponge cake tu disapu dengan whipping cream, jus cherry dan buah cherry tutup semula dengan whipping cream dan akhir sekali letakkan sponge cake atas whipping cream tu.
Petang semalam dapat sms dari Miza, "tks sebab buatkan kek yng sedap untuk birthday Adam. Semua kata sedap...So next year saya order lagi ya."
Syukurlah kalau sedap. Terima kasih Miza sebab sudi order dari akak.

Untuk makluman semua, tempahan untuk bulan November tidak dapat Yati penuhi kerana Yati bertugas di Melaka. Tempahan dan Kelas baking akan start semula pada bulan Disember. Minta maaf pada mereka yang tempahannya dan permintaan kelas yang tak dapat Yati penuhi untuk November ini.

Sebarang pertanyaan tentang class atau tempahan sila hubungi Damira Bakery:
Yati hp: 0122733214
Email: damira.bakery@yahoo.com


Monday, 11-Oct-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
TEMPAHAN-TEMPAHAN

 
 
 
View all 23 photos...
Assalamualaikum teman-teman pengunjung semoga semuanya sihat dan ceria selalu.
Kesibukan yang melanda menyebabkan Yati tak sempat nak update dan menjenguk rumah teman2. Sekejap di Melaka dan sekejap di KL begitulah keadaan Yati hingga akhir November nanti. Dalam kesibukan itu, sempat juga menerima tempahan . Kalau Yati kat KL Yati terima tempahan tapi kalau masa tu bertugas di Melaka terpaksalah tolak. Anyway, kalau nak buat tempahan boleh call/sms. Yati akan feedback samada boleh terima tempahan atau tidak. Jom jamu mata dengan tempahan2 yang yati himpunkan sepanjang 2 minggu ini.





500pcs vanila cup cake dan 500pcs chocolate moist cup cake di order oleh kak Asmah jiran sebelah rumah untuk perkahwinan anaknya Adlin pada 2hb.10.2010. Terima kasih kak Asmah sebab sudi order ngan Yati. Terima kasih juga pada Fiza dari Kajang yang sudi nak tolong Yati buat kek-kek ini kerana pada masa yang sama juga Yati ada menerima tempahan pertunangan dari Putrajaya. Kalau tak ada Fiza, kelam kabut dibuatnya.



Inilah tempahan Kak Badiah dari Putrajaya untuk majlis pertunangan anaknya pada 2hb 10.2010.



Tema warna pink. Bab nak tulis-tulis atas kek ni Yati memang tak pass. Tangan menggeletar. Hasilnya tulisan tak cantik. Minta maaf banyak2 kak atas segala kekurangan. Lepas ni Yati kena praktis selalu.



Mixed fruit cake dalam kotak untuk tetamu.



Bakul yang diisi dengan 6 jenis biskut raya sebagai hantaran pertunangan.



Blueberry Marble Cheese Brownies tempahan dari Dr. Sidi dan staff An-Nur. Sorry dah tak ingat sapa yang order.



Mixed flavor cheese tart ditempah oleh Fiza An-Nur untuk kakaknya



Tempahan dari suami Fiza untuk majlis hari raya di pejabatnya di UKM.



Selang dua tiga hari Fiza call nak tempah lagi MCB untuk jamuan hari raya lorong rumahnya pula. Terima kasih pada fiza dan suami kerana memberi sokongan pada bisness akak ni.



Cheese Brownies tempahan Suraya untuk birthday anaknya. Anak2nya tak suka blueberry jadi cheesenya kosong sajalah.


Suji badam tempahan Suraya. Raya hari tu dah order ni order lagi sebab anak2nya suka sangat suji badam.



Carrot walnut cake tempahan Suraya juga. Sebenarnya pada hari yang sama Suraya tempah Cheese brownies sebiji , carrot walnut cake 2 biji dan kek oren 2 biji untuk birthday anaknya. Kek oren terlupa pula nak ambil gambar.



Cheese tart tempahan Yati dari An-Nur untuk dibawa balik ke kampungnya







100pcs cheese tart ini di order oleh Dr. Azrul untuk jamuan hari raya di An-Nur. Thanks Dr.



Carrot Walnut Cake order dari Wawa untuk jamuan hari raya di An-Nur.



MCB ini, di order oleh staff An-Nur 2 biji MCB ini pun untuk jamuan hari raya di An-Nur dan lagi 2 biji untuk di bawa balik ke rumah







300pcs cup cake ini di order oleh Nik untuk Anniversary Hicom 25 tahun. Thanks Nik.



MCB ini ditempah oleh kawan suami Fiza dari UKM.

Dah lama Yati tak berkongsi resepi. Insya Allah next entry yati share resepi ya.

Sebarang pertanyaan tentang class atau tempahan sila hubungi Damira Bakery:
Yati hp: 0122733214
Email: damira.bakery@yahoo.com


Monday, 27-Sep-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
TEMPAHAN DAN GAMBAR KELAS TART

 
 
 
View all 18 photos...

Bluebery Cheese Brownies masih mendapat sambutan ramai. Brownies ini ditempah oleh jiran-jiran Yati iaitu Yus dan Kak Na. Anybody else interested?. Promosi bulan Syawal, RM35 sahaja untuk size 10" x 10". Lepas Syawal harganya RM38.


Cheese tart tempahan dari cikgu Rosni.





150pcs choc. moist cup cake dengan deco bunga simple untuk perkahwinan adik sepupu cikgu Rosni di Melaka.


Cheese tart ini pun dari Cikgu Rosni untuk adik bongsunya di Melaka.





Assorted homemade chocolate untuk hantaran perkahwinan adik sepupu cikgu Rosni. Dalam kotak kecil tu saja ditempah untuk keluarga cikgu Rosni merasa homemade coklat.



Kotak coklat ini disediakan sendiri oleh cikgu Rosni. Yati cuma masukkan coklat dalam kotak sahaja.



Cheese tart ini ditempah oleh Nor staf An Nur yang juga merupakan jiran satu lorong dengan Yati.



Marble cheese bownies ini ditempah oleh seorang doktor dari Seremban yang mana beliau juga adakalanya bertugas di An Nur . Maaf namanya tak ingat.



Yati membawa pot luck cheese tart semasa jamuan hari raya yang diadakan untuk semua penghuni yang tinggal di lorong rumah Yati. Nasyrah kata sedap sangat kak cheese tart tu lalu ditempahnya.



Nasyrah juga memperkenalkan cheese tart tu kepada kawannya. 30 biji cheese tart ini ialah tempahan dari kawan Nasyrah.



2 biji choc. moist cake tu ialah dari Mas, kawan cikgu Suraya. Alhamdulillah, customer Yati berkembang apabila customer-customer yang dah makan kek-kek yati merkenalkan pula kepada kawan-kawan mereka yang lain. Terima kasih semua atas sokongan yang diberi.

2 biji carrot walnut tu pula ditempah oleh staffs An Nur.

Jom lihat pula gambar-gambar semasa kelas tart dan pie yang diadakan pada 26hb September 2010.





Kelas tart dan pie ini telah dihadiri oleh Janah dari Cheras dan Nani dari Shah Alam.

4 jenis tart dan 1 jenis pie yang diajar iaitu:-

1. Cheese tart dengan pelbagai flavor
2. Fruit tartlet
3. Tart coklat badam
4. Tart kelapa berinti lemon
5 Apple pie.


Ini bekas milik Janah. Tak cukup bekas nak isi tart dan pie. Terpaksa mix dan bertindih dalam satu bekas. Esoknya dapat feedback dari Janah, " kak cheesetart semalam tu sedap kak, thx ye kak"



Close up sikit apple pie. Bekas ini milik Nani. Nani tak suka kulit kayu manis dan Janah pula tak kisah. Akhirnya kata sepakat diambil untuk letak sedikit aje serbuk kayu manis iaitu 1/8 sudu sahaja. Lepas kelas terima sms dari nani "....tart-tart tu memang sedap, apple pie pun sedap lah, kita jadi suka pula makan sebab tak rasa sangat kayu manis. Anak kita lagi la, semua tart dirasa...katanya sedaplah ibu". Itulah feedback yang Yati dapat dari Nani



Bekas ini pun milik Nani. Shell warna coklat tu saja je guna untuk cheese tart sebab mereka nak rasa shell untuk tart coklat tapi fillingnya cheese. Bukan hangus tau tapi memang warna coklat sebab letak koko....

Sebarang pertanyaan tentang class atau tempahan sila hubungi Damira Bakery:
Yati hp: 0122733214
Email: damira.bakery@yahoo.com


Monday, 20-Sep-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
KELAS BAKERY DAN TEMPAHAN

 
 
 
View all 4 photos...
Sebenarnya ramai yang bertanya melalui e-mail dan sms tentang kelas. Bila nak diadakan lepas raya ni? Yati sebenarnya dalam dilema.... Yati dapat maklumat dari boss yang kami kena pindah ke Melaka. Sekretariat teknikal untuk Sukan Paralimpiad Malaysia ke 15 akan beroperasi di Stadium Hang Jebat . Sukan Paralimpiad akan di adakan pada 21-26hb November 2010 dan Melaka menjadi tuan rumah. Maknanya selama 2 bulanlah kena bertugas di Melaka. Disember baru balik Bukit Jalil semula. Oleh yang demikian bagi tidak menghampakan pelajar2 yang memang beriya2 nak belajar maka Yati akan mengadakan tiga buah kelas lagi sebelum berhijrah sementara ke Melaka.
Kelas-kelas yang akan diadakan ialah:

25hb Sept - kelas cup cake untuk door gift tanpa hiasan (RM120) -kelas bermula dari pukul 2.30 petang hingga 6.00petang. Pelajari 3 jenis cup cake iaitu choc moist cup cake, vanila dan oren cup cake. Deposit sebanyak RM50.00 perlu di bank in sebelum class.

26hb Sept - kelas tart dan pastri (RM 150) - kelas bermula dari 9.30 pagi hingga 5 petang atau hingga selesai. Tart yang dipelajari ialah blueberry cheese tart, fruit tartlet, tart coklat, tart kelapa berinti lemon dan apple pie. Deposit sebanyak RM50.00 perlu di bank in sebelum class.

3hb Oct - kelas homemade coklat (RM250) - kelas bermula dari 9.30 pagi hingga 6 petang atau hingga selesai. Peralatan membuat coklat seperti food warmer, stainless steel bowl, spatula, chocolate mould, piping bag dan chocolate box diberikan secara percuma. Deposit sebanyak RM100.00 perlu di bank in sebelum class.

Untuk kelas-kelas lain Yati tak berani nak janji dulu. Kalau ada kelapangan pada bulan Oct dan Nov nanti yati akan inform kemudian.

Sesiapa berminat bolehlah hubungi yati di talian 012-2733214 dan confirmation dikira selepas membayar deposit. Kelas diadakan di rumah Yati, No 14, Jalan 5C/9, Seksyen 5, Bandar Baru Bangi.


Jom layan pula gambar2 tempahan last week.


100pcs coklat moist cup cake tempahan Asiah dari Shah Alam untuk pertunangan adik iparnya.


Ini juga tempahan dari Asiah. 100pcs cheese tart. Terima kasih Asiah kerana sudi datang dari Shah Alam ke Bangi untuk ambik tempahan, dua hari berturut2 pula tu.


Marble Cheese brownies pula tempahan dari Kak Syam An Nur. Dapat feedback dari suami yang kak Syam kata sedap! Thanks kak Syam


Ini pula kek buah kukus tempahan dari Miza. Masa raya tu Miza dah tempah sebiji. Katanya ayahnya suka sangat makan sebab dia request jangan buat manis sangat. Lepas raya Miza tempah lagi . Terima kasih Miza. Maaf atas segala kekurangan.


Untuk tempahan atau pertanyaan mengenai kelas, sila hubungi:
Damira Bakery
Yati: 012-2733214


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net