Welcome To DAMIRA FotoPage

By: Hayati Ibrahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Friday, 17-Sep-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
TEMPAHAN SEBELUM DAN SELEPAS RAYA

 
 
 
View all 7 photos...
Assalamualaikum teman2 pengunjung semua. Tidak terlewat rasanya untuk Yati mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin. Hari tu tak sempat nak ucap dan Yati pun cuti 2 hari awal. Sibuk dengan tempahan cookies, kek, brownies dan cheese tart.
Punyalah kalut menyiapkan tempahan sampai banyak gambar tak sempat ambik sebab customer dah dok tunggu. Jom layan apa yang yati sempat ambil.


Tempahan dari Sue Meditop untuk bawa balik kampungnya di Kelantan


Tempahan dari kawan2 cikgu Rosni


Close up skit gambarnya. Kek marble, kek carrot walnut dan chocolate moist cake.


Carrot walnut cake tak kurang juga peminatnya. Order dari Shah Alam, maaf lupa nama,
Fairus dari Seremban dan kak Siti di Bukit Jalil.


Blueberry Marble Cheese Brownies, tempahan semuanya dari staf Hospital Pakar An Nur


Ini pula tempahan lepas raya dari staf An Nur juga.


Ini tempahan dari Dr. Razman. Terima kasih doktor sudi order dari saya.


Friday, 3-Sep-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
Cup Cake Orang Lidi dan Lain-lain Tempahan

 
 
 
View all 5 photos...
Salam buat semua teman2 semoga terus sihat dan ceria meneruskan ibadah puasa yang hampir ke penghujungnya.

Malas nak cerita panjang. Layan ajelah gambar-gambar ya!



30pcs cup cake orang lidi ini ditempah oleh Nurul dari Nilai. Nurul nakkan kelainan dalam decoration. Nurul minta Yati lukis orang lidi dan camera. Cup cake ini untuk majlis buka puasa yang diadakan Nurul untuk keluarganya. Itu ajelah yang mampu Yati lukis. Risau juga nak serahkan pada Nurul. Lega bila Nurul kata, OKlah tu kak, comelnya.
TQ Nurul !


Inilah sebahagian daripada tart nenas yang disiapkan masa cuti merdeka hari tu. Ada lagi 1000pcs yang nak dibuat weekends ni...huhuhu. Ini semua order dari regular customer yang memang tiap2 tahun order. Itupun banyak yang ditolak tempahannya kerana tahun ni Yati tak dapat ambil cuti bulan puasa ni.


Ini pula tart nenas yang nak dihantar kepada pengedar untuk deliver area Putrajaya.


70 pcs kek buah yang diorder oleh Lisa. Untuk function apa tak tanyalah pula. Terima kasih ya Lisa.


Close up sikit . Bekas kek ini bukan kertas. Sebenarnya bekas tu ialah bekas untuk coklat.


Sebarang pertanyaan tentang class atau tempahan sila hubungi Damira Bakery:
Yati hp: 0122733214
Email: damira.bakery@yahoo.com


Friday, 27-Aug-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
KELAS HOMEMADE CHOCOLATE DAN TEMPAHAN

 
 
 
View all 9 photos...
Assalamualaikum buat semua teman2 yang sudi berkunjung ke sini. Semoga di hari Jumaat yang mulia ini dan hari ini juga hari Nuzul Quran kita dapat mempertingkatkan amalan kita dan Ramadhan kita pun hampir masuk ke phasa ke 3. Insya Allah kita akan beroleh keberkatan.

Hampir 2 minggu Yati tak mengupdate FP. Kesibukan kerja yang melanda menyebabkan tak sempat nak update dan menjenguk blog dan fotopages kawan2.
22hb Ogos adalah kelas terakhir dalam bulan puasa. Kelas tersebut ialah kelas coklat yang dihadiri oleh dua orang peserta iaitu kak Jahlelawati dari Putrajaya dan Intan dari Cheras. Beria2 mereka nak belajar buat coklat walaupun dalam bulan puasa kerana mereka nak buat coklat untuk hari raya.


Inilah dia peserta kelas coklat. Kak Jah bersama anaknya dan Intan berposing dengan coklat2 yang dihasilkan.




Close up sikit apa yang mereka pelajari. Masing2 dah sibuk nak balik semua bekas dah bertutup, gambarpun nampak kelabu sikit.

Yati bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan. Walaupun dalam bulan Ramadhan ini, ada juga yang menempah cheesetart dan kek.



60 biji cheesetart order dari Sue meditop untuk kawannya yang nak bawa balik ke Johor. Memang ramai peminat cheese tart ni ya.



Kek buah kukus ini order dari Faezah dari Langkap Perak. Faezah yang tinggal di Kuching balik bercuti ke kampung halamannya mengidam nak makan kek buah kukus. Dihantar menggunakan pos laju, alhamdulillah selamat sampai ke tangan Faezah. Terima kasih juga pada Faezah kerana sudi berkongsi resepi kek dengan akak.


30 pcs homemade coklat berintikan almond order dari Suraya


30pcs homemade coklat berintikan hazelnut order dari Suraya


50pcs chocolate cornflakes, 7 pcs chocolate Oreo dan 100pcs batang buruk order dari Suraya


50 pcs tart nenas gulung order dari Suraya. Semua order2 dari Suraya ni bukan untuk raya tau tapi untuk anak2nya makan lepas habis terawih.

Tempahan tart nenas dan suji badam untuk raya belum buat lagi. Cuti hujung minggu dan merdeka ni nak siapkan semua tempahan tu.


Friday, 13-Aug-2010 04:13 Email | Share | | Bookmark
KOLEKSI HAMPER RAYA 2010

 
 
 
View all 6 photos...
Hari ini Yati nak update tentang hamper raya 2010 dari Damira Bakery. Orang lain awal2 dah iklan, Yati ni baru terhegeh2 nak buat. Apa2 pun jom jamu mata.




Code: HR101
Harga: RM120.00

Dipersembahkan dengan bakul mengkuang bertangkai kulit:
1. Golden Coconut - 25pcs
2. Tart Nenas Gulung - 20pcs
3. Almond Cookies - 25pcs
4. Chocolate Cluster-12pcs




Code: HR102
Harga: RM150.00

Dipersembahkan dengan bakul mengkuang bertangkai 2:
1. Almond Cookies - 25 pcs
2. Golden Coconut - 25pcs
3. London Cookies - 25 pcs
4. Tart Nenas Gulung-20 pcs
5. Chocolatechip Cookies - 20pcs
6. Homemade Chocolate in a box - 6 pcs



Code: HR103
Harga: RM150.00

Dipersembahkan dengan bakul anyaman buluh:

1. Almond Cookies - 25pcs
2. London Cookies - 25pcs
3. Golden Coconut - 25pcs
4. Tart Nenas Gulung -20 pcs
5. Suji Badam - 30 pcs
5. Chocolate Cluster-12 pcs



Code: HR104
Harga: RM200.00

Dipersembahkan dengan bakul mengkuang bujur bertangkai 2

1. Tart Nenas Gulung - 50 pcs
2. London Cookies - 50 pcs
3. Suji Badam -30pcs
3. Almond Cookies - 25pcs
4. Golden Coconut - 25 pcs
5. Chocolate Cluster- 12 pcs
6. Homemade Chocolate - 9 pcs



Pandangan dari bahagian depan


Pandangan dari bahagian belakang.

CODE:HR106
Harga: RM 350.00

1. Sparkling Juice
2. Tart Nenas Gulung - 50 pcs
3. London Cookies -50 pcs
4. True Love - 50 pcs
5. Suji Badam - 50 pcs
6. Chocolate chip cookies - 25 pcs
7. Golden Coconut - 25 pcs
8. Homemade Chocolate - 9pcs


Perhatian:
1. Customer boleh buat pilihan cookies yang dikehendaki
2. Damira Bakery berhak menukar jenis cookies sekiranya cookies yang disenaraikan kehabisan stok.
3. Sekiranya berminat sila buat tempahan awal
4. Delivery ke sekitar Kajang, Bangi adalah percuma. Delivery ke area lain, kos penghantaran dikenakan mengikut jarak


Sebarang pertanyaan tentang class atau tempahan sila hubungi Damira Bakery:
Yati hp: 0122733214
Email: damira.bakery@yahoo.com



Thursday, 12-Aug-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
Kelas Cup Cake Decoration dan Tempahan Minggu Lepas

 
 
 
View all 13 photos...
Assalamualaikum buat semua teman2 semoga kita terus sihat untuk meneruskan ibadah di bulan Ramadhan ini.

Minggu lepas iaitu 8/8/10, ada dua orang peserta yang mengikuti kelas cup cake decoration. Sebahagian cup cake telah Yati siapkan terlebih dahulu dan sebahagian lagi dibancuh dan bakar di dalam kelas. Bagi student yang baru nak berjinak2 dgn dunia baking, mereka nak lihat cara kek diadun dan dibakar. Sementara menunggu kek masak pula, mereka ditunjuk ajar cara2 menerap gumpaste untuk membuat daun, bunga2 kecil dan rama2. Daun, rama2 dan bunga2 ini sempatlah kering/keras pada waktu petang untuk digunakan sebagai hiasan pada cup cake. Buttercream juga dibancuh di dalam kelas supaya student lihat sendiri macamana nak adun buttercream. Jom layan gambar.

Shaza dari Nilai dan Kak Mai dari Putrajaya dengan hasil deko masing2.




Close up hasil deko kak Mai



Close up hasil deko Shaza


GAMBAR-GAMBAR TEMPAHAN



Tempahan dari sister Rafeah.




Repeat order dari Marzita. Campuran blueberry, strawbery dan kiwi cheese tart untuk majlis kenduri di rumah kakaknya.



Blueberry Marble Cheese Brownies ini juga untuk Marzita bawa ke rumah kakaknya



40 boxes of 2 pcs homemade chocolate in a box berintikan badam dan strawberry ganache untuk Suraya.



Anak2 Su kata, Ma sedapnya macam coklat cadbury! Su order lagi coklat2 tu tapi tak sempat buat lagi. Nanti ya Su



Ini pula tempahan dari cikgu Rosni. 2 biji kek buah kukus, 2 biji kek marble , 3 biji kek carrot walnut dan 25pcs cheese tart. Cikgu Rosni feedback kek2 dan cheese tart tu semua kata sedap. Cikgu Rosni awal2 dah submit order untuk raya dan majlis lepas raya, takut jadual Yati penuh katanya.







Cup cake dengan edible image bendera Malaysia di order oleh Mona dari Horizon Club.
Edible image tu ditempah. First time tempah edible untuk cup cake. Ingatkan akan dapat macam jual kat bakery rupanya kena potong sendiri bulatan tu. Nasib baik 96pcs aje kalau 1000 tak ke jenuh nak potong...huhu

UPDATE UNTUK KELAS
22/8/10 - Kelas home made coklat (RM250) - 1 kekosongan lagi
-Jalelawati
-Intan

Kelas start 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Kelas diadakan di 14, Jalan 5C/9, Seksyen 5, Bandar Baru Bangi.

Sebarang pertanyaan tentang class atau tempahan sila hubungi Damira Bakery:
Yati hp: 0122733214
Email: damira.bakery@yahoo.com


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net