Welcome To DAMIRA FotoPage

By: Hayati Ibrahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 10-Aug-2010 06:12 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT BERPUASA

Assalamualaikum buat semua pengunjung.

Hasrat hati nak update fotopages tapi masa dan keadaan tak mengizinkan. Memang banyak gambar nak dikongsikan bersama tapi tunggulah sehari dua ini. Hari ini Yati sekadar nak mengucapkan Selamat Berpuasa, esok kita umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan . Sempena itu Yati memohon ribuan kemaafan sekiranya ada kata2 atau perbuatan yang menyinggung perasaan secara disedari atau tanpa disedari.
Semoga Ramadhan kali ini disempurnakan lebih baik dari tahun-tahun lepas.
SELAMAT BERPUASA!



Tuesday, 3-Aug-2010 08:05 Email | Share | | Bookmark
KELAS HOMEMADE COKLAT, TEMPAHAN DAN UPDATE TENTANG CLASS

 
 
 
View all 8 photos...
Salam buat semua teman2 yang sudi berkunjung ke sini semoga kita semua sihat dan ceria selalu.

Rasanya lama juga yati tak update. Bukan apa, dua minggu kebelakangan ni sibuk dengan pelbagai aktiviti kerja hingga hujung minggu pun sibuk bekerja hingga adakalanya balik pun dah lewat malam. Itulah commitment yang perlu diberikan kalau kita ni bekerja makan gaji.

Oklah tak payah cerita panjang, jom layan gambar2 kelas dan tempahan.




Kelas coklat 8/8/10 dihadiri oleh Anisah dari Bandar Baru Bangi dan Shima dari Puchong. Sebelum ini Anisah telah mengikuti kelas cup cake decoration, kali ini kelas coklat pula.



Inilah coklat2 yang dihasilkan oleh Anisah dan Shima menggunakan coklat couverture dan compound dari pelbagai brand coklat iaitu Sicao, Selborne, Beryl's dan Van Houten.



Cheese tart tempahan dari Fatin, Hentian Kajang. Fatin request mix flavor iaitu blueberry, strawbery dan kiwi. Fatin juga request love di deko atas cheese tart itu. Itulah hasilnya.



Blueberry cheese tart ini ditempah oleh Marzita kawan sekerja my hubby untuk jamuan masa meeting. Dah dua tahun yati buat bissness ni, inilah kali pertama my hubby bawa balik order....hehe. Suami Yati ni bab-bab berniaga macam ni memang dia malu dan tak tahu nak promote.



Lepas makan cheese tart yang diorder oleh Marzita masa meeting, bossnya pula nak order 25pcs cheese tart untuk dibawa pulang ke rumah. Dapat feedback yang keluarganya pun suka. Terima kasih boss kerana sudi order. Lain kali boleh order lagi.



Ini pula carrot walnut cake yang ditempah oleh Suraya, jiran depan rumah. Suraya ni memang penggemar kek carrot. Dah berpuluh dia order tapi selalu aje lupa snap gambar sebab dia ambil awal pagi sebelum gi sekolah. Bila kelam kabut memang tak sempat ambil gambar. Kek carrot ni lembut, moist, tak manis sangat dan tak jemu nak makan.





Ini pula hamper2 untuk tahun ini. Sebenarnya ada beberapa design lagi .
Kalau dah siap semuanya nanti yati update lagi.


INFORMATION TENTANG KELAS

8/8 Kelas cup cake decoration (RM150) - masih ada kekosongan
-Shaza
-Maimunah

22/8 Kelas homemade coklat (RM250) - 2 kekosongan
- Jahlelawati (maaf kalau salah eja nama)


Kelas akan diberhentikan buat seketika dan bersambung semula selepas raya.

Kelas diadakan di 14, Jalan 5C/9, Seksyen 5, Bandar Baru Bangi.

Sebarang pertanyaan tentang class atau tempahan sila hubungi Damira Bakery:
Yati hp: 0122733214
Email: damira.bakery@yahoo.com


Thursday, 22-Jul-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
TEMPAHAN

 
 
 
View all 6 photos...
Salam buat semua.

Ingatkan semalam boleh update cerita tempahan yang tertunda tu. Semalam sibuk sangat sampai tak sempat update. So hari ini layan ajelah gambar2 tempahan tu ya.


Coklat Mufin ini tempahan dari Kak Norina dari Taman Melati Setapak. Kak Ina mahukan muffin yang dibakar dalam cup jenis tu.


Muffin coklat sebanyak 700pcs ini diisi dalam kotak gold. Kerja2 melipat kotak ini pun mengambil masa.







50 pcs cc vanila , 50 pcs cc coklat moist dan 100pcs blueberry cheese tart dalam kotak gold ditempah oleh Safura untuk majlis pernikahannya. Thanks ya safura.



BCT ini diorder oleh Sue MEDITOP my regular customer. Thanks Sue.


Tuesday, 20-Jul-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
KELAS TART & PIE DAN TEMPAHAN

 
 
 
View all 12 photos...
Salam buat semua teman2 pengunjung semoga kita semua sihat selalu dan didalam peliharaanNYA.

Hari ini Yati nak update tentang class yang diadakan pada hari Ahad lepas. Kelas cup cake yang sepatutnya diadakan pada hari Sabtu lepas terpaksa dibatalkan kerana Yati tak sihat. Student yang mendaftar untuk class cup cake tu 6 orang tapi hari jumaat tu tinggal 2 orang saja. Cancellation dibuat lagi sehari dua nak ada kelas. Yati batalkan kelas bukan sebab tinggal 2 orang tapi sebab memang tak berdaya lagi. Kalau Yati sihat , seorang pun Yati buat class juga. Memang Siti Rozana dan Shaza kecewa tapi apakan daya akak. Class cup cake akan datang ialah pada 8/8. Shaza memang dah minta daftarkan namanya. Lepas ni, confirmation untuk class hanya pada yang bayar deposit sahaja. Bukan apa, ramai yang tanya class, bila dah cukup orang Yati informlah class dah penuh. Bila cancellation dibuat pada saat2 akhir mana nak cari pengganti dan kasihan pada orang yang beria2 benar nak belajar tapi diberitahu class dah penuh. Maaflah membebel pula Yati kat sini.

Berbalik pada class tart & pie. Ahad lepas merupakan class pertama untuk class tart dan pie yang Yati buat. Berdebar juga first time buat class tart & pie ni. Alhamdulillah class yang dihadiri oleh 3 orang berjalan lancar. Jom layan gambar2 tart yang dibuat.



Kelas ini dihadiri oleh kak Rozi dari Cheras, Aini dan Hafis, pasangan suami isteri dari Rawang. Ada empat jenis tart yang dipelajari dan 1 jenis pie iaitu;
1. Blueberry Cheese Tart
2. Fruit Tartlet
3. Tart Coklat Badam
4. Tart Kelapa Berinti Lemon
5. Pie Epal



Blueberry Cheese Tart yang memang terkenal kesedapannya dan kesukaan ramai orang.



Fruit tartlet yang ada buah2an tertenggek atas kastard. Packing tu dah bercampur ngan tart lain. Banyak sangat tart yang nak dibawa balik hingga tak cukup bekas...





Yang warna coklat tu tart coklat badam. Bila tergigit badam panggang dan gabungan coklat dan shellnya yang crunchy tu.....sedaaap!



Yang ini pun sedap juga. Tart kelapa berinti lemon. Harum dan sedap rasa inti lemon dengan gabungan kelapa yang garing memang sedap dimakan.



Ini pula pie epal. Hafis kata intinya rasa macam yang Mc D punya. Pastrynya jenis yang garing. Penggemar Apple pie pasti menyukai rasanya.

Dalam kelas ini Yati tidak menggunakan resepi pastry yang sama untuk semua jenis tart.
Yati menggunakan resepi tart shell yang berbeza untuk semua jenis tart.

Mereka membawa balik begitu banyak pie dan tart dan sempat mengagihkan pada kawan2 dan saudara. Semalam dapat SMS dari Aini bertanyakan harga tart, dah ada yang tanya katanya. Cepat betul buat promosi...

Oklah, tak sempat nak bercerita tempahan minggu lepas. Esok aje Yati sambung tentng tempahan dan update tentang class bulan ogos.


Tuesday, 13-Jul-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
KELAS DAN TEMPAHAN

 
 
 
View all 10 photos...
Salam buat semua teman2 pengunjung. Hari ini yati nak update tentang class chocolate minggu lepas yang diadakan pada 10/7 dan 11/7. Kelas 10/7 sepatutnya 3 orang tapi seorang telah meminta kebenaran nak tukar ke kelas chocolate mousse cake pada 7/8.
Jom layan hasil2 tangan mereka.



Kelas 10/7 dihadiri oleh Farahana dari Merlimau Melaka. Excited nak buat chocolate dan dah siap beli bahan2 nak buat chocolate sebab kat Melaka nanti susah nak cari bahan.



Close up sikit hasil tangan Ana. Untuk kelas kali ini yati tambah lagi satu jenis chocolate iaitu chocodate. Kebetulan buah kurma ada maka yati tunjukkanlah cara nak buatnya. Untuk kelas yang lepas2 yati hanya terangkan secara teori sahaja macamana nak buat chocodate itu. Jangan marah ya my previous students.




Kelas 10/7 juga dihadiri oleh Kak Rozi yang begitu awet muda. Anak2nya semua dah masuk kolej dan universiti. Bila anak2 dah besar kak Rozi rasa boring itu yang datang belajar ni. Kak Rozi juga daftar untuk kelas cup cake dan kelas tart dan pie pada hujung minggu ini.




Close up sikit chocolate oreo dan lollychoc yang kak Rozi buat. Yati suka dengan warna2 yang dipilih. Ceria sekali.




Ini pula special class yang diminta oleh midza aka mizwa dari Manjung, Perak. Kelas ini diadakan di sebelah malam pada 10/7 juga. Terlanjur midza berada di KL atas urusan lain, beria-ia sangat midza meminta Yati ajarkan dia cup cake door gift. Seronok berjumpa dengan midza yang tak mahu gambarnya diambil. Walaupun sebelum ini hanya kenal di alam cyber tapi bila berjumpa macam dah kenal lama. Keramahannya buat Yati tak kekok. Ada aje benda yang nak diborakkan. Masa yang tak mengizinkan kami terus bercerita kerana midza dan suaminya nak balik pada malam itu juga ke Manjung. Risau juga Yati bila mereka nak balik juga sebab waktu itu dah hampir 1.00 pagi. Bila esoknya dapat sms dari midza yang mereka dah selamat sampai, lega rasa hati. OK midza selamat maju jaya dalam bisness!




Ini pula students pada 11/7. Dari kiri Nini yang buat master di UPM, Ila dari Penang dan yang paling kanan tu Asiah dari Shah Alam. Nini dan Asiah adalah ipar duai. Budak kecik sebelah Asiah tu anak Yati .




Masing2 dah simpan coklat dalam bekas dan bag. Bila nak ambik gambar lecehlah pula nak keluarkan balik. Itu yang longgokkan semua coklat atas meja. Kalau nak susun satu2 tak cukup meja....


Ini pula adalah gambar tempahan blueberry cheese tart dari Sue. Sue ini boleh katakan tiap2 minggu order cheese tart.



Blueberry cheese tart Ini pula permintaan suami Yati sempena birthdaynya. Saja nak jamu kawan2 ofis.



Chocolate muffin ini ditempah oleh kak Asmah, jiran sebelah rumah untuk dibekalkan pada anak bujangnya yang nak balik ke asrama. Terima kasih ya kak.


UPDATE TENTANG CLASS
1/8 - Kelas Coklat Homemade(RM 250) - full
-Anisah
-Joma
-Nadia

7/8 - Kelas Coc. Mousse cake dgn hiasan coklat creative(RM250) -1 Kekosongan
-Aisyah

8/8 - Kelas cup cake decoration(RM 150) - 6 kekosongan

Kelas diadakan di 14, Jalan 5C/9, Seksyen 5, Bandar Baru Bangi.

Sebarang pertanyaan tentang class atau tempahan sila hubungi Damira Bakery:
Yati hp: 0122733214
Email: damira.bakery@yahoo.com



[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net