Hasil tanganku. Di rumah baru ambil gambar, dah comot cup cakes
Minat pada cup cakes deco ni semenjak meninjau FP lynnhassan. Rasa teruja betul nak mendeko cc ni. Banyak kali nak try attend class kat mana2 tempat yang mengajar. Asyik ada aje hal bila class diadakan. Akhhirnya hari ini dapat juga attend class yang dianjurkan oleh sebuah syarikat pembekal peralatan bakery di Bandar Baru Bangi dari pukul 11 pagi hingga 4 petang. Thanks to my hubby kerana sanggup jaga anak walau pun terpaksa bawa ke tempat kerjanya.
Di sini saya nak kongsikan resepi fondant/ sugar paste, royal icing, butter cream dan cream cheese icing. Bagi orang yang baru nak belajar bolehlah cuba resepi2 ini..
FONDANT PASTE / SUGAR PASTE Kita gunakan fondant ini untuk membentuk sesuatu corak dengan tangan atau pun pencetak.
BAHAN-BAHANNYA:- Bahan A 15 gm gelatin powder yang halal
70 ml air
Bahan B 1 kg gula icing yang telah diayak
1 biji putih telur
50 gm glucose ( liquid) cecair yang sangat likat
15 gm tepung jagung.
Cara-caranya.
1. Campurkan bahan A ke dalam bekas yang tahan panas dan biarkan ia kembang selama lebih kurang 2 minit. Kemudian double boilkan bekas itu untur mencairkan gelatin tersebut.
2. Campurkan kesemua Bahan B dan campurkan Bahan A yang telah cair tadi. Pukul dengan mixer pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh yang lembut. Sapukan tangan dengan tepung jagung (bukan dari sukatan di atas) dan uli doh tersebut bagi mengelakkan ia melekit. Doh tersebut sudah sedia untuk dibentuk.
Sekiranya tidak mahu digunakan terus, simpanlah di dalam plastik supaya tidak terdedah pada udara yang boleh membuatkan ianya keras. Jangan simpan didalam peti sejuk. Ianya tahan untuk jangkamasa lebih kurang seminggu.Sekiranya doh telah menjadi keras sedikit, ulilah semula untuk melembutkan doh tersebut. Sekiranya kita hendak mewarnakan fondant tersebut letaklah pewarna makanan yang dikehendaki dan ulilah fondant tersebut hinggalah warnanya sekata. Canai nipis dan cetaklah dengan corak yang dikehendaki untuk membentuk gubahan yang kita mahukan. Bagi mencantumkan kepingan kepingan fondant ini kita kena gunakan royal icing supaya kepingan2 tersebut boleh melekat. Fondant yang telah dibentuk dengan pelbagai bentuk bunga/corak boleh disimpan lama lebih kurang setahun. Tidak perlu simpan dalam peti sejuk.
ROYAL ICING Kita gunakan royal icing untuk piping. Selepas piping, jika dibiarkan dalam 1 jam dia akan jadi keras.Oleh itu ianya tidak tahan disimpan lama. Bancuh royal icing ini semasa kita hendak menggunakannya sahaja
BAHAN2NYA: Bahan A 280-300gm gula icing yang telah di ayak.
Bahan B 1 biji putih telur
1 sudu teh jus lemon
Cara2nya: 1. Campurkan bahan B dan pukul dengan mixer pada kelajuan sederhana lebih kurang 2 minit.
2. Tambahkan Bahan A sedikit demi sedikit dan pukul dengan mixer hingga adunan nampak cantik.
Kepekatan icing ini bergantung pada jenis nozzle yang kita hendak gunakan. Sekiranya kita menggunakan nozzle yang halus, cairkanlah sedikit icing tersebut dengan mengurangkan jumlah gula icing yang digunakan. Jika hendak pekat maka lebihkanlah gula icing. Doh tersebut telah sedia untuk digunakan. Terpulanglah pada kita untuk membahagikan mengikut warna yang dikehendaki.Cara mewarnakan: Tambah setitik dua warna yang kita kehendaki dan kacau dengan sudu atau spatula hingga warna menjadi sekata. Jangan dedahkan royal icing pada udara jika tidak digunakan. Nanti ia menjadi keras.
Cara-caranya:
Campurkan kesemua bahan dan pukul dengan mixer hingga adunan kembang dan gebu.
Adunan ini siap sedia untuk digunakan. Adunan ini boleh disimpan dalam peti sejuk jika tidak digunakan tetapi hendaklah disimpan dalam bekas yang bertutup.
Cara-caranya: Campurkan kesemua bahan dan pukul hingga kembang dan gebu. Siap sedia untuk digunakan.
CHOCOLATE PIPING Kalau kita hendak menggunakan coklat untuk mendeco cake kita dengan cara piping bolehlah gunakan resepi ini. Coklat ini tahan disimpan sebulan di luar peti ais.
Cara-caranya: Cairkan chocolate dengan cara double boil. Selepas coklat cair campurkan minyak dan kacau hingga sebati. Simpan dalam bekas bertutup. Coklat ini akan menjadi likat tetapi dia tidak akan menjadi beku.
Alhamdulillah.... setelah lama mencari resepi nak buat fondant ni,baru la dapat yg betul2. baik betul hati awak ni. terima kasih byk2
Fri 23-Oct-2009 11:32 Posted by:roses
Best dapat resepi ni...kalau boleh upload lagi gambar utk bentuk hiasan fondant..kalau xkeberatan bubuhla step by step...no one will give this for free...moga Allah balas kebaikan ni
Fri 13-Nov-2009 07:17 Posted by:liya
thx a lot..sudi share resepi bguna ni.jasamu dkenang.
Sun 22-Nov-2009 10:04 Posted by:nurell znurellyana@yahoo.com
kalau tak jumpa glucose liquid,boleh tak guna golden syrup?