Welcome To DAMIRA FotoPage

By: Hayati Ibrahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 13-Feb-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
AKTIVITI MASA CNY

chocolate moist cake dengan chocolate ganache dan butter cream
Hasil dekoku yang pertama
chocolate moist cake dalam cup
topping ngan chocolate ganache
 
sarapan pagi- lempeng kelapa cicah sambal sardin
Cuti CNY baru-baru ni, balik ke kampung di Masjid Tanah Melaka bersama anakku Mia. Suami tak dapat ikut serta kerana terpaksa bertugas. Almaklumlah kerja di hospital, susahnya nak dapat cuti.
Terpaksalah saya meredah kesesakan lalulintas. Nasib baik keretaku jenis automatik kalau tak lenguh kaki dibuatnya. Sampai di persimpangan Nilai masih jammed lagi. Tak boleh jadi ni kalau sampai ke Melaka begini jalannya. Saya pun terus exit di persimpangan Nilai Pajam untuk mengikut jalan lama iaitu melalui Labu, Sendayan, Siliau, Linggi. Jalan tu lengang sungguh tapi berbelok-beloklah. Nasib baik hari siang kalau malam tak berani lah sebab sunyi dan gelap. Sampai kampung pukul 4.00petang. Keluarga semua dah bersiap untuk ke Hospital Melaka untuk melawat makcikku yang patah tulang pelvik akibat terjatuh di bilik air. Saya pun ikut mereka sekali ke hospital. Lepas melawat makcik, emakku pula mengajak kami ke Umbai untuk makan ikan bakar di Perkampungan Ikan Bakar Terapung. Katanya, bukan selalu dapat berkumpul anak beranak. Emak nak belanja.... Kami pun apa lagi. Cuti perayaan orang punyalah ramai kat situ. Kira oklah makan kat situ dan harganya tak lah mahal sangat.

Esoknya kami tak ke mana-mana. Apalagi projek buat keklah ngan adikku. Chocolate Moist Cake tu sebenarnya dah saya buat di KL lagi. Cuma tak dihias lagi. Kononnya nak belajar menghiaslah tu bersama adik. Baru belajar cc deco, konon nak practicelah tu. Tak cukup ngan chocolate moist cake yang sebiji tu, saya menyuruh adik membakar cup cake. Lebihan buttercream boleh digunakan untuk deco cc pulak. Adikku pun buatlah cc tu sendirian kerana saya ke rumah mertua yang tak berapa jauh dari rumah emakku. Sekembali dari rumah mertua adikku komplen oven tu tak elok. Cup cake tak menjadi. Ada yang melempah, merekah dan tak naik. Saya pun frustlah. Akhirnya emakku dapati yang adikku tersalah guna tepung. Semua jenis tepung emakku telah tuangkan ke dalam balang yang berasingan tanpa melabelkan balang tersebut. Rupa-rupanya adikku telah terambil tepung beras. Patutlah keknya tak jadi.. Kami tergelak besar..

Dibawah ini ialah resepi chocolate moist cake. Saya panggil kek malas aje sebab buatnya mudah sangat. Tak payah pukul-pukul dan bahannya pun mudah sangat. Rasanya pun sedap. Kalau buat pasti jadilah. Nak bakar dalam cup pun boleh.

Chocolate Moist Cake

Bahan A
1 3/4 cawan tepung gandum
2 cawan brown sugar
1/2 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicarbonate
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak ( apa-apa jenis pun boleh)
1 cawan susu sejat ( Susu ideal atau lain2 brand atau pun susu segar)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu mkn emulco ( optional)
Sedikit garam

Bahan B
1 cawan air panas mendidih

Cara-caranya:

Semua bahan bertepung hendaklah diayak terlebih dahulu. Kemudian campurkan kesemua Bahan A. Kacau rata. Selepas itu masukkan Bahan B. Kacau rata dan tuanglah ke dalam loyang yang telah disapu majerin dan ditaburkan tepung. Bakar pada suhu 180 degree C selama 45 min ke 1 jam.

Setelah sejuk, terpulanglah samada nak makan begitu sahaja atau diletakkan coklat ganache.

Coklat Ganache

250 g cooking chocolate
1 sudu makan marjerin
1/2 cawan whipping cream

Cara-caranya.
1. double boilkan coklat masakan atau cairkan dengan menggunakan microwave untuk 2 minit.
2. Setelah cair ketepikan dari api atau keluarkan dari microwave. Campurkan marjerin dan whipping cream. Kacau rata.









View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net