Welcome To DAMIRA FotoPage

By: Hayati Ibrahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 7-Mar-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
KENTANG & SOSEJ OREGANO

Kacang panggang, telur dadar dan kentang& sosej oregano
Kentang & sosej oregano
Semalam balik dari kerja terasa penat sangat. Rasa malaslah pulak nak masak.Nak keluar semula untuk beli makanan pun malas juga. Akhirnya masak sempoi-sempoi aje. Sebelum ni pernah terlihat daridapurmaklang resepi kentang oregano. Hajat nak buat tu dah lama tapi tak terbuat-buat juga. Biasalah..kan. Petang semalam saya menggagahkan diri cuba resepi tersebut. Tapi saya modify sikit, tambah sosej. Di sini saya copy paste resepi daridapurmaklang dan ditambah dengan apa yang saya modify tu.Bila dah tambah sosej kenalah tukar nama. Jadi saya namakan kentang & sosej oregano! Jangan marah ya maklang.Terima kasihlah maklang untuk resepi tersebut. Anak saya, Mia suka sangat makan. Kami tak makan nasi , kami makan dengan roti aje. Jom jamu mata!.





KENTANG & SOSEJ OREGANO

Bahan2nya:
5 biji kentang dipotong wedges dan digoreng sehingga lembut
5 batang sosej digrill dalam microwave kemudian dipotong serong(boleh juga kalau digoreng)
1/2 cawan gajus digoreng sehingga kekuningan
1 labu bawang besar dihiris bulat
1/2 biji capsicum dipotong panjang atau 1 biji lada hijau dihiris
1 sdt lada hitam ditumbuk kasar ( saya guna 1/4 st serbuk lada hitam)
1 sdt oregano
1 sdb butter
garam secukup rasa
(Saya tambah 2 ulas bawang putih dicincang halus)

Caranya:
1. Cairkan butter.
2. Masukkan bawang putih dan digoreng hingga kekuningan3. Masukkan lada hitam dan oregano dan goreng sehingga naik bau.
4. Masukkan bawang besar dan capsicum/ lada hijau.
5. Masukkan kentang,sosej dan gajus dan balikkan dan kacau rata.
6. Masukkan garam secukup rasa

Note: Font yang berwarna orange tu adalah yang saya modify dari resepi asal.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net