Welcome To DAMIRA FotoPage

By: Hayati Ibrahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 10-Mar-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
Dark Chocolate Muffin

Bru keluar dari oven
Teksturnya gebu
Semalam (9/3) saya ada class hands on slice cake decoration, pukul 11 pagi di Bangi.Suami bekerja shif pagi. Mia terpaksalah saya hantar ke rumah baby sitter. Untuk ambil hati babby sitter maka pagi-pagi tu saya pun buat chocolate chip muffin untuk diberi kepada babby sitter dan anak-anaknya. Lain kali jangan serik jaga Mia ya kalau saya nak ke kelas lagi.....heheee
Resepi ni saya ambil dari maklang ulampegaga yang mana sumbernya Aini Salim. Memang sedap dan gebu muffin ini. Saya dapat 36 biji muffin untuk satu adunan tu. Resepinya saya copy paste aje ya. Selamat mencuba.


makan satu nak dua....

Dark Choc. Muffin
Sumber: Aini Salim

Bahan-bahan:
300g tepung gandum
200g gula/dark brown sugar
200g mentega
300ml susu segar(kotak)
60g koko serbuk
4 butir telur
2 sudu makan baking powder
2 sudu makan jem strawberi (saya guna blueberry filling)
1 sudu teh coklat emulco
1 sudu teh esen vanilla.
secukup coklat cip sebagai hiasan
(seperti maklang saya juga masukkan chocolate chip dalam adunan dan ditabur atas muffin tu)

Cara-cara penyediaan:
1. Ayak tepung, koko dan baking powder dan ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur sambil dipukul hingga rata.
3. Masukkan campuran tepung dan susu segar secara berselang-seli.
4. Masukkan jem, coklat emulco dan kacau hingga rata.
5. Tuang adunan ke dalam mangkuk muffin dan taburkan chocolate chips diatasnya.
6. Bakar muffin selama 15-20 minit.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net