Want your
own Fotopage?


















 
Welcome To DAMIRA FotoPage

By: Hayati Ibrahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 21-Mar-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
Carrot Orange Cake - My First Deco For Birthday Cake

Happy Birthday Ija
Baru belajar mendeko
Teksturnya lembut dan lembap
Memang dah plan nak buatkan birthday kek untuk adik bongsuku yang di Kuantan tu. Walaupun nun jauh di sana nikmatilah kesedapan kek ini di alam maya sahaja ya. Bayangkanlah Ija menikmati kek tersebut walaupun hanya depan computer aje..... Wakaka , Sebenarnya saja-saja nak practice mendeko. Anyway, happy birthday yang ke 27 buat Ija, Semoga di panjangkan umur dalam iman, dimurahkan rezeki, dikurniakan anak yang ramai dan kebahagiaan bersama keluarga tercinta.

Ija, nikmatilah kek Carrot Orange yang difrosting ngan cream cheese. Wangi buah orange tu dan kelemakan walnut dan cream cheese tu memang kena. Makan sepotong nak lagi...tapi disebabkan tengah berdiet jadi kenalah controooll. Sabo ajelah. Sebab tak nak gemok sorang-sorang maka ku agih2kanlah pada office mates, baby sitter anakku dan adik lelaki ku. Suami dan anakku memang tak suka dengan kek

Resepi asalnya adalah carrot cake sifu Suria. Kak rinnchan dan ramai lagi dah cuba buat carrot & apple cake. Disebabkan saya ni suka buah orange maka saya buat pula carrot orange cake ni. Jangan marah ya yang empunya resepi. Di sini saya sertakan resepi yang telah diubah suai tu.


Sorrylah Ija dekonya sememeh aje. Baru belajarlah katakan. Terkial2 nak melicinkan cream tu. Itu ajelah hasil yang mampu dilakukan dalam masa yang terhad.


Jemputlah rasa. Teksturnya lembut dan lembap. Aromanya sungguh menyelerakan.

Carrot Orange Cake

Bahan-bahannya:

4 biji telur ~ asingkan putih & kuningnya
1 1/2 cawan ~ minyak sayur atau minyak jagung
150 g~ gula kastor (saya kurangkan jadi 130gm)
150 g~ brown sugar
1 1/4 cawan ~ lobak merah diparut ( tidak perlu dibuangkan jus carrot tersebut)
1/4 cawan kulit orange yang diparut dari sebiji orange beserta dengan perahan jus orange

Bahan yang perlu di ayak:

250 g tepung gandum
1 suduteh serbuk kayu manis
1 suduteh baking soda
1 sudu teh baking powder (saya tambah dari resepi asal)
1 suduteh garam
100 g walnut ~ di bakar sekejap dalam oven kemudian di potong dadu/kecil
( untuk memberi lebih rasa pada kek, memang sedap letak ni!)

Cara-caranya:

1. Pukulkan kuning telur hingga kembang (guna whisker atau mixer).
2. Kemudian masukkan minyak, gula kaster & gula perang, serta dengan lobak merah dan orange yang
diparut tadi.
3. Masukkan walnut, kacau sebati.
4. Kemudian masukkan bahan-bahan yang di ayak tadi, kacau sebati.
5. Pukul putih telur di mangkuk lain dengan mixer hingga keras.
6. Masukkan putih telur ini sedikit demi sedikit ke dalam adunan, kacau perlahan-lahan, satu arah
sahaja, sila gunakan spatula atau senduk kayu, tak sebati sangat pun tak apa asalkan tidak terlebih
kacau.
7. Bakar pada suhu 180 celcius selama 45 minit atau sehingga masak.

Cream Cheese Frosting

120 g butter
250 g cream cheese
120 g gula aising

Caranya :

Pukul kesemua bahan hingga kembang dan ringan. Sapukan ke atas kek yang telah disejukkan dan hiasi dengan walnut.

Nota: bagi yang tak sukakan cream, kek ini dimakan begitu sahaja juga sedap. Ianya tidak menjemukan.


Wah! sudah maju setapak lagi... sedapnya.... nak kena ikut jejak gak ni.... Fri 21-Mar-2008 09:50
Posted by:baipower  - [Link]
den dah kojo.. 8 tahun dah keje gomen...
jadi technical instructor...tu yg kena kursus selalu seiring dengan perubahan teknologi...
Fri 21-Mar-2008 10:33
Posted by:baipower  - [Link]
wah!! k.yati lawa lah kek carrot tu..tu dah berani deco ..lina pun masih belajar lagi..bunga2 sugarpaste tu beli jea kat kedai..belum berkesempatan nak buat..alat2 dah ada tp entahlah bila nak buat..le nie busy dgn kerja lain Fri 21-Mar-2008 12:41
Posted by:ina ina_saly@yahoo.com  - [Link]
rasa puas hati kalau dapat buat kek cam nih. Superb!!!!!
tahniah atas kekeretifan anda
Fri 21-Mar-2008 13:21
Posted by:dOd  - [Link]
Terima kasih kaklong buatkan kek untuk ija. Emm sedapnya. Walaupun rasa di alam maya, keenakan dan aromanya dh terasa sampai kat sini.... Sat 22-Mar-2008 03:35
Posted by:liza nohaza@yahoo.com  - [Link]
>> nampak cantiknya cake tu...
>> deco pun boleh tahan...
Sat 22-Mar-2008 19:05
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
walaupun simple..tetap cantik.. Sun 23-Mar-2008 06:46
Posted by:Bonda RaqynR  - [Link]
akak pun dah lama berangan nak cuba kek sifu suria ni.. tp takde masa nak pi bakeri beli walnuts lagi.. sampai skrg tak tercuba2 lg.. aduhaii...
cantik yati deko.. walaupun simple.. tp ada gaya tersendiri.. suka tengok garis2 choc kat atas kek tu...
Mon 24-Mar-2008 05:12
Posted by:MaDiHa  - [Link]
cantik dan kemas sekali hasil deco Yati.. Mon 24-Mar-2008 09:49
Posted by:masriyah  - [Link]
1st deco pun dah cantik, kalau selalu mesti lagi licin di buatnya. SYABAS....buat selalu2 untuk menjadikan lebih cantik....nie pun dah cantik juga... Mon 24-Mar-2008 12:57
Posted by:Misliha misscreativecakes@yahoo.com  - [Link]
sedapnya nampak kek carrot ni... dan deco nyer pun lawa nya..leh cuba buat nanti la kan Mon 24-Mar-2008 13:05
Posted by:Daalia lea1207@yahoo.com  - [Link]
Wpun ringkas tp cantik deco kek Yati...nampakpun sedap...
alahai dpt tengok kek kat PC je... buat telah air liur ni..
Mon 24-Mar-2008 16:14
Posted by:mamasya mamasya22@yahoo.com  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.