Kadang-kadang tu saya terasa dah tak tahu nak masak apa. Ulang-ulang itu juga. Tekak ni terasa nak makan lauk yang dulu-dulu mak pernah masak. Memang lama sungguh saya tak makan lauk ni. Jalan - jalan kat pasar malam terjumpa dengan orang yang jual ubi kayu yang kecil2 dan panjang. Nampak macam empuk aje. Saya pun beli untuk masak asam rebus ubi kayu. Sesekali makan memang berselera sungguh. Lawankan pula dengan nasi panas dan ikan masin. Anak saya Mia, makan sampai tiga kali tambah. Ayahnya pun sama.. . Bagi sesiapa yang nak mencuba asam rebus ubi kayu, disini saya sertakan resepinya. Sempoi aje
ASAM REBUS UBI KAYU
Ubi kayu secukupnya ( yang kecil2 sebaik2nya. Dibuang kulit dan dikerat pendek)
Bahan2 untuk dikisar:
6 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
1cm kunyit hidup
1cm belacan / kiub ikan bilis
sedikit ikan bilis - dibasuh dan diramas2 sahaja
sedikit air asam jawa
garam secukupnya.
Cara-caranya:
1. Rebus ubi kayu yang telah dibasuh dan dibelah hingga separuh empuk.
2. Campurkan bahan2 yang telah digiling dan ikan bilis yang telah di ramas ke dalam periuk
rebusan ubi tadi. Campurkan garam secukupnya.
3. Masak sehingga ubi empuk. Kemudian perahkan air asam jawa ke dalam periuk tadi.
4. Rasalah garam dan asam secukupnya. Angkatlah periuk itu, apabila lauk menggelegak.
best yea ubi kayu...x pernah lak dgr ubi kayu masak asam rebus..kalo lina ubi kayu cari tapai jea...tp kat penang x pernah jumpa pun tapai ubi..sorry lama lina x update fp lina..demam lah nie baru ok..
mula2 nak puji.. cantik sekali deco utk BD kek kat bawah ni... kelassss laaa... suka tgk..
ps: masakan asam rebus ni mmg sedap kan.. tak kira la ikan ke, sayur ke.. biasanya saya buat sayur mini terung masak ni.. best!!
yati..akak tak pernah masak ubi kayu jadi lauk mcm ni.. tapikan.. sejak kawin ngan husband org raub.. mertua pernah masak ubi kayu dicampur dlm gulai asrong (lauk yg popular kat sana)... sejak tu.. barulah akak tau yg ubi kayu ni mmg sedap dijadikan gulai sebab ia empuk umpama kentang juga... kalau omputeh popular ngan kentang.. apa salahnya kita org melayu popularkan ubi kayu dalam masakan.. betul tak? bila tengok lauk yati masak ni... rasa kecur air liur.... mmg sedap.. nak buat jugaklah.. tq share resepinya..
salam...pertama kali tgk masakan camni, nampak menyelerakan sungguh...baru tepon mak kat msia kata lama tak mkn lepat dan bingka ubi kayu...tup2 tengok fp ni ada masakan ubi kayu...huhuhu, banyak sedey ooo...
tak pernah nampak menu nie, cam sedap jer.. terliur pulak liena.. sib baik hari nie posa kalau tak mahu gak telan air liur jugak tu.. ,
http://lienazamri.fotopages.com/