Welcome To DAMIRA FotoPage

By: Hayati Ibrahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 31-Mar-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
SWISS ROLLKU TERCABUT KULIT!

Cara nak buat batik
cara nak buat batik
dah siap dibatikkan
Batik corak lain sebelum dibakar
Selepas dibakar
Di sapu cohocolate spread
Selepas digulung
Dua roll dah siap
tengok tu .. kulitnya terkopek
setelah dipotong
Weekend baru ni berkesempatan membuat swiss roll batik. Sebelum ni saya memang takut nak buat swiss roll, rasa macam susah aje. Itu pun nasib baiklah maklang ulampegaga ada buka class dalam FPnya hari tu... . Ini kira first time buat swiss roll. Saya ikut stepnya satu persatu. Masa pukul bahan2 tu dah rasa seronok sebab nampak gebu aje.







Bila dah tuang adunan dalam loyang, nak membatikkannya pula. Batik membatik ni pun tak pernah buat sebelum ni. Takut tak menjadi. Beranikan diri ikut cara yang maklang tunjukkan tu. Rupanya taklah susah nak buat batik tu. Disebabkan loyang yang saya gunakan tu kecil saiznya, 12" x 8.5" saya dapat 3 loyang untuk satu adunan. Jadi dapatlah saya buat tiga corak batik. Hehee sukanya bila dah tahu nak buat corak batik ni






Bila kek masak pun nampak gebu aje. Yang tak seronoknya bila nak gulung kek tu. Puas dah saya berlembut dengan kek tu. Begitulah berhati-hatinya. Kek tu melekat dengan kertas lapik yang diletakkan untuk process menggulung tu. Sedih tengok kulit swiss roll tu tercabut.
Kenapa ya maklang, adakah permukaan kek tu lembap sebab tu melekat. Tapi saya bakar hingga permukaannya jadi coklat. Pada sifu-sifu kat luar sana tolonglah beritahu camana nak mengelakkan kulit swiss roll tu dari melekat ngan kertas pelapik tu. Kalau boleh improve saya nak improvekan lagi resultnya.





Tapi dari segi rasa saya memang puas hati sesangat. Swiss roll ni begitu sedap sebab dia lembut dan gebu aje. Kena pula dengan coklat spread dan blueberry filling. Menjilat jari, tak cukup sepotong... hehee .
Tak menjadilah program nak kuruskan badan, asyik nak buat kek aje
Sekali lagi terima kasih pada maklang yang sudi berkongsi resepi. Di bawah ni saya c & p aje resepinya.

Kek Gulung/Swiss Roll Batik (dari FP Maklang Azie)
Sumber : Apek

Bahan-bahan
6 biji telur gred A @ B
4oz gula castor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu bsr ovelet
3oz tepung gandum
1 sudu bsr susu tepung
4oz mentega cair
sedikit coklat emulco
jem strawberri secukupnya (saya gunakan chocolate spread dan blueberry filling)

Cara-caranya:
1. Telur,gula,ovelet,baking powder,esen vanilla,tepung gandum dan susu tpg msk
dlm bekas dan dipukul dgn kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit).
2. Masukkan mentega cair,kemudian kacau rata ngan sudit kayu .
3. Asingkan sedikit adunan tadi (skit je setakat nak buat line) ke dalam bekas
lain,kemudian masukkan coklat emulco.Kacau rata kemudian masukkan adunan
coklat ini ke dalam piping bag
4. Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya
5. Paipkan adunan coklat tadi di atas adunan yg diratakan dlm loyang.
6. Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi dari atas ke bawah.
7. Bakar dlm oven selama 20 minit dgn suhu 170darjah celcius.


Quote:


Maklang: Terima kasihlah maklang atas tunjuk ajar tu. Kena buat lagi untuk practise supaya jadi lebih elok

Kak Rus: Second time nanti kita cubalah pula campur serbuk koko. Kena rajin buat experiment barulah boleh tahu mana silapnyakan. Insya Allah tak putus asa.

Masriyah: Saya dulu pun gitu gak, takut sangat nak cuba buat sebab rasa macam susah.Tapi bila dah buat, taklah susah mana sebenarnya. So selamat mencuba!

Liza: Insya Allah akan cuba lagi. Liza pun buatlah juga. Nanti bawalah ke Bangi weekends ni...

Rinnchan: Thanks kak Rinn. Nak cuba perbaiki lagi sampai betul2 cantik....

nn: Selamat mencuba..., nanti buat laporan pula ya....

Ina_saly: Betul cakap Ina tu, nak kena banyak berexsperiment lagi baru jadi perfect kan. Dah buat Opera ke belum. Nanti feedbacklah pula resultnya...

mamasya: Don't judge a book by it's cover ya mama, tapi kalau dapat rupa dan rasa yang menarik lagi baguskan. Insya Allah yati akan cuba lagi...

jeff ada kulit ke tak ada kulit ke rasanya sama aje....

rani: memang sengaja buat marble corak sarang labah2......
(alt+q)


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net