Welcome To DAMIRA FotoPage

By: Hayati Ibrahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 9-Apr-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
AKTIVITI MINGGU LEPAS

Chocolate fudge
Dah tinggal separuh
sepotong untukku
simple kek untuk azhan.
Spagheti Goreng
pizza yang telah dibakar
Dah lebih seminggu tak update FP ni. Sekarang ni sibuk betul. Sukan Paralimpiad Malaysia ke 14 yang akan start pada 3 Mei hingga 9 Mei dah begitu hampir, terlalulah banyak kerja nak diuruskan.
Ini pun curi curi masa....
Minggu lepas sibuk dengan exam SPA. Taklah study mana pun itu sebab tak lulus2. Yang kelakarnya surat panggilan exam tu tulis tarikh exam 5/4/08 di PLPP, Bangi. Saya memang set dari awal lagi yang 5/4/08 tu hari Jumaat. Apply cuti pun utk hari Jumaat, 5/4/08.Tak terpfikir pun akan ada exam hari Sabtu. So hari Jumaat lepas beria-ialah saya ke Dewan Peperiksaan, 8.30 pagi dah sampai. Exam 9.30 pagi. Sampai kat dewan saya rasa hairan kenapa dewan tu kosong, kerusi meja pun tak bersusun. Saya terfikir dewan lagi satu kot. Pergi jengok kat Dewan Serbaguna, pun kosong juga. Saya dah panik, takut tersalah tempat. Kebetulan ada pengawal yang lalu kat situ saya pun bertanyalah kat mana dewan exam. Dia pun minta surat panggilan exam tu. Bila dia tengok aje dia pun kata, "kak hari ini 4/4 bukannya 5/4. Exam tu esoklah kak"...Dengan terkejutnya saya pun mengira2 balik tarikh tersebut. Ya...lah tersilap tarikh rupanya. Tak pernah dalam hidupku tersilap tarikh sampai begitu sekali. Itu tandanya saya ni dah semakin tua....uuuwaaaaaa....

Lepas exam sempat buat kek birthday adik lelakiku dan anaknya. Ayah dan anak lahir minggu yang sama. Layanlah gambar-gambar makanan ni dulu. Lain kali saya sertakan resepinya, Insya Allah.


Gambar kek ni tak boleh nak dibesarkan tak tahulah kenapa....
Kek ini adalah gabungan dari dua resepi auntyyochana iaitu chocolate fudge cake dan chocolate & hazelnut mousse cake. Untuk sponge cake saya guna resepi chocolate fudge dan untuk chocolate mousse saya guna resepi chocolate & hazelnut mousse cake. To auntyyochana, thank you for sharing your marvellous recipe.
Setelah digabungkan, resepinya adalah seperti di bawah:

CHOCOLATE FUDGE CAKE

Ingredients for sponge cake:
(A)
120 gm. Superfine flour
1/4 tsp. Baking powder
1/4 tsp. Bicarbonate of soda
1/4 tsp. salt
85 gm. sugar
4 egg yolks
50 gm. cooking oil (any brand)
40 gm. water
1 Tbsp. chocolate emulco / paste
35 gm. cocoa powder + 60 gm. hot water

(B)
4 nos. egg white
1/4 tsp. cream of tartar
85 gm. castor sugar

Chocolate mousse:

2 egg yolks
60 gm. sugar
100 gm. milk
20 gm. cocoa powder
100 gm. whipped cream ( diputar dengan mixer hingga kembang )
1 Tbsp. chocolate liquer or Rum ( saya gunakan chocolate emulco)
10 gm. gelatine powder + 50 gm. water (halal gelatine)

Ganache:
35 gm. cocoa powder
50 gm. sugar (saya tak letak gula langsung sebab dairy whipping cream dah manis)
150 gm. Dairy whipping cream
80 gm. chocolate - chopped
30 gm. Butter


Method for sponge cake:
(1) Mix all the ingredients (A) together into a smooth batter.
(2) Whisk (B) till until stiff peak.
(3) Fold (AS) and (B) together, taking care not to overmix. Pour into a 9" round cake tin and bake at 175C for about 45 mins. or till cooked. Remove cake from oven and let it sit on the cooling for 3 mins. before removing from the tin.

For chocolate mousse: Boil milk, sugar and cocoa powder together. Add in egg yolks and stir vigorously till well mixed. Add in gelatine mixture and mix till well combined. Add in chocolate emulco.
Fold in whipped cream.

For Ganache, Put into a mixing bowl and double boil till mixture thickens.
Cool before pouring onto cake.

To assemble:
Slice sponge cake into 2 or 3 layers. Spread chocolate mousse on every layer and sandwich them together. Put inside the fridge for 20 minutes to set the chocolate mousse. Then cream the whole cake with ganache and decorate as desired.


Spageti goreng ni tak pedas, tapi ada letak serbuk lada hitam.


Pizza ni favourite keluarga. So memang selalu buat. Ulang tayang ajelah ya
Since ada yang minta resepi pizza ni maka saya pun updatekan kat sini. Untuk pizza yang ini saya cuba gunakan resepi lain. Rasanya sedap dan lembut aje. Resepinya saya ambil dari FP nohaza.Thank you Liza.

PIZZA

Resepi untuk doh :-
1/4 cawan air suam }
1 sudu besar instant yis } campur dan biar hingga berbuih
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/4 cawan fresh milk }
1/3 cawan mentega cair} kemudian campurkan dalam yis berbuih
1 1/2 cawan tepung gandum

Cara-caranya :-
1. Ayak tepung gandum. Campurkan gula dan garam.
2. Tuangkan campuran yis, mentega dan susu ke dalam tepung. Uli adunan sehingga sebati.
3. Rehatkan 15 minit. Tumbuk2 doh dan uli seketika dan biarkan doh mengembang sekali ganda.
4. Ketul2kan adunan dan canai nipis. Letak di atas loyang/pizza pan. Sapukan tomato puri/sos tomato/sos cili (ikut suka). Taburkan inti dan sedikit oregano.
5. Bakar separuh masak. Taburkan mozarella cheese. Bakar sehingga masak.

Bahan2 inti:-

5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
2 tbsp rempah kari
1 tin cendawan butang
mixed vegi secukupnya
capsicum secukupnya
1 tin ikan tuna
1 tbsp oregano
3 tbsp minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Cara-caranya:
Bawang merah, bawang putih dan halia dikisar halus.
Tumiskan bahan kisar hingga kekuningan dan masukkan rempah kari dan garam. Masukkan ikan tuna / mince meat/ udang. Kacau seketika dan masukkan semua bahan-bahan sayur serta oregano. Masak sekejap aje. Jangan tambah air kerana inti ini perlu kering sahaja. Taburkan atas base pizza yang telah disapu dengan sos tomato atau tomato puree lalu di bakar. Separuh masak barulah tabur dengan mozarella.
Sebenarnya untuk topping ini kita boleh pelbagaikan mengikut citarasa sendiri.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net