Want your
own Fotopage?


















 
Welcome To DAMIRA FotoPage

By: Hayati Ibrahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 16-Apr-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
Aktiviti Hujung Minggu

Bunga durian jatuh atas rumput
Bunga-bunga durian yang gugur
Emak dan anakku mengutip bunga durian
Bunga-bunga durian yang dikutip
Proses Menyiang bunga durian
Bunga durian yang telah dibersihkan dari biji-bji debunga yang b
Bunga durian goreng cili padi.
Rojak Bunga Durian yang belum dikacau rata
Rojak Bunga Durian yang telah digaul
Last weekend berkesempatan balik ke kampung di Melaka. Emak beritahu durian dah mula menggugurkan bunga. Bila sebut pasal bunga durian ni saya dah mula terbayang-bayangkan beberapa juadah dari bunga durian seperti rojak bunga durian dan bunga durian goreng cilipadi.
Eeeeiii.... sedapnya!. Mungkin bagi sesetengah orang pelik dengar orang makan bunga durian.
Bagi generasi muda di bandar-bandar pula mungkin tak pernah tengok pun bunga durian. Bunga durian ni tak perlu di petik di pokok. Dia akan gugur dengan sendiri bila tiba masanya. Bila bunganya gugur itu bukanlah bermakna buah durian tidak menjadi. Yang gugur hanya bunganya dan putik muda durian tertinggal di atas pokok. Juadah juadah dari bunga durian ni hanya boleh dinikmati setahun sekali iaitu bila tiba musim durian berbunga. Jom tengok aktiviti mengutip bunga durian, menyiang bunga durian dan menu bunga durian..... laaaaayan!


Bunga durian jatuh atas rumput tebal. Itu yang leceh nak mengutipnya.Untuk memudahkan proses mengutipnya, sebaik2nya diletakkan tikar plastik atau apa-apalah yang boleh ditadahkan di bawah pokok. Bila pagi-pagi terus ambil bunga durian di alas tadahan tu. Disebabkan balik tanpa notis kenalah kutip atas rumput...


Bila dah dikutip ianya tak boleh terus dimasak. Mesti buang biji-biji debunga pada bunga durian terlebih dahulu. Jika tidak dibuang ianya akan berlendir.


Ini pula proses membersihkan bunga durian iaitu membuang biji-biji debunga dengan cara melurutkan dengan tangan. Kalau buat ramai-ramai seronok sikit dan cepat selesai tapi kalau buat sorang2 tu boringlah sikit...


Inilah rupanya bila dah dibersihkan. Lepas ni kena celur dulu bagi mengelakkan bunga-bunga tu jadi warna perang/ lebam. Sebelum celur dengan air panas kena bilas dengan air biasa bagi mengelakkan sisa-sisa debunga tercampur dalam bunga durian tu. Bila dah dicelur, toskan airnya dan biar dia sejuk. Simpanlah dalam bekas bertutup di dalam peti ais. Ianya boleh tahan agak lama juga. Keluarkanlah bila hendak dimasak. Untuk masak goreng cili padi, saya tak celur pun. Bunga durian yang telah dibersihkan dari debunganya dibasuh bersih2 dan terus digoreng.... soodap!


Inilah bunga durian goreng cili padi. Hidangkan dengan nasi panas dan ikan kering... yummy,yummy Bagi saya sedap rasanya, selera masing-masingkan berbeza. Sesiap yang nak mencuba disini saya sertakan resepinya.

BUNGA DURIAN GORENG CILI PADI

Bahan-bahannya:
Bunga durian secukupnya
5 biji cili padi ( bergantung kepada tahap kepedasan yg diingini)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis atau udang kering
Sedikit belacan / kiub ikan bilis
Garam secukupnya

Cara-caranya:
Kesemua bahan di atas kecuali bunga durian ditumbuk atau dikisar.
Tumiskan bahan2 yang dikisar hingga naik bau.
Masukkan bunga durian yang telah basuh bersih.
Kacau rata hingga bunga durian nampak lembut.
Jangan goreng terlalu lama dan jangan campur dengan air kerana lama kelamaan bunga durian akan mengeluarkan air. Rasalah garam secukupnya. Hidangkan bersama nasi panas.


Ini pula rojak bunga durian yang belum digaul lagi.


Ini rojak bunga durian yang telah digaul dengan kuah rojak. Ianya boleh dimakan dengan nasi atau diratah begitu sahaja. Resepinya pun sempoi aje.

ROJAK BUNGA DURIAN

Bahan-bahan rojak:
Bunga durian yang dicelur
Timun dihiris memanjang
Tauhu digoreng dan dipotong dadu

Bahan-bahan kuah rojak:
5 tangkai cili kering dibasuh dan digoreng dengan minyak (kalau nak pedas boleh tambah cili lagi)
2 biji bawang besar dipotong bulat dan digoreng
3 ulas bawang putih di goreng tanpa dihiris
300 gm kacang tanah digoreng dengan minyak
1 cm belacan digoreng
Sedikit asam jawa, gula dan garam.

Cara-caranya:
Kesemua bahan yang telah digoreng dikisar bersama gula dan garam. Gunakan air yang dah dimasak semasa mengisar bahan2 tersebut kerana kuah rojak ini tidak perlu dimasak lagi. Perahkan sedikit air asam jawa dan rasalah masam,manis dan masin secukupnya. Bolehlah dihidangkan bersama bahan2 rojak

wah saya tak pernah tau pun yang bunga derian boleh makan..teringin pulak nak cuba.... anyway saya suka kek2 yg awak buat. Wed 16-Apr-2008 03:58
Posted by:maylique  - [Link]
baru fes taim tau yg bunga durian ni ble makan. lain kali, minta tuan rumah tnjukkan caner nk masak @ bg resepi bunga durian ni kalau tak keberatan. mana tau leh cuba satu ari nanti. Wed 16-Apr-2008 04:58
Posted by:zaiy  - [Link]
>> saya sendiri pun tak tahu bunga durian boleh makan...
>> kalau ada peluang nak juga mencuba...
>> mesti sedap juga tu...
Wed 16-Apr-2008 16:09
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Salam perkenalan Yati. Saya tak tau pulak bunga durian tu leh makan.
Buah durian mmg feveret.
Thu 17-Apr-2008 02:32
Posted by:intan isms72@yahoo.co.uk
salam yati...
dah selalu dengar pasal sayur bunga durian ni... tp masih belum dapat merasanya. kita ni x der kebun durian, tengok bunga pun boleh kata tak pernah la... tau buah jer tu pun dah siap kat tepi jalan... huluq duit, kupas, masuk mulut...
macam sedap jer kan? silap tengok cam jerami nangka goreng...
Thu 17-Apr-2008 06:56
Posted by:penyulawa penyulawa@gmail.com  - [Link]
Pertama kali tengok bunga durian ni, wpun rumah mak kat kg tp tak dusun.rumit juga nak bersihkan kecik2 bunganya itu. tp bila dah jadi rojak tu nampak sedap...rojak mmg favorit..
re; Masa Yati dtg tadi rumah Fp masih dok kemas...Fp slow sgt...
mmg asal dr Kel cuma skrg merantau ke Brunei,dah 2 thn duduk sini. betul tu Yati kita perlu bersyukur dgn anugerah Allah tak kira berapa org zuriat kita miliki, ada anak lelaki atau nak perempuan. yg penting kita sekeluarga bahagia. ....
Thu 17-Apr-2008 08:09
Posted by:mamasya mamasya22@yahoo.com  - [Link]
bestnya balik kg cari bunga durian.... Ada untuk liza tak? Thu 17-Apr-2008 08:20
Posted by:liza  - [Link]
haaaaaaa tu dia baru ku tahu bunganya leh makan Thu 17-Apr-2008 14:13
Posted by:ida isk @ Ida Bakery merpati66@yahoo.com  - [Link]
salam k.yati..sorry lama x tgk fp..nie baru update fp..first time lina dgr citer bunga durian boleh makan..nampak menarik..tp kat mana yea nak cr bunga durian tu durian pun main beli aje.. thank's for the resepi.. Fri 18-Apr-2008 01:02
Posted by:ina ina_saly@yahoo.com  - [Link]
le ye ke nk musim durian dah ni,..kena blk kmpg x lama lagi..tp 1first time ngok resepi bunga durian ni yg sedap dimakan (dah telan air lr) mcm best Fri 18-Apr-2008 04:18
Posted by:yatie yatieilha.fotopages.com eilya_15@yahoo.com
kak tumpang iklan ye.. sudi kan lah pi kat http://yatieilha.fotopages.com masuk kt bog ni tiba2 lapar le Fri 18-Apr-2008 04:29
Posted by:yatie yatieilha.fotopages.com eilya_15@yahoo.com
baru² ni je tau pasal bunga durian ni.. hehe Fri 18-Apr-2008 06:53
Posted by:Lee Lin  - [Link]
Wah nampak mcm best jer.....memerlukan pembantu rumah lawati lah ke f/p saya....entry 1 April 2008 Sun 20-Apr-2008 04:02
Posted by:shafa  - [Link]
ya Allah takjub betul saya kak, first time tgk ...lepas nih bole cube coz umah mak saya di bangi lama tgh luruh bunga durian..bila nak ajar buat kek? Mon 21-Apr-2008 06:26
Posted by:maz ixoramira@yahoo.com.my
Salam Yati. Seronok tengok fp awak, macam-macam ada. Jangan lupa baking kelas kita nanti ek. tak sabar nak blajar nih.. cam aya & maz jugak... best laa u ols.. sure havoc nanti kelas kita..
TEMPAHAN/KELAS JAHITAN MANIK : http://haszalia.fotopages.com
"now everyone can have knowledge of beading"
Mon 21-Apr-2008 07:51
Posted by:Hazie haszalia67@yahoo.com  - [Link]
Ari tu pun ada terbaca kat fp saper entah...citer pasal masak bunga durian ni. Heh Heh..Krinn pun tak pernah tau bunga durian boleh dimakan. Kalau tak de dusun durian...mana laaaaa nak ada experience macam tuu !!! Tue 22-Apr-2008 13:56
Posted by:RinnChan  - [Link]
Ini pertama kali saya tengok bunga durian..tak tahu pula selama ini bunganyapun boleh dimakan.. Tue 22-Apr-2008 15:31
Posted by:masriyah  - [Link]
ya Allah..! terliurnyer akak tengok juadan dari bunga durian ni.. sungguh unik sekali... insyaAllah.. ingin juga akak merasanya.. tp kena tunggu blk kg hubby dimusim durian berbungalah.... kalau tak.. mana nak cari bunga durian tu... Mon 28-Apr-2008 08:52
Posted by:MaDiHa  - [Link]
first time saya dengar masakan berasaskan bunga durian Tue 6-May-2008 06:47
Posted by:Yatie anorhayati@gmail.com  - [Link]
salam, akak pun tak pernah tengok bunga durian ni....dan tak tahu pun boleh dimakan.....selalu tengok buah durian je..... Tue 13-May-2008 10:24
Posted by:zara bee_zara@yahoo.com.sg  - [Link]
unik sungguh... Mon 25-Aug-2008 16:54
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com  - [Link]
baru 1st time nengok..ni pun time ngandung..nampak nyam2..cedap..kat kawasan kedah pulak terkenal dengan masak gulai nangka muda dan gulai batang pisang..tiap kenduri mesti ada.batang pisang tu diambil yang paling lembut di bahagian dalam sekali...shedappp....masak dengan daging...tambah pulak masuk rempah giling... Wed 4-Nov-2009 02:48
Posted by:yana
baru 1st time nengok..ni pun time ngandung..nampak nyam2..cedap..kat kawasan kedah pulak terkenal dengan masak gulai nangka muda dan gulai batang pisang..tiap kenduri mesti ada.batang pisang tu diambil yang paling lembut di bahagian dalam sekali...shedappp....masak dengan daging...tambah pulak masuk rempah giling... Wed 4-Nov-2009 02:48
Posted by:yana


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.