Want your
own Fotopage?






 
Welcome To DAMIRA FotoPage

By: Hayati Ibrahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 10-Jun-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
Fondant Cup Cakes & Soft Marble Cake

 
 
 
 
 
Soft Marble Cake
Sebenarnya dah lama juga saya nak mencuba buat kek fondant. Asyik tertangguh aje. Last week mak saya request buatkan kek untuk diberikan kepada kumpulan Marhaban yang dijemput ke rumah emak dikampung sempena kenduri akikah anak adikku. Kuberanikan diri menguli fondant. Buat yang sempoi aje. Keknya pula saya gunakan resepi chef Norzailina. Memang sedap dan lembut. Bagi saya, kek bukannya hanya perlu cantik dimata tetapi hendaklah sedap juga rasanya. Lebih2 lagi bila kita guna fondant, kek tu mestilah sedap sebab orang tak akan makan fondantnya, hanya kek yang dimakan. Terima kasih pada chef Norzailina kerana sudi berkongsi resepi. Disini saya copy paste aje. Jom layan!!

KEK CAWAN
Sumber: Cheff Norzailina
(Menghasilkan anggaran 25 biji kek cawan.)

Bahan-bahannya

250 gm mentega
230 gm gula kastor
2 camca teh Quick 75
4 biji telur Gred A
270 gm tepung serbaguna } diayak
1 camca teh serbuk penaik }
60 gm susu pekat
2 camca besar susu segar/cair
1 camca teh vanila

Cara membuatnya

1. Putar mentega, gula dan Quick 75 hingga gebu.
2. Masukkan sebiji demi sebiji telur, pukul sebati setiap kali.
3. Campurkan bahan ayak, kacau rata.
4. Bubuh susu pekat, susu cair dan vanila.
5. Bila sebati, timbang sebanyak 44 gm untuk setiap cawan kek (saiz sederhana).
6. Bakar pada 190 C selama 20-25 minit atau hingga masak.
7. Biar kek sejuk sebelum dihias ikut suka.




Last weekend juga saya buat soft marble cake dari blog bro Rozzan yang sumbernya adalah dari Pn. Aini Salim. Sebenarnya ini kali kedua saya membuatnya. Kali pertama buat hasilnya cukup memuaskan, lembut, gebu dan sedap. Cuma kuda belang aje yang tak menjadi . Masa tu belum ada camera lagi, so tak adalah ambil gambar. Percubaan kali kedua ni pun kuda belangnya tak menjadi. Geram betul. Kena belajar ngan K. Rinn atau sifu2 fp baru nak jadi kot. Tak tahu apa silapnya, dibahagian bawah tengah kek tu ada sikit mampat dan kek pun merekah sikit. Mungkin loyang 9" tu kurang sesuai sebab setelah diisi dengan adunan kek tu, lebih daripada 3/4 loyang tu dipenuhi dengan adunan tu. Bila bakar kek tu naik tinggi dan hampir nak melimpah. Saya pula tak letak kertas pelapik.. Walaubagaimana pun rasanya tetap sedap, lembut dan lembap. Saya copy paste aje resepi dari bro Rozzan tu.

Soft Marble Cake
Sumber: Pn Aini Salim

Bahan_Bahan

270 gram mentega
260 gram tepung gandum
250 gram gula kastor
10 gram koko serbuk
6 biji telur saiz besar
2 sudu makan susu manis
1 sudu makan rata ovalette
1 sudu makan air paip
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanilla serbuk


Cara-caranya:

~ Mentega, susu dan vanilla disatukan kemudian dipukul hingga putih. Ketepikan.
~ Telur, ovalette, air, baking powder, tepung dan gula disatukan. Pukul hingga kembang.
~ Masukkan adunan mentega dan kacau rata.
~ Keluarkan 1/4 bahagian adunan dan campurkan dengan koko serbuk atau warna cokelat.
~ Siapkan tin kek berukuran 10 x 7 x 3 inci yang sudah dialas kertas dan disapukan mentega.
~ Masukkan 3 senduk adunan plain dan 1 senduk adunan koko dan ulang cara ini hingga semua adunan
selesai digunakan.
~ Bakar adunan dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah C selama 45 minit.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net