Want your
own Fotopage?


















 
Welcome To DAMIRA FotoPage

By: Hayati Ibrahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 30-Jul-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
AKTIVITI YANG LEPAS2

Agar2 ini keras, tidak lembik
 
Bingka yang sedap
Hari ini baru boleh update. Semalam system down. Actually saya just nak updatekan a few resepi yang saya buat masa cuti panjang hari tu. Tapi sebelum tu nak cerita sikit pasal last weekend. Last Sunday Inasally rakan fp dari Penang, tokey kek lapis Serawak datang ke rumah ngan family dia. Walaupun hanya kenal melalui laman cyber dan pernah jumpa sekali dulu masa dia hantar kek lapis cadburry yang saya order tapi bercerita macam dah kenal lama.Seronok juga ya berkawan di alam cyber lepas tu dapat jumpa.

Yang paling seronok sekali ialah dia beri saya beberapa jenis kek lapis yang saya dok terliur tengok di fpnya tu. Semuanya sedap-sedap belaka sebab dia guna pure butter. Moist aje kek dia. Harga pun berpatutan. Ina akan iklankan harganya dalam fp dia tak lama lagi. Kalau nak order bolehlah contact Ina . Bagi yang duduk di area Bangi dan Kajang bolehlah contact saya. Saya jadi agennya. Kalau nak rasa, samplenya pun ada lagi......

Berbalik semula pada resepi saya tu. Kedua2 resepi ni saya ambil dari blog brother Rozzan. Memang sedaaaap! . Thanks ya brother for the nice recipies. Resepinya saya copy paste aje. Jom jamu mata.

AGAR-AGAR LAPIS (GULA MELAKA)
Sumber: Rozzan



Bahan A
10/11 gm serbuk agar-agar
150 gm gula melaka + 1 sudu makan gula pasir
870 ml air
2-3 helai daun pandan (simpul)

Bahan B
10/11 gm serbuk agar-agar
150 gm gula pasir
870 ml santan
1 sudu teh garam

Bahan C
Loyang berukuran 8"x 8"x 3"
sedikit pewarna cokelat (optional)

Cara-Cara
1) Masak Bahan A sehingga mendidih. Masak pula Bahan B sehingga mendidih.

2) Tuang ke dalam loyang sebanyak 200ml agar-agar plain (Bahan A). Biarkan sebentar sehingga ia hampir keras, baru dituangkan lapisan kedua iaitu 200 ml agar2 santan (Bahan B). Biarkan sehingga lapisan kedua ini hampir keras juga.

3) Kemudian tuangkan lapisan seterusnya berselang-seli, plain dan coklat. Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan.

4) Agar-agar yg hendak digunakan itu haruslah berada di atas api yg kecil, supaya ia senantiasa cair dan mudah bila dibancuh dgn pewarna.

5) Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk. Enak dihidangkan dalam keadaan dingin.

Remarks: Semasa hendak menuang lapisan yang berikutnya jangan tuang dari jarak yang terlampau tinggi dan hendaklah dituang dengan cepat dan berani. Ini bagi mengelakkan lapisan dibawah yang belum berapa keras itu bocor. Ini adalah berdasarkan pada pengalaman saya.



Resepi asal ialah Kuih Bakar Kentang. Saya guna keledek, jadi namanya Kuih Bakar Keledeklah...
KUIH BAKAR KELEDEK
Sumber: Rozzan



Bahan-bahan :
500 gm keledek (direbus dan lecek halus)
250 gm tepung gandum
350 gm gula pasir
3 biji telur (saiz besar)
550 ml santan pekat
1/2 sudu teh vanilli
sedikit pewarna kuning
1 sudu teh garam atau secukup rasa
1 sudu makan minyak sapi (saya gunakan butter)

Cara:
Masukkan keledek yg telah dilecek halus ke dalam sebuah bekas. Kemudian bubuh bahan-bahan lain iaitu tepung, gula, santan, telur, vanilli, pewarna kuning, garam dan minyak sapi. Gaul rata-rata dan tapis jika perlu. Ambil satu loyang (saya gunakan loyang bulat) dan sapukan sedikit minyak di dasar dan sekelilingnya. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama kira-kira 40 minit dgn suhu 200-220 darjah Celsius.

Nota : Anda boleh tukarkan bahan keledek kpd kentang.
Remarks: Saya taburkan bijan atas adunan bingka tu sebelum dibakar.


cantiknya lapis agar2 tu..bulan pose ni sedap di makan.. Wed 30-Jul-2008 07:56
Posted by:shariza mamanurin2002@yahoo.com  - [Link]
salam k.yati..sedap tgk agar2 tu..boleh try nie..semlaam baru beli agar2 tp x tau nak buat ape.. ..akak, hari tu nak melawat akak..ingat nak tanya why kena operation..hhehe..alih2 husband akak x da,so husband lina sembang sekali tu yg x tertanya2 tu..ape2 pun suka jumpa akak dan mee goreng akak mmg sedap..malang yea x leh makan byk.. Wed 30-Jul-2008 16:45
Posted by:ina ina_saly@yahoo.com  - [Link]
slam kak...sedapnya nampak agar2 lapis tu...tapi iza tak reti ler nak wat ka....camner tu?
Bingka tu pun sedap gak...lama tak makan kuih tradisional nie.....

re: jom tgk CC....
Thu 31-Jul-2008 06:39
Posted by:iza~mamahaikal melati072003@yahoo.com  - [Link]
>> not bad...
>> memang nampak menyelerakan ni...
Thu 31-Jul-2008 19:29
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
cantik betul lapisan agar2 tu...ini pasti sedap kan!... ada santan & gula
melaka menambahkan lemak pada agar2 tu.
Fri 1-Aug-2008 04:50
Posted by:nur  - [Link]
wahh cantiklah agar² tu..kemas jer lapisan tu.. Fri 1-Aug-2008 09:48
Posted by:zira  - [Link]
sedap tu kuih bakar keledek n agar agar tu pun Sat 2-Aug-2008 10:15
Posted by:noor  - [Link]
Salam Yati..lama tak singgah Fp Yati. rajin melapis agar2....makan sejuk2 sedap ni.
psst; baca entry di bawah...baru tahu Yati lepas opt...lama juga ya MC...semoga Yati dah semboh dan dapat menjalani tugasan seharian...
Sat 2-Aug-2008 12:32
Posted by:mamasya mamasya22@yahoo.com  - [Link]
tengok entry masakan org terasa nak masak balik umah jadi lain lak Mon 4-Aug-2008 10:39
Posted by:Ida isk merpati66@gmail.com  - [Link]
pernah sekali cuba buat agar2 lapis nie...kene buat lagi niee...terliurr.... Mon 4-Aug-2008 20:11
Posted by:cek de sam  - [Link]
lawo lak agar2 tu buat lapis camtu yerk firstime tgk nih biasa tgk lapis dua jerk Wed 6-Aug-2008 09:31
Posted by:mummy hamim2  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.