Saya ni memang malas betul nak update fp. Dah beberapa resepi saya cuba tapi tak juga saya update. Tunggulah satu persatu nanti saya updatekan. Asyik cerita pasal kek dan kuih muih aje apa kata kita tukar selera ke lauk pauk pula.
Pernah makan paceri mangga? Mungkin orang utara biasa dengan paceri mangga. Saya selalunya masak paceri nenas dan terung aje. Emak dikampung dok cerita makan paceri mangga di rumah orang kenduri. Sedap betul katanya. Lawan pula dengan ikan masin. Makan bertambah2. Lauk lain dia tak pandang dah. Saya yang dengar cerita dia dok meleleh air liur!
Saya minta emak ajarkan . Rupa2nya sama aje macam masak paceri terung atau nenas. Cuma untuk lagi sedap dan perisa lauk ini hendaklah dimasak sehari sebelum dimakan. Barulah segala bahan2 tu mesra dan terasa...... Jom layaaaan
Inilah dia mangga telur. Lebih sedap lagi kalau pilih mangga yang bijinya dah keras sikit. Kalau pilih yang terlalu muda dimana kulit bijinya masih lembut, bila makan nanti akan tergigit bijinya. Akan terasa pahit bila tergigit bijinya itu. Sebab tu saya suka pilih mangga yang dah tua sikit. Boleh dinyonyot bijinya..ada ke perkataan tu, atau aku aje yang faham sendiri....hehehe
PACERI MANGGA
Sumber: Bondaku
Bahan-bahannya:
2 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Kesemua bahan diatas hendaklah ditumis
5 ulas bawang merah }
2 ulas bawang putih } Bahan2 ini ditumbuk atau dikisar halus
1 cm halia }
1 paket kecil rempah kari
Sedikit ikan bilis
2 sudu makan kerisik
1/2 cawan air
2 cawan santan
8 biji mangga telur
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukupnya.
Cara-caranya:
1. Mangga telur hendaklah dikupas kulitnya. Cucuk-cucukkan mangga tersebut dengan garpu. Ini ialah untuk membuangkan sedikit masamnya dan membolehkan kuah paceri meresap ke dalam buah tersebut. Celur sebentar buah mangga tersebut dan toskan airnya. Jangan terlalu lama kerana buah mangga akan jadi lembik dan hancur, Masam buah mangga ini akan keluar sedikit apabila dicelur.
2. Tuangkan sedikit minyak ke dalam periuk.
2. Setelah minyak panas, tumiskan bahan penumis hingga wangi.
3. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dan digaul dengan rempah kari dan ikan bilis. Sebaik-baiknya ikan bilis selepas dibasuh diramas2 baru dicampurkan dengan rempah kari dan bahan2 tumbuk. Tumis sehingga agak garing dan masukkan setengah cawan air.
4. Masukkan kerisik, garam dan gula dan kacau sehingga mendidih.
5. Masukkan dua cawan santan dan kacau sehingga mendidih dan kuah menjadi pekat sedikit.
7. Selepas itu barulah dimasukkan mangga yang telah dicelur tadi.
8. Rasakan garam dan gulanya sekali lagi. Lauk ini perlu dilebihkan gula bagi menyeimbangkan rasa masam buah mangga. Selepas mendidih bolehlah ditutupkan apinya.
Beginilah lebih kurang stepnya
Makan dengan nasi panas dan ikan masin.....
Nota: Lauk ini menjadi semakin sedap selepas dipanas2kan keesokan harinya...
ya Allah!! yati.. tiba2 tertelan air liur akak tgk paceri mangga ni.. akak pernah gak dengar org buat paceri mangga, kedondong tp tak pernah buat sendiri lagi.. apa lagi merasa.. selalu pun dok buat paceri nenas / terung je.. mmg nak kena cuba gak 1 day.. dah la skrg ni asyik nak mkn masak2 jekk tp takde pulak mangga telur.. blk kg nak kena carik gak ni..
pajeri mangga..baru ni dengar...mangga tu bila dah jadi pajeri, lembut x? i selalu jumpa nenas & terung jer...pajeri ni mmg sedap kalau makan ngan nasi myk
makan dengan telur masin pun sedap gak ni.....satu lagi yang suka makan tapi tak pernah buat paceri kedondong/amra....yang ni nak kena tunggu balik kampung baru boleh makan dan mak yang akan masakkan paceri ni........
hmm.. saya nih first time dengar pajeri mangga... rasa nak try but sini tak de le pulak mangga mcm dlm gamba tu...
re:kat cheetham + crumpsall nih ade lebih kurang 50+ family melayu kot and masih ade lagi yg duduk shirley road but tak sure no brapa cheetham dah byk berubah dari 2003 mula2 saya sampai dah agak membangun skit meh le dtg lawat2 mengimbau kenangan
thanks kerna sudi singgah kat fp ku. sedapnya paceri mangga, jarang sesangat wat paceri tak kira le mangga ke nenas ke terung ke. tapi suka gak makan ...nak2 plak match dgn ikan masin...fuyooooooooo