Want your
own Fotopage?








 
Welcome To DAMIRA FotoPage

By: Hayati Ibrahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 4-Sep-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
Cerita Puasa Amirah, Tempahan Kuih Raya Dan Tag

 
 
 
 
 
Hari ini baru start kerja semula selepas bercuti panjang. Ambil tambahan cuti 2 hari. Amirah pun kena cuti gak dari tadikanya kerana ibu dan ayahnya nak balik kampung. Hubbyku terpaksa kerja pada 31 Ogos dan 1 Sept. Off daynya ialah pada 2 dan 3 Sept. Maklumlah dia bekerja shift. Off daynya tak menentu. Sebab tu saya kena ambil cuti extra 2 hari. Pada kebiasaannya setiap tahun kami jika ada masa terluang pasti akan balik kampung untuk berpuasa bersama keluarga dan mertua. Orang tua kita ni memang gembira kalau masa bersahur dan berbuka tu anak cucu turut serta. Kalau anak cucu tak balik tinggallah mereka berdua aje. Kalau ramai2 tu lebih ceria dan berselera.

Kesempatan cuti di awal puasa ni dapatlah saya melayan keletah Amirah yang berusia 5 tahun berpuasa. Hari pertama dia tak puasa sebab sepupunya yang berusia 4 tahun menggodanya dengan susu botolnya. Amirah yang masih menyusu botol tu tak tahan godaan....Hari kedua sepupunya dah balik . Tinggal dia seorang saja yang kecil Godaannya kurang. Dapatlah dia meneruskan puasa tapi penuh dengan rengekan. Lambat lagi ke nak azan ibu, lambat lagi ke nak malam ibu....Itulah soalan yang asyik ditanya. Kadang2 tu kesian gak tengok dia, tapi bila lagi nak dilatih. Kalau sampai tak daya nak berjalan memang akan kusuruh dia berbuka. Hari ketiga dia cergas aje, kuranglah rengekannya. Hari ini tak tahulah, tapi dah kupesan pada cikgunya dan penjaganya yang dia berpuasa. Sebenarnya Amirah dah start puasa dari tahun lepas. Dia dapat puasa 9 hari sahaja, harap2 tahun ini dia dapat meneruskan puasanya ke akhir Ramadhan.

Sebelum balik kampung tu saya sibuk menyiapkan tempahan almond london dan suji badam. Customer datang ambil pada 1 Sept lepas. Customer ni buat jualan kuih raya di gerainya. Jenuhlah juga nak celup cookies tu ngan coklat. Dekat dua hari jugalah baru siap celup 1500 keping. Fuhh! leganya bila dah siap. Lepas ni nak concentrate untuk tempahan raya pula. Begitulah rutinku bila menjelang raya semenjak 6 tahun kebelakangan ni. Almond London ni ramai yang menggemarinya kerana biskut dan badamnya rangup, disalut pula ngan coklat. Memang sekali makan nak lagi! Resepi ini dah lama saya gunakan. Resepi ni saya ubah sedikit dari resepi yang diberi oleh kawan emak. Saya akan sertakan resepinya bagi sesiapa yang teringin nak cuba buat sendiri tahun ni. Bagi yang tak sempat nak buat sendiri, order sahaja. Saya masih menerima tempahan. Boleh call 012-2733214.sempat lagi nak promote tu..
Tahun ni ramai juga yang bertanya tentang kuih tart gulung yang memang setiap tahun ku buat. Tahun ni tak berani buat sebab baru aje lepas operation Jun lepas. Kuih tart gulung ni kerjanya renyah sikit. Nak menekan pastri tu kena guna tenaga dari perut. Nanti tak pasal2 jahitanku terbuka. Insya Allah tahun depan kalau sihat akan buat kuih tart gulung semula.


Almond London yang baru dicelup coklat disusun dalam loyang sementara menunggu coklat keras. Dah keras baru transfer dalam bekas.


Tokey kuih dengan sebahagian dari tempahan customer...


Jom kita layan gambar2 menu buka puasa hari pertama. Gambar aje dulu ya. Resepinya kemudian.... Malas nak menaip sebenarnya.


Jus cempedak berkarbonat


Rojak Tauhu

Sebenarnya resepi ini adalah resepi Tauhu Bakar. Disebabkan saya tak bakar tauhu tu tapi hanya digoreng maka saya panggil Rojak Tauhu aje..hehehe. Terima kasih pada Nohaza yang telah menyumbangkan resepinya yang sedap ini.

ROJAK TAUHU

Sumber: nohaza

Bahan2nya:

5 keping tauhu digoreng
1 biji timun dihiris memanjang
1/2 biji sengkuang dihiris memanjang
Tauge dicelur
Kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar.

Bahan2 Kuah Rojak:

1 ulas bawang putih
7 biji cili padi ( bergantung pada tahap kepedasan masing2)
2 sudu makan petis / otak udang
2 sudu makan gula merah
2 sudu makan gula pasir
1 sudu makan kicap manis
4 sudu makan sos cili
1 cawan air
secubit garam

Cara2nya:
1. Bawang putih dan cili padi ditumbuk halus.
2. Campurkan kesemua bahan2 di atas.
3. Masak kuah tersebut hingga mendidih.
4. Rasalah garam dan gula secukupnya.

Nota: Isikan bahan2 rojak yang telah dihiris tadi ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah rojak secukupnya dan taburkanlah kacang tanah yg ditumbik kasar.



Jelly Kelapa


Ini pula tag yang diterima dari dapurimpian. Terima kasih banyak2..

Dari dapurimpian


A.Dibuat oleh: antownholic.blogspot.com, reskitrianto.blogspot.com, bashrie.blogspot.com,juzzyouandme.blogspot.com, sweethoney, sofiaroxy, darleeluv, a gift fRoM hEaRt, a gift from azza, sejenak bersamaku, cherita dapur, kaklin,Mamasya,Umieaisyah,dapurimpian, damira

b. Dibuat oleh: antownholic.blogspot.com, reskitrianto.blogspot.com, bashrie.blogspot.com,juzzyouandme.blogspot.com, sweethoney, sofiaroxy, darleeluv, a gift fRoM hEaRt, a gift from azza, sejenak bersamaku, cherita dapur, Was Will Always Me,Mamasya,Umieaisyah,dapurimpian, damira

Ni Arahan Nya…
Copy Gambar Kat Atas Tu Dan Post Kat Blog Kalian
Teruskan Mencari Mangsa Seramai 5 Org..(Nak Lebih Pun Takpe)
Setelah Mengenalpasti Mangsa Yg Sesuai, Sila Tinggalkan Pesanan Di Blog Mereka
Lastly, Jgn Lupa Tempek Url Kalian Sebelah Url dapurimpian Kat AtasTuh...
Tag di terima dari dapurimpian. Nak kongsi Tag Ni dgn kawan-kawan iaitu;
***kawan2 pilihlah nak sambung dari A atau B link Tag Ramadhan ni...

1. maklang
2. amal
3. chepah
4. kak Ida
5. cek de sam

Quote:


ALMOND LONDON


Bahan2nya:

9 oz butter
4 oz gula icing
2 biji kuning telur
1 biji putih telur
500g tepung gandum
50g tepung jagung
1 sudu teh emplex
200g badam biji
50g badam cincang
300g coklat masakan
10g coco butter
Paper cup secukupnya.


Cara2nya:

1. Goreng badam biji hingga kekuningan di atas api yang sederhana. Bila kuning, angkat dan toskan minyaknya. Biarkan sejuk. (Jangan goreng terlalu lama kerana badam akan hangus dan pahit).
2. Bakar badam cincang didalam oven pada suhu 160 degree Celcius selama 5 min.
3. Pukul butter hingga kembang.
4. Masukkan gula icing dan pukul lagi hingga sekata.
5. Masukkan kuning telur dan putih telur dan pukul lagi hingga sekata( tidak payah terlalu lama)
6. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan emplex yang telah diayak ke dalam adunan butter tersebut. Uli hingga sebati.
7. Ambil sedikit adunan dan masukkan sebiji badam dan bentukkan membujur. Susun dalam loyang hingga penuh.
8. Bakar dalam oven hingga kekuningan. Suhu dan masa bergantung pada oven masing2.
9. Setelah sejuk barulah dicelup dengan coklat.

Cara2 mencelup coklat.
1. Hiris coklat nipis2 dan isikan kedalam bekas yang tahan panas.
2. Campurkan coco butter ke dalam coklat tadi. Coco butter yang berwarna putih ini bertujuan untuk mengilatkan coklat tersebut. Tak letak pun tak apa.
3. Cairkan coklat tersebut dengan cara double boil. Kacau hingga coklat dan coco butter betul2 cair. Pastikan air tidak masuk ke dalam coklat tersebut kerana salutan coklat tidak akan keras sekiranya coklat tersebut tercampur air.
4. Gunakan pengepit kuih, celup biskut ke dalam coklat dan isikan ke dalam paper cup.
5. Taburkan badam cincang.
6. Susun rapat2 ke dalam loyang dan biarkan coklat keras.

Adunan ini boleh menghasilkan lebih kurang 120 - 130 biji bergantung pada size yang dibuat.

Selamat mencuba.... Pasti tak menyesal hasilnya


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net