Want your
own Fotopage?


















 
Welcome To DAMIRA FotoPage

By: Hayati Ibrahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 24-Sep-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
Demam Kuih Raya

Chocolate Oats Crist
Suji Badam
Sekarang ni ramai yang sibuk mengirim kad raya. Thanks Zira kerana sudi nak bagi kad pada akak. Sorrylah terlambat ambil kad tu.



Sana sini orang dok tayang kuih raya. Saya ni tak sempat nak bereksperiment dengan resepi2 kuih raya. Sibuk dengan tempahan kuih raya dan hamper. Adalah sejenis dua yang saya sempat cuba. Saya ambil dari fp maklang azie. Biskutnya simple tapi sedap. Terima kasih maklang dan izinkan saya copy paste aje resepi kat sini ya.


Chocolate Oats Crisp Cookies

Chocolate Oats Crisp
Sumber : Koleksi resipi oats

Bahan
130g tepung gandum }
30g tepung jagung }
20g serbuk koko } ayak
½ sk serbuk penaik }
¼ sk serbuk kulit kayu manis } (saya tak letak pun)
¼ sk garam
90g Quaker Oat Segera
200g mentega
120g brown sugar
½ sk esen vanilla

Cara
Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas. Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata.
Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Uli hingga kental.( Saya terpaksa tambah sedikit tepung kerana adunan saya lembik)
Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung. Potong atau terap dan letak atas dulang. Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit atau sehingga rangup.
(saya hanya ambil sedikit doh dan bulat2kan lalu dileperkan dengan garpu.

Nota
Maklang bakar dengan suhu 170 selama 15’.( saya bakar pada suhu 160'C selama 15 min)
Sebaik2nya, biarkan biskut betul2 sejuk baru makan dan rasa sendiri kerangupan biskut rangup coklat oat yang pasti makan sekali nak lagi.





Suji Badam

Biskut Suji Badam
Sumber : kak intan/diana

Bahan-bahannya
1 kg tepong gandum
350 gm badam, dikisar
400 gm gula halus ( gula tepong) (saya gunakan gula ising)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate soda
secubit garam saya letak 1 sudu teh garam)
Minyak makan secukup nya ( saya gunakan 3 cawan minyak )

Cara-caranya
1. Masukkan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali minyak. Gaul rata.
2. Masukkan minyak sedikit sedikit hingga menjadi satu dough yg boleh diterap.
3. Bakar dalam oven pada suhu 170’C sehingga biskut masak ( saya bakar pada suhu 160' C selama 14 min)

suji badam tu sedap tuu.... feberet
slmt hari raya aidilfitri maaf zahir & batin dari akak buat yati sekeluarga..
Thu 25-Sep-2008 01:18
Posted by:MaDiHa  - [Link]
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, maaf zahir batin..maafkan kmal jika ada terkasar bahasa buat yati sekeluarga. Thu 25-Sep-2008 06:05
Posted by:amal5041 amalhayati68@gmail.com  - [Link]
Selamat Menyambut Aidilfitri buat Yati sekeluarga. maaf zahir batin...
selamat balik kg...
Thu 25-Sep-2008 14:03
Posted by:Mamasya  - [Link]
>> salam Aidilfitri untuk anda sekeluarga...
>> moga bahagia di Syawal mulia...
>> andai ada salah silap terkasar bahasa...
>> ampun serta maaf juga dipinta....
Thu 25-Sep-2008 19:40
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
salam k.yati selamat hari raya..maaf zahir abtin..nanti ambik kad kat fp lina yer.. Fri 26-Sep-2008 12:43
Posted by:ina ina_saly@yahoo.com  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.