Lama juga tak update fp. Rasanya macam tak da cerita nak kongsi bersama. Hari2 buat kek biasa yang tak di make up. Takkan nak tunjuk gambar yang sama juga. Alhamdulillah walaupun yati buat jualan harian kek tanpa make up tapi tetap ada permintaan. Kek tanpa cream ni senang sikit nak diuruskan. Makan bila2 masa pun tak kisah. Kalau ada yang minta kek yang berdeko untuk majlis2 tertentu yati terima juga tempahan.
Baru2 ini Pn.Siti tempah Chocolate Banana Cake yang famous tu. Yati gunakan resepi yang biasa yati buat. Kalau nak resepinya dan lihat gambar kek yang telah dipotong boleh lihat disini .
Kek ini seberat 1.4 kg. Pn Siti kata sedap dan rasanya pun tak manis sangat.
Harganya sungguh berpatutan. Yati ni kalau nak letak harga selalu serba salah
. Takut orang kata mahal sangat! Sebab tu Zati kata " ko ni jual kek murah betul, untung ke?".... Bagi sapa2 rasa teringin nak makan chocolate banana cake tapi tak ada masa nak buat sendiri bolehlah order dari Yati. Call aje no 0122733214....
Yang ini pula chocolate banana cake untuk Intan. Saja bagi intan dan keluarganya tanda terima kasih kerana dah menjaga Amirah anakku dari baby hingga berusia lima tahun lebih. Tahun ini Amirah masuk tadika dan day care dari pagi hingga petang kerana di situ ada ajar mengaji.
Chocolate Banana Cake untuk Intan ini sengaja yati deco ngan bunga ros. Kononnya nak praktis buat bunga ros tapi dah tersalah guna coklat. Sebab tu bunga dan daunnya tak menjadi. Ampun Sifu Zati...... Untuk sponge cakenya yati cuba guna resepi yang selalu Amal buat. Keknya naik gebu dan sedap tapi yati tak pasti kenapa bahagian atasnya terkopek seperti dipotong pula seperti dalam gambar yang ditunjukkan. Mungkin Amal boleh bagi tips untuk buat sponge kek ini. Untuk coklat mousse dan ganachenya yati masih menggunakan resepi yang biasa dibuat.
Yati sertakan juga basic sponge cake untuk rujukan di masa akan datang. Yati c&p dari Amal. Izinkan ya dan terima kasih kerana sudi berkongsi resepi.
Kek Span Asas Dipetik dari buku "Romancing With Cakes"
10 biji telur Gred B
180 gm gula castor
180 gm tepung gandum**
20 gm serbuk koko**
2 sudu besar minyak jagung
1 sudu besar ovalette**
Putar telur dengan kelajuan tinggi bersama ovalette selama 8 minit atau sehingga ia menjadi kembang 2x ganda. Masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil adunan diputar laju. Putar hingga adunan menjadi putih dan pekat. Perlahankan mixer dan masukkan tepung yg telah diayak, kemudian masukkan minyak jagung dan kacau hingga sebati. Jangan terlalu lama. Kemudian masukkan ke dalam acuan yang telah dialas bersaiz 10" dan bakar selama 45 minit atau sehingga kek masak.
Intan dan keluarganya memang suka sangat ngan kek tu. Katanya coklatnya begitu terasa.....
Sesiapa yang nak order apa2 kek bolehlah menghubungi Damira Bakery. H/P: 0122733214
Dari segi tekstur sponge kek tu dah sama mcm kmal buat...tapi tak pernak pulak kulit atas tu tercabut sendiri...kmal selalu..lepas keluar je kek dari oven terus kmal telangkupkan dulu atas rak selama 10-15 minit..(tujuannya..supaya kek tak kecut balik)kemudian alih semula...lerekkan keliling dgn pisau..keluarkan kek dan biar sejuk atas rak...masa bakar dlm oven kmal suka letak rak bawah ...tu je cara kmal...
best yer kek2 akak..lawa roses akak...sibuk buat kek ruper yer..x pe kka..jika rezeki kita dah tertulis begitu..kita teruskan yg penting kita usaha..cmana husband akak hopefully makin sihat lah.last weeek 2 kali lina pie yummies tp x sempat nak singgah rmh akak..kejar masa macam nielah kalo balik jika ada urusan..insyaallah hujung bulan lina balik lagi...jalan ajer kerja yer
Salam Yati.....lama tak singgah Fp Yati....mmg cuti sakan tak sempat nak jln Fp kawan2.
tengok kek coklat banana nipun dah dpt bayangkan yummynya....tambah2 dgn coklat yg meleleh tu.... baca entry Yati sebelum ni, Yatipun dah ke Pekan belajar deco...mmg cantik hasilnya...puashatikan dpt belajar dgn K.Zati..byk yg boleh dipelajari.
Jua semoga suami Yati cepat semboh...dan byk bersabar menempoh dugaan ini dan semoga thn baru memberi lebih semangat dan kejayaan buat Yati sekeluarga.