Welcome To DAMIRA FotoPage

By: Hayati Ibrahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 26-Feb-2009 12:00 Email | Share | Bookmark
Birthday Cake Untuk Bella

 
 
 
Salam untuk semua pengunjung semoga anda semua sihat dan ceria selalu.
Entry kali ini masih memaparkan kisah kek. Last week kak Mariani menempah kek harijadi untuk anaknya Bella. Entah kenapa tempahan kek yang kuterima semuanya nakkan jenis coklat ganache/coating. Tak adakah yang teringin nak tempah kek buttercream.... Bilalah nak kuasah bakatku menggunakan buttercream
Buttercream ni untuk hiasan memang cantik, bila makan ramai yang kuis ketepi creamnya tapi kalau kek dengan hiasan coklat memang tak membazir langsung, saki baki di board, pisau atau piring pun ada yang menjilatnya... .
Jom tengok gambar kek harijadi Bella...


Kak Ani nak kek seperti chocolate banana cake tapi dia tak makan pisang. Katanya letaklah apa2 buah asalkan jangan pisang. Teringat Meen letak buah peach maka yati pun menggantikan pisang dengan buah peach. Atas feedback yang diterima sebelum ini mengatakan kek ini lebih sedap jika keknya moist maka yati pun mencubalah resepi sponge cake dari buku Y3K Amy Heng. Sponge cake tu memang lembut dan moist tapi yati tak pasti mengapa kek tu mengecut lepas sejuk walau pun loyang tu dah ditelangkupkan masa baru keluar dari oven. Sebabkan kek tu jadi nipis sikit bila dah sejuk, tak bolehlah nak potong jadi 3 layer. Dapat jadikan dua layer aje.. Rasa kek tu memang sedap. Yati dah translatekan resepi tu. Siapa nak cuba bolehlah mencuba. Kalau kek you all tak mengecut inform yati ya apa sebabnya...

CHOCOLATE SPONGE CAKE
Sumber: Amy Heng

Bahan A
250 gm telur
125 gm gula kastor
110 gm tepung kek ( saya guna tepung gandum biasa)
15 gm serbuk koko
50 ml susu UHT ( saya guna susu Dutch Lady dalam kotak)
15 gm ovalette
65 gm minyak jagung ( saya guna minyak biasa aje)

Bahan B
1 tsp vanilla essence
65 gm minyak jagung ( minyak ini adalah yang lain dari di atas)

Cara2nya.

Dalam mangkuk pemutar, masukkan kesemua bahan A dan putar pada kelajuan tinggi selama 5 minit sehingga adunan menjadi pekat dan gebu.
Perlahankan putaran mixer dan masukkan bahan B. Kacau perlahan hingga semuanya bercampur sahaja.
Tuangkan adunan kek ke dalam bekas pembakar dan bakarlah sehingga masak antara 40 min ke 45 min. Saya gunakan loyang bulat 9 inchi.

Resepi untuk coklat mousse dan chocolate ganache masih guna resepi aunty yochana. Boleh lihat di link sebelah kiri ya.

Masa tengah buat kek untuk Bella, anakku Amirah pula merengek2 nak birthday cake juga. Takkan nak potong yang orang tempah. Terpaksalah kubuatkan juga sebiji untuknya. Dia nak letak buah strawberry dan yati pula nak rasa buah peach. Jadi yati gabungkan buah peach dan strawberry bukan saja untuk deko tetapi didalam kek juga. Untuk makan sendiri bolehlah letak buah lebih2.... . Masih menggunakan resepi sponge cake Amy Heng walaupun mengecut skit tapi rasanya sedap sebab dia moist dan lembut.


Macam kek Meen juga, buah peach Yati berlumba2 nak menggelongsor... Tak sempat tunggu chocolate ganache tu mengeras sikit dan buah peach tu pun tak berapa tos airnya. Amirah asik gesa cepatlah ibu, tak sabar nak makan kek ni... Bila dah dipotong segigit aje yang dimakan Amirah. Geramnya.. Untuk tidak membiarkan diriku ini terus gebu, maka kuagih2kanlah kek tu pada jiran dan offismate. Ada yang kata lebih sedap dari kedai kek yang terkenal tu...


Inilah dia rupa kek yang telah dipotong tu. Kalau ada yang terliur tu bolehlah call yati 012-2733214 untuk order....
Untuk chocolate banana cake atau chocolate peach cake yati jual RM 60 untuk 1.4kg -1.5kg.
Kalau guna strawberry tu harga lainlah sebab sekotak kecil strawberry aje dah RM 12.00 di Billion.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net