Want your
own Fotopage?


















 
Welcome To DAMIRA FotoPage

By: Hayati Ibrahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 25-May-2009 12:00 Email | Share | Bookmark
Chocolate Cup Cake As Wedding Door Gift

 
 
 
 
 
 
Salam kepada semua rakan-rakan yang sudi berkunjung ke sini. Dah lebih sebulan darulah dapat update semula. Yati sekarang ni sibuk dengan tugasan di office kerana Ogos nanti ada events peringkat ASEAN. Terlalulah banyak kerja dan persiapan yang perlu dibuat. Bila bertugas untuk sesebuah sekretariat faham-faham ajelah busynya itu. Nak berkunjung rumah kawan2 pun tak sempat. Kadang-kadang tu sempat berkunjung tapi tak sempat pula nak tinggalkan jejak

Dek kerana kesibukan ini Yati pun mengumpulkan aje segala aktiviti baking untuk sebulan ni. Bila ada kelapangan baru upload. Jom tengok apa yang Yati dah buat sepanjang sebulan yang lepas...


Chocolate cup cake di order oleh adik ipar Azue dari Seremban pada akhir April lepas. Siap isi dalam bekas plastik. Senang sikit nak letak bertingkat-tingkat.


Ini pula sebahagian dari chocolate cup cake untuk kenduri di rumah Azue. Azue dah ambil bekas plastiknya sebab nak diletak riben/pelekat pada bekas tu. Terpaksalah menggunakan tray kuning tu dengan banyaknya sebab satu tray tu hanya susun satu layer aje. Takut pula nak tindihkan kek, risau surfacenya comot. Minggu tu pening jugalah Yati dengan chocolate cup cake ni. Mana taknya, hampir 2000pcs Yati kena buatkan untuk Azue dan adiknya serta untuk Amri my regular customer. Syukur pada Allah atas rezeki kurniaanNya



Ini pula chocolate Moist Cake order dari Ani untuk anaknya. Tak sempat jumpa/kenal Ani. Ani order melalui telefon. Bila pergi hantar kek, Ani belum sampai TASKA lagi. Kawannya yang ambilkan untuk Ani.



Nizam dari Kajang Perdana order kek untuk sambut Hari Guru di Tadika anaknya.
Yati buatkan Chocolate Moist Cake. Dah jemu chocolate moist cake resepi biasa tu.
Yati cuba Rich Chocolate Moist Cake dari bro Rozan. Walau pun yati tak potong kek tu, dari teksturnya dah tahu kek tu sedap. Thanks tu bro Rozzan for sharing the recipe. Copy paste ya bro. Sesiapa nak cuba bolehlah cuba. Insya Allah tak menyesal punya...

RICH CHOCOLATE MOIST CAKE
Bahan-Bahan
6 oz butter
14 oz gula castor - boleh kurangkan kpd 12 oz
3 biji telur ayam

Bahan-Bahan Yg DiBancuh Bersama:
1 sudu teh Nescafe
1 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh chocolate emulco/paste atau oil

Bahan-Bahan Yg Diayak Bersama:
8 oz tepung high protein (tpg roti) - boleh juga guna tepung gandum
2¼ oz serbuk koko - guna yg non branded untuk warna kek yg kehitaman
½ sudu teh garam
1 sudu teh soda bicarbonate
1½ sudu teh baking powder

7 oz air sejuk - air dlm peti ais


Cara membuatnya:
1. Dgn menggunakan mixer (high speed), pukul mentega dengan gula sehingga kembang (kira-kira 15 minit)

2. Masukkan pula telur satu persatu. (medium speed). Pukul lagi hingga kembang dan sebati lalu masukkan campuran Nescafe, esen vanilla & chocolate emulco. Setelah proses ini, jangan gunakan mixer lagi.

3. Kemudian, masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan dgn kaedah "fold-in method". Kacau pelan2 – satu arah jer.

4. Selanjutnya, masukkan air sejuk sedikit-sedikit sambil di gaul perlahan-lahan sehingga sebati.

5. Tuang adunan ke dalam loyang 9" persegi yg telah dialas dan di gris dgn mentega pada dasar dan keliling loyang. Bakar dengan suhu 170C selama 50-60 minit ATAU kukus - tutup loyang dgn aluminium foil - guna api biasa.. selama 1½ jam.


CREAM COKLAT / GANACHE
250 gm cooking chocolate
1 sudu besar mentega
½ cawan fresh cream/whipping cream

Cara:
1. Cairkan cooking chocolate secara double-boil.
2. Angkat dari air panas tadi dan masukkan fresh cream/whipping cream dan mentega.
3. Kacau sehingga sebati.
4. Tuangkan atas kek dan hiaslah mengikut citarasa sendiri.




15hb Mei yang lepas genaplah usia Amirah, anak tunggalku 6 tahun. Dari awal tahun lagi Amirah sibuk meminta Yati buatkan kek harijadinya. Katanya dia nak kek tiga tingkat. Sorrylah sayang, ibumu terlalu sibuk sekarang ni. Tak sempat nak buat kek tiga tingkat. Dapat buat sebiji kek aje itu pun share dengan hari guru....



18hb malam Amirah menelefonku. Hari itu Yati kerja hingga lewat malam. "Ibu esok ada sambutan Birthday kat Tadika. Mia nak bawa kek lagi . Nanti Ibu buat ya". "Hari tu kan dah bawa kek, esok tak payahlah bawa kek lagi. Ibu belikan makanan lain untuk bawa tadika ya". Menangis2 dalam telepon minta buatkan juga kek untuknya. Sampai rumah dekat 11.00 malam terus godek sebij kek untuk Amirah. Pagi esoknya barulah buat hiasan simple. Ini pun dia tuntut sebiji kek lagi untuk bawa rumah mama yang jaga dia dari kecil lagi tu. Hai Amirah, Amirah...


Sesiapa yang nak buat sebarang tempahan sila hubungi Damira Bakery,
Yati h/p: 012-2733214
e-mail: yadami68@yahoo.com

salam yati,

sibuk erk...kalau bekerja mmg gitu lah ragam nya...sentiasa sibuk.

cantik2 kek yg yatie deco nie.
Mon 25-May-2009 06:56
Posted by:nur  - [Link]
Dah beberapa kali ketuk pintu dapur umah Yati...sunyi sepi....... busy rupanya dgn kerja dan tempahan....
berderet2 kek coklat tu.....buat tergoda nak godek kek coklat pulak.....
happy belated birthday buat Amirah....moga menjadi anak yg pintar dan soleh....
Tak dpt kek 3 tingkat....Amirah minta sampai 3 biji kek jugak tu......nasib baik ibu pandai buat kek... bikin sendiri...jimat lagi sedap......
Tue 26-May-2009 00:46
Posted by:Mamasya  - [Link]
Wah....sibuk sungguh...tgk dari tempahan tu...tak dapat bayang buat 2000 pcs sorang2 ke yati...
Happy Bday buat Amirah...moga jadi anak yang baik.
Tue 26-May-2009 04:46
Posted by:amal5041 amalhayati68@gmail.com  - [Link]
dah besar anak tunggal yati tu ye... takde adik pasal tu manja lebih sikit tu.. hehehe.. takperlahh.. ibunya pun cekap bab buat kek.. pasal tu amira request kek last minute.. dia tau ibunya pasti boleh buat..
oh ya.. thanks resepi kek tu.. kita dah copy.. kalau rajin boleh try buat.. (kdg tu dr opis berangan je nak buat.. tiba rumah.. kerajinan lenyap tiba2 )
Tue 26-May-2009 05:31
Posted by:MaDiHaA  - [Link]
Yati...minta tip camna nak letak coklat rice dikeliling kek....nampak sekata spt Yati buat...
yg pernah buat main campak2 aja kat keliling kek......
Tue 26-May-2009 23:17
Posted by:Mamasya  - [Link]
byk nyer kakkkkk.....
Alhamdulillah yer...semoga trus maju
Wed 27-May-2009 05:45
Posted by:jasmeen armadean@gmail.com  - [Link]
Yati, tk byk2 sudi kongsi tip....... Thu 28-May-2009 14:50
Posted by:Mamasya  - [Link]
umphh..dh lama x buat choc cake nih...terliur tgk gambo2 ni..nk kena buat nih....yummy..yummy... Fri 29-May-2009 02:36
Posted by:aida aida@kolejshahputra.edu.my  - [Link]
wah cni pun kek mcm2 ada........... Mon 20-Jul-2009 05:31
Posted by:bENg_Oong WasZ nszr_mala@yahoo.com.my  - [Link]
bz2 pun...sempat wat cake.... Mon 27-Jul-2009 09:53
Posted by:along faeza  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.