Want your
own Fotopage?


















 
Welcome To DAMIRA FotoPage

By: Hayati Ibrahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 10-Jun-2009 12:00 Email | Share | Bookmark
Carrot Walnut Cake

Carrot Walnut Cake
Seperti biasa, berminggu-minggu baru dapat update semula. Kali ini malas nak tayang kek-kek coklat yang ditempah. Yati nak share resepi Carrot Walnut Cake. Cake ni memag dah lama famous. Yati aje yang baru buat. Sebenarnya Yati dah bosan buat kek-kek biasa seperti kek marble,oren, pandan, strawbery dan chocolate moist untuk jualan harian. Terpikir nak buat kelainan. Saja nak bagi pelanggan tukar selera. Yati pun buatlah kek ini beberapa biji. Alhamdulillah habis. Sehingga kini dah berapa banyak biji kek ini dibuat pun dah tak terkira. Kesedapan kek ini telah meniti dari bibir ke bibir di kawasan yati buat jualan tu. Jom kita tengok resepinya....



CARROT WALNUT CAKE
Sumber: Sifu Suria

Bahan-bahannya:

4 biji telur ~ asingkan putih & kuningnya
1 1/2 cawan ~ minyak sayur atau minyak jagung
150 g~ gula kaster (saya kurangkan jadi 130gm)
150 g~ gula perang (brown sugar)
1 1/2 cawan ~ lobak merah diparut ( jangan diperah airnya)

Bahan-bahan yang perlu di ayak:
250 g tepung gandum
1 teaspoon suduteh serbuk kayu manis ( saya tak letakpun sebab tak suka rasanya)
1 1/2 suduteh baking soda (saya guna 1 sudu teh baking soda aje)
1 suduteh garam
*1 sudu teh baking powder (* resepi asal tak letak pun, saya saja tambah)

100 g walnut ~ di cincang (saya bakar dahulu dalam oven sebelum dicincang- memang
sedap letak walnut ni!)

Cara-caranya:

1. Pukulkan kuning telur (saya guna mixer, pukul sampai kembang sikit).
2. Kemudian masukkan minyak, gula kaster & gula perang, serta lobak merah
yang diparut tadi.(Sekiranya lobak merah yang diparut itu mengeluarkan terlalu
banyak air, buangkan airnya tanpa memerah isi lobak merah tersebut)
3. Masukkan walnut, kacau sebati.
4. Kemudian masukkan bahan-bahan yang di ayak tadi, kacau sebati.
5. Pukul putih telur di mangkuk lain dengan mixer hingga keras.
6. Masukkan putih telur ini sedikit demi sedikit ke dalam adunan, kacau perlahan-lahan,
satu arah sahaja, sila gunakan spatula atau senduk kayu, tak sebati sangat pun
tak apa asalkan tidak terlebih kacau.
7. Bakar pada suhu 180 celcius selama 45 minit atau sehingga masak.

Frosting
120 g butter
250 g cream cheese
120 g gula aising

Caranya :
Pukul kesemua bahan hingga kembang dan ringan. Sapukan ke atas kek yang telah disejukkan dan hiasi dengan walnut.

Remarks: Tanpa frosting pun kek ini sedap dimakan....

Sesiapa yang rajin mencuba,.....Selamat Mencuba!
Sesiapa yang teringin nak rasa tapi malas nak buat sendiri call aje Damira Bakery...
Yati : 012-2733214
Email: yadami68@yahoo.com

Lama kmal tak buat kek karot ni..dah terliur dah ni bila terbayang rasa kek ni..kmal pun guna resepi yang sama..gak.. yati guna loyang loaf ke bakar kek tu. Thu 11-Jun-2009 04:07
Posted by:amal5041 amalhayati68@gmail.com  - [Link]
Dah lama tak mkn kek karot....memanjang kek coklat maklumlah anak2 kek lain diorg tak suka....
bila pelanggan puji tentu sedap kek karot yg Yati buat ni......akan dicuba satu hari nanti..........
Thu 11-Jun-2009 22:51
Posted by:Mamasya  - [Link]
salam kak..sihat?lama x chatt dengan akak..best yer carrot walnut tu..lina pun pernah try resepi tu..my hubby suka sgt..nie pun dia dah order satu hehe tp nantilah ada sehari lagi cycle menu diet kami habis..pastu boleahlah makan apa saja....nanti nak pie rumah akak lah..makan mee goreng ahri tu hehe(x malukan minta2)..this week lina balik nilai..kalau pie yummies lina tel akka yer.. Tue 23-Jun-2009 01:22
Posted by:inasaly ina_saly@yahoo.com  - [Link]
salam..........
lamanyer x update?? bz baking ka??? mesti bertambah maju skrg ni yer...
Thu 16-Jul-2009 09:30
Posted by:jasmeen armadean@gmail.com  - [Link]
NAK ORDER Chocolate Oats Crisp ..........bleh??
tok raya?
sebalang bpe?
Mon 20-Jul-2009 05:37
Posted by:bENg_Oong WasZ nszr_mala@yahoo.com.my  - [Link]
Tumpang lalu..
Meja Pengantin Luarbiasa
http://myusofyaakob.fotopages.com
Fri 24-Jul-2009 01:21
Posted by:Mylo chef_mylo@yahoo.com  - [Link]
kak yati...tahun ni nk tempah biskut suji bnyk2...
tahun lepas x cukup....
Mon 27-Jul-2009 09:52
Posted by:along faeza  - [Link]
kak yati....
sy cop tahun ni nak tempah biskut suji & london almond...
byk tau....jgn lupa!!!!
Mon 27-Jul-2009 10:00
Posted by:along faeza  - [Link]
Ingin jadi pengedar atau pembeli kuih raya 2009?Terdapat 30 jenis kuih utk dipilih.. http://lovely-bites.blogspot.com sebarang tempahan/pertanyaan sila hubungi liana-0192793588 atau emailkan ke nurfikriyah@gmail.com .SILA TEMPAH SECEPAT MUNGKIN..TARIKH TUTUP TEMPAHAN MINGGU PERTAMA PUASA!!(AKAN DITUTUP LEBIH AWAL JIKA KUOTA TELAH DIPENUHI) Sat 15-Aug-2009 07:21
Posted by:Liyana nurfikriyah@gmail.com  - [Link]
Lama menyepi...Selamat menyambut Ramadhan buat Yati sekeluarga Fri 21-Aug-2009 05:55
Posted by:Kmal amalhayati68@gmail.com  - [Link]
Ready-made KEBAYA.

Size: XS, S, M, L, XL, XXL, XXXL, XXXXL, XXXXXL, XXXXXXL.

Worldwide shipping.

Range: Engagement, Wedding, Dinner, Formal, Casual, RAYA!!!

http://princesscut.fotopages.com
Tue 1-Sep-2009 17:43
Posted by:AMY Empire of Elegance


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.