Want your
own Fotopage?


















 
Welcome To DAMIRA FotoPage

By: Hayati Ibrahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 2-Oct-2009 12:00 Email | Share | Bookmark
Selamat Hari Raya!

 
 
 
 
 
Salam untuk kawan-kawan dan semua yang sudi berkunjung ke FP Yati. Rasanya tak terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya untuk semua dan maafkan segala salah silap selama ini. Syawalkan sebulan..hehe. Ke mana menghilang? Berbulan-bulan tak update! Sebenarnya tak ke mana-mana. Cuma dilanda kesibukan teramat sangat bermula dari bulan Jun 2009 hingga Ogos 2009. Sibuk dengan persiapan 5th ASEAN Para Games yang telah pun berlangsung 15hb hingga 19hb Ogos yang lepas. Walaupun sukan itu seminggu aje tetapi kerja-kerja di belakang tabir ini punyalah banyak lebih-lebih lagi melibatkan 10 buah negara ASEAN.

Dua hari lepas sukan dah start puasa. Dek kerana sibuk dengan sukan tu, segala aktiviti promosi untuk hari raya terlewat. Nasib baik ada pelanggan tetap untuk biskut raya. Promosi hamper pun langsung tak sempat keluar. Mujur ada internet. Ada yang search internet dan dpt tengok promosi hamper tahun lepas. Jom tengok apa yang Yati dah buat bulan Ramadhan yang lepas.....!



Ini adalah sebahagian dari kuih raya yang dibuat. Tak dapat nak kumpulkan semua baru ambil gambar sebab masa untuk hantar kuihnya terlalu berbeza. Ada yang minta awal puasa sebab nak jual kat gerai mereka.



Ini pula sebahagian lagi. Tahun ini Yati buat lima jenis cookies iaitu Tart gulung, Almond London, Suji Badam, Biskut Mazola dan Irish cookies. Suji Badam tak sangka ramai juga permintaannya. Ramai yang dah order tahun lepas repeat order untuk tahun ini pula. Seperti tahun-tahun yang lepas Tart gulunglah yang mengungguli tempahan tertinggi. Bagi Yati kuih inilah yang paling renyah pembuatannya...... tapi rasanya sedap!
Intinya pun Yati buat sendiri. Tahun ini tangan Yati dah tak tahan dengan air nenas. Nak menangis dibuatnya untuk parut nenas yang begitu banyak. Ada sesiapa yang nak share macamana nak parut nenas dengan mudah? Hehehe .....untuk persiapan tahun depan. Rasa seriknya nak parut nenas tu...



Ini Amirah anak tunggalku. Sibuk nak jadi model biskut raya!



Tak sangka ada juga yang sudi menempah hamper dari Yati walaupun Yati tak sempat nak promosi apa-apa hamper. Memang Yati dah membeli beberapa bakul dengan design bunga terbaru. Ini adalah hamper tempahan dari Cik Roha di Meru Klang. Nilai hamper ini RM200.00. Dalam hamper tu di isi dengan lima jenis cookies, Coklat Cadbury dan coklat Ferero Roche. Terima kasih Cik Roha semoga orang yang menerima hamper itu gembira dan berpuas hati.



Ini pula tempahan dari En. Adam dari Hulu Klang. Hamper ini pun bernilai RM200.00 dan kandungannya sama seperti di atas. Selain hamper En. Adam juga ada membeli 5 bekas kuih tart. Sebenarnya En. Adam perlukan 10 bekas kuih tart tapi tak mampu kuberikan kerana takut tak sempat nak menggantikan tempahan orang. Tahun depan bolehlah order awal-awal ya En. Adam! Terima kasih sekali lagi atas kepercayaan yang diberikan.

Sebenarnya ada banyak lagi gambar-gambar tempahan selama beberapa bulan yati menyepi tu. Nantilah Yati uploadkan satu persatu walau pun dah basi....heheh. Saja untuk simpan jadi kenangan...

Untuk Tempahan Sila Hubungi:
Damira Bakery
Yati h/p: 012 2733214
Email : yadami68@yahoo.com

slmt hari raya kak...
maaf zahir batin...
>> x de promosi pun melambak, kalo ada promosi cmner la ghopernyer yer...hehehhe
Fri 2-Oct-2009 09:47
Posted by:jasmeen armadean@gmail.com  - [Link]
Selamat hari Raya yati.....memang lama tak bersua di alam maya ni...tak pe la..keja yg sibuk..tak mengizinkan....
Alhamdulillah...masih sempat terima tempahan...
Sat 3-Oct-2009 11:55
Posted by:Kmal amalhayati68@gmail.com  - [Link]
Selamat hari raya Aidilfitri buat Yati sekeluarga.....
patutlah lama Yati menyepi rupa2 sibuk....
byk biskut raya tempahan yg Yati sempat siapkan......ada model biskut lagi tu....
Mon 5-Oct-2009 07:07
Posted by:Mamasya  - [Link]
slm.utk yati.sy ada cdgn parut nenas tu.ni pun dr idea kwn yg pernah buat la.just ptg kecil2.masukkan dlm blender.so bleh la try la. Sun 15-Nov-2009 13:35
Posted by:sis


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.