Want your
own Fotopage?






 
Welcome To DAMIRA FotoPage

By: Hayati Ibrahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 13-Oct-2009 12:00 Email | Share | Bookmark
ICE CREAM CAKE

 
 
 
Salam buat semua.

Yati masih lagi mengupdate projek-projek lama yang tertinggal tu.... Kali ini Yati nak share resepi kek ice cream. Dah lama sebenarnya teringin nak buat kek ini. Jumpa resepi kek ini kat FP kak Miscreative. Awal bulan Julai yang lepas Birthday my hubby. Untuk celebrate birthday hubby Yati pun cubalah resepi ini. Alhamdulillah menjadi cuma kek itu bagi Yati agak manis. Next time kalau Yati nak buat Yati akan kurangkan gulanya.
Jom layan gambar dan tengok resepi tu. Thank you kak Mis for your recepi.



Terkejut juga suami Yati dapat kek untuk birthday. Disangkanya Yati buat kek untuk tempahan orang. Susah juga nak buat surprise kerana working area limited. Disitulah living hall dan disitulah juga Yati buat kerja-kerja membancuh kek. Dapur kecil sangat. Amirah pula sibuk nak bagi hadiah kat ayahnya. Kami hadiahkan perfume aje sebab dia memang suka yang wangi2..



Luar kek tu Yati frostingkan ngan whipping cream aje. Disebabkan masa yang suntuk Yati tak sempat nak tunggu whipping cream cair sepenuhnya. Separuh beku tu Yati terus putar ngan mixer. Bila nak deco tu, cream tu nampak kaku. Hanya deco yang simple dan Yati tenggekkan 3 biji Ferero Roche atas kek itu.



Ferero Roche dah kena makan dulu. Beginilah rupa kek bila dipotong.

Sesiapa nak mencuba, resepinya yati sertakan kat sini. Actually resepi swiss roll juga boleh digunakan untuk buat kek ice cream ini. Step by stepnya boleh tengok kat FP kak Mis. Yati copy paste aje ya kak Mis.

VANILLA SPONGE

BAHAN-BAHAN

120gm Gula (bagi Yati kek ini agak manis. Next time mungkin Yati gunakan 100g aje)
120gm Tepung
4 biji Telur ‘B’
10gm Super sponge (Ovalete)
20gm Air
20gm Minyak jagung

CARA-CARANYA

• Putar gula, tepung, telur, super sponge dan air sehingga kembang dan kental (guna kelajuan tinggi)
• Perlahankan kelajuan dan masukkan minyak jagung
• Bakar suhu 170c

Note : Resipi nie boleh guna buat swiss roll juga suhunya 190 – 200c
Kalau nak rasa koko, tukarkan Tepung 100g dan koko 50gm


Selamat Mencuba!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net