Welcome To DAMIRA FotoPage

By: Hayati Ibrahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 10-Dec-2009 12:00 Email | Share | Bookmark
Mixed Fruit Lagi dan Menu Yang Lepas-lepas

 
 
 
 
 
 
Bulan December ni bulan orang kahwin. Ramailah rakan-rakan kita kat luar sana tu yang naik pelamin. Inilah masanya pengusaha-pengusaha bakery kecil-kecilan ni menambah rezeki. Tiap tiap minggu damira bakery penuh dengan tempahan hinggalah minggu kedua bulan Januari 2010. Tiap-tiap minggu ada hari hari tertentu yang yati kena ambil cuti. Nasib baik cuti banyak lagi dan bos pun sporting...
Yati tiada pembantu, semua kerja kena buat sendiri. Kadang-kadang tu rasa nak jatuh tergolek gak tapi cuba menggagahkan diri......

Dua minggu ini Yati sibuk baking mixed fruit yang ditempah oleh kak Fuzoyah dari Taman Bakti Ampang dan Kak Izan dari Seksyen 7 Shah Alam.



Kak Fuzoyah ni dah pernah rasa kek ni masa attend wedding kat Bdr Bukit Mahkota Mac lepas. Beberapa bulan sebelum wedding lagi dia dah tempah untuk wedding anak terunanya minggu lepas. Maaf ya kak tak dapat menghadirkan diri di majlis akak tu. Banyak sangat hal. Yati doakan semoga pengantin diberkati hidupnya dan berbahagia ke akhir hayat.



Ini pula tempahan dari kak Izan. Lupa pula nak tanya untuk majlis apa? Dia tempah 10 loyang 12" x 12" untuk dibawa balik ke Batu Pahat. Malam semalam yati buat delivery ke Shah Alam ditemani suami dan anak. Area Shah Alam tu memang tak berapa familiar. Lebih2 lagi dah malam. Selepas beberapa kali telefon kak Izan akhirnya kami tunggu di Anggerik Mall (Kalau tak silaplah). Lebih kurang 5 minit lepas tu berhenti sebuah kereta bertanyakan pada suamiku hantar kek ke? Lantas yati pun keluar dari kereta bertanyakan lelaki itu, kak Izan mana? Lelaki tu menjawab," Kak Izan kat rumah, dia call , saya ada kat GIANT masa tu, tu yang cepat sampai". Selepas selesai penyerahan dan pembayaran saya pun bertolaklah semula ke Bangi. Lebih kurang 20 minit lepas tu, Kak Izan telefon. Yati kat mana? Akak dah tunggu 15 minit kat sini (Anggerik Mall) tak nampak pun kereta Yati. Terjerit yati mendengar kak Izan kata begitu. Yati sangka dah terbagi kek kat salah orang.Yati pun terangkanlah kek tu dah diambil oleh seorang lelaki. Rupanya ada miscomunication antara kak Izan dan suaminya lantaran talian telefon yang tak berapa clear tu. Satu pengalaman yang cukup indah.... Selalunya customer ambil sendiri tapi kesiankan kak izan yang sibuk maka kami sanggup menghantarnya. Diharapkan kak Izan berpuas hati dengan kek itu. Kalau ada yang tak kena, tolong feedback ya supaya Yati boleh improvekan.


Dibawah ini ialah menu yang lepas-lepas . Ambil aje gambar tapi tak masuk entry pun lagi. Dari terperap aje gambar tu, Yati tayang aje gambar tu dulu. Resepinya nanti dulu sebab malas nak menaip. Resepi tu semua ikut selera sendiri aje tu yang tak boleh nak copy paste tu..... Kalau ada masa nanti pelan2 yati updatekan resepinya.


Spagheti goreng ala Melayu. Suami tak suka spagheti tapi yati nak makan spagheti. Sudahnya yati rebus spagheti sampai betul2 lembut dan goreng macam buat mee goreng dan last sekali taburkan oregano. Laju pula tengok suami makan....
Hai tekak orang Melayu....


Set nasi ayam


Ayam bakar madu makan ngan nasi ayam.....


Yang ini pula siakap kukus. Sengaja letak kuah lebih skit sebab anak Yati, Amirah suka hirup kuahnya. Bertambah-tambah dia makan.

Quote:


Ini resepi yang saya selalu buat, gunakan untuk buat BBQ pun sedap juga.

AYAM BAKAR MADU

1 ekor ayam
4 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 batang serai
3 sudu makan biji ketumbar
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan kunyit serbuk
3 sudu makan madu/gula
garam secukup rasa

Cara2nya:

Kalau nak buat BBQ ayam tak payah rebus dulu.
Kalau nak makan dengan nasi ayam, rebus ayam separuh masak. Toskan ayam dan air rebusan gunakan untuk buat nasi ayam dan sup nasi ayam.

Goreng tanpa minyak kesemua ketumbar, jintan manis dan jintan putih hingga nampak garing tapi jangan sampai hangus. Mesin halus kesemua rempah ini. Mesinkan juga kesemua bawang merah, bawang putih, halia dan serai. Gaulkan kesemua bahan2 yang telah dimesin, kunyit, madu/gula dan garam. Gaul rata dan perap lebih kurang 3 jam. Lagi lama diperap lagi sedap. Selepas itu barulah dibakar didalam oven. Kena pusing2kan ayam tu supaya masaknya sekata. Bakarlah sehingga ayam masak.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net