Welcome To DAMIRA FotoPage

By: Hayati Ibrahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 4-Feb-2010 12:00 Email | Share | Bookmark
Door Gift Lagi!

 
 
 
 
 
Salam buat teman teman pengunjung. Lama juga Yati tak update FP ni. Bukannya apa, PC Yati ni slow sangat. Tu yang tak da mood.
Tapi hari ini mood tu datang balik walaupun pc masih lagi slow....
Rezeki Yati nampaknya lebih pada door gift tak kiralah untuk wedding atau business function. Yati terima aje apa yang direquest oleh customer kalau termampu.

Order yang baru lepas adalah dari Hazira, Sg. Ramal , Kajang untuk di bawa balik ke Bota, Perak kalau tak silap. Hazira ini adalah sepupu kepada Norfazilah yang pernah order cup cake sebelum ini. Kebanyakan order yang Yati terima adalah recommendation dari orang yang pernah order sebelum ini. Kiranya iklan dari mulut ke mulutlah tu. Yati suka orang yang order tu tahu rasa sebenar kek yang di order. Sebab tu kalau ada yang request nak rasa sample Yati tak kisah. Biar customer betul2 puas hati baru order. Yati memang selalu cuba buat yang terbaik untuk customer. Sekiranya ada kekurangan tu minta maaflah.


1000pcs chocolate moist cup cake order dari Hazira.


Ini pula business gathering doorgift order dari kawan Yati, Faizah Bazid. Dia nakkan muffin untuk diisi dalam bag kotak yang cantik tu. Setiap kotak yang besar 4 biji muffin dan kotak yang kecil sedikit 2 biji muffin. Yati buatkan dia almond chocolate chip muffin dan orange poppy seed muffin.


Close up sikit bag kotaknya. Cantikkan! kalau Yati yang dapat bag ni Yati suka sangat. Bag kosong pun tak apa!





Ini adalah project terbaru Yati. Jual Blueberry Cheese Tart by packet . Satu packet 3 biji. Seronok juga tengok bila dapat sambutan yang tinggi. Rupa2nya ramai juga penggemar cheese ni ya.

Sesiapa yang berminat nak order, sila hubungi:
Damira Bakery
H/P: 0122733214
E-mail: yadami68@yahoo.com


Quote:


Orange poppy seed muffin tu resepinya ambil dari blog Mat Gebu. Resepinya Copy paste kat sini ya.

ORANGE POPPY SEED MUFFIN

Bahan-Bahannya
125 g unsalted butter (boleh guna butter biasa)
125 g gula perang (brown sugar, kalau guna gula halus biasa rasanya kena kurangkan
beratnya kepada 110g, kalau tak manis sangat)
1/2 camca teh ovallate
1/2 camca teh garam halus (kalau guna butter biasa, tak yah letak garam)
150 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
1 camca teh baking powder*
10 g susu tepung*(*disatukan dan ayak)
25 g serbuk badam
2 biji telur gred A
15 g popy seed (biji kas-kas)
1 biji oren, parut kulitnya dan perah jus

Cara membuatnya :-
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Putar mentega, gula perang dan ovallate hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus putar hingga kembang. Masukkan parutan kulit oren, gaul rata.
2. Satukan tepung yang telah diayak bersama popy seed dan serbuk badam, gaul rata. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang seli dengan jus oren hingga habis. Gaul rata.
3. Sudukan ke dalam muffin cup, atau paper cup yang dialas dalam muffin mould (seperti gambar disini..), 3/4 penuh. Buat hingga siap dan bakar 12- 15 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net