Welcome To DAMIRA FotoPage

By: Hayati Ibrahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 9-Mar-2010 12:00 Email | Share | Bookmark
THIN CRUST PIZZA DAN SARDIN ROLL

 
 
 
Salam buat semua teman2.
Hari ini yati tak mahu tayang kek. Sesekali kita bertukar selera pula.
Weekend yang lepas, terasa jemu nak makan nasi. Yati rasa nak makan pizza dan salad pula. Dah lama dah dok perap resepi thin crust pizza dari Ida Marlida. Ida kata rasanya macam pizza hut punya, itu yang nak cuba tu. Memang dah lama cari resepi yang boleh jadi macam pizza hut punya base tu. Yati pun cubalah resepi ida tu, tapi yati rasa tak sama ngan pizza hut tuh. Agaknya sebab yati tak canai doh tu nipis2 kot. Toppingnya pula yati buat sendiri aje. Yati gunakan ikan tuna dan udang sebagai toppingnya. Mushroomnya letak lebih2 sikit sebab Amirah suka mushroom. Walaupun tak sama cam pizza hut tapi pizza tu tetap sedap. Sekejap aje habis satu tray tu makan tiga beranak.....
Terima kasih ida kerana share resepi thin crust tu. Akak akan cuba lagi, nak canai nipis2 pula...



Copy paste aje ya resepi pizza dough tu Ida.

Pizza Dough for Thin Crust Pizza (Altered)

Ingredients :
3 cups all-purpose flour (may substitute whole wheat flour for 1 cup of the all-purpose)
8g dry yeast
1/4 teaspoon salt
1 cup warm water
1/2-1 tablespoon olive oil
cornmeal, for sprinkling (i omit)
Directions :

1. Mix a little sugar into the warm water.
2. Sprinkle yeast on top.
3. Wait for 10 minutes or until it gets all foamy.
4. Pour into a large bowl.
5. Add flour, salt, olive oil.
6. Combine.
7. Knead for 6-8 minutes until you have a moderately stiff dough that is smooth and elastic (add a bit more flour if you need to).
8. Cover and let rest for 20-30 minutes.
9. Lightly grease two 12-inch pizza pans.
10. Sprinkle with a little bit of cornmeal.
11. Divide dough in half.
12. Place each half on a pizza pan and pat it with your fingers until it stretches over the whole pan.
13. Try to make it thicker around the edge.
14. If desired, pre-bake at 425 F for 10 minutes (I don't always do this).
15. Then spread with pizza sauce and use the toppings of your choice.
16. Bake at 425 F for 10-20 minutes longer or until bubbly and hot.
17. Makes 2 12-inch pizzas.
18. If you don't want to use all the dough, you can freeze it.
19. Take a portion of dough, form into a ball, rub olive oil over it and place it in a freezer bag (the oil makes it easier to take out of the bag).
20. When you want to make a pizza, take dough out of freezer and allow to thaw before using.




Fruit Salad ni kami makan dengan thousand Island. Tak puas betul, beli thousand island Lady's Choice dalam botol tu sekejap aje habis. Kalau boleh buat thousand Island sendirikan bagus, puas makan. Mungkin K.amal tahu kot....hehehe.




Ini pula sarapan kami pada keesokan paginya. Asyik mee goreng dan nasi lemak, tukar pula makan sardin roll. Sardin roll tu yati buat main agak2 aje.

SARDIN ROLL

Bahan2nya:
Beberapa keping roti sandwich
2 biji telur
Bread crumb secukupnya.
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Untuk Intinya:
1 tin kecil sardin di ambil ikannya saja
1 biji bawang besar dipotong dadu
1 tangkai cili merah dihiris-hiris
1 potong limau nipis
Sedikit garam

Cara2nya:
1. Gaul kesemua bahan inti diatas dan perahkan sedikit limau nipis. rasakan garamnya.
2. Gelekkan roti sandwich supaya menjadi nipis. Ini bertujuan untuk mengelakkan roti
menyerap minyak semasa di goreng nanti. Ulangilah untuk berapa keping yang
diperlukan.
3. Letakkan inti sardin tadi di hujung tepi roti dan gulunglah roti tersebut. Ulangi proses
menggulung sehingga semua roti yang telah digelekkan tadi habis digunakan.
4. Pecahkan telur kedalam mangkuk dan letak sedikit garam lalu telur itu dipukul2
dengan sudu.
5. Panaskan kuali dengn minyak yang cukup untuk menggoreng dengan api yang
sederhana besar.
6. Setelah kuali panas, celupkan roti yang telah digulung tadi ke dalam telur.
7. Kemudian, golekkan roti yang telah dicelup telur dalam pinggan yang berisi bread
crumb. Kemudian gorenglah sehingga kekuningan.
Sedap dimakan bersama cili sos.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net