Welcome To DAMIRA FotoPage

By: Hayati Ibrahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 18-Mar-2010 12:00 Email | Share | Bookmark
Tempahan Minggu Lepas

 
 
 
 
 
Minggu lepas yati menerima tempahan untuk wedding pada 13/3/10 dan 14/3/10. Sejumlah 2000pcs cup cake yang Yati bakar minggu lepas bagi memenuhi tempahan dari Linda di Serdang dan Farah di Merlimau Melaka. Minggu inilah yang paling banyak sekali Yati bakar cup cake sampai nak berdiri pun rasa tak berdaya. Jom layan gambar2 kek tempahan minggu lepas.



Ini adalah mixed fruit cup cake tempahan dari Linda. Biasanya Yati buat gunakan loyang dan kemudian dipotong mengikut size apa yang customer mahu. Linda tidak mahukan mixed fruit cake yang dipotong tetapi mahukan mixed fruit cake yang di bakar dalam cup.



Linda order sebanyak 500pcs mixed fruit cup cake. Terima kasih sekali lagi pada Linda kerana order dari akak. Semoga kekal berbahagia ke akhir hayat.



Ini pula order dari Farah. Farah order 750pcs vanila cup cake dan 750pcs orange cup cake. Semuanya 1500pcs yang di order oleh Farah. Memandangkan kuantiti yang di order tu banyak jadi terpaksalah di ambil berperingkat2 oleh adik Farah dan sepupunya.
Sebab tu tak dapat ambil gambar kek serentak.



Alhamdulillah tak lekang pula kek dari paper liner tu. Elok aje jadinya.


Orange cup cake

Pada sesiapa yang ingin membuat tempahan door gift untuk wedding, sila buat tempahan awal kerana Yati telah mula menerima tempahan sehingga bulan Jun 2010 ini. Untuk pengetahuan tarikh di bawah telah penuh ditempah.

23hb -24hb April tempahan dah penuh
2hb - 4hb Jun tempahan dah penuh
16hb-18hb Jun tempahan dah penuh

Bagi mengelakkan kekecewaan, tempahlah awal....

Untuk tempahan sila hubungi:
Damira Bakery
Yati h/p: 0122733214
Email: yadami68@yahoo.com


Quote:


Ada yang bertanyakan resepi vanila cup cake. Insya Allah Yati tak keberatan berkongsi resepi. Resepi kalau kita kongsi dan tak kedekut Insya Allah ianya lagi berkat. Semoga rezeki Yati bertambah2 lepas ni, Amin!.......

VANILA CUP CAKE

Bahan2nya:

250g butter/margerine
200g gula pasir halus/castor
200g tepung gandum cap sauh (sekiranya menggunakan tepung gandum cap kunci biru dalam peket plastik yang harganya RM1.35 kena lebihkan tepung iaitu 235g)
5 biji telur B
5g baking powder.
1 sudu makan susu sejat/segar
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh butter milk flavor

Cara2nya:

1. Pukul butter/margerine bersama gula dan garam hingga betul2 kembang dan gebu. Kalau guna heavy duty mixer lagi senang. Kalau tak ada heavy duty mixer guna hand mixer pun boleh juga tapi ambil masa lama sikit untuk biarkan ianya kembang dan gebu.

2. Setelah butter kembang pecahkan telur satu per satu dan pukul lagi hingga semua telur sebati.

3. Tambahkan susu, esen vanila dan butter milk esen dan pukul lagi hingga sebati.

4. Akhir sekali tambahkan tepung yang telah diayak bersama baking powder. Kacau secara kaup balik sehingga semuanya sebati. Pastikan semua cecair yang terkumpul kat bawah mangkuk adunan tadi telah dikacau sebati dengan tepung.

5. Isikan adunan ke dalam piping bag dan picitkanlah ke dalam paper liner cup yang telah disusun ke dalam muffin tray. Yati isikan hingga 3/4 penuh paper cup tu. Selepas itu ambil tooth pick dan kacau2kan adunan yang telah dituang tadi bagi tujuan untuk membuang udara yang terperangkap dan kek naik cantik sekata.

6. Bakarlah mengikut kesesuaian oven masing2. Oven Yati hanya perlukan 150 degree Celcius untuk tempoh 25 minit.

Selamat Mencuba!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net