Welcome To DAMIRA FotoPage

By: Hayati Ibrahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 24-Mar-2010 12:00 Email | Share | Bookmark
PELBAGAI PILIHAN DOOR GIFT DI DAMIRA BAKERY

 
 
 
 
 
 
 
Salam buat semua.
Ni nak promosi sikit koleksi-koleksi door gift yang ada kat Damira Bakery (DB). Memang ramai yang dah tahu tentang door gift yang dibuat oleh DB bukan sahaja untuk wedding tapi juga sesuai untuk semua jenis majlis keraian termasuklah majlis cukur jambul dan akikah. Untuk entry kali ini Yati himpunkan semua jenis door gift dan harganya sekali.
Jom layaaaan!



Mixed fruit cc ini boleh dipacking samada menggunakan plastik yang berbunga2, kotak dan lain2 packing yang sesuai. Harga packaging dikira lain.



Kalau dipacking seperti ini tanpa riben harganya ialah RM2.00/pack



Buat masa ini packing yang ada hanyalah warna gold. Warna grey dah habis.



Kek ini memang besar. Kena order awal2 kerana kotaknya kena tempah 1 bulan awal.



Kalau dah tak berkenan dengan packing untuk kek buah kat atas dan anda mempunyai packing sendiri, boleh juga menempah kek buah menggunakan loyang. Satu loyang bersize 12" x 12" berharga RM30.00. Kek ini akan dipotong mengikut size yang dikehendaki pelanggan. Sekiranya dipotong kepada size 3" x 3" akan mendapat 16 keping. Kemudian kek tersebut akan dibalut dengan plastik tanpa ada sebarang kos tambahan. Selepas itu terpulanglah pada pelanggan untuk membuat final packing.



Kek buah kukus ini juga sesuai dijadikan door gift. Memandangkan nak kukus kek ni ambil masa 4 jam, sebarang tempahan hendaklah dibuat sekurang2nya 2 minggu awal.



Harga cup cake yang dihias dengan fondant dan bunga gumpaste bergantung pada jenis kek didalamnya.
Untuk coklat moist , vanila dan orange cup cake yang dihias fondant dan bunga gumpaste harganya ialah RM3.30/pc

Untuk carrot walnut cup cake atau mixed fruit cup cake dengan hiasan fondant dan bunga gumpaste harganya ialah RM4.00/pc

Tambah RM0.20 untuk packing dalam bekas plastik berpenutup jenis dome.


DB juga akan menjadikan home made chocolate sebagai door gift. Tunggukan kemunculannya!

Buatlah tempahan awal bagi mengelakkan kekecewaan kerana saya telah mula menerima tempahan sehingga Jun 2010.

Kepada sesiapa yang ingin membuat tempahan sila hubungi:
Damira Bakery
Yati h/p: 012-2733214
E-mail:damira.bakery@yahoo.com




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net