Welcome To DAMIRA FotoPage

By: Hayati Ibrahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 29-Mar-2010 12:00 Email | Share | Bookmark
Very Soft Chocolate Marble Cake

 
 
 
Salam buat semua.

Hari ini terasa nak berkongsi resepi pula. Resepi ini Yati olah dari resepi butter cake aunty yochana. Yati sukakan butter cake dari resepi aunty yochana kerana ianya sangat lembut dan moist. Dari situlah Yati mencuba method yang sama untuk buat chocolate marble cake. Ternyata hasilnya tidak mengecewakan. Ramai pelanggan Yati yang sukakan kek ini dan tertunggu-tunggu kalau dah lama Yati tak hantar kek ini kat kedai. Ada yang feedback kek ini sedap sangat, tak sama macam marble cake yang pernah dimakan sebelum-sebelum ini. To aunty yochana thank you for your lovely butter cake recipe.

Insya Allah nanti Yati kongsikan resepinya disini tetapi kek ini banyak kerja sikit dan agak leceh caranya. Bagi yang minat dan rajin pasti tiada masalah. Bagi Yati kesedapan dan kepuasan pelanggan itu lebih utama walaupun kerjanya lebih sedikit.




Yati bakar dalam tin butter cake. Itu yang marblenya jadi gitu. Sempit sangat untuknya membentuk marble yang cantik. Tak apalahkan, ada juga belangnya...



Sebuku kek sebesar ini beratnya lebih kurang 450g. Harganya RM 8.00 sebiji. Minimum order 2 biji.



Inilah rupanya bila di packing untuk dijual. Amat sesuai untuk dijadikan minum petang seisi keluarga atau dibawa sebagai buah tangan bila berkunjung ke rumah saudara mara atau majlis kenduri, aqiqah atau apa-apa majlis sekali pun.

Seperti dijanjikan inilah resepinya:

VERY SOFT CHOCOLATE MARBLE CAKE

Bahan A

250g majerin/mentega
100g gula halus
1/2 tsp garam
5 biji kuning telur
1 tbsp susu sejat
1 tsp essen vanila
200g tepung gandum
5g baking powder

Bahan B

5 biji putih telur
100g gula halus

Bahan C

1 tbsp serbuk koko
1 tbsp susu sejat
1 tbsp coklat emulco

Cara-caranya:

1. Pukul majerin/butter bersama gula dan garam dari Bahan A hingga betul2 kembang dan gebu.
2. Setelah gebu, masukkan kuning telur satu demi satu dan pukul hingga sebati.
( Semasa mengasingkan putih telur dan kuning telur, pastikan tiada walau sedikit pun kuning telur yang tercampur ke dalam putih telur)
3. Tambahkan susu sejat dan esen vanila dan pukul lagi sehingga sebati.
4. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder kedalam adunan majerin/butter tadi. Kacau secara kaup balik sehingga semuanya sebati. Ketepikan dahulu.
5. Pukul pula putih telur bersama gula sehingga putih telur menjadi kembang dan tidak terjatuh ke bawah bila diangkat ke atas (membentuk soft peak).
6. Campurkan adunan putih telur ini ke dalam adunan butter. Kacau secara kaup balik sehingga semuanya bergaul sebati. Pastikan ianya dikacau secara perlahan-lahan sahaja.
7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
8. 1 bahagian dibiarkan warna asal dan satu bahagian lagi dicampurkan koko dari bahan C yang telah diayak, susu sejat dan coklat emulco dan kacau sehinnga sebati.
9. Sediakan loyang yang sesuai. Sapukan shortening di sekeliling loyang tersebut dan taburkan sedikit tepung.
10. Ambil satu sudu adunan yang berwarna asal dan letakkan di tengah2 loyang.
11. Ambil pula satu sudu adunan coklat dan letakkan di atas adunan warna asal tadi.
12. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan selesai.
13. Bakarlah didalam oven pada suhu 160 degree Celcius selama 50 minit atau sehingga masak. ( Bergantung pada jenis oven masing2.Anda sahaja yang mengetahui
ragam oven masing2.

Selamat Mencuba!

Untuk tempahan, sila hubungi
Damira Bakery
Yati h/p: 0122733214
Email: damira.bakery@yahoo.com




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net