Want your
own Fotopage?







 
Welcome To DAMIRA FotoPage

By: Hayati Ibrahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 3-May-2010 12:00 Email | Share | Bookmark
KELAS CHOCOLATE MOUSSE CAKE DENGAN HIASAN CREATIVE DARI COKLAT

 
 
 
 
 
 
Salam buat teman2 semua semoga semuanya ceria selalu.

Alhamdulillah kelas kedua iaitu kelas chocolate mousse cake telah pun selesai dengan dihadiri oleh dua orang pelajar iaitu Fizah dari Kajang dan Farrah Waheeda dari Puchong. Walaupun kelas itu diadakan pada 1 hb Mei yang lepas namun kepenatannya masih terasa hingga kini kerana keesokan harinya iaitu semalam sibuk pula menyiapkan tempahan yang banyak dan pelbagai untuk delivery pagi ini. Tempahan yang Yati kena siapkan tu ialah 8 biji carrot walnut cake, 2 biji marble cake, 20 biji cup cake dan 122 biji blueberry cheese tart. Punyalah kalutnya menyiapkan tempahan sampai gambar pun tak sempat nak ambil. Itulah sebabnya penat tu masih terasa hingga kini, maklumlah tiada pembantu.

Berbalik kita pada kelas chocolate mousse. Kelas bermula lewat, hampir 45minit lewat dari masa yang dijadualkan kerana salah seorang pelajar ada hal emergency.
Untuk kelas ini, hampir 80% adalah hands on. Aktiviti pertama ialah setiap peserta membancuh ganache sendiri untuk membuat roses dari coklat ganache kerana ia mengambil masa untuk ganache menjadi kental. Sementara menunggu ganache mengental, setiap peserta dikehendaki mengadun kek span sendiri. Peserta diberi pilihan 3 resepi kek span iaitu satu resepi menggunakan sponge mix dan dua lagi adalah resepi kek span cara biasa. Yati mencadangkan setiap peserta menggunakan resepi yang berbeza kerana mereka boleh melihat hasil yang berbeza.

Sementara menunggu kek span masing2 masak, mereka diajar membuat chocolate ganache untuk dicurahkan ke atas chocolate moist yang telah yati sediakan terlebih dahulu. Diajar juga teknik meletak coklat rice pada kek. Selepas itu barulah mereka diajar membuat bunga ros dari ganache yang mereka bancuh awal2 tadi. Membuat bunga ros ini memang mencabar tambahan pula pada orang baru seperti mereka. Peringkat awal memang susah bila dah cuba 3 ke 4 kali baru menjadi. Walaubagaimanapun kemahiran seperti itu perlukan latihan selalu. Farrah jangan give up ya, bunga ros farrah dah ada rupa bunga tapi bila kita selalu buat ianya akan jadi lebih cantik lagi.... Selepas itu mereka diajar membuat beberapa corak untuk border kek. Setelah selesai membuat hiasan roses dari ganache barulah mereka diajar membuat chocolate mousse cake menggunakan kek span yang mereka buat tadi.

Untuk chocolate mousse cake, mereka diajar cara2 membelah kek kepada 3 lapisan dan teknik mengangkat kek yang telah dibelah itu. Setiap peserta dikehendaki mengadun sendiri adunan untuk chocolate mousse dan ditunjuk ajar cara nak melepa coklat mousse di atas setiap lapisan. Untuk cake ini mereka diajar resepi coklat ganache yang berbeza dari kek yang mula2 tadi. Tujuan menggunakan dua resepi coklat ganache yang berbeza untuk menghias 2 biji kek ini ialah supaya peserta mempunyai pilihan. Sebenarnya untuk hiasan coklat mousse ini, Yati agak terkilan kerana tidak dapat menunjukkan cara2 hiasan yang boleh dibuat menggunakan coklat. Fizah terpaksa balik on time kerana ada urusan lain. Suaminya menjemput pukul 5.00 petang. Sebab tu coklat mousse cake fizah tak sempat nak dihias kelilingnya. Penerangan sahaja yang dapat diberikan. Harap Fizah boleh cuba sendiri. Untuk Farah pula, yang begitu kepenatan, hanya satu cara deco sahaja yang dapat ditunjukkan secara praktikal. Jenis-jenis deco yang lain hanya sempat diberi penerangan sahaja. Harap Farah dan Fizah boleh menggunakan kreativiti masing2 dalam mendeko.
Untuk kelas chocolate mousse akan datang Yati kena review modul bagi memastikan cara hiasan dari coklat dapat ditunjukkan sepenuhnya.

Jom kita layan gambar-gambar kek yang mereka hasilkan.


Fizah dengan dua jenis kek yang dideko. Semoga hasrat murni Fizah untuk membantu suami menaikkan taraf ekonomi keluarga menjadi kenyataan.



Bunga ros yang dihasilkan oleh Fizah.



Chocolate mousse cake yang tak sempat dideko sepenuhnya kerana Fizah kena balik on time.



Farrah tersenyum riang dengan hasil kek yang dideko. Semoga segala ilmu yang akak kongsikan dengan farrah dapat dimanfaatkan.



Walaupun pertama kali buat bunga, hasilnya boleh tahan. Latihan yang selalu akan mempertingkatkan hasil kerja kita.



Closs up sikit chocolate mousse cake yang dideko oleh Farah.


Harap Farah dan Fizah berpuas hati dengan apa yang dipelajari. Jangan lupa feedback rasa kek yang dihasilkan.

Pada sesiapa yang ingin ikuti kelas coklat mousse ini, call aje Yati dan nyatakan tarikh yang dipilih.

Untuk makluman, kelas-kelas akan datang adalah seperti di bawah. Masih ada kekosongan untuk beberapa kelas.

8/5 - kelas cup cake dengan hiasan (3 orang-FULL)
15/5 - kelas homemade coklat ( 1 KEKOSONGAN)
16/5 - kelas cup tanpa hiasan ( 1 KEKOSONGAN)


Berminat menghadiri kelas, hubungi
Yati h/p: 012-2733214
Email: damira.bakery@yahoo.com


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net