Welcome To DAMIRA FotoPage

By: Hayati Ibrahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 1-Jun-2010 12:00 Email | Share | Bookmark
PROMOSI KELAS DITERUSKAN UNTUK BULAN JUN DAN JULAI

Syukur Alhamdulillah kerana Allah telah memberiku rezeki dalam dunia baking ini sehingga kesempitan yang melanda dapat diatasi sedikit demi sedikit. Sesungguhnya Allah pasti menolong hambanya yang kesusahan sekiranya kita tidak lupa tanggungjawab kita pada Allah, rajin berusaha serta ikhlas dan jujur dalam apa jua yang kita usahakan. Kepada di luar sana, jangan hanya mengeluh dan menyesali nasib. Ayuh marilah kita terus berusaha untuk merubah masa depan keluarga kita. Kenapa pula bermukadimah begini?
Tak tahulah kenapa tapi ku bersyukur padaNya dan ingin sama2 membantu rakan2 yang lain.

Yati mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada sokongan yang diberikan kepada kelas-kelas yang dianjurkan oleh Damira Bakery. Sebagai menghargai sokongan yang diberikan, Damira Bakery akan meneruskan harga promosi untuk kelas sehingga bulan Julai 2010.

Kelas-kelas yang diadakan di Damira Bakery adalah:

A. Kelas Kek Coklat Mousse Dengan Hiasan Dari Coklat Ganache dan Teknik-teknik Hiasan Creative Dari Coklat.

Yuran :RM250.00
Bilangan peserta: 2 orang sahaja dalam 1 kelas
Untuk kelas ini, para peserta akan di tunjuk ajar:

1. Cara-cara membuat sponge cake. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri sponge cake (hands on).
2. Cara-cara membelah kek kepada 2 atau 3 lapisan
3. Cara-cara membuat chocolate mousse
4. Cara-cara membuat coklat ganache dan menghias kek dari chocolate ganache.
5. Membuat bunga ros dari coklat ganache.
6. Cara-cara membuat border dari coklat ganache .
7. Teknik-teknik menghias kek dengan coklat rice
8. Teknik - teknik membuat decoration menggunakan transfer sheet
9. Teknik-teknik lain membuat hiasan dari kepingan coklat.

Resepi-resepi yang berkaitan dan beberapa resepi bonus akan diberikan semasa menghadiri kelas.

B. KELAS HOMEMADE CHOCHOLATE.

Yuran: RM250
Peralatan yang diberikan pada peserta untuk dibawa balik ialah food warmer, stainless still bowl, spatula, choc mould, choc box and piping bag.

Bilangan Peserta:4 orang dalam 1 kelas

Di dalam kelas peserta akan di ajar :

1. Membuat plain dan paraline chocolate menggunakan coklat couverture dan compound
2. Membuat chocolate dengan hiasan edible image dan transfer sheet
3. Membuat paraline chocolate dengan pelbagai rasa ganache dan kekacang
4. Membuat chocolate dengan teknik marbelling
5. Membuat oreo chocolate
6. Membuat chocolate bar
7. Membuat chocolate box
8. Membuat lolly choc
9. Membuat chocolate truffle
10. Membuat chocolate cluster
11. Membuat chocolate bubble rice
12. Membuat chocolate wafer dengan hiasan transfer sheet
13. Membuat Chocodate.

C. KELAS CUP CAKE DAN HIASAN

Yuran : RM180
Bilangan Peserta: 5 orang dalam 1 kelas

Untuk kelas ini, para peserta akan di tunjuk ajar:

1. Cara-cara mengadun dan membakar cup cake

2. Cara-cara menyediakan buttercream dan coklat ganache

3. Cara-cara mewarnakan buttercream

4. Cara-cara menguli dan menerap fondant dan gumpaste.

5. Menghias 16 biji cup cake menggunakan buttercream, coklat ganache, fondant dan gumpaste, piping gel, edible image dan lain2.

Semua resepi akan diberikan semasa menghadiri kelas.


D. KELAS CUP CAKE UNTUK DOOR GIFT TANPA HIASAN

Yuran : RM120.00
Bilangan Peserta: 3 orang dalam 1 kelas

Tiga jenis cup cake akan diajar:

a. Vanila cup cake
b. Orange cup cake
c. Chocolate moist cup cake.

E. KELAS ANEKA MUFFIN

Yuran: RM 150.00
Bilangan Peserta: 4 orang dalam 1 kelas

Untuk kelas ini, para peserta akan di tunjuk ajar:

1. Cara-cara mengadun dan membakar muffin

2. Suhu yang sesuai untuk membakar muffin

3. Muffin-muffin yang diajar ialah:

a. Chocolate cheese orange muffin
b. Almond coklat chip muffin
c. Apple Crumble muffin
d. Orange poppy seed muffin

Resepi muffins akan diberikan semasa menghadiri kelas


F. KELAS ANEKA TART DAN PIE

Yuran: RM150.00
Bilangan Peserta: 6 orang dalam 1 kelas

Untuk kelas ini, para peserta akan di tunjuk ajar:

1. Cara-cara mengadun dan membakar pastry

2. Cara-cara menyediakan inti/filling untuk :

a. Blueberry Cheese Tart
b. Fruit tartlet
c. Tart coklat badam
d. Tart telur
e. Apple pie.

Resepi pastry dan inti setiap jenis tart/pie akan diberikan semasa menghadiri kelas.

G. KELAS SWISS ROLL DAN TRIFFLE

Yuran: RM130
Bilangan Peserta: 2 orang dalam 1 kelas

Perkara-perkara yang diajar ialah:

1. Membuat Orange Swiss Roll
2. Membuat Marble Swiss Roll.
3. Langkah demi langkah membuat triffle.



H. KELAS ASAS MEMBUAT KEK

Yuran: RM200
Bilangan Peserta: 2 orang dalam 1 kelas

Kek-kek yang diajar ialah:

1. Kek Butter
2. Kek Chiffon
3. Kek Sponge menggunakan sponge mix
4. Kek Sponge cara biasa.

I. KELAS CHEESE CAKE

Yuran: RM250

Bilangan Peserta: 2 orang dalam 1 kelas

Kek-kek yang diajar ialah:

1. Japanese Souffle Cheese Cake
2. Baked Oreo Cheese Cake
3. Chilled Strawbery Cheese Cake


Resepi setiap jenis kek akan diberikan semasa menghadiri kelas.

Kelas akan diadakan di No 14, Jalan 5C/9, Seksyen 5, Bandar Baru Bangi

Sekiranya ada sesiapa berminat untuk belajar selain dari perkara di atas bolehlah hubungi Yati. Jadual boleh diatur semula.

Sebarang pertanyaan tentang class atau tempahan sila hubungi Damira Bakery
Yati hp: 0122733214
E-mail: damira.bakery@yahoo.com



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net