Welcome To DAMIRA FotoPage

By: Hayati Ibrahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 7-Jun-2010 12:00 Email | Share | Bookmark
TEMPAHAN DOOR GIFT DAN MENU HUJUNG MINGGU.

 
 
 
 
Salam buat semua semoga semuanya sihat dan ceria selalu.

Minggu lepas minggu yang sungguh memenatkan kerana tempahan chocolate moist cup cake untuk wedding pada 6hb Jun 2010. Sebanyak 1800pcs cup cake yang perlu disiapkan pada 4hb Jun. 200pcs adalah tempahan dari jiran setaman dengan Yati dan 1600pcs lagi adalah tempahan dari Yan di Pandan Indah(betul ke Pandan Indah, area2 situlah.... )



Ini hanyalah gambar untuk 1600pcs yang diorder oleh Yan. Tempahan yang 200pcs tak sempat nak ambil gambar.

Minggu terakhir cuti sekolah nanti ada lagi tempahan. Kuantitinya pun boleh tahan banyaknya, 1200pcs tetapi 3 perasa cup cake iaitu vanila,orange dan chocolate moist cup cake.

Lepas siapkan semua tempahan yang lepas, badan dah terasa sakit2 dan seram sejuk nak demam. Mujurlah Sabtu dan Ahad lepas tak ada class. Sakit2 badan tu berlanjutan hingga hari Ahad. Walaupun tak berapa sihat, gagahkan diri juga memasak. Tekak tu teringin nak makan bubur nasi. Tengok kat dapur Madiha savory rice porridge dia macam sedap aje tu yang mencuba tu. Resepinya Yati copy paste aje dari Madiha. Thanks ya Madiha.



Bubur ni memang sedap walaupun yati tak letak santan. Hari Sabtu tu dari lunch sampai dinner ngan bubur ni. Masak 2 pot aje tapi dapat seperiuk.

SAVORY RICE PORRIDGE

Bahan2
2 pot beras ~ cuci bersih & rebus dengan air secukupnya hingga kembang.
1 biji bawang besar ~ hiris memanjang
1 cawan isi ayam ~ dipotong kiub
1 batang carrot ~ dipotong kiub
1 inci halia ~ hiris nipis & memanjang halus
1 1/2 sudu besar serbuk rempah sup
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 inci kayu manis
2 cawan santan
1 s/k lada hitam ~ ditumbuk halus
1 s/k halba
1 kiub ayam
garam secukup rasa
sedikit gula
sikit minyak zaitun

Bahan2 Tambahan
daun bawang ~ dihiris
bawang goreng secukupnya
ikan bilis goreng secukupnya

Cara2:
1. Sementara beras kembang. Dalam periuk yang lain tuang sikit minyak zaitun dalam periuk.
2. Tumis bahan2 rempah spt kayu manis, bunga lawang, cengkih & halba sebentar.
3. Kemudian masukkan bawang & halia. Tumis hingga bawang layu.
4. Tambahkan rempah sup yang telah dibancuh dengan sikit air. Masukkan lada hitam tumbuk. Tambahkan sedikit sahaja air.
5. Masukkan ayam, lobak merah & kiub ayam. Renihkan hingga ayam masak. Bila ayam nampak dah masak segera tuangkan ke dalam periuk berisi beras yang dah kembang tadi. Tambahkan santan, garam & gula secukup rasa.
6. Biarkan mendidih. Jika bubur nampak pekat boleh tambahkan air & biar merenih. Rasakan apa yang kurang bolehlah ditambah biar secukup rasa.
7. Waktu menghidang taburkan dengan ikan bilis goreng, daun bawang & bawang goreng.


Untuk dinner hari Ahad teringin pula nak makan macaroni gratin. Asyik tengok kak Noriz tayang gratin kita pun teringin nak rasa. Nak order jauh sangatlah pula. Kesian my hubby, tak berapa suka dengan makanan macam ni. Yati dan anak laju aje makan. Makan pula masa panas2, memang sedap. Resepinya yati ambil dari Amal dan kalau tak silap Amal ambil dari Zanaz. Thanks both of you for the recipe. Copy paste ya.



Sengaja bagi cheese tu jadi brown gitu. Yati letak udang dan crab stick dan tabur dengan mozarella cheese.

Guratan Makaroni ( Gratin)

Bahan2:
makaroni - tak penah sukat kira ikut sedap tangan je , rebus sampai lembut dulu yek
500 ml susu
2-3 sudu tpg gandum ( 3 sudu keras dan boleh potong letak pinggan tapi lebih yummy klu lembik so guna dlm 1 atau 2 sdb je tpg gandum utk 500 ml susu)
bwn besar 1 labu
serbuk lada hitam
garam gula sesedap rasa
udang or any other sea food kalau mau
ayam pun boleh juga
karot or any other vege yang suka
cheese - cheddar/mozarella

Cara2nya:
cairkan butter dlm pan then tumis bwg besar hingga naik bau...then masuk ayam/minced beef or seafood, kacau rata seketika then masukkan susu dan kacau rata. bancuh tpg gandum dgn skit air dan tuang ke dlm pan. perasakan dgn lada itam, garam, gula or any perisa yang nak letak. lastly masukkan macaroni dan kacau rata. tuang ke dlm loyang then tabur parutan keju samada mozarella or cheddar, klu malas amik je cheese slice tu taruk atas . bakar/grill dlm preheated oven at 180 for 10-20 minit.

ini recipe campak2 je.buat le camna suka hehehe



Ini pula salad udang buah-buahan. Ini suami Yati yang buat. Sesekali kalau dia ke dapur berselera juga dibuatnya.

SALAD UDANG BUAH-BUAHAN

Bahan2nya

Buah tembikai susu dipotong dadu
Nenas dipotong dadu
Timun dipotong dadu
Udang dibuang kulit ,dibersihkan dan dilumur sedikit garam lalu dikukus selama 5 minit.
Thousand Island ikut suka banyak mana
Mayonais ikut suka banyak mana.

Kesemua bahan diatas disatukan dalam satu mangkuk dan digaul rata. Hidangkan dan sedia di makan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net