Welcome To DAMIRA FotoPage

By: Hayati Ibrahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 9-Jun-2010 12:00 Email | Share | Bookmark
UPDATE TENTANG CLASS DAN KEK BUAH KUKUS

 
 
Salam buat semua.

Yati sekadar nak update jadual class untuk bulan Jun dan Julai

13/6 - Kelas Chocolate Homemade di Masjid Tanah Melaka (RM250)- Full
19/6 - Kelas Chocolate Homemade di Bangi (RM250) - 3 kekosongan
20/6 - Kelas Chocolate Mousse dengan Hiasan Creative Dari Coklat (RM250)- 2
kekosongan
27/6 - Kelas cup cake decoration (RM 150) - 2 kekosongan.
- Yati dari Nilai
18/7- Kelas aneka tart dan pie(RM150) - 2 kekosongan
- Nadia Azura

Untuk bulan Julai Yati belum lagi menetapkan jadual. Tarikh 3, 4, 11 dan 17July masih free. Sesiapa yang berminat nak ikuti apa2 kursus pada tarikh yang dinyatakan untuk bulan July bolehlah hubungi Yati.

Kelas akan diadakan di No 14, Jalan 5C/9, Seksyen 5, Bandar Baru Bangi



Ok, Yati nak kongsi pula resepi kek buah kukus yang Yati ambil dari myresipi.com hasil sumbangan encik Mat Gebu kita. Halalkan akak copy paste resipinya ya Mat. Kek ni sedap, buahnya pun tak mendap. Tak rugi kalau mencuba.




KEK BUAH KUKUS

Bahan-bahan
• 375 g buah2an campuran (mix fruit, dalam kotak)
• 250 g mentega (golden churn, pilihan terbaik)
• 3 biji telur Gred A
• 300 g tepung gandum*
• 1 camca teh soda bikarbonate*
• 1 camca teh cream of tartar*(*digaul dan diayak)
• 150 g gula perang (gula halus pun ok)
• 150 g gula pasir ( untuk gula hangus)
• 1 biji pala, diparut
• 30 g badam keping
• Ceri merah/hijau untuk hiasan (jika suka)

Cara-cara
1. Satukan buah2an campuran (mix fruit), badam keping dan parutan biji pala. Masukkan tepung yg telah diayak dan gaul hingga buah2an tadi bersalut dgn tepung. Ini penting utk mengelakkan buah dari mendak ke bawah. Dan masa ini juga jerang air hingga mendidih utk proses mengukus. Isi air hingga hampir penuh.

2. Pukul mentega dgn gula perang (atau gula halus) hingga berkrim.

3. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga adunan putih, jgn terlalu kembang.

4. Perlahankan speed dan masukkan buah2an yg telah digaul dgn tepung tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul hingga rata dan matikan mesin sebentar sementara menunggu gula hangus.

5. Sementara itu masak gula pasir hingga bertukar menjadi gula hangus. Jangan berhenti mengacau. Biarkan gula hangus menjadi agak gelap sedikit. Awas!! berhati2 semasa memasak gula hangus....

6. Hidupkan mesin kek. Dengan speed perlahan tuang gula hangus perlahan ke dalam adunan kek sambil terus mengacau hingga sebati. Proses ini mesti dilakukan dgn cermat dan cepat kerana gula hangus cepat membeku bila sejuk.

7. Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x 3 )inci dgn mentega dan alas dasar tin dgn kertas minyak.

8. Tuang adunan kek ke dalam tin tadi dan hias dgn ceri merah atau hijau. ( mat cuma ada ceri kaler hijau je hehehe.....)

9. Tutup tin kek dgn aluminium foil dan ikat sekelilingnya dgn tali rafia. Tujuannya utk mengelakkan wap terlepas masuk ke dalam adunan kek.

10. Kukus di atas air mendidih selama 4 jam. Perlu diingatkan, lepas 1 jam perhatikan jika air berkurangan tambah air panas mendidih. JANGAN gunakan air sejuk kerana boleh membantutkan proses mengukus kek. Apabila masak keluarkan kek dari acuan dan sejukkan di atas redai kek. Biar betul2 sejuk sebelum dipotong utk mengelakkan kek pecah.




Kalau rasa2 malas nak buat sendiri jomlah order. Tak payah susah2 nak tenggek kukus..hehe. Sebarang pertanyaan tentang class atau tempahan sila hubungi Damira Bakery
Yati hp: 0122733214
E-mail: damira.bakery@yahoo.com


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net