Want your
own Fotopage?








 
Welcome To DAMIRA FotoPage

By: Hayati Ibrahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 4-Oct-2011 12:00 Email | Share | Bookmark
GAMBAR-GAMBAR TEMPAHAN SEPANJANG RAMADHAN DAN SYAWAL

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum semua. Lama dah tak update gambar2tempahan. Jom layan gambar2 tempahan sepanjang Ramadhan dan Syawal 2011.


Cheese tart ditempah oleh Cikgu Rosni untuk majlis di sekolahnya. Sebenarnya saya macam dah malas nak ambik gambar cheese tart ni sebab gambarnya sama aje. Hampir setiap hari ada tempahan cheese tart. Memang banyak gambar cheesetart yang saya tak rakamkan.


Carrot walnut cake sebanyak 10 biji ditempah oleh Hamidah sebagai buah tangan untuk balik kampung semasa pertengahan Ramadhan. Hamidah ini pemurah orangnya, semoga Allah melngurniakan rezeki yang melimpah ruah.


Cup cake Ben 10 sebanyak 50pcs ditempah oleh cikgu Rosni bagi pihak kawannya. Sebenarnya kawan cikgu Rosni dah banyak kali tempah dengan Yati.


Suji Badam ni memang dah bertahun2 jual. Ada penggemarnya yang tersendiri. Tahun ni Alhamdulillah hampir 100 bekas ditempah orang.


Suji Badam dan tart nenas. Kuih wajib setiap tahun.


Nestum delight baru start jual tahun ni.


Siap pack untuk delivery.


Sebahagian dari tart nenas yang ditempah.


Tahun ini tempahan tart juga meningkat, 96 bekas ditempah. Itupun ada yang ditolak tempahan kerana takut tak sempat.


Siap pack untuk delivery kat agen


Cheesetart untuk Mr. Sidi dari Seremban


Blueberry Marble Cheese brownies juga ditempah oleh Mr. Sidi untuk Birthday anaknya.


Cheese tart, kek marble dan kek buah kukus sedia untuk diambil oleh pelanggan. Maaf dah lupa siapa yang menempahnya.


kek buah kukus yang moist dan sedap ni ditempah oleh En. Ramlay my ex bos. Dah tiga tahun berturut turut beliau tempah. Katanya sedap!


Kek buah kukus ini pula ditempah oleh Miza dan Lia. Sesiapa yang teringin nak rasa kek buah ini jangan malu2 order ngan saya...heheh. 1.3++ kg setiap biji. Size 8" x8".


Kek buah kukus dan cheese tart ditempah oleh Lydia


Tak ingat dah siapa yang tempah.


Kek buah kukus, dua biji marble cheese brownies dan dua biji carrot walnut cake dengan cream cheese topping ditempah oleh Pn. Hamidah untuk buah tangan balik kampung berhari raya.


Cheese tart ditempah oleh sue meditop


Chocolate marble cheese brownies ditempah oleh suraya untuk jamuan hari raya sekolah agama anaknya.


2 kotak apple pie ditempah oleh Ros dari Seksyen 3 untuk majlis baca Yasin di rumahnya.




Baked Oreo Cheesecake ditempah oleh Che Yah untuk harijadi anak2nya yang diraikan serentak.


Carrot Walnut Cake dengan cream cheese frosting seberat 2.00++kg ditempah oleh Rohaya untuk birthday anaknya.


Gambar yang diminta gambar princess tapi ke tiga2 kedai bakeri kat seksyen 9 tu tak ada gambar princess. Terpaksalah gambar ini.


Kek buah kukus, apple pie dan fruit tartlet ditempah oleh Wati Zali untuk open house dirumahnya.


Brownies ini ditempah oleh Suraya untuk anak2 muridnya yang telah memenangi pertandingan.


Chocolate Oreo Brownies ditempah oleh Yati dari UKM.


Chocolate Oreo Brownies ditempah oleh An-Nur untuk majlis sambutan Hari raya


Brownies ini ditempah oleh suraya untuk majlis makan2 kat sekolahnya.


Kek buah kukus ditempah oleh Fathiah dari UKM


Cheese tart ditempah oleh Aliza dari An-Nur. Dah boring ngan corak biasa,cuba pula bentuk dot.


Choc. Moist Cake dengan edible image ditempah oleh Che Ma dari Sg. Besi.


Carrot Walnut Cake dengan cream cheese topping ditempah oleh mak andak Alisa.


Strawbery swiss roll ditempah oleh Miza. Actually Miza nak sebelum raya tapi lepas raya baru dapat. Tak sampai lima minit lepas Miza ambik swiss roll tu dapat sms dari Miza." Kak sedapnya swiss roll tu. Tak sempat sampai rumah dah habis separuh. Kena belajar dengan akak nih...."


Apple pie ditempah ole Ros lagi. Ros ni memang penggemar apple pie Yati.


Tak ingat dah siapa yang tempah.


Ini pun dah tak ingat siapa yang tempah.


Chocolate Oreo Brownies ditempah oleh Yati dari UKM. Yati ni pula penggemar choc oreo brownies. Dah tiga kali dah Yati tempah dengan saya. Tks ya


17biji carrot walnut cake dan 2 biji choc moidt cake ditempah oleh Suraya untuk kawan2 disekolahnya.Tks Su kerana tolong edarkan produk2 saya .


Choc Oreo Brownies ditemph oleh Munirah dari An-Nur. Oreo brownies ni memang sedap. Sekali makan pasti nak lagi. Tu yang selalu repeat orderkan Munirah.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net