Yati tiada pembantu, semua kerja kena buat sendiri. Kadang-kadang tu rasa nak jatuh tergolek gak tapi cuba menggagahkan diri...... LOL  LOL
Dua minggu ini Yati sibuk baking mixed fruit yang ditempah oleh kak Fuzoyah dari Taman Bakti Ampang dan Kak Izan dari Seksyen 7 Shah Alam. LOL
Kak Fuzoyah ni dah pernah rasa kek ni masa attend wedding kat Bdr Bukit Mahkota Mac lepas. Beberapa bulan sebelum wedding lagi dia dah tempah untuk wedding anak terunanya minggu lepas. Maaf ya kak tak dapat menghadirkan diri di majlis akak tu. Banyak sangat hal. Yati doakan semoga pengantin diberkati hidupnya dan berbahagia ke akhir hayat.
Ini pula tempahan dari kak Izan. Lupa pula nak tanya untuk majlis apa? Dia tempah 10 loyang 12" x 12" untuk dibawa balik ke Batu Pahat. Malam semalam yati buat delivery ke Shah Alam ditemani suami dan anak. Area Shah Alam tu memang tak berapa familiar. Lebih2 lagi dah malam. Selepas beberapa kali telefon kak Izan akhirnya kami tunggu di Anggerik Mall (Kalau tak silaplah). Lebih kurang 5 minit lepas tu berhenti sebuah kereta bertanyakan pada suamiku hantar kek ke? Lantas yati pun keluar dari kereta bertanyakan lelaki itu, kak Izan mana? Lelaki tu menjawab," Kak Izan kat rumah, dia call , saya ada kat GIANT masa tu, tu yang cepat sampai". Selepas selesai penyerahan dan pembayaran saya pun bertolaklah semula ke Bangi. Lebih kurang 20 minit lepas tu, Kak Izan telefon. Yati kat mana? Akak dah tunggu 15 minit kat sini (Anggerik Mall) tak nampak pun kereta Yati. Terjerit yati mendengar kak Izan kata begitu. Yati sangka  dah terbagi kek kat salah orang.Yati pun terangkanlah kek tu dah diambil oleh seorang lelaki. Rupanya ada miscomunication antara kak Izan dan suaminya lantaran talian telefon yang tak berapa clear tu. Satu pengalaman yang cukup indah.... Selalunya customer ambil sendiri tapi kesiankan kak izan yang sibuk maka kami sanggup menghantarnya. Diharapkan kak Izan berpuas hati dengan kek itu. Kalau ada yang tak kena, tolong feedback ya supaya Yati boleh improvekan.
Dibawah ini ialah menu yang lepas-lepas . Ambil aje gambar tapi tak masuk entry pun lagi. Dari terperap aje gambar tu, Yati tayang aje gambar tu dulu. Resepinya nanti dulu sebab malas nak menaip. Resepi tu semua ikut selera sendiri aje tu yang tak boleh nak copy paste tu..... :->  Kalau ada masa nanti pelan2 yati updatekan resepinya.
Spagheti goreng ala Melayu. Suami tak suka spagheti tapi yati nak makan spagheti. Sudahnya yati rebus spagheti sampai betul2 lembut dan goreng macam buat mee goreng dan last sekali taburkan oregano. Laju pula tengok suami makan.... :->
Hai tekak orang Melayu.... :-D
Set nasi ayam
Ayam bakar madu makan ngan nasi ayam..... :P  :P
Ana serahkan pada Yati untuk hias apa saja atas kek tu. Itulah hasilnya.
Kotak kek tidak dihias kerana keluarga Ana inginkan hiasannya sama dengan hantaran-hantaran yang lain.
Genap sebulan baru dapat update semula.
Tak dapat nak berceloteh panjang, yati nak update tentang order dan aktiviti yang lepas2.
Silalah jamu mata.
Blueberry cheesetart ini adalah tempahan Kak Shida dan Kak Ani. Dua orang ini share sebab minimum order yati ialah 30 pcs untuk size kecil dan 25 pcs untuk size besar. Masa jamuan Hari Raya di surau taman Yati, blueberry cheese tart ini yati bawa sebagai port luck. Dia orang dah rasa, tak puas dan teringin nak makan lagi tu yang they all order. Yati lupa measurement tart size kecil dan besar. Bila berkesempatan Yati updatekan ukuran sizenya.
Ini pula tempahan dari Hayat, kawan Yati semenjak dari A- Level lagi. Dia teringin nak rasa Chocolate Banana Cake. Sempena hari jadi anak buahnya yang ke 15 ditempahnya sebiji untuk berat 1kg. Entah macamana bila dah siap kek tu jadi 1.58kg. Tak kisahlah tu, special promotion untuk kawan2. Keluarga Hayat semuanya suka dengan rasa kek tu! Lain kali bolehlah tempah lagi ya... :->
Cup cake ini ditempah oleh Fadzillah dan tunangnya (sekarang ni dah jadi husband) sebanyak 1700pcs. Actually Fadzillah dah rasa kek ini masa hari pertunangan Faeza bulan October yang lepas. Dia sukakan kek ini sebab ianya sedap dan moist. Sebab itulah yang dia tempah  sebegitu banyak.   Dua setengah hari yati dok membakarnya. Oven pula rosak satu. Bergantung pada 2 buah oven sahaja untuk menyiapkannya. Diharapkan mereka berpuas hati dengan hasilnya. Tak terlewat rasanya nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Fadzillah dan suami semoga terus berbahagia hingga ke akhir hayat,
Untuk tempahan sila hubungi,
DAMIRA BAKERY
Yati: 012-2733214
e-mail: yadami68@yahoo.com
Yati nak percepat habis uploadkan gambar-gambar  tempahan yang lepas2. So, Yati kumpulkan semua dalam satu entry. Cepat skit. Tak dapat nak celoteh panjang. Layan gambar dulu. Bila-bila senang yati edit ya.
German Black Forest Cake . Tapi dekonya dengan chocolate ganache aje. Gambar kek dipotong tak ada..... :->  Tempahan ini dari Salina yang dah beberapa kali menempah kek dari Yati. Thank you ya Salina sebab bagi peluang akak bereksperiment... ;-)
Tempahan ini dari Wan Aiza kawan Yati semasa sama2 kerja di Hitachi dulu. Wan nak kek yang ada chocolate mousse dan pelbagai rasa buah. Jadi satu pertiga kek tu Yati lapiskan dengan pisang, satu pertiga lagi dengan peach dan satu pertiga lagi yati lapiskan dengan buah ceri lebihan buat blackforest cake tu. Atas kek tu pula Yati tenggekkan strawberry filling dan peach.
Ini pula Blueberry Cheese Cake Tempahan dari Prof. Madya Dr. Jaharah untuk birthday anak lelakinya. Anak-anaknya kata sedap! Sekejap aje habis. Thank you nanti boleh order lagi.... ;-)
Strawbery Mousse Cake untuk birthday anak Idah jiran setaman dengan Yati. Eh ya ke Idah, nama pun Yati dah tak ingat sebab lama sangat baru nak update.... :-D
Chocolate Banana Cake lagi. Ramai betul peminat kek ini. Kek ini untuk celebrate birthday Fatimah dan Che Wan, student UPSI yang buat practical di Jabatan Yati.
Che Wan tengah potong kek birthdaynya!
Fatimah yang pakai baju biru tu pula bergambar dengan kek. Ramai yang puji kek tu sedap. Puaslah dia orang makan sebab kek tu besar 3.7kg!
Ini pun Chocolate Banana Cake tempahan dari boss Yati untuk makan-makan dirumahnya.
Untuk Tempahan Sila Hubungi:
Damira Bakery
Yati : 012-2733214
Yati masih lagi mengupdate projek-projek lama yang tertinggal tu.... ;-) Kali ini Yati nak share resepi kek ice cream.  Dah lama sebenarnya teringin nak buat kek ini. Jumpa resepi kek ini kat FP kak Miscreative. Awal bulan Julai yang lepas Birthday my hubby. Untuk celebrate birthday hubby Yati pun cubalah resepi ini. Alhamdulillah menjadi cuma kek itu bagi Yati agak manis. Next time kalau Yati nak buat Yati akan kurangkan gulanya.
Jom layan gambar dan tengok resepi tu. Thank you kak Mis for your recepi.
Terkejut juga suami Yati dapat kek untuk birthday. Disangkanya Yati buat kek untuk tempahan orang. Susah juga nak buat surprise kerana working area limited. Disitulah living hall dan disitulah juga Yati buat kerja-kerja membancuh kek. Dapur kecil sangat. Amirah pula sibuk nak bagi hadiah kat ayahnya. Kami hadiahkan perfume aje sebab dia memang suka yang wangi2.. :->
Luar kek tu Yati frostingkan ngan whipping cream aje. Disebabkan masa yang suntuk Yati tak sempat nak tunggu whipping cream cair sepenuhnya. Separuh beku tu Yati terus putar ngan mixer. Bila nak deco tu, cream tu nampak kaku. Hanya deco yang simple dan Yati tenggekkan 3 biji Ferero Roche atas kek itu.
Ferero Roche dah kena makan dulu. Beginilah rupa kek bila dipotong.
Sesiapa nak mencuba, resepinya yati sertakan kat sini. Actually resepi swiss roll juga boleh digunakan untuk buat kek ice cream ini. Step by stepnya boleh tengok kat FPhttp://naza214.fotopages.com/?entry=1156985( kak Mis). Yati copy paste aje ya kak Mis.
VANILLA SPONGE
BAHAN-BAHAN
120gm Gula (bagi Yati kek ini agak manis. Next time mungkin Yati gunakan 100g aje)
120gm Tepung
4 biji Telur ‘B’
10gm Super sponge (Ovalete)
20gm Air
20gm Minyak jagung
CARA-CARANYA
• Putar gula, tepung, telur, super sponge dan air sehingga kembang dan kental (guna kelajuan tinggi)
• Perlahankan kelajuan dan masukkan minyak jagung
• Bakar suhu 170c
Note : Resipi nie boleh guna buat swiss roll juga suhunya 190 – 200c
Kalau nak rasa koko, tukarkan Tepung 100g dan koko 50gm
Selamat Mencuba!
Sebenarnya project ini dah lama dilaksanakan, iaitu pertengahan bulan Jun 2009 lagi. Seperti yang Yati mention sebelum ini, sibuk punya pasal semuanya tertangguh. Masa yang terluang ini Yati updatelah perlahan-lahan.... :-> Buat kenang-kenangan.
Kek ini diorder oleh kak Fadzilah dari Bandar Sri Putra untuk majlis perkahwinan dua orang anak terunanya yang dibuat serentak di Putrajaya. Yati hanya sediakan kek sebanyak 44 loyang bersize 12" x 12". Customer ini perlukan kek yang dipotong 3" x 3". Satu loyang bolehlah dapat 16 keping kek bersize 3" x 3". Kalau customer nak kek size 3" x 4" satu loyang dapat 12 keping. Yati jual kek ini kira loyang. Terpulang pada customer nak kek size apa. Yati tolong potongkan dan balut dengan plastik. Memandangkan kotak yang kak Fadzilah gunakan bersize 3" x 3" x 3" maka keknya kena tebal sikit dari kek yang ditunjukkan http://damira.fotopages.com/?entry=1830459url( di sini). Bila tebal harganya kenalah up sikit.... :-D  Jom tengok gambar-gambar kiriman anak dara kak Fadzilah ini. Yati tak dapat ambil gambar sebab keluarga kak Fadzilah yang memasukkan kek ini ke dalam kotak. Tapi kalau ada customer yang minta Yati buat kek dan bungkuskan sekali semuanya bisa diatur.
Ini adalah sebahagian dari kek-kek buah yang siap dipotong dan dibalut dengan plastik. Sedia untuk di ambil oleh customer.
Beginilah kek yang diisi dalam kotak. Disebabkan kotak itu tebal, adalah sedikit ruang kosong dalam kotak tu. Tapi kalau customer ada budget lebih, kek itu boleh ditebalkan lagi.... ;-)
Bila dah siap dibungkus, beginilah rupanya. Sebenarnya ramai yang berminat pada kek buah sebagai door gift. Ramai yang tak jadi sebab kotaknya mahal sangat. Kek buah untuk entry sebelum ini kotaknya mahal iaitu antara RM 1.50 ke RM 1.80 sekeping. Bagi yang tak mahu membazir pada harga kotak bolehlah menggunakan kotak seperti kak Fadzilah ini. Harganya cuma RM0.35 sekeping. Kalau tak silap Yati pernah ternampak ianya dijual di kedai Vanila Pastri di Seksyen 9 Bdr Baru Bangi. Lepas makan kek, kotaknya orang buang aje, tak payah spent too much on kotaknya.
Ini pun order dari kak Fadzilah juga untuk dihadiahkan kepada keluarga besan-besan dia. Dua menantu sekali gus jadi keknya pun kena dua....baru adil.
Close up sikit. Ini sebenarnya ialah chocolate mousse cake. Kak Fadzilah tak mahu guna sponge cake. Dia mahukan chocolate moist cake yang dilayer dengan chocolate mousse sahaja. Dia minta deko yang simple aje kerana bekas yang diberikan untuk isi kek tidak tinggi sangat. Sekali lagi Yati nak ucapkan pada keluarga kak Fadzilah kerana sudi memberi kepercayaan kepada Yati untuk menyediakan kek dan door gift untuk majlis perkahwinan yang gemilang itu.
Untuk tempahan, hubungi:
Damira Bakery,
Yati: 012 2733214
Dua hari lepas sukan dah start puasa. Dek kerana sibuk dengan sukan tu, segala aktiviti promosi untuk hari raya terlewat. Nasib baik ada pelanggan tetap untuk biskut raya. Promosi hamper pun langsung tak sempat keluar. Mujur ada internet. Ada yang search internet dan dpt tengok promosi hamper tahun lepas. Jom tengok apa yang Yati dah buat bulan Ramadhan yang lepas.....!
Ini adalah sebahagian dari kuih raya yang dibuat. Tak dapat nak kumpulkan semua baru ambil gambar sebab masa untuk hantar kuihnya terlalu berbeza. Ada yang minta awal puasa sebab nak jual kat gerai mereka.
Ini pula sebahagian lagi. Tahun ini Yati buat lima jenis cookies iaitu Tart gulung, Almond London, Suji Badam, Biskut Mazola dan Irish cookies. Suji Badam tak sangka ramai juga permintaannya. Ramai yang dah order tahun lepas repeat order untuk tahun ini pula. Seperti tahun-tahun yang lepas Tart gulunglah yang mengungguli tempahan tertinggi. Bagi Yati kuih inilah yang paling renyah pembuatannya...... tapi rasanya sedap!
Intinya pun Yati buat sendiri. Tahun ini tangan Yati dah tak tahan dengan air nenas. Nak menangis dibuatnya untuk parut nenas yang begitu banyak. Ada sesiapa yang nak share macamana nak parut nenas dengan mudah? Hehehe .....untuk persiapan tahun depan. Rasa seriknya nak parut nenas tu... :->
Ini Amirah anak tunggalku. Sibuk nak jadi model biskut raya!
Tak sangka ada juga yang sudi menempah hamper dari Yati walaupun Yati tak sempat nak promosi apa-apa hamper. Memang Yati dah membeli beberapa bakul dengan design bunga terbaru. Ini adalah hamper tempahan dari Cik Roha di Meru Klang. Nilai hamper ini RM200.00. Dalam hamper tu di isi dengan lima jenis cookies, Coklat Cadbury  dan coklat Ferero Roche. Terima kasih Cik Roha semoga orang yang menerima hamper itu gembira dan berpuas hati.
Ini pula tempahan dari En. Adam dari Hulu Klang. Hamper ini pun bernilai RM200.00 dan kandungannya sama seperti di atas. Selain hamper En. Adam juga ada membeli 5 bekas kuih tart. Sebenarnya En. Adam perlukan 10 bekas kuih tart tapi tak mampu kuberikan kerana takut tak sempat nak menggantikan tempahan orang. Tahun depan bolehlah order awal-awal ya En. Adam! Terima kasih sekali lagi atas kepercayaan yang diberikan.
Sebenarnya ada banyak lagi gambar-gambar tempahan selama beberapa bulan yati menyepi tu. Nantilah Yati uploadkan satu persatu walau pun dah basi....heheh. Saja untuk simpan jadi kenangan... ;-)
Untuk Tempahan Sila Hubungi:
Damira Bakery
Yati h/p: 012 2733214
CARROT WALNUT CAKE
Sumber: Sifu Suria
Bahan-bahannya:
4 biji telur ~ asingkan putih & kuningnya
1 1/2 cawan ~ minyak sayur atau minyak jagung
150 g~ gula kaster (saya kurangkan jadi 130gm)
150 g~ gula perang (brown sugar)
1 1/2 cawan ~ lobak merah diparut ( jangan diperah airnya)
Bahan-bahan yang perlu di ayak:
250 g  tepung gandum
1 teaspoon suduteh serbuk kayu manis ( saya tak letakpun sebab tak suka rasanya)
1 1/2 suduteh baking soda (saya guna 1 sudu teh baking soda aje)
1 suduteh garam
*1 sudu teh baking powder (* resepi asal tak letak pun, saya saja tambah)
100 g walnut ~ di cincang (saya bakar dahulu dalam oven sebelum dicincang- memang
sedap letak walnut ni!)
Cara-caranya:
1. Pukulkan kuning telur (saya guna mixer, pukul sampai kembang sikit).
2. Kemudian masukkan minyak, gula kaster & gula perang, serta lobak merah
yang diparut tadi.(Sekiranya lobak merah yang diparut itu mengeluarkan terlalu
banyak air, buangkan airnya tanpa memerah isi lobak merah tersebut)
3. Masukkan walnut, kacau sebati.
4. Kemudian masukkan bahan-bahan yang di ayak tadi, kacau sebati.
5. Pukul putih telur di mangkuk lain dengan mixer hingga keras.
6. Masukkan putih telur ini sedikit demi sedikit ke dalam adunan, kacau perlahan-lahan,
satu arah sahaja, sila gunakan spatula atau senduk kayu, tak sebati sangat pun
tak apa asalkan tidak terlebih kacau.
7. Bakar pada suhu 180 celcius selama 45 minit atau sehingga masak.
Frosting
120 g butter
250 g cream cheese
120 g gula aising
Caranya :
Pukul kesemua bahan hingga kembang dan ringan. Sapukan ke atas kek yang telah disejukkan dan hiasi dengan walnut.
Remarks: Tanpa frosting pun kek ini sedap dimakan....:P  :P
Sesiapa yang rajin mencuba,.....Selamat Mencuba!
Sesiapa yang teringin nak rasa tapi malas nak buat sendiri call aje Damira Bakery...:->
Yati : 012-2733214
Dek kerana kesibukan ini Yati pun mengumpulkan aje segala aktiviti baking untuk sebulan ni. Bila ada kelapangan baru upload. Jom tengok apa yang Yati dah buat sepanjang sebulan yang lepas... :->  :->
Chocolate cup cake di order oleh adik ipar Azue dari Seremban pada akhir April lepas. Siap isi dalam bekas plastik. Senang sikit nak letak bertingkat-tingkat.
Ini pula sebahagian dari chocolate cup cake untuk kenduri di rumah Azue. Azue dah ambil bekas plastiknya sebab nak diletak riben/pelekat pada bekas tu. Terpaksalah menggunakan tray kuning tu dengan banyaknya sebab satu tray tu hanya susun satu layer aje. Takut pula nak tindihkan kek, risau surfacenya comot. Minggu tu pening jugalah Yati dengan chocolate cup cake ni. Mana taknya, hampir 2000pcs Yati kena buatkan untuk Azue dan adiknya serta untuk Amri my regular customer. Syukur pada Allah atas rezeki kurniaanNya
Ini pula chocolate Moist Cake order dari Ani untuk anaknya. Tak sempat jumpa/kenal  Ani. Ani order melalui telefon. Bila pergi hantar kek, Ani belum sampai TASKA lagi. Kawannya yang ambilkan untuk Ani.
Nizam dari Kajang Perdana order kek untuk sambut Hari Guru di Tadika anaknya.
Yati buatkan Chocolate Moist Cake. Dah jemu chocolate moist cake resepi biasa tu.
Yati cuba Rich Chocolate Moist Cake dari bro Rozan. Walau pun yati tak potong kek tu, dari teksturnya dah tahu kek tu sedap. Thanks tu bro Rozzan for sharing the recipe. Copy paste ya bro. Sesiapa nak cuba bolehlah cuba. Insya Allah tak menyesal punya... :->
RICH CHOCOLATE MOIST CAKE
Bahan-Bahan
6 oz butter
14 oz gula castor - boleh kurangkan kpd 12 oz
3 biji telur ayam
Bahan-Bahan Yg DiBancuh Bersama:
1 sudu teh Nescafe
1 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh chocolate emulco/paste atau oil
Bahan-Bahan Yg Diayak Bersama:
8 oz tepung high protein (tpg roti) - boleh juga guna tepung gandum
2¼ oz serbuk koko - guna yg non branded untuk warna kek yg kehitaman
½ sudu teh garam
1 sudu teh soda bicarbonate
1½ sudu teh baking powder
7 oz air sejuk - air dlm peti ais
Cara membuatnya:
1. Dgn menggunakan mixer (high speed), pukul mentega dengan gula sehingga kembang (kira-kira 15 minit)
2. Masukkan pula telur satu persatu. (medium speed). Pukul lagi hingga kembang dan sebati lalu masukkan campuran Nescafe, esen vanilla & chocolate emulco. Setelah proses ini, jangan gunakan mixer lagi.
3. Kemudian, masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan dgn kaedah "fold-in method". Kacau pelan2 – satu arah jer.
4. Selanjutnya, masukkan air sejuk sedikit-sedikit sambil di gaul perlahan-lahan sehingga sebati.
5. Tuang adunan ke dalam loyang 9" persegi yg telah dialas dan di gris dgn mentega pada dasar dan keliling loyang. Bakar dengan suhu 170C selama 50-60 minit ATAU kukus - tutup loyang dgn aluminium foil - guna api biasa.. selama 1½ jam.
CREAM COKLAT / GANACHE
250 gm cooking chocolate
1 sudu besar mentega
½ cawan fresh cream/whipping cream
Cara:
1. Cairkan cooking chocolate secara double-boil.
2. Angkat dari air panas tadi dan masukkan fresh cream/whipping cream dan mentega.
3. Kacau sehingga sebati.
4. Tuangkan atas kek dan hiaslah mengikut citarasa sendiri.
15hb Mei yang lepas genaplah usia Amirah, anak tunggalku 6 tahun. Dari awal tahun lagi Amirah sibuk meminta Yati buatkan  kek harijadinya. Katanya dia nak kek tiga tingkat. Sorrylah sayang, ibumu terlalu sibuk sekarang ni. Tak sempat nak buat kek tiga tingkat. Dapat buat sebiji kek aje itu pun share dengan hari guru....
18hb malam Amirah menelefonku. Hari itu Yati kerja hingga lewat malam. "Ibu esok ada sambutan Birthday kat Tadika. Mia nak bawa kek lagi . Nanti Ibu buat ya".  "Hari tu kan dah bawa kek, esok tak payahlah bawa kek lagi. Ibu belikan makanan lain untuk bawa tadika ya". Menangis2 dalam telepon minta buatkan juga kek untuknya. Sampai rumah dekat 11.00 malam terus godek sebij kek untuk Amirah. Pagi esoknya barulah buat hiasan simple. Ini pun dia tuntut sebiji kek lagi untuk bawa rumah mama yang jaga dia dari kecil lagi tu. Hai Amirah, Amirah...  ;-)
Sesiapa yang nak buat sebarang tempahan sila hubungi Damira Bakery,
Yati h/p: 012-2733214
Ini tempahan Zam dari West Country. Dia tempah dua biji. Chocolate Moist tanpa deco sebiji dan chocolate moist dengan simple deco sebiji. Terima kasih Zam
Ini tempahan kali kedua dari Salina. Yang pertama chocolate moist cake untuk anak. Kali ini pula chocolate banana cake untuk birthday suami tercinta. Salina ni my regular customer. Dia selalu beli kek yang yati hantar kat kedai. Katanya, "sebelum ni saya bukan cake lover, tapi bila makan kek-kek yang akak buat ini saya suka pula makan kek. Kek-kek akak semuanya sedap!" Itulah kata2 Salina semasa berkunjung ke rumahku untuk mengambil kek tempahannya. Dia siap rekomen kat kawan2 ofisnya. Alhamdulillah kalau ada yang sukakan kek yang  yati buat ini. Memang prinsip yati kalau buat kek walaupun untuk jualan, buatlah seperti tekak sendiri yang nak makan... :->
Ini pula chocolate banana cake tempahan dari kawan Salina, Kak Nab. Sengaja tak deco pisang atas kek sebab takut pisang tu menggelongsor dalam perjalanan dari Bangi ke PJ, untuk sambutan Mailidur Rasul di pejabatnya.
Ini pula tempahan kedua Laili. 100 pcs blueberry cheese tart dan 100pcs almond chocolate chip muffin untuk port luck semasa reunion sekolahnya.
Tempahan kak Ita jiran yati, 100pcs orange cup cake untuk door gift pihak sebelah semasa majlis sambut menantu.
Tempahan Shanaz dari Kajang. 100 pcs orange cup cake untuk majlis cukur jambul.
Tempahan dari Amri. Pelbagai jenis cup cake.
Ini cake yang yati buat untuk anak buah yati, Azhan yang sambut birthday yang ke 5 tahun. Kononnya nak lukis upin dan ipin tapi tak sempat. Sudahnya tepek aje edible image dan letak buah peach aje. Anakku Amirah dan sepupunya Maisarah tumpang bergambar.. :-D